Bahagian 7: France (3)PARIS (Grande Mosquee de Paris & Village de Noel)
HARI KETIGA (3)
Part 22: Grande Mosquee de Paris
Masjid Besar Paris atau namanya dalam Bahasa Perancis, Grande Mosquee de Paris dibina oleh Kerajaan Perancis sebagai menghargai tentera-tentera Islam di tanah jajahan mereka di Afrika pada masa dahulu menentang tentera Jerman.
Lokasi masjid ini agak tersorok dari jalan besar di mana bas berhenti untuk menurunkan kami. Agak suspen juga berjalan ke masjid ini kerana di kiri kanan jalan, ada tentera yang berkawal. Perkara ini telah kami jangkakan ekoran serangan ISIS ke atas kota Paris pada minggu yang sebelumnya. Walaupun tak siapa antara ahli-ahli kumpulan yang bersuara, sudah pasti hati masing-masing berdebar melihat kehadiran tentera yang lengkap bersenjata dekat masjid ini.
Mungkin disebabkan kami berjalan berkumpulan dan memang nampak macam pelancong, tentera yang berkawal hanya memerhatikan kami berjalan ke masjid dari jauh sahaja.
|
Berjalan menuju ke Grande Mosquee de Paris |
|
Pemandangan luar Grande Mosquee de Paris |
Masjid ini dibina mengikut gaya senibina Morocco dari luar sehinggalah ke dalamnya. Orang Islam dibenarkan masuk ke dalam masjid dengan percuma, manakala pelancong yang tidak beragama Islam dikenakan bayaran 3 Euro untuk melawat ke dalam masjid ini.
|
Berjalan masuk ke Grande Mosquee. |
|
Pelan Lantai Grande Mosquee de Paris |
|
Waktu lawatan ke Grande Mosquee |
Ketika itu jam menunjukkan pukul 5 petang dan waktu Maghrib telah masuk di kota Paris (Jangan lupa, kami melancong ke Eropah pada awal musim dingin di mana waktu siangnya agak singkat). Ada antara ahli rombongan yang mengambil kesempatan bersolat di sini. Ada juga sebahagian (seperti kami) yang hanya melawat sekitar masjid kerana berniat nak menjamakkan Solat Maghrib dan Isyak di hotel nanti.
|
Pemandangan di dalam Grande Mosquee |
|
Ruang Solat di Grande Mosquee |
Ada sebuah Courtyard yang cantik di dalam masjid ini yang juga dibina mengikut gaya Morocco. Waktu malam begini pun Courtyard ini nampak cantik, apatah lagi kalau kita datang di sebelah siang, bukan?
|
Taman Courtyard di Grande Mosquee |
|
Lantai biru di Courtyard ini kelihatan macam air yang mengalir di waktu malam begini. |
|
Satu lagi pemandangan di Taman Courtyard |
|
Pemandangan menghala ke pintu masuk dari Taman Courtyard |
Selepas semua ahli rombongan berkumpul semula, kami meninggalkan Grande Mosquee de Paris. Makin ramai pula nampaknya tentera yang berkawal di luar. Tapi dari pengamatan Myself, tentera-tentera ini cukup hormat kepada kita yang berkunjung ke masjid ini. Cuma Myself perhatikan, mereka akan memandang dengan tajam kepada orang-orang berketurunan Arab yang datang ke situ. Ini bukanlah menghairankan kerana pengebom-pengebom tempoh hari telah dikenalpasti berketurunan Arab. Kalau kita di tempat mereka pun, pasti kita juga akan sangsi begitu.
|
Pemandangan menghala ke luar dari pintu masuk ke Grande Mosquee |
|
Group Photo di Grande Mosquee de Paris |
|
Taman bandar yang kecil di luar Grande Mosquee. Ada tentera yang berkawal di sekitar kawasan sini sebenarnya. |
Memang teringin nak ambil gambar askar-askar yang berkawal ini, tetapi kami telah diberi amaran sejak awal lagi oleh Tour Leader supaya tidak berbuat begitu untuk mengelakkan sebarang masalah. Jadi, untuk mengabadikan kenangan melihat tentera yang berkawal di luar masjid ini, kita guna sajalah gambar dari internet.
Tentera dalam gambar ini tidak berkawal di tepi masjid sebenarnya... tetapi begitulah keadaan mereka sepertimana yang kami lihat.
|
Macam inilah lebih kurang keadaan tentera Perancis yang berkawal dekat Grande Mosquee de Paris. |
Part 23: Villages de Noël de Paris
Itinerari kami yang sebenar dalam lawatan ke Paris ini adalah berkunjung ke Galeries Lafayette, sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di sini. Namun dengan keadaan keselamatan di Paris yang tidak menentu ketika itu, kami tidak dapat berkunjung ke sana disebabkan pusat membeli-belah ini telah ditutup seawal pukul 6 petang.
|
Kami tak dapat berkunjung ke Galeries Lafayette ini disebabkan ancaman sekuriti di Paris ketika itu. |
Sebagai ganti lawatan ke Galeries Lafayette, kami dibawa ke Christmas Market di Champs-Élysées. Dari Grande Mosquee tadi, bas membawa kami kembali ke Place de la Concorde untuk menurunkan kami di sana.
Dari tempat bas berhenti, kami sepatutnya dapat melihat Eiffel Tower yang bergemerlapan dengan lampu, tetapi ia tidak berlaku pada malam itu sehingga menyebabkan Tour Leader kami kehairanan. Rupa-rupanya Eiffel Tower ditutup pada malam itu disebabkan ancaman keselamatan. Mujurlah kami sempat melawat ke sana pada petang tadi sebelum ia ditutup...
Solidariti Orang Perancis menghadapi ancaman serangan ISIS sangat jelas diperhatikan di Place de la Concorde. Semua mercu tanda di sini disimbah limpahan lampu dengan warna-warna bendera kebangsaan Perancis.
|
Pemandangan Assemblee Nationale berhampiran Place de la Concorde di Paris. |
|
Assemblee Nationale ini dipasang dengan lampu-lampu warna bendera Perancis pada malam itu, tapi tak pasti sama ada lampu warna bendera ini dipasang hanya pada malam ini atau pada setiap malam. |
|
Grand Roue (yang kami panggil sebagai Paris Eye) ini juga dipasang dengan lampu warna-warna bendera France. |
|
Pancutan air di Place de la Concorde ini juga dipasang dengan lampu warna bendera France. |
|
Cuma Obelisk ini saja yang tak ada lampu bendera France... mungkin sebab ia berasal dari Egypt. |
|
Bangunan hotel berhampiran Place de la Concorde ini sedang diubahsuai... Jangan tertipu, yang nampak macam facade bangunan mewah itu sebenarnya adalah lukisan pada pagar penghadang (hoarding) kawasan pembinaan di belakangnya. |
|
Patung di Place de la Concorde |
Dah puas bersiar di Place de la Concorde, barulah kami beredar ke Christmas Market di Champs-Élysées yang terletak berdekatan dengan situ...
|
Meninggalkan Place de la Concorde untuk ke Christmas Market. |
Walaupun Paris mempunyai ancaman keselamatan pada malam itu, Christmas Market di Champs-Élysées yang dikenali sebagai Villages de Noël de Paris tetap meriah dengan pengunjung.
|
Excited nak masuk ke Christmas Market. |
|
Pintu masuk ke Christmas Market. |
|
Ice-Skating Rink di Christmas Market |
|
Meluncur ais di malam hari. |
|
Meriah!!! |
Macam-macam ada di sini... Suasananya memang macam Bazar Ramadan masa nak Raya di Kuala Lumpur...
|
Boleh juga kalau nak bergambar dengan patung Santa Claus ini... |
|
Gerai buah berangan. |
Selain dari gerai-gerai sementara yang didirikan untuk menjual pelbagai barangan, di sini juga terdapat banyak hiburan.
|
Rumah Hantu pun ada... |
|
Ada Zombie kat dalam sana... |
|
Pemandangan dekat Rumah Hantu di Les Villages de Noel de Paris. |
Paris terkenal dengan sejenis kuih yang dinamakan sebagai Macaron. Bila bertemu dengan sebuah gerai menjual Macaron, kami singgah di sana untuk mencuba kuih ini.
|
Gerai Macaron di Christmas Market |
Macaron ini memang banyak perasa. Rasanya sedap tetapi sangat manis bagi Myself...
|
Hasil belian Macaron di Christmas Market. |
Kita jalan-jalan lagi di Christmas Market ini...
|
Gerai perhiasan Pokok Krismas |
|
Daging apakah yang sedang dipanggang itu? |
|
Eiffel Tower tipu di Christmas Market. |
|
Berehat sebentar di Christmas Market |
|
Antara gerai makanan yang ada di Christmas Market. |
|
Gerai cokelat di Christmas Market |
|
Terbantut sikit keseronokan bila terlalu kat depan kedai Sandwich Porcelet ini. |
|
Kedai skaf. |
|
Khemah-khemah gerai di Christmas Market ini dipasang dengan begitu cantik. |
|
Gerai wain di Christmas Market. |
|
Pasangan dari Vietnam ini menawarkan khidmat reflexology. |
|
Hood yang cantik dari Canada ini dijual pada harga 20 Euro (RM 84) sehelai. |
|
Candy Maker. |
|
Gerai Indonesia pun ada di sini... |
|
... Tapi yang menjual di dalamnya tak nampak macam orang Indonesia. |
Part 24: Restoran Yasmin
Dah puas bershopping di Christmas Market, kami dibawa ke restoran untuk makan malam. Restoran ini terletak di sebuah lorong kecil yang bernama Passage Brady.
|
Passage Brady di mana letaknya Restoran Yasmin |
|
Pemandangan di dalam Passage Brady. Ada banyak restoran India di sini. |
Makanan yang dihidangkan di restoran ini adalah masakan India yang rasanya sangat sedap.
|
Restoran Yasmin. |
|
Pemandangan di dalam Restoran Yasmin. |
|
Hidangan makanan malam kami yang lazat. |
|
Inilah alamat Restoran Yasmin di Paris kalau ada sesiapa nak mencuba makan di sini. |
|
Kembali ke bas selepas makan. |
Part 25: Ibis Paris Meudon Velizy
Penginapan kami di Paris adalah di Hotel Ibis Paris Meudon Velizy. Hotel ini terletak lebih kurang sejam perjalanan dari pusat bandar Paris di sebuah kawasan yang mungkin macam Bangi di Kuala Lumpur.
|
Ibis Paris Meudon Velizy yang terletak di luar kota Paris. |
|
Mendaftar masuk ke dalam hotel. |
|
Lobi hotel yang compact. |
|
Lobi hotel ini berkongsi dengan bar. |
|
Ruang menunggu di lobi hotel. |
Hotel ini kecil saja, tapi cukup selesa. Walau bagaimanapun, kettle tak disediakan di dalam bilik... susahlah sikit kalau ada sesiapa yang teringin nak makan Maggi malam tu...
|
Koridor menuju ke bilik hotel. |
|
Pemandangan keseluruhan bilik hotel yang compact. |
|
Pemandangan bilik dari angle yang lain. |
Bersambung ke Bhg. 8...
CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):