Sunday, 6 December 2015

2015 WESTERN EUROPE BHG. 06 (Paris)

November 2015

WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(FRANCE: Paris)

Bahagian 6: France (2)
PARIS (Paris City Tour)

HARI KETIGA (2)

Part 21: Paris City Tour


Dari Eiffel Tour, kami memulakan City Tour selama kira-kira 2 jam bersama seorang Tourist Guide tempatan, Ailene. Dia adalah seorang rakyat Perancis yang berasal dari Morocco.

Tourist Guide Paris City Tour kami, Ailene.
Paris adalah ibu negara Perancis. Bilangan penduduknya lebih 2 juta orang di kawasan bandaraya manakala bilangan penduduk di Paris Metropolitan Area mencecah 12 juta orang. Ia juga terkenal sebagai pusat seni, pusat fesyen dan pusat makanan dunia.

Senibina bangunan di kota ini memang sangat cantik.
Pemandangan umum kota Paris.
Myself pernah mendengar orang berkata yang kota Paris ni kotor, tetapi disebabkan kita banyak travel dalam bas dan tidak berjalan sangat di luar sana, tak nampaklah pulak kekotoran yang dikatakan. Tetapi perkara ini diakui oleh Ailene. Mengikut kata Ailene, Datuk Bandar Paris sekarang adalah seorang wanita dan dia sedang berazam untuk membersihkan kembali Paris dari imej tersebut.

NOTRE DAME DE PARIS

Kota Paris bermula dari sebuah pulau kecil di tengah Sungai Seine yang dinamakan Ile de la Cite. Pada masa kini sebuah gereja yang bernama Notre Dame de Paris (Our Lady of Paris) telah didirikan di situ.


Notre Dame de Paris
Gereja ini terkenal kerana menjadi setting bagi cerita The Hunchback of Notre Dame.

LES INVALIDES

Les Invalides (disebut Les Invalid) adalah sebuah kompleks muzium dan pemakaman tentera. Ia kini menempatkan pemakaman Napoleon Bonaparte, Maharaja Perancis dan tokoh perangnya yang terkenal.

Setelah Napoleon ditewaskan oleh tentera British dalam Perang Waterloo, baginda telah dibuang negeri ke Pulau St. Helena di mana baginda mangkat dan telah dikebumikan di bawah sebatang pokok di sana. Perkara ini sangat tidak disenangi oleh rakyat Perancis yang menganggap ia satu penghinaan kepada mereka.


Napoleon Bonaparte dikebumikan di bawah kubah Les Invalides ini.
Permohonan demi permohonan dibuat kepada British untuk membawa mayat Napoleon kembali ke Perancis untuk memenuhi wasiat terakhir baginda yang ingin dikebumikan di kalangan orang Perancis di tepi Sungai Seine. Namun begitu, permohonan ini hanya diberikan oleh British pada tahun 1840 kepada seorang Raja Perancis yang bernama King Louis Philippe I.

Patung di hadapan Les Invalides. Tak pasti sama ada ini patung Napoleon Bonaparte atau patung orang lain.
Kubah Les Invalides dihiasi dengan kepingan-kepingan daun emas.
Keranda mayat Napoleon dikorek semula dan dibawa pulang ke Perancis dengan penuh penghormatan. Ia kemudiannya disemadikan kembali di dalam sebuah keranda batu (sarcophagus) di bawah kubah Les Invalides.

CHAMPS-ÉLYSÉES

Champs-Élysées (disebut Shah Zaleezay) adalah sebatang jalan yang terkenal di Paris. Ia juga adalah pusat membeli belah yang mewah.


Jalan menuju ke Champs-Élysées
Pemandangan Champs-Élysées.
Butik-butik dan restoran-restoran mewah membarisi Champs-Élysées di kiri-kanan jalan.
Di sini juga terdapat arked-arked yang menempatkan kedai-kedai kecil di dalamnya.
Antara yang menarik perhatian kami di sini ialah butik Louis Vuitton yang terbesar di dunia setinggi 5 tingkat. Tengok dari jauh pun kami dah tahu yang kami tak mampu nak shopping kat dalamnya.

Butik Louis Vuitton setinggi 5 tingkat di Champs-Élysées.
Tiang iklan seperti ini banyak terdapat di sekitar Paris.
Pasar Krismas diadakan di Champs-Élysées pada setiap tahun dan kami bertuah datang ke sini pada masa pasar ini sedang berlangsung. Suasananya lebih kurang macam Bazar Ramadan di Malaysia.

Pasar Krismas di Champs-Élysées.
Pasar Krismas ini juga dikenali sebagai Village de Noël de Paris.
Antara hiburan yang terdapat di sini.
Ice-Skating Rink juga terdapat di sini.

ARC DE TRIOMPHE

Arc de Triomphe dibina untuk memperingati tentera-tentera yang terkorban dalam Revolusi Perancis dan Perang Napoleon. Ia terletak di hujung Champs-Élysées.

Arc de Triomphe
Ia adalah sebuah roundabout yang sangat besar. Dua belas batang jalan bertumpu di bulatan ini.

Arc de Triomphe juga menjadi tumpuan 12 batang jalan utama di Paris.
Ada api yang sentiasa dinyalakan di bawah Arc de Triomphe ini untuk memperingati tentera-tentera yang tidak dikenali (Unknown Soldiers).
Ukiran di Arc de Triomphe

PLACE DE LA CONCORDE

Place de la Concorde adalah dataran terbesar di kota Paris. Dataran ini kini dihiasi dengan pancutan air yang cantik dan sebuah obelisk yang dibawa ke sini dari Mesir oleh Napoleon Bonaparte.

Bila melihat keindahan tempat ini kini, sukar dibayangkan yang pada masa dulu, di sinilah ditempatkan sebuah guillotine (alat pemancung kepala) di mana hukuman pancung dikenakan kepada Raja Perancis, King Louis XVI dan isterinya, Queen Marie-Antoinette sewaktu tempat ini dikenali sebagai Place de la Revolution.

Place de la Concorde
Pancutan air di Place de la Concorde
Keindahan Place de la Concorde di waktu senja.
Obelisk yang dibawa ke sini dari Mesir.

OPERA GARNIER

Kami juga ditunjukkan Bangunan Opera Garnier di dalam City Tour ini. Bangunan Opera yang dinamakan sempena nama pembinanya ini sangat cantik dari luar. Nama rasmi bangunan ini walau bagaimanapun adalah Académie Nationale de Musique.

Opera Garnier
Dari luar bangunannya dah cantik dan kami diberitahu hiasan dalamannya lebihlah lagi... Kami cuma membayangkan saja menonton persembahan Opera di dalamnya... Kalau nak menonton Opera yang sebenar, rasa-rasanya tiket pun tak mampu untuk kami beli.

Bumbung Opera Garnier yang kelihatan berkilauan disinari mentari petang.

LOUVRE

Louvre adalah antara muzium yang terbesar di dunia. Bangunannya bermula sebagai sebuah benteng pertahanan kota Paris sebelum diubahsuai menjadi istana Raja Perancis sebelum Keluarga Diraja Perancis ketika itu berpindah ke istana baru di Versailles (disebut Versai).

Muzium Louvre
Ia menyimpan koleksi lukisan-lukisan berharga yang pada asalnya dimiliki oleh Raja Perancis. Antara lukisan terkenal yang dipamerkan di sini ialah Mona Lisa, karya pelukis Itali Leonardo da Vinci. 

Pintu masuk ke Louvre ditandakan dengan sebuah piramid kaca yang terletak di sebuah dataran di hadapan muzium yang dinamakan Cour Napoleon. Kalau anda pernah menonton filem Da Vinci Code, di bawah piramid kaca inilah dikatakan tersembunyi tempat persemadian Mary Magdalene.

Piramid kaca ini ialah pintu masuk ke Louvre. Ia direka oleh seorang arkitek terkenal dari China, I.M.Pei.
Pemandangan dekat Cour Napoleon.
Bangunan Muzium Louvre ini sangat besar. Untuk melintasi bangunan ini ke sebelah sana, bas kami perlu melalui sebuah gerbang yang sangat sempit. Suspen betul kalau-kalau bas tersangkut sewaktu melalui gerbang ini.

Semua melihat dengan cemas sewaktu bas melalui arca sempit ini untuk menyeberang ke sebelah sana Muzium Louvre.
Ukiran pada dinding Louvre

RIVER SEINE

Sewaktu hari semakin senja, kami dibawa menyusuri Sungai Seine. Tak terkata indahnya pemandangan di sini ketika itu... Tengok sajalah gambar-gambar di bawah ni:

Lupa pulak nak cerita... Oleh kerana Paris dinobatkan sebagai Kota Cinta, terdapat adat orang yang berkunjung ke tepi Sungai Seine ini membeli mangga kunci dan melekatkan mangga tersebut kepada railings di sepanjang Sungai Seine. Anak kunci mangga kemudiannya dibuang ke dalam sungai, konon-kononnya supaya cinta mereka terkunci mati.

Mangga-mangga kunci yang dilekatkan kepada railings di tepi Sungai Seine. Ada antaranya yang jelas dah berkarat.
Oleh kerana adat ini telah berlangsung berpuluh-puluh tahun lamanya dan mangga-mangga kunci ini dibuat dari logam, railings tersebut tak mampu lagi nak menanggung beban tambahan dari mangga tersebut. Banyak railings di sekitar Sungai Seine telah diisytiharkan tidak selamat lagi, maka Dewan Bandaraya Paris sedang mengambil tindakan membuang mangga-mangga ini. Menurut kata Tourist Guide kami, kerana itulah hanya satu dua railings yang dipenuhi mangga sahaja yang dapat dilihat sekarang.

Dengan mangga sebanyak ini yang dilekatkan kepadanya, memang boleh runtuh railings-ralings di tepi Sungai Seine ini.

LATIN QUARTER

Paris City Tour kami berakhir di Latin Quarter. Ini adalah pusat intellectual kota Paris pada masa dahulu kerana Universiti Paris yang bernama Sorbonne terletak di sini.

Latin Quarter
Kedai-kedai di Latin Quarter
Bangunan Pantheon yang terletak di Latin Quarter ini menempatkan pusara beberapa tokoh terkemuka negara Perancis.


Bersambung ke Bhg. 7...


CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):