Friday, 25 December 2015

2015 WESTERN EUROPE BHG. 20 (Engelberg)

November 2015

WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(SWITZERLAND: Zurich, Mount Titlis & Lucerne)

Bahagian 20: Switzerland (2)
ENGELBERG (Perjalanan Ke Mount Titlis)

HARI KELAPAN (1)

Part 65: Suasana Pagi Di Ramada Zurich City

Dalam tak sedar, dah masuk hari kelapan kami berada di Eropah hari ini dan dah 6 negara kami kunjungi sehingga kini. Switzerland adalah negara terakhir yang kami lawati dalam program Kembara Eropah ini.

Pada hari ini, kami akan dibawa melawat dua buah tarikan pelancongan yang terkenal di Switzerland: Mount Titlis dan bandar Lucerne. Sebelum memulakan lawatan, kita bersarapan dulu untuk mengumpulkan tenaga.

Restoran sarapan pagi di Ramada Zurich City
Ada sekumpulan pelancong Cina dari Malaysia yang menginap bersama kumpulan kami di hotel ini.
Breakfast di Ramada Zurich City
Bila diberitahu yang suhu di Mount Titlis dijangka -9C hari ini, terpaksalah kita membuat persiapan yang sewajarnya seperti berpakaian macam beruang kutub. Jadi selepas bersarapan, kita balik dulu ke bilik untuk menambah pakaian bagi menahan cuaca sejuk ini. Sambil-sambil itu, kita tinjau kemudahan dan dekorasi di Hotel Ramada Zurich City ini.

Lobi lif di Ramada Zurich City. Lif di hotel ini memang comel saiznya.
Vending machine menjual snek dan minuman disediakan di setiap tingkat.
Kami mendapat bilik di Tingkat 1. Laluan ke bilik dari lif melintasi sebuah laluan di atas lobi hotel.
Mini Ping-Pong disediakan untuk kemudahan rekreasi pengunjung.
Pemandangan di lobi hotel dari laluan menuju ke bilik.
Korridoor di depan bilik.
Signboard di hotel ini ditulis dalam Bahasa Jerman. Mujurlah kita masih boleh faham perkataan yang ditulis.
Disebabkan kita tiba di Zurich pada sebelah malam semalam, memanglah tak nampak suasana sebenar di sekitar hotel. Disebabkan masih ada sedikit masa lagi sebelum bas datang untuk memulakan lawatan, kita survey suasana di depan Hotel Ramada Zurich City pulak.

Hotel ini terletak di hujung kota Zurich.
Pangsapuri kediaman di depan hotel.
Pemandangan lain berdekatan hotel.
Rumah kediaman di belakang hotel.
Menunggu di lobi untuk memulakan lawatan.

Part 66: Zurich

Zurich (ditulis sebagai Zürich dalam Bahasa Jerman dan disebut sebagai Zurik) adalah bandaraya yang terbesar di Switzerland tetapi agak kecil jika dibandingkan dengan kota-kota Eropah yang lain. Penduduknya hanya berjumlah 390,000 orang. Zurich dibina di tebing Tasik Zurich yang airnya mengalir ke dalam Sungai Limmat.

Kami melintasi Sungai Limmat ini dalam perjalanan ke hotel semalam. Tapi, disebabkan suasana ketika itu malam pekat, tak dapatlah nak mengambil gambar Sungai Limmat itu untuk ditunjukkan di sini.

Menuju ke pusat bandar Zurich
Pemandangan di pusat bandar Zurich. Salji masih belum turun di sini.
Warga Zurich telah mula keluar untuk bekerja.
Seorang Yahudi Orthodox di kota Zurich
Salah sebuah perhentian Tram di kota Zurich.
Seperti kota Eropah yang lain, pengangkutan awam sangat efisien di Zurich. Salah sebuah kenderaan awam yang sering kita lihat ialah Tram yang menggunakan kuasa elektrik. Seperti di Amsterdam, tram ini berkongsi laluan dengan kereta.

Tram di kota Zurich.
Bandaraya Zurich mementingkan kehijauan. Kerana itulah beberapa laluan Tram seperti ini turut ditanam dengan rumput.
Selain Tram, Trolley Bus berkuasa elektrik ini juga adalah pengangkutan awam utama di Zurich.
Menunggu Tram di sebuah perhentian.
Tram berselisih di kota Zurich.
Seperti juga kota-kota Swiss yang lain, Zurich sangat bersih. Standard of Living di kota ini juga adalah antara yang tertinggi di dunia.

Perhiasan Krismas di kota Zurich
Merry Christmas!
Walaupun sibuk, kota Zurich masih tenang.
Tram lagi! Memang kita akan jumpa dengan Tram walau ke mana kita pergi di Zurich ini.

Part 67: Menuju Ke Mount Titlis

Destinasi kami yang pertama pagi ini ialah Engelberg, sebuah pekan yang terletak di kawasan pergunungan Alps. Dari Engelberg barulah kami akan menaiki kereta kabel menuju ke Mount Titlis.

Lebuhraya menuju ke Mount Titlis.
Terowong keluar dari Zurich
Oleh kerana mukabumi Switzerland bergunung-ganang, jalan-jalan utama di sini mempunyai banyak terowong yang dibina untuk merentasi gunung.

Pemandangan dekat terowong yang akan dilalui.
Pemandangan di dalam terowong.
Signboard di dalam terowong
Pemandangan selepas keluar dari terowong
Perjalanan dari Zurich ke Engelberg memakan masa kira-kira sejam. Di kiri kanan jalan, kami disajikan dengan pemandangan pergunungan yang sangat indah. Kalau sebelum ini, Myself berpandangan Germany adalah negara Eropah yang terindah di kalangan negara yang telah kami lawati, pemandangan di Switzerland berganda-berganda lebih indah lagi.

Rumah tradisional Swiss
Perkampungan di kaki gunung
Pemandangan tipikal perkampungan Swiss yang terletak di kaki gunung.
Perjalanan ke Mount Titlis.
Kami dihidangkan dengan pemandangan gunung yang cantik sepanjang perjalanan. Dengan tiba-tiba muncul pulak sebuah tasik yang cantik bernama Lake Zug.

Gunung-gunung di Switzerland ini memang sangat tinggi.
Lake Zug
Ada banyak tasik yang besar begini ditemui di seluruh Switzerland. Ternyata Allah SWT yang mencipta bumi ini Maha Kaya dan Maha Pemurah. Walau negara Switzerland tidak mempunyai laut, Dia menganugerahkan Switzerland dengan tasik-tasik yang besar macam laut juga.

Besar tasik ni, macam laut.
Pergunungan bersalji di seberang sana.
Terowong menyusuri tepi Lake Zug.
Selepas melalui Tasik Zug, muncullah pula puncak-puncak gunung yang sangat tinggi. Kemuncak gunung ini memutih dilitupi salji.

Gunung tinggi yang muncul selepas melalui Lake Zug.
Tak terkata bila melihat keindahan pemandangan ini.
Memang Myself dah percaya sangat-sangat sekarang bila mendengar cerita tentang keindahan negara Switzerland.
Ada banyak bandar dan perkampungan yang dibina oleh orang Swiss di kaki gunung. Masa kecil dulu, Myself pernah membaca kisah Heidi, seorang budak perempuan yang tinggal bersama datuknya di pergunungan Swiss ini. Ketika itu, Myself cuma membayangkan saja keindahan gunung Alps di Switzerland. Syukur Alhamdulillah, sampai juga Myself ke pergunungan Alps ini untuk menikmati sendiri keindahannya.

Perkampungan yang disinari cahaya matahari pagi di depan gunung yang bersalji.
Pemandangan dekat perkampungan tadi.
Di sinilah agaknya Heidi tinggal bersama datuknya.
Menghampiri Lembah Engelberg

Part 68: Engelberg Valley

Tak berkelip mata kami bila bas melalui sebuah lembah yang dinamakan Engelberg Valley. Terlalu cantik pemandangan di sini. Tak tipu bila Myself katakan terasa sangat rugi kalau mata berkelip walau sebentar di sini kerana pasti ada pemandangan yang kita miss kalau berbuat begitu.

Dah tiba di Lembah Engelberg sekarang.
Salji dah semakin tebal di sini.
Bagaimana lagi kita nak menggambarkan keindahan tempat ini?
Di sini ada banyak rumah tradisional yang dibina dari kayu.
Terlupa sekejap keindahan Malaysia bila terpandang pemandangan indah begini.
Selamat Datang Ke Dallenwill
Semakin jauh kami menyusuri kawasan pergunungan, salji semakin tebal. Jalan raya juga menjadi semakin licin sehingga bas terpaksa bergerak dengan sangat perlahan. Bagus jugalah bas terpaksa bergerak perlahan di sini sebab senang kita nak mengambil gambar pemandangan-pemandangan yang cantik ini.

Disebabkan bas bergerak perlahan di sini, senanglah sikit kita nak ambil gambar perkampungan yang cantik ini.
Memang berbeza sangat-sangat dengan pemandangan kampung di Malaysia.
Cuba teka yang mana satu rumah Santa Claus agaknya?
Inilah agaknya pekan Dallenwill.
Walau salji tebal macam mana sekalipun, jalan raya akan sentiasa dipastikan bersih dari salji.
Pemandangan jalan keretapi di Engelberg Valley.
Meneruskan perjalanan ke Engelberg.
Kalau dah salji tebal begini setiap tahun, dah pasti penghuni-penghuni di kawasan ini mahir bermain ski.
Tak tahu bengkel tradisional perusahaan apa ini.
Arah ke depan untuk ke Engelberg
Rumput kering di depan rumah ladang.
Hutan pokok pain di Lembah Engelberg
Pokok-pokok pain di tepi jalan.
Jurang gunung di sini sangat dalam tetapi ada manusia yang tinggal di sana. Salji pulak cukup tebal di puncak-puncak gunung di sini sampai Myself terfikir, kalaulah berlaku runtuhan salji (Avalanche), pasti terbenam rumah-rumah di situ.

Ada banyak kemuncak gunung yang dilihat di sini.
Salah sebuah jurang yang dalam di Lembah Engelberg.
Mesin salji di kaki gunung
Banyak perkampungan juga diperhatikan di jurang-jurang gunung.
Pemandangan di satu bahagian jalan menuju ke Engelberg.
Walau di mana juga, termasuklah di Malaysia, jalan mendaki gunung pasti berbelok-belok.
Salji yang tersangkut di dahan pokok.
Sebuah lagi perkampungan di kaki gunung.
Di sana-sini juga, kami melihat mesin-mesin salji yang digunakan untuk membersihkan jalan dari salji. Salji yang turun di atas jalan raya menyebabkan jalan menjadi licin. Oleh yang demikian, ia disodok atau disedut untuk dibuang ke tepi bagi membolehkan kenderaan lalu tanpa sebarang halangan.

Mungkin salji tebal baru saja turun di sini kerana sebahagian jalan masih diliputi salji.
Tengok pun dah tahu betapa licinnya jalan yang belum dibersihkan sepenuhnya ini.
Bila dah dekat dengan bandar Engelberg, kami dapat melihat sebuah kolam yang cantik. Kami diberitahu kolam ini membekal air minuman kepada penduduk di sekitar. Ada pulak sebuah helikopter berulang-alik mencedok air dari tasik ini untuk dibawa ke puncak gunung ketika itu. Tapi susah sungguh nak ambil gambar helikopter ini tengah beraksi.

Pemandangan kolam ini menandakan kita dah sampai ke Engelberg.
Kolam ini membekalkan air minum kepada penduduk Engelberg.
Ada sebuah helikopter yang berulang-alik mencedok air dari kolam ini untuk dibawa ke puncak gunung sebenarnya, tapi susah nak ambil gambar heli ini in action.
Laluan keretapi naik ke gunung.
Ini bukanlah satu-satunya perkhidmatan kereta kabel untuk naik ke gunung Titlis. Ada banyak laluan kereta kabel seperti ini yang diperhatikan di sini.

Part 69: Engelberg 

Engelberg bermaksud Mountain of Angels. Menurut ceritanya, malaikat datang ke gunung ini untuk bermain disebabkan keindahannya. Dari sinilah kami akan menaiki kereta kabel untuk ke puncak Gunung Titlis. Tapi sebelum naik ke atas sana, kita berjalan-jalan dulu menikmati keindahan pemandangan di sini.

Kaki Gunung Titlis di Engelberg
Tempat parking bas di Gunung Titlis.
Pelancong-pelancong yang tiba untuk melawat ke puncak Gunung Titlis.
Ada perkhidmatan kereta kabel dan funicular untuk naik ke Mount Titlis dari sini.
Pemandangan di perkampungan Engelberg.
Bergambar kenangan di Engelberg.
Hotel dan rumah kediaman di kaki Gunung Titlis di Engelberg.
Terlindung di sebalik krenlah pulak dalam gambar ni... Inilah helikopter yang berulang-alik mencedok air dari kolam di Engelberg untuk dibawa ke puncak gunung. Air dicedok menggunakan bucket yang tergantung dari helikopter.
Jengkaut penolak salji di Engelberg.
Tayar jengkaut ini dipasang dengan rantai untuk menambahkan geseran pada permukaan jalan.
Pemandangan dekat tayar yang dipasang dengan rantai.
Berjalan menuju ke stesen cable car


Bersambung ke Bhg. 21...


CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):