HARI PERTAMA (2)
Part 3: England, Aku Datang Lagi...
Penerbangan sambungan Qatar Airways QR3 dari Doha ke London Heathrow dijadualkan berlepas pada pukul 7.45 pagi. Jika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Doha menggunakan pesawat Airbus wide-body yang biasa, penerbangan ke London ini pula menggunakan Airbus 380.
|
Pesawat penerbangan sambungan kami dari Doha ke London berlepas dari Pintu A5. |
|
Suasana di pintu perlepasan. |
|
Oleh
kerana pesawat Airbus 380 ini sangat besar, penumpang dibahagikan
kepada zon-zon tertentu di Pintu Perlepasan lagi untuk memudahkan urusan
boarding. |
Pesawat
Airbus 380 ini sangat besar dan setinggi 2 tingkat. Penumpang-penumpang
First dan Business Class ditempatkan di tingkat atas manakala
penumpang-penumpang kelas Ekonomi seperti kami ditempatkan di ruang
bawah pesawat.
|
Airbus 380 Qatar Airways. |
|
Boarding masuk ke dalam pesawat untuk ke London. |
|
Pemandangan di dalam Kelas Ekonomi Qatar Airways QR3 dari Doha ke London Heathrow. |
Kami
mendapat tempat duduk di tepi tingkap dalam penerbangan ini. Susunan
tempat duduk di tepi tingkap ini sebenarnya 3 sebaris. Tapi disebabkan
kerusi di sebelah kami tidak diduduki sesiapa, dapatlah kami conquer keseluruhan tempat duduk.
|
Peta penerbangan dari Doha ke London. |
|
Pemandangan dari tingkap tempat duduk kami. |
Qatar
Airways QR3 berlepas dari Hamad International Airport di Doha menuju ke
London Heathrow Airport tepat pada pukul 7.45 pagi. Oleh kerana pesawat
berlepas di sebelah siang, banyak pemandangan menarik dapat
diperhatikan dalam penerbangan ini.
|
Pemandangan sewaktu pesawat bersedia untuk berlepas. |
|
Meninggalkan Doha menuju ke London. |
|
Dalam pesawat menuju ke London. |
|
Seperti juga Airbus 380 yang lain, ada kamera yang dipasang pada sayap di ekor pesawat untuk membolehkan penumpang melihat sendiri perlepasan dan pendaratan pesawat secara langsung. |
|
Pemandangan bandaraya Doha dari pesawat. |
|
Pelabuhan Doha |
|
Bangunan-bangunan pencakar langit yang moden di Doha. Pemandangan dari pesawat. |
Doha
terletak betul-betul di pertengahan jalan antara Kuala Lumpur dan
London. Jika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Doha memakan masa 7 jam,
penerbangan dari Doha ke London juga memakan masa 7 jam.
|
Seperti penerbangan dari Kuala Lumpur ke Doha, penerbangan dari Doha ke London juga memakan masa 7 jam. |
Airbus
380 Qatar Airways ini juga dilengkapi dengan kemudahan yang membolehkan
penumpang menggunakan telefon bimbit di dalam penerbangan untuk membuat
panggilan dan menghantar mesej. Namun begitu, penumpang diingatkan
bahawa caj telefon yang dikenakan adalah sama dengan caj menggunakan
khidmat roaming di luar negara.
|
Penggunaan telefon bimbit dibenarkan di dalam pesawat ini kecuali sewaktu perlepasan dan pendaratan. |
|
Caj yang dikenakan sama seperti caj roaming di luar negara. |
Alhamdulillah,
cuaca sepanjang penerbangan dari Doha ke London juga baik sekali. Hanya
sedikit gegaran yang dialami sewaktu pesawat melintas Tasik Van di
negara Turki.
|
Melintas padang pasir di Semenanjung Arab. |
|
Hidangan sarapan pagi dalam perjalanan ke London. |
|
Di sinilah pesawat kami mengalami sedikit turbulence ~ ketika melintasi Tasik Van di Turki. |
|
Pertengahan jalan di antara Doha dan London. |
|
Peramugari Qatar Airways |
|
Oleh kerana mentari memancar terik di luar, penumpang-penumpang yang duduk di tepi tingkap seperti kami diminta menutup tingkap dengan penghadang matahari untuk membolehkan penumpang tidur dengan selesa dalam penerbangan ini. |
|
Snack yang dihidangkan kepada penumpang kira-kira 2 jam sebelum mendarat di London. |
Selepas
terbang selama 7 jam, bumi England muncul dalam pandangan. Syukur
kepada Allah, kerana mengizinkan diri ini kembali ke sini
selepas lawatan pertama hampir 20 tahun yang lalu pada tahun 1996.
|
Dah tiba di England sekarang. |
|
Sungai Thames yang muncul dalam pandangan. |
Disebabkan
kesesakan trafik udara di Lapangan Terbang Heathrow, pesawat kami
terpaksa berlegar-legar seketika di udara sehingga mendapat kebenaran
untuk mendarat.
|
Pesawat kami terpaksa berlegar-legar seketika di udara sementara menunggu kebenaran mendarat di Lapangan Terbang Heathrow. |
|
Pemandangan kawasan pertanian dari udara. |
|
Pemandangan Thames Barrier yang dibina untuk menghalang banjir dari melanda kota London dari udara. |
Akhirnya selepas berlegar-legar seketika di udara, pesawat kami dibenarkan mendarat di Terminal 4, Heathrow Airport.
|
Pemandangan Heathrow Airport dari udara. |
|
Lapangan Terbang Heathrow adalah antara lapangan terbang yang tersibuk di dunia. |
|
Banyaknya pesawat American Airlines di sini. |
Sedang
penumpang bersiap-sedia untuk turun dari pesawat, tiba-tiba kedengaran
seorang penumpang menjerit-jerit dari kabin di belakang sehingga
menyebabkan anak-anak kapal bergegas mendapatkan penumpang tersebut. Tak
tahu apa masalah dengan penumpang tersebut.
Tidak lama kemudian,
peramugari membuat pengumuman meminta penumpang kekal di tempat duduk
masing-masing kerana "We have a medical situation on board".
Peramugari juga meminta kerjasama dari mana-mana doktor atau kakitangan
perubatan yang berada di dalam pesawat untuk membantu penumpang
berkenaan dan seorang penumpang yang duduk di belakang kami yang mungkin
merupakan seorang doktor bangun untuk membantu. Peristiwa ini
mengingatkan Myself tentang pengalaman kami berkunjung ke Bali pada
tahun lepas yang juga sedikit sebanyak mengalami peristiwa seperti ini.
|
Walaupun kami telah mendarat di Heathrow, penumpang diminta kekal berada di tempat duduk masing-masing kerana ada seorang penumpang yang memerlukan bantuan perubatan dalam pesawat. |
Selepas penumpang yang sakit tadi keluar dari pesawat dengan diiringi beberapa anak kapal, barulah penumpang yang lain dibenarkan keluar.
Heathrow Airport mempunyai 5 buah Terminal dan pesawat kami mendarat di Terminal 4. Bangunan Terminal 4 Heathrow Airport ini kelihatan sangat klasik. Mungkin sebab ia sebuah airport lama yang dibina pada tahun 1986. Namun demikian, dalam banyak-banyak terminal di Heathrow Airport ini, Terminal 4 adalah satu-satunya terminal yang mampu menampung pendaratan pesawat sebesar Airbus 380 ini.
|
Pemandangan di Terminal 4, Heathrow Airport. |
|
Travelator menuju ke tempat bagasi. |
|
Welcome! |
Memang
mendebarkan sewaktu melintasi pemeriksaan imigresen di Airport
Heathrow. Banyak cerita yang didengar dari teman-teman yang pernah
berkunjung ke London tentang pemeriksaan imigresen di sini. Dengan
munculnya pengganas-pengganas antarabangsa yang rata-rata mengaku
beragama Islam, orang-orang Islam sering menjadi sasaran pemeriksaan
rapi ketika melalui pemeriksaan imigresen. Seorang teman pernah
bercerita yang suami dan anak-anak lelakinya disoal panjang sewaktu
melalui pemeriksaan imigresen di Heathrow, semata-mata kerana mereka
bernama Abdul.
Sekali
lagi syukur tak terhingga kepada Allah. Kami dapat melepasi pemeriksaan
imigresen dengan mudah sekali. Satu-satunya soalan yang ditanya oleh
pegawai imigresen yang bertugas kepada kami ialah: "Is this your first time coming to London?" Bila Husband menjawab: "Yes, this is the first time for me", terus passport kami dicop dan dibenarkan masuk ke UK. Malah, pegawai tersebut turut mengucapkan kepada kami: "Welcome To London!"
Penat je Husband berkorban mencukur licin mukanya sebelum datang ke sini. Konon-kononnya supaya tak kelihatan seperti orang Arab sebab dia bernama Syed. Tapi mana nak tahu, mungkin itulah juga sebabnya kami dapat melepasi pemeriksaan imigresen dengan mudah, kan?
|
Pemandangan UK Border Control di Airport Heathrow. Oleh kerana fotografi tak dibenarkan di sini, Myself mengambil gambar ini dari Internet untuk dijadikan kenangan. |
|
Menunggu bagasi di Heathrow Airport. |
Part 4: Menuju ke Bicester Village
Dari
Heathrow, rombongan kami menaiki sebuah bas yang telah diatur oleh
travel agent menuju ke Bicester Village yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari airport.
|
Terminal 4, Heathrow Airport |
|
Teksi di Terminal 4, Heathrow Airport |
|
Perkhidmatan bas awam di Terminal 4
|
Kami
tiba di Heathrow pada pukul 12.30 tengah hari. Cuaca di luar bangunan
Terminal agak sejuk ketika itu. Malah sewaktu kami sedang menunggu bas,
ada serpihan-serpihan salji turun dari udara. Namun serpihan salji ini
hilang sebaik mengenai tanah. Mungkin cuaca masih belum cukup sejuk
untuk mereka kekal dalam bentuk salji ketika jatuh ke tanah.
|
Menunggu bas di luar airport. |
Perjalanan dari Heathrow Airport ke Bicester Village memakan masa kira-kira sejam menggunakan Lebuhraya M40. Pemandangan di kiri-kanan jalan adalah kawasan pertanian yang sangat indah.
|
Lapangan Terbang Heathrow |
|
Bandar Heathrow |
|
Pesawat yang hendak mendarat di Heathrow |
|
Lebuhraya menuju ke Bicester Village |
|
Ladang yang terbentang luas. |
|
Padang ragut |
|
Laluan ke Bicester Village menuju ke arah yang sama dengan Oxford. UK tidak memakai Sistem Metrik. Jadi jarak yang ditunjukkan adalah dalam Batu dan bukan Kilometer. |
|
Lebuhraya ke Bicester Village. |
|
Kawasan pertanian lagi. |
|
Lebuhraya dan kawasan pertanian. |
|
Kambing biri-biri. |
Part 5: Bicester Village
Bicester Village (disebut Bister Village) adalah sebuah designer outlet. Konsepnya seperti Johor Premium Outlet (JPO) di Malaysia dan dipenuhi dengan butik-butik mewah yang setiap satunya mempunyai "rumah" mereka sendiri.
|
Bicester Village |
|
Tiba di Bicester Village |
|
Pintu masuk ke Bicester Village |
|
Butik Polo Ralph Lauren |
|
Pemandangan umum di Bicester Village |
Perkara pertama yang kami lakukan sebaik tiba di Bicester Village ialah mencari Contemplation Room untuk menunaikan solat jamak Zohor dan Asar.
Contemplation Room (Bilik Tafakur) ini sebenarnya terbuka untuk kegunaan penganut semua agama. Namun jelas sekali ia paling banyak digunakan oleh penganut agama Islam kerana agama-agama lain tidak mempunyai tuntutan untuk bersolat lima waktu sehari semalam seperti kita.
|
Arah ke Contemplation Room. Contemplation Room ini terletak di sebelah Butik Dior. |
|
Pintu masuk ke Contemplation Room. |
|
Pemandangan di dalam Contemplation Room. |
Selepas dah bersolat barulah mudah untuk kita explore Bicester Village ni... Seluruh kedai di sini menjual barang-barang mewah yang berharga ratusan dan ribuan ringgit di Malaysia. Mungkin harga barangan ini di sini lebih murah dari di Malaysia, tapi masih dalam lingkungan ratusan dan ribuan ringgit... Tak sesuai untuk orang yang tak berduit seperti kami.
|
Bicester Visitor Centre |
|
Butik Brooks Brothers |
|
Ermenegildo Zegna |
|
Hiasan Krismas di Bicester Village |
|
Bergambar dengan pokok krismas. |
Disebabkan kami tak bershopping di sini dan perut agak kelaparan, kami hanya masuk ke Pret A Manger, sebuah bakeri yang terdapat di sini. Ada pelbagai jenis sandwich yang dijual dan ada di antaranya yang Halal untuk dimakan.
|
Bakeri Pret A Manger |
|
Pelbagai sandwich dan salad yang dijual di Pret A Manger |
|
Seksyen Fish/Vegetarian |
|
Kaunter pembayaran Pret A Manger |
|
Ruang makan di Pret A Manger yang dihiasi dengan senduk dan kuali. |
|
Hasil belian kami di Pret A Manger. |
|
Satu lagi ruang makan di Pret A Manger |
|
Lagi ruang makan di Pret A Manger |
|
Meninggalkan Pret A Manger |
Kami diberi masa selama 2 jam di Bicester Village sebelum berkumpul semula pada pukul 5.45 petang. Ketika itu awal musim dingin dan cuaca telah mula gelap sekitar pukul 4.45 petang. Bila malam menjelang, Bicester Village berubah wajah dengan hiasan dan lampu-lampu Krismas mula dipasang di sana-sini.
|
Suasana malam di Bicester Village. |
|
Bergambar dengan penyambut tetamu di Bicester Village yang berpakaian seperti Tin Soldier. |
|
Gerai Manja! di Bicester Village |
|
Walaupun ditulis Halal, status BBQ Pulled Chicken Wrap ini diragui kerana dijual bersekali dengan BBQ Pulled Beef dan Pork Wrap. |
Part 6: Shahzad Restaurant
Berbeza
dengan kebanyakan pakej Muslim Tour ke Western Europe yang lain, makan
malam disediakan dalam pakej pelancongan ini. Namun makanan tengah hari
adalah urusan sendiri. Pada hari pertama ini, kami dibawa makan malam di bandar
Slough (disebut Slau), yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Bicester Village.
|
Slough |
|
Pemandangan malam di bandar Slough. |
Makan malam disediakan di sebuah restoran Iran yang bernama Shahzad.
|
Restoran Shahzad di Slough. |
|
Bas kami berhenti di hadapan Restoran Shahzad. |
Makanan di Restoran Shahzad disediakan secara buffet. Hidangannya sangat sedap dan sesuai dengan selera orang Malaysia.
|
Hidangan Buffet di Restoran Shahzad |
Part 7: Novotel London Heathrow
Selepas makan malam, barulah kami check-in ke hotel penginapan kami yang bernama Novotel London Heathrow. Dari namanya pun kita dah tahu yang ia terletak berdekatan Heathrow Airport.
|
Pintu masuk ke Novotel London Heathrow |
|
Novotel London Heathrow |
|
Membawa bagasi masuk ke hotel. |
|
Menunggu check-in ke bilik penginapan. |
|
Tour Leader, Roy sedang menguruskan bilik penginapan. |
|
Bilik Penginapan kami. |
Bersambung ke Bhg.3...
CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):