Saturday, 12 December 2015

2015 WESTERN EUROPE BHG. 11 (Amsterdam City 1)

November 2015

WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(NETHERLANDS: Amsterdam)

Bahagian 11: Netherlands (3)
AMSTERDAM (Amsterdam City Tour 1)

HARI KELIMA (2)

Part 38: Damrak


Selepas meninggalkan Zaanse Schans, kami dibawa kembali ke Amsterdam untuk membuat Amsterdam City Tour.

Kembali ke Amsterdam

Tiba di Amsterdam
Setibanya di Amsterdam, bas menurunkan kami berhampiran Damrak, sebuah jalan utama dan pusat membeli-belah cenderamata yang terkenal di Amsterdam.

Damrak terletak di antara Stesen Keretapi Amsterdam Centraal dan Dam Square. Di sinilah Amsterdam bermula sebagai sebuah kota (macam pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang yang merupakan tempat di mana bandaraya Kuala Lumpur mula berpusat).

Nama Amsterdam berasal dari dua perkataan: Amstel dan Dam. Amstel adalah nama sungai di bandar ini. Sebuah empangan (Dam) telah didirikan di sungai ini dan dari sinilah timbulnya nama Amsterdam (Empangan di Sungai Amstel).

Bas menurunkan kami di sini untuk membolehkan kami melawat ke Damrak. Susah nak melintas lorong basikal ini kerana semua basikal ditunggang dengan laju.
Sekali lagi kami diingatkan supaya berhati-hati dengan basikal dan Tram sewaktu di Amsterdam. Jika malam semalam kami hanya diberitahu yang penunggang basikal gemar merempit di Amsterdam, pada hari ini memang jelas kelihatan betapa bahayanya penunggang basikal di kota ini.

Basikal adalah raja jalan di Amsterdam. Pelbagai jenis basikal dapat dilihat pada siang hari begini di tengah kota Amsterdam. Banyak di antaranya yang kelihatan macam basikal tua yang berwarna hitam di Malaysia, dan mereka memang menunggang dengan sangat laju. 

Kata Tour Leader kami yang dah banyak kali datang ke Amsterdam, bilangan basikal di Amsterdam tak pernah berkurangan walau dalam musim dan cuaca apa sekalipun. Baik hujan, panas maupun bersalji, penungggang basikal memang tak pernah berkurangan.

Stesen Keretapi Amsterdam Centraal di seberang sana.
Di sebelah sini, ada pula Gereja St. Nicholas.
Di Damrak, kami ditunjukkan sebuah kedai cenderamata bernama Amsterdam Experience. Kedai ini memang besar dan mempunyai pelbagai cenderamata yang menarik di dalamnya.

Menempuh hujan, angin kencang dan suhu yang sejuk serendah 5'C untuk menuju ke Damrak.
Laluan Tram dan lorong basikal (jalur yang berwarna merah) di Damrak.

Basikal tumbang ditiup angin kencang di Damrak.
Disebabkan cuaca yang sejuk dan hujan yang agak lebat, lupa pulak nak ambil gambar kedai Amsterdam Experience ini. Mujurlah sekarang ini dah ada Google Street View. Jadi kita ambil gambar dari situ untuk dijadikan kenangan.

Amsterdam Experience di Damrak (Ihsan dari Google Street View).
Pelbagai cenderamata dijual di sini. Amsterdam terkenal sebagai kota yang membenarkan dadah dan pelacuran. Jadi bukan sekadar handicraft boleh didapati di kedai-kedai cenderamata di Amsterdam, malah ganja dan peralatan seks juga dijual secara terbuka. Memang Cultural Shock dibuatnya walaupun kita tahu yang benda-benda ini semua ada di Amsterdam!

Pemandangan di dalam Amsterdam Experience
Bila nampak kucing residen di Amsterdam Experience ini, teringat kepada kucing kami, Tam Tam yang ditinggalkan di Tanah Air.
Kucing ini pemalu... Terus lari masuk ke dalam lubang pintu bila ditegur.
Pelbagai cenderamata yang dijual di Amsterdam Experience.
Basikal pun boleh dibeli di sini.
Kopi Marijuana.
Berani tak nak mencuba Lollipop Cannabis ini?
Kata cashier di sini, dia selalu disalah anggap sebagai orang Malaysia/Indonesia disebabkan kulitnya yang lebih kurang sama dengan kita sedangkan dia sebenarnya berasal dari Ecuador di Amerika Selatan sana.

Part 39: Amsterdam Centraal

Selepas bershopping di Amsterdam Experience, kami berjalan ke Stesen Amsterdam Centraal. Niat asalnya adalah untuk mencari toilet dan menumpang memanaskan badan dalam cuaca yang sejuk begitu. Untuk ke Amsterdam Centraal dari Damrak, kami terpaksa berjalan melintasi sebuah terusan.

Amsterdam Centraal terletak di seberang sana terusan ini.
Bukti dah sampai ke Amsterdam.
Amsterdam Centraal adalah stesen keretapi utama di Amsterdam. Bangunannya besar dan cantik. Kalau bangunan stesen ini menjadi tumpuan perkhidmatan keretapi laju ke seluruh Netherlands dan Eropah, jalan di luarnya pula menjadi tumpuan perkhidmatan Tram di Amsterdam.

Malah kami diberitahu yang kalau kita menginap di bahagian mana Amsterdam sekalipun, pasti ada Tram dari sana yang boleh diambil untuk menuju langsung ke Amsterdam Centraal ini.

Stesen Amsterdam Centraal

Bergambar dulu di depan stesen.
Amsterdam Centraal juga adalah tempat pertukaran Tram untuk ke serata pelusuk kota Amsterdam.
Ukiran di atas pintu masuk ke Amsterdam Centraal.
Memang kagum bila melangkah masuk ke Stesen Amsterdam Centraal ini. Senibina di dalamnya memang cantik sekali. Ia sebenarnya bukan setakat berfungsi sebagai Stesen Keretapi, malah ia juga adalah sebuah pusat membeli-belah. Ada banyak kedai di dalamnya, dari kedai milik individu yang kecil sehinggalah Department Store yang besar. Disebabkan Krismas semakin menjelang ketika itu, seluruh kedai juga dihias dengan pelbagai hiasan Krismas.

Pemandangan di dalam Stesen Amsterdam Centraal.
Pintu masuk ke platform keretapi.
Sesiapa saja boleh menyanyi dan bermain piano di sini.
Pemandangan dekat pintu masuk ke platform keretapi.
Shopping centre di dalam Stesen Amsterdam Centraal.
Billboard iklan elektronik yang canggih di Amsterdam Centraal.
Perhiasan Krismas sedang dipasang di Stesen Amsterdam Centraal.
Bot-bot persiaran di depan Stesen Amsterdam Centraal.
Bas Hop-On Hop-Off
Nama kafe tempat di mana kami berkumpul semula selepas bershopping di Damrak.
Bas ke Pulau Borneo. Nak ke Pulau Jawa pun boleh naik bas dari sini!

Part 40 (1): Amsterdam City Tour

Amsterdam City Tour kami bermula pada pukul 12.15 tengahari dari Damrak. Tourist Guide kami dalam Amsterdam City Tour adalah Jacquie. Macam juga Orang Belanda tipikal yang lain, perempuan ini memang tinggi orangnya.

Tourist Guide kami, Jacquie. Memang tinggi orangnya.
Memulakan Amsterdam City Tour bersama Jacquie.
Sambil melancong, kita makan bekalan lunch yang kita pack dari hotel masa breakfast pagi tadi.
Pemandangan umum di Amsterdam. Hujan masih lagi sedang turun renyai-renyai.

TERUSAN DI AMSTERDAM

Amsterdam adalah sebuah kota yang mempunyai banyak terusan. Menurut Jacquie, jumlah kepanjangan terusan di Amsterdam mencecah 75 km. Rata-ratanya terusan di Amsterdam mempunyai kedalaman air sehingga 3m.

Terusan yang begitu banyak di Amsterdam menyebabkan kota ini diberi gelaran Venice of The North.
Ada lebih 100 buah terusan di Amsterdam. Dalam musim dingin, ada kalanya terusan ini akan beku menjadi ais sehingga membolehkan penduduk bermain luncur ais di atasnya.

Dalam Bahasa Belanda, terusan dipanggil "gracht" (bunyinya macam 'grhhhaakt'). Bak kata seorang ahli rombongan kami, bunyinya macam orang nak berkahak. Empat terusan utama di tengah kota adalah Prinsengracht, Herengracht, Keizersgracht and Singel. Tapi jangan ditanya yang mana satu terusannya sebab semuanya nampak sama pada pandangan mata ini.

Secara umumnya, ada 2 jenis terusan di Amsterdam: terusan utama dan terusan sokongan. Terusan utama bersambung dengan laut dan tebingnya dibina lebih rendah dari tebing di terusan sokongan kerana pada masa dahulu, di tebing inilah barang-barang akan dipunggah dari kapal yang masuk ke Amsterdam.

Terusan di Amsterdam.
Sebelum terciptanya kenderaan moden pada hari ini, terusan-terusan ini menjadi nadi kepada kota Amsterdam.
Tebing di terusan utama selalunya lebih rendah dari tebing di terusan sokongan untuk memudahkan barang dipunggah dari atas kapal pada zaman dahulu kala.
Sebahagian penduduk Amsterdam tinggal di dalam houseboat. Terdapat kira-kira 2,500 houseboats di Amsterdam pada hari ini. Ada beberapa syarat yang perlu diikut oleh penduduk houseboat ini. Salah satu di antaranya ialah houseboat mereka perlu tetap kekal di tempat yang ditetapkan dan tidak boleh diubah sesuka hati. Cukai juga perlu dibayar kepada Kerajaan mengikut kepanjangan houseboat yang dimiliki.

Houseboat di terusan Amsterdam.
Pemilik houseboat tidak dibenarkan memindahkan houseboat mereka sesuka hati di samping perlu membayar cukai kepada Kerajaan mengikut kepanjangan houseboat yang dimiliki
Sebahagian rumah yang dibina di tepi terusan juga kini telah senget kerana asasnya dibina di tanah lembut di dalam terusan.

Sebahagian rumah di tepi terusan kini telah senget kerana asasnya dibina di atas tanah yang lembut.

BASIKAL DI AMSTERDAM 

Amsterdam dianggap sebagai sebuah kota yang kecil di Eropah. Penduduknya hanya berjumlah 800,000 orang tetapi ada lebih 880,000 basikal di Amsterdam.

Bilangan basikal di Amsterdam melebihi bilangan penduduknya.
Kecurian basikal kerap berlaku di Amsterdam. Setiap tahun polis di Amsterdam menerima 10,000 laporan kehilangan basikal. Jacquie sendiri pernah kehilangan basikal sebanyak 5 kali.

Anda boleh membeli basikal recycle di Flea Market (Pasar Karat) di Amsterdam. Biasanya basikal recycle ini berharga dalam lingkungan 100 Euro. Malah, basikal curi juga sering dijual di Flea Market. Kata Orang Amsterdam berseloroh, kalau basikal kita dicuri, ia boleh dibeli semula di Flea Market.

10,000 basikal dilaporkan hilang dicuri setiap tahun di Amsterdam.
10,000 basikal juga dilaporkan jatuh ke dalam terusan setiap tahun.
Setiap tahun juga polis mendapat aduan 10,000 basikal jatuh ke dalam terusan di Amsterdam. Polis Amsterdam juga mempunyai pasukan khas yang diberi nickname "The Canal Fishermen" untuk memancing keluar basikal yang jatuh dari terusan ini.

Parking basikal yang besar berhampiran Stesen Amsterdam Centraal ini boleh memuatkan 2,000 basikal.


Bersambung ke Bhg. 12 ...


CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):