November 2015
WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(SWITZERLAND: Zurich, Mount Titlis & Lucerne)
Bahagian 24: Switzerland (6)
LUCERNE (Chapel Bridge & Rathaussteg)
HARI KELAPAN (5)
Part 74 (1) : Lucerne
Lucerne (disebut Luzern dalam bahasa Jerman) adalah sebuah kota di Central Switzerland yang menggunakan Bahasa Jerman sebagai bahasa utamanya. Dengan penduduk seramai 80,000 orang, ia adalah kota terbesar serta menjadi pusat pengangkutan, telekomunikasi dan pentadbiran Central Switzerland.
|
Perjalanan dari Mount Titlis ke Lucerne memakan masa 40 minit. |
|
Semakin kami menghampiri pusat bandar, semakin banyak bangunan-bangunan lama yang cantik ditemui. |
|
Pinggir bandar Lucerne. |
|
Hati mula teruja nak melawat Lucerne. |
Lucerne terletak di pinggir Tasik Lucerne berhampiran dua buah lagi gunung tumpuan pelancong di Switzerland: Mount Pilatus dan Mount Rigi. (Mount Titlis yang kami kunjungi pagi tadi terletak berhampiran kota Zurich). Tarikan utama di kota Lucerne adalah kota lamanya yang dibina pada kurun ke-14 dan jambatan-jambatan kayu lama yang merentangi kota ini.
|
Pemandangan kota lama Lucerne dari atas bas. |
|
Dari jauh lagi dah nampak Lucerne bersih dan cantik. |
|
Macam dah tak sabar nak turun dari bas untuk melawat kota ini. |
|
Burung-burung berterbangan di tepi Sungai Reuss di Lucerne. |
|
Pemandangan yang cukup menggamit rasa. |
|
Chapel Bridge yang menjadi ikon Lucerne dah mula kelihatan di sini. |
Bas menurunkan kami di Schwanenplatz (Swans' Square) yang terletak di pertemuan Tasik Lucerne dan Sungai Reuss. Di sekitar Schwanenplatz terdapat banyak gedung-gedung perniagaan dan antara yang terkemuka ialah Bucherer (disebut Bukerer) yang menjual pelbagai jam tangan jenama Swiss yang terkenal seperti Rolex, Omega, Patek Philippe dan sebagainya.
|
Schwanenplatz merupakan tempat tumpuan pelancong yang baru tiba di kota Lucerne. |
|
Ada banyak gedung-gedung mewah di Schwanenplatz. Antaranya termasuklah Bucherer yang terletak di sebelah kiri gambar ini. |
|
Kedai-kedai lain yang kurang mewah terletak di belakang gedung Bucherer. |
Oleh kerana hari ini adalah hari terakhir kami berada di Eropah sebelum
pulang ke Malaysia esok, ramai yang mengambil kesempatan bershopping di
sini. Bagi Myself dan Husband, kami mengambil kesempatan bersiar-siar di
kota yang cantik ini sewaktu ahli rombongan yang lain membeli-belah.
KAPELLPLATZ (CHAPEL'S SQUARE)
Arah
tujuan pertama kami dah pasti Chapel Bridge yang menjadi ikon Lucerne.
Pintu masuk ke Chapel Bridge ini terletak di sebuah dataran kecil yang bernama Kapellplatz (Chapel's Square).
|
Peta Lucerne ini disediakan di merata-rata tempat tapi susah nak menggunakannya jika tak faham Bahasa Jerman. |
Memang mudah nak berjalan di Lucerne kerana kenderaan tidak dibenarkan masuk
ke kawasan kota lama. Banyak bangunan dan pemandangan menarik terdapat
di sini, jadi tak risaulah kita dilanggar kereta kalau kita nak berhenti
menangkap gambar dan meninjau-ninjau semua benda yang berada di situ.
|
Dengan bantuan dari Tour Leader kami yang menjadi penunjuk arah, Myself dan Husband berjalan menuju ke Kapellplatz. |
Mercu
tanda Kapellplatz ialah Haus Zur-Gilgen-Turm yang merupakan sebuah
rumah dengan bangunan menara yang bulat. Bangunan ini adalah sebahagian
dari kota pertahanan Lucerne pada masa dahulu yang dibina pada tahun
1510. Rumah ini kini dimiliki oleh orang persendirian. Di belakang Haus
Zur-Gilgen-Turm adalah gereja St Peterskapelle (St. Peter's Chapel).
|
Haus Zur-Gilgen-Turm di Kapellplatz. Di sebelahnya ialah Gereja St Peter's (St Peterskapelle). |
|
St. Peter's Chapel. |
Pada
masa dahulu, kota pertahanan Lucerne dibina hingga sampai ke sini. Tapi
kini, kota tersebut telah runtuh. Hanya sebahagian sahaja kota
pertahanan ini yang dipanggil Musegg Wall masih tinggal.
|
Satu masa dahulu, tembok pertahanan kota Lucerne dibina sampai ke sini. |
|
Pelancong-pelancong dari negara China sedang memberi makan kepada burung di tepi Sungai Reuss. |
|
Sebenarnya ada larangan memberi makan kepada burung-burung di sini. |
|
Pemandangan Stesen Keretapi Lucerne dari Kapellplatz. |
CHAPEL BRIDGE
Chapel Bridge (Kapellbrücke) dibina pada tahun 1333,
bersekali dengan pembinaan kota pertahanan Lucerne. Pada masa dahulu ia tidak
hanya berfungsi untuk menghubungkan kedua-dua belah kota Lucerne yang
direntangi Sungai Reuss, malah ia turut menyumbang kepada sistem pertahanan
kota. Jambatan ini dinamakan Chapel Bridge kerana ia terletak berhampiran St. Peter's Chapel di Kapellplatz.
Jambatan sepanjang 170 meter ini merentangi Sungai Reuss secara pepenjuru (diagonal). Ia adalah jambatan kayu yang tertua di dunia yang masih digunakan sehingga ke hari ini.
|
Pintu masuk ke Chapel Bridge dari Kapellplatz. |
|
Jambatan ini dibina sepenuhnya dari kayu. |
|
Pemandangan di atas jambatan. |
|
Husband bergaya di atas jambatan. |
Chapel Bridge ini banyak sejarah. Pada asalnya ia lebih panjang dari apa yang
dilihat sekarang. Sebahagian jambatan ini telah diruntuhkan pada tahun
1834 untuk memberi laluan kepada pembinaan Schweizerhofquai Lakeside
Avenue.
Bumbung
jambatan ini pada asalnya dihiasi dengan 110 lukisan yang menggambarkan
sejarah kota Lucerne. Malangnya jambatan kayu ini telah terbakar pada
18 Ogos 1993 dan 85 dari lukisan ini musnah dalam kebakaran tersebut
yang dikatakan berpunca dari puntung rokok.
Jambatan
kayu ini telah dibina semula selepas kebakaran tersebut dan
lukisan-lukisan yang musnah diganti dengan lukisan dari bahagian
jambatan yang telah dirobohkan untuk pembinaan Schweizerhofquai Lakeside
Avenue tadi.
|
Bumbung Chapel Bridge dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menceritakan sejarah kota Lucerne. |
|
Pada asalnya terdapat 110 lukisan pada bumbung jambatan ini tetapi 85 buah daripadanya telah musnah dalam kebakaran yang berlaku pada tahun 1993. |
|
Ada larangan menconteng pada monumen ini... |
|
... tetapi masih ada orang yang tak faham larangan tersebut. |
Pemandangan
dari Chapel Bridge ini memang sangat cantik. Kita bukan hanya dapat
melihat pemandangan kota lama Lucerne dari sini, bahkan juga pemandangan
Sungai Reuss dan Tasik Lucerne yang berdekatan.
|
Pemandangan kota lama Lucerne dari Chapel Bridge |
|
Menara yang tinggi di belakang kedai-kedai ini adalah Rathaus (Town Hall). |
|
Pemandangan dekat menara Town Hall. |
|
Angsa berenang di Sungai Reuss. |
|
Pemandangan menghala ke Tasik Lucerne dari Chapel Bridge. |
Di atas jambatan ini juga, ada sebuah kedai cenderamata.
|
Kedai cenderamata di Chapel Bridge. |
|
Mengambil gambar burung merpati di depan Kedai Souvenir di Chapel Bridge. |
|
Air Sungai Reuss kelihatan jernih dan cetek dari atas Chapel Bridge. |
Water
Tower (Wasserturm) setinggi 34 meter yang menjadi sebahagian dari
Chapel Bridge dibina lebih awal 30 tahun dari jambatan kayu ini.
Walaupun namanya Water Tower, ia tidak berfungsi untuk menyimpan air. Ia
sebaliknya berfungsi sebagai arkib, perbendaharaan kota, penjara dan
juga torture chamber. Water Tower kini tidak dibuka kepada orang
awam kerana sebuah persatuan sejarah tempatan menggunakannya sebagai
pejabat mereka.
|
Water Tower yang membentuk sebahagian dari Chapel Bridge. |
|
Bangunan
Water Tower ini berbentuk oktagon dan pernah digunakan sebagai arkib,
perbendaharaan, penjara dan torture chamber pada masa dahulu. |
|
Pintu masuk ke Chapel Bridge dari Rathaussteg. |
RATHAUSSTEG
Kami keluar dari Chapel Bridge di Rathaussteg yang terletak di seberang Sungai Reuss. Kawasan di sebelah sini agak kurang happening berbanding di sebelah sana sungai.
|
Rathaussteg |
Ada 7 jambatan semuanya yang menyeberangi Sungai Reuss di Lucerne. Lima
daripadanya terletak berhampiran kota lama Lucerne: Schweizerhofquai,
Chapel Bridge, Rathaussteg, Spreuer Bridge dan Geissmattbrucke.
|
Jambatan Schweizerhofquai yang dilihat dari Chapel Bridge ini
terletak di pertemuan di antara Tasik Lucerne dan Sungai Reuss. Bas
yang panjang macam tram ini adalah pengangkutan awam yang utama di Lucerne. |
Dua
daripadanya (Schweizerhofquai dan Geissmattbrucke) boleh dilalui oleh
kenderaan manakala jambatan-jambatan lain hanya boleh dilalui pejalan kaki.
|
Jambatan besi di Rathaussteg |
Ada sebuah jambatan besi pejalan kaki yang cantik di Rathaussteg ini. Ia terletak betul-betul di sebelah Chapel Bridge.
|
Pintu masuk ke jambatan besi di Rathaussteg. |
|
Pemandangan di Rathaussteg |
|
Satu lagi pemandangan di Rathaussteg |
|
Patung ukiran di Rathaussteg |
Sebuah bangunan menarik yang terdapat di Rathaussteg ini ialah sebuah gereja Roman Katholik yang bernama Jesuit Church (Jesuitenkirche) yang dibina pada tahun 1666. Bangunan ini walau bagaimanapun tidak lagi berfungsi sebagai sebuah gereja yang aktif.
|
Jesuit Church |
|
Gereja ini tidak lagi aktif digunakan oleh penganut Roman Katholik untuk beribadat. |
|
Sungai Reuss di depan Jesuit Church |
|
Pemandangan di Rathaussteg. |
|
Bangunan yang cantik di seberang Sungai Reuss |
|
Peringatan supaya tidak memberi makanan kepada burung-burung. |
|
Perhiasan Krismas di Rathaussteg |
Jambatan besi di Rathaussteg ini memang menarik perhatian. Walau bagaimanapun, kami tidak menggunakannya untuk menyeberang Sungai Reuss untuk kembali ke kota lama Lucerne kerana ingin menggunakan sebuah lagi jambatan lain yang kami lihat.
Namun merasakan pemandangan dari jambatan besi ini sangat cantik, kami tetap naik ke atasnya untuk mengambil gambar pemandangan di sekitar.
|
Cantik sangat jambatan ini sampai kita rasa nak naik juga ke atasnya. |
|
Pemandangan di atas jambatan besi. Jambatan ini hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki sahaja. |
|
Pemandangan Chapel Bridge dari jambatan besi. |
|
Ini pula pemandangan sebuah lagi tarikan kota Lucerne, Needle Weir yang akan Myself ceritakan sebentar nanti. |
MUSEGG WALL (MUSEGGMAUER)
Kota-kota pertahanan banyak didirikan di seluruh Switzerland pada masa dahulu. Namun sebahagian besarnya telah diruntuhkan untuk memberi laluan kepada pembangunan. Kota lama Lucerne yang kini dikenali sebagai Musegg Wall (Museggmauer) adalah antara kota yang masih bertahan walaupun sebahagiannya juga telah dirobohkan. Musegg Wall juga boleh dilawati tetapi hanya dalam musim panas.
|
Pemandangan kota pertahanan Lucerne yang dinamakan Musegg Wall dari jambatan besi di Rathaussteg. Menara yang kelihatan di sini adalah dari kiri ke kanan: Mannli (Little Man), Luegisland (Look Towards The Land) dan Heu (Hay). |
Musegg Wall mempunyai 9 buah menara pertahanan yang bernama Nolli, Mannli (Little Man), Luegisland (Look Toward The Land), Heu (Hay), Zyt (Time), Schirmer (Shielding), Pulver (Powder), Allenwinden dan Dachli.
|
Pemandangan Menara Nolli dari Spreuer Bridge. Menara ini telah diubahsuai pada tahun 1901 untuk membolehkan kenderaan melaluinya. |
|
Menara
yang kelihatan di atas bukit ini dinamakan Mannli (Little Man) kerana di
puncaknya ada patung seorang lelaki yang dibuat dari besi (nampak tak dalam gambar ini?). |
Menara-menara ini juga mempunyai kisah masing-masing yang menarik. Umpamanya pada masa dahulu, Menara Heu (Hay) bukan saja menyimpan jerami tetapi juga gunpowder. Ia telah disambar kilat pada tahun 1701 yang mencucuh gunpowder yang disimpan di situ. Kombinasi gunpowder dan jerami ini menimbulkan api yang marak terbakar sehingga membunuh beberapa nyawa. Selepas peristiwa inilah Menara Pulver (Powder) dibina untuk menyimpan gunpowder bagi kegunaan pertahanan.
Menara Zyt (Time) pula dikatakan mempunyai muka jam yang sangat besar sehingga nelayan di Tasik Lucerne pun dapat melihat waktu yang dipamerkannya sewaktu memancing ikan di sana. Sebagai penghormatan kepada menara ini, loceng jamnya dibunyikan seminit awal berbanding jam-jam lain di kota Lucerne.
NEEDLE WEIR (NADELWEHR)
Sungai Reuss membahagikan kota Lucerne kepada dua bahagian. Ia bermula dari pergunungan Gothard Massif dan mengalir menerusi Tasik Lucerne sebelum bertemu dengan Sungai Rhine. Sungai sepanjang 158 km ini adalah sungai yang keempat panjang di Switzerland selepas Rhine, Aare dan Rhône.
|
Sungai Reuss yang membelah kota Lucerne kepada dua bahagian. |
Di sesetengah tempat di sungai ini, aliran airnya sangat deras sehingga sebuah empangan yang dipanggil Needle Weir perlu dibina untuk mengawal alirannya. Needle Weir ini dibina di antara 2 jambatan kayu di Lucerne: Chapel Bridge dan Spreuer Bridge.
|
Pemandangan Needle Weir dari jambatan besi di Rathaussteg. Jambatan kayu di belakang Needle Weir ini ialah Spreuer Bridge. |
|
Papan penerangan mengenai Needle Weir. |
|
Needle Weir |
Needle Weir dibina di antara tahun 1859-1860. Ia terdiri dari jeriji besi yang diturunkan secara manual ke dalam air sungai untuk mengawal kadar alirannya. Ia masih digunakan sehingga ke hari ini untuk mengalirkan air ke sebuah loji hidroelektrik berhampiran.
|
Needle Weir diguna untuk mengawal kadar aliran air Sungai Reuss. |
|
Jambatan kayu menyeberang Needle Weir |
|
Kadar aliran air Sungai Reuss ini perlu dikawal untuk kegunaan loji hiroelektrik di depan sana. |
|
Aliran air Sungai Reuss yang tenang menjadi bergelora selepas melalui Needle Weir. |
|
Pemandangan di sekitar Needle Weir |
Kawasan berhampiran Needle Weir ini dinamakan Reusssteg. Ada beberapa buah muzium di sini yang di antaranya ialah Museum of History dan Nature Museum.
|
Fountain dengan perhiasan Krismas di Reusssteg. |
|
Museum of History |
Pada masa dahulu, kawasan sebelah sini Sungai Reuss ini di mana Rathaussteg dan Reusssteg berada dinamakan Small Town. Kawasan ini ditandakan dengan sebuah jambatan kayu yang dipanggil Spreuer Bridge dan sebuah pintu kota yang dipanggil Baslertor (Basel Gate).
|
Kawasan ini kini dikenali sebagai Kasernenplatz |
|
Inilah pintu kota Small Town pada masa dahulu yang dinamakan Baslertor (Basel Gate). |
|
Keterangan mengenai Baslertor, tapi ditulis dalam Bahasa Jerman. |
|
Museum of Nature |
|
Pemandangan Museum of Nature, dilihat dari pintu masuk ke Spreuer Bridge. |
Bersambung ke Bhg. 25...
CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):