Monday, 28 December 2015

2015 WESTERN EUROPE BHG. 25 (Altstadt)

November 2015

WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(SWITZERLAND: Zurich, Mount Titlis & Lucerne)

Bahagian 25: Switzerland (7)

LUCERNE (Spreuer Bridge & Altstadt)

HARI KELAPAN (6)

Part 74 (2) : Lucerne

SPREUER  BRIDGE 

Seperti Chapel Bridge, Spreuer Bridge juga adalah sebuah jambatan kayu lama yang beratap dan dihiasi dengan lukisan-lukisan pada silingnya yang dinamakan Dance of Death. Seperti Chapel Bridge juga, Spreuer Bridge turut membentuk sebahagian sistem pertahanan kota lama Lucerne.

Pintu masuk ke Spreuer Bridge dari Reusssteg.
Papan keterangan Spreuer Bridge ini sama seperti papan-papan keterangan yang lain ~ ia ditulis dalam Bahasa Jerman.
Pemandangan siling di pintu masuk ke Spreuer Bridge.
Silingnya dihiasi dengan lukisan-lukisan berbunga.
Jambatan yang dibina pada tahun 1408 ini menghubungkan City Mills dengan Pfistergasse (Baker's Quarter) yang terletak di sebarang sana sungai dari kota lama Lucerne. Pada ketika itu, pembuat-pembuat roti tinggal di luar kota kerana dapur-dapur membakar roti mereka sentiasa dipasang sepanjang malam dan penduduk-penduduk kota bimbang dapur-dapur ini akan terbakar serta memusnahkan rumah kediaman mereka.

Mari kita naik ke Spreuer Bridge...
Pemandangan di atas Spreuer Bridge.
Di bawah bumbung Spreuer Bridge, kita dapat melihat 67 buah lukisan yang dilukis di antara tahun 1626-1635. Lukisan-lukisan ini dinamakan Dance of Death. Ia menggambarkan tulang rangka (Death) mengajak semua lapisan masyarakat menari bersama dengannya (dengan kata lain, mengajak mereka mati). Death dilukis menari dengan orang tua dan muda, orang alim dan yang penuh dosa serta si kaya dengan si miskin.

Death mengajak biarawati menari.
Raja dan pembesar juga tidak terkecuali dari tarian maut.
Menurut ceritanya, pada masa lukisan ini dibuat, kota Lucerne sedang menghadapi wabak penyakit yang membunuh ramai warganya. Kerana itulah lukisan ini dibuat ~ untuk mengingatkan warga Lucerne yang maut boleh menjemput pada bila-bila masa.

Pemandangan kota pertahanan Lucerne dari Spreuer Bridge.
Pemandangan Needle Weir dari Spreuer Bridge
Spreuer Bridge dibina di hilir sungai Reuss. Kalau kita berpandangan yang Switzerland adalah sebuah negara yang bersih, ia tidaklah menghairankan kerana kebersihan ini telah dijaga dan diterapkan di kalangan warganya sejak dulu lagi.

Nak tahu apa kaitan kebersihan dengan Spreuer Bridge? Hanya dari jambatan ini sajalah jerami gandum (dalam Bahasa Jerman dipanggil Spreu) boleh dibuang ke Sungai Reuss pada masa dahulu. Dari situlah ia mendapat nama Spreuer Bridge (tempat membuang Spreu).

Kayu usang pada Jambatan Spreuer ini masih utuh sehingga sekarang.
Pemandangan Nolli Tower dari Spreuer Bridge.
Walaupun Spreuer Bridge tidak mempunyai Water Tower seperti Chapel Bridge, ia mempunyai sebuah menara merah di tengah-tengahnya. Menara ini adalah sebuah gereja kecil (chapel) yang dibina pada jambatan ini dalam tahun 1568.

Menara merah pada Spreuer Bridge ini adalah sebuah chapel.
Chapel ini dibina untuk menghormati Virgin Mary.
Pemandangan dekat ke dalam Chapel.
Laluan pejalan kaki di atas Spreuer Bridge lebih berkelok berbanding Chapel Bridge.

Senibina jambatan ini memang mengkagumkan.
Jambatan Spreuer yang kita lihat pada hari ini bukanlah jambatan asal. Jambatan sebelumnya yang dibina pada tahun 1408 dihanyutkan banjir pada tahun 1566.

Selepas Chapel Bridge terbakar pada tahun 1993, Spreuer Bridge menjadi jambatan tertua di Lucerne.
Nolli Tower di sana tu nampak macam ditebuk tikus dari sini.
Jambatan Spreuer ini lebih berkelok laluannya berbanding Chapel Bridge.
Pemandangan di hujung Spreuer Bridge.

CITY MILLS

Arus air yang deras di Sungai Reuss telah lama dimanfaatkan oleh penduduk Lucerne. Pada kurun ke-8 dahulu, sebuah gereja di Lucerne mengoperasi sebuah Water Mill di tepi Spreuer Bridge. Selepas abad ke 14, operasi Water Mill ini diambilalih oleh pentadbiran kota Lucerne.

Pada hujung abad ke-16, ada tiga bangunan Mill didirikan di atas pulau-pulau buatan manusia di kawasan ini. Setiap Mill mempunyai beberapa roda air (water wheels). Roda air ini tidak hanya digunakan untuk mengisar bijirin, tetapi juga digunakan untuk menukul dan mengisar bahan-bahan lain.

Pada kurun ke-17 pula, kesemua Mill ini dibina semula dan diperbesarkan untuk menampung keperluan ekonomi kota Lucerne. Lima saluran air dibina untuk menjalankan sejumlah 10 roda air. Saluran air yang keenam dibina di bawah tanah untuk kegunaan Municipal Mint yang mengecap duit-duit siling menggunakan kuasa hidro. Malangnya pada tahun 1875, sebuah kebakaran besar merosakkan tiga bangunan Mill ini.

Di sinilah letaknya Water Mill kota Lucerne pada masa dahulu.
Tapak bekas City Mills ini kini dikenali sebagai Mühlenplatz.
City Mills ini telah lama tiada, tetapi kenangannya tetap diabadikan pada Spreuer Bridge.
Inilah agaknya saluran air lama yang dibina untuk menggerakkan City Mills dulu.
Pada tahun 1889, pentadbiran kota Lucerne membina sebuah loji kuasa dan beberapa perusahaan di Sungai Reuss. 50 tahun kemudian, generator elektrik diperkenalkan untuk menggantikan transmisi mekanikal yang sudah lapuk. Selepas beroperasi selama 90 tahun, loji ini mula menunjukkan kecacatan disebabkan usia dan akhirnya ditutup pada tahun 1977 atas sebab-sebab keselamatan.

Turbin lama kota Lucerne
Di sini barulah ada sedikit keterangan dalam Bahasa Inggeris untuk kemudahan pelancong yang tak faham Bahasa Jerman macam kita.
Membawa anjing bersiar-siar di kota Lucerne.
Kawasan rehat di tepi Sungai Reuss.
Segitiga merah ini adalah lokasi sebuah roda air pada masa dahulu.
Pancutan air ini rasanya dibina hanya untuk hiasan.

ALTSTADT (OLD TOWN)

Kota lama Lucerne yang dipanggil Altstadt sangat menarik untuk dilawati. Ia tidak besar tetapi sangat terpelihara. Lorong-lorong kecil, laluan pejalan kaki dan mural pada bangunannya sangat menarik hati. Secara umumnya, berjalan di kota lama Lucerne bagai berjalan merentasi waktu sehingga beberapa abad dahulu.

Pemandangan ke Altstadt dari Spreuer Bridge
Berehat sebentar di Alstadt.
Ada banyak pancutan air begini di kota lama Lucerne. Airnya bersih dan boleh diminum terus dari pancutan air ini.
Di tepi-tepi restoran juga selalu disediakan kusyen-kusyen untuk melepak di luar seperti ini.
Antara mural yang menghias bangunan di Alstadt.
Kedai-kedai moden yang terdapat di Alstadt.
Sebahagian besar Alstadt adalah pedestrian zone yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan awam.
Semakin jauh kita meneroka Alstadt, kita dapat melihat lebih banyak bangunan yang mengkagumkan. Di beberapa tempat ada beberapa dataran kecil yang tersorok dari laluan utama. Dataran-dataran ini satu masa dahulu adalah pasar-pasar tempat jualan barang-barang tertentu.

Weinmarkt (Wine Market) ini adalah pasar menjual wain pada masa dahulu.
Ada pancutan air yang cantik di tengah-tengah Weinmarkt ini.
Pemandangan dekat pancutan air.
Pancutan air ini bagaimanapun kering dan tidak berfungsi
Bangunan ini kini adalah sebuah kedai pakaian sukan.
Dataran ini pula dipanggil Hirschenplatz (Deer Square).
Mengikut keterangannya, Hirschenplatz mendapat nama dari sebuah hotel bernama Gasthaus Hirschen (Inn of the Deer) yang pernah wujud di kawasan ini dulu.
Satu masa dulu, kawasan ini adalah pasar menjual babi. Pasar ini walau bagaimanapun telah dipindahkan ke satu kawasan lain selepas berlaku kebakaran di sini (Perasan tak... asyik terbakar saja kota Lucerne ini pada masa dulu).
Suka betul tengok bangunan-bangunan di sini. Manalah dia orang dapat idea nak menghias bangunan sampai begini sekali!
Katanya tempat ini dipanggil Sternenplatz (Star Square) kerana dataran ini berbentuk bintang, tapi Myself tak nampaklah pulak bentuk bintang yang dikatakan itu.
Kedai kasut Bata ada di mana-mana... Negara asal kasut Bata adalah Republik Czech yang terletak tidak jauh dari Switzerland. Tapi ibu pejabat kasut Bata kini terletak di bandar Lausanne, Switzerland.
Walaupun dihuni oleh kedai-kedai moden kini, perasaan tradisional di kawasan Alstadt ini masih kekal sehingga sekarang.
Pemandangan menghala ke jambatan besi Reusssteg.
Bertuah anjing ini dapat bersiar-siar di Lucerne dengan tuannya.
Sedang bersiar-siar di Alstadt ini, kami terpandang papan tanda arah ke Lion Monument yang terkenal di Lucerne. Sebenarnya sewaktu turun dari bas di Schwanenplatz tadi lagi, Myself dah bertanya kepada Tour Leader tentang kedudukan Lion Monument ini kerana Myself memang berhajat nak melawat monumen ini sejak dari awal lagi. 

Walau bagaimanapun, kami diberitahu yang Lion Monument ini terletak sangat jauh dari situ. Jadi, kami hanya berpuas hati melawat apa yang ada di sekitar Schwanenplatz sehinggalah terpandang signboard ini...

Kalau ada signboard begini maknanya tempat-tempat yang tertulis berada di dalam walking distance dari sini... termasuklah Lion Monument yang ingin kami kunjungi.

GRENDELSTRASSE

Kami kemudiannya melalui sebuah kawasan membeli-belah yang dinamakan Grendelstrasse. Ada banyak kedai-kedai terkemuka dunia di sini. Kedai yang menjual Swiss Chocolates pun banyak.

Grendelstrasse
Kedai jam Swatch di Grendelstrasse.
Ada caption di kedai cermin mata ini yang bermaksud: "Once upon a time, some 500 years ago, one could buy textiles here; today, in the Theiling House, one can buy good-quality glasses from an optician."
Patung keluarga Swiss di depan kedai cermin mata.
Semua nampak happy memakai spek mata baru, kecuali bapaknya saja sebab mungkin dia yang kena membayar kesemuanya.
Jauh kami berjalan merentasi kota lama Lucerne ini tapi tak nampak-nampak juga bayang Lion Monument ni...

Tak tahu apa bangunannya ini, tapi pasti dia ada sejarahnya sendiri.
Kat hujung pekan lama ini, kena pulak memanjat bukit...
Sebuah lagi bangunan Fairy-Tale yang terdapat di kota Lucerne ~ Chateau Gutsch yang dibina di atas sebuah bukit.
Chateau Gutsch kini berfungsi sebagai sebuah hotel mewah. Ia sebenarnya dibina sebagai kediaman rehat Queen Victoria dari England.

Kita terus berjalan lagi mencari Lion Monument...


Bersambung ke Bhg. 26...


CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):