Thursday, 31 December 2015

2015 WESTERN EUROPE BHG. 27 (Zurich - Doha - KL)

November 2015

WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland

Bahagian 27: Perjalanan Pulang
ZURICH - DOHA - KUALA LUMPUR

HARI KESEMBILAN

Part 76 : Hari Terakhir Di Zurich

Pengembaraan 9 Hari/8 Malam di bumi Eropah berakhir kini. Pada hari ini, kami akan meninggalkan Eropah melalui Zurich untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Sarapan pagi di Hotel Ramada Zurich City
Hari ini je last nak breakfast macam ini. Lepas ini nanti kita breakfast dengan Nasi Lemak dan Roti Canai macam biasa...
Ada ambulans parking di depan hotel pagi ini. Tak tahu apa emergency yang berlaku...
Pemergian kami dari Zurich pagi itu diiringi hujan dan snowfall. Seronok dapat tengok snowfall pagi ini, tapi di dalam hati risau juga kalau ini bermakna cuaca buruk hari ini dan boleh mengganggu penerbangan pulang kami.

Salji turun mengiringi kepulangan kami dari Zurich pada pagi ini...
Bergambar dalam snowfall sebelum menaiki bas menuju ke Airport.
Untuk memudahkan urusan, kami bertolak awal ke Airport Zurich. Seronok nak balik ke Malaysia hari ini selepas sekian lama mengembara, tapi sedih juga nak meninggalkan Eropah sebab tak tahu bila kita boleh kembali lagi ke sini. Kalau diizinkan Tuhan, mungkin kami boleh kembali lagi ke sini dalam musim yang lain pula...

Meninggalkan kota Zurich menuju ke Airport.
Suhu pagi ini jatuh serendah 1'C.
Keretapi ekspres baru tiba di Zurich. Rata-rataya keretapi ekspres dia orang di sini semuanya dua tingkat.
Lebuhraya menuju ke Airport.

Part 77: Zurich Airport

Airport Zurich terletak tidak jauh dari bandaraya Zurich. Perjalanan dari hotel kami ke sini memakan masa tak sampai setengah jam.

Tiba di Airport Zurich dalam hujan renyai.
Bas menurunkan kami di ruang Arrival di Airport Zurich
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur juga adalah menggunakan Qatar Airways di mana kami perlu membuat persinggahan transit di Doha. Kaunter Qatar Airways masih belum dibuka sewaktu kami tiba di Airport, jadi terpaksalah menunggu sebentar.

Kaunter check-in di Zurich Airport. Kalau nak berkunjung ke Zurich, memang kena transit di tempat lain dulu kerana tak ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke sini.
Haiwan peliharaan seperti anjing dibenarkan untuk dibawa masuk ke bangunan Airport.
Menunggu kaunter Check-in dibuka.
Kaunter Qatar Airways dibuka pada pukul 12.10 tengahari, iaitu 3 jam sebelum waktu penerbangan. Sewaktu beratur untuk check-in, kami bertemu dengan satu keluarga Melayu dari Singapura yang juga bercuti ke sini. Mereka walau bagaimanapun hanya menggunakan penerbangan Qatar Airways sehingga ke Doha sahaja. Dari Doha, mereka akan menaiki pesawat syarikat penerbangan lain untuk ke Singapura.

Beratur untuk Check-in di kaunter Qatar Airways di Airport Zurich.
Di sini kami bertemu dengan satu keluarga dari Singapura yang hendak pulang ke negara mereka melalui Doha.
Selepas urusan Check-in selesai, barulah kami bergerak dalam satu kumpulan menuju ke Passenger Area.

Bergerak menuju ke Passenger Area.
Boarding Pass perlu discan sendiri di sini untuk masuk ke Passenger Area.
Berjalan menuju ke Passenger Area
Airport Zurich besar tapi pada pandangan Myself, tak begitu friendly kepada penumpang Muslim. Susah nak cari makanan yang Halal di sini. Ada Prayer Room disediakan di Airport ini tetapi ia hanya accessible kepada staf Airport dan tidak kepada penumpang, kecuali mereka yang flightnya berlepas dari Gate D. Pesawat kami berlepas dari Gate E, jadi kami tak boleh masuk ke sana.

Passenger Area di Zurich Airport.
Restoran dan kedai-kedai bebas cukai.
Alhamdulillah, walaupun salji mula turun di Zurich hari ini, penerbangan kami  Qatar Airways QR96 ke Doha masih berlepas mengikut jadual.
Satu lagi pemandangan di Passenger Area Zurich Airport.
Pesawat Delta di sana sedang bersedia untuk berlepas ke Amerika Syarikat.
Pokok Krismas di Zurich Airport
Ingatkan dah habislah peristiwa-peristiwa Culture Shock di Eropah ini bila kita sampai ke Zurich Airport. Rurpa-rupanya masih ada satu cerita...

Masa tu Husband nak pergi ke toilet, jadi kita tunggulah dia kat luar tak jauh dari toilet. Dari jauh lagi Myself dah nampak satu couple ni (lelaki dengan lelaki) berpegangan tangan dengan mesra sekali berjalan ke arah kita. Masa tu Myself dah sengih-sengih sendiri sebab obvious sangat yang mereka ni gay.

Masa couple ini lalu depan kita, tiba-tiba mereka "bercemolot". Terkejut besar kita dibuatnya. Buruk sangat rupanya bila dua lelaki yang berjambang kissing macam tu... Culture Shock kita dibuatnya!

Bila Myself cerita kat Husband apa yang berlaku, Husband terus tanya, kenapa tak ambil gambar? Dah tergamam melihat aksi begitu, bilalah pulak masanya kita nak ambil gambar?!

Kat sinilah peristiwa Culture Shock tu berlaku, tapi bukan lelaki yang dalam gambar ini tau! Tak baik tuduh-tuduh orang macam tu...
Lagi perhiasan Krismas di Zurich Airport.
Kedai Swiss Chocolates yang sangat mahal.
Disebabkan kami melilau mencari Prayer Room dan konon-kononnya nak cari makanan Halal yang kedua-duanya tak kami temui sehingga sampai masa untuk berlepas, kami agak terlewat tiba di Pintu Perlepasan. Tapi taklah lewat mana pun, masih dalam jangka masa yang selesa.

Keretapi menuju ke Pintu Perlepasan pesawat kami. Dalam gerabak ini, cuma kami berdua saja penumpangnya. Gerabak yang sebelah tu memang macam sesak.
Gerabak yang kat belakang kami ni lagilah kosong terus...
Disebabkan kami mendapat tempat duduk yang berterabur sewaktu Check-in tadi, Tour Leader mengambil inisiatif menyusun kembali tempat duduk. Tiba di Pintu Perlepasan ini, beliau terus memaklumkan kepada kami tempat duduk baru yang telah disusun semula.

Kami juga sempat membeli sebotol air mineral dari kedai di sini. Ingat tak dalam entry Amsterdam dulu, Myself pernah bercerita tentang cashier dari Ecuador yang kami temui di kedai souvenir Amsterdam Experience yang memberitahu beliau selalu dianggap rakyat Malaysia/Indonesia disebabkan warna kulitnya yang sawo matang macam kita? Cashier di kedai air mineral di Airport Zurich juga bercerita tentang perkara yang sama. Beliau berasal dari Brazil tapi sering disalah anggap sebagai rakyat Malaysia. Nampaknya lepas ini, kita cubalah melancong ke South America pulak. Pasti kita boleh menyamar jadi rakyat tempatan kat sana nanti.

Pesawat Qatar Airways yang akan membawa kami ke Doha telah sedia untuk berlepas.
Pemandangan di Pintu Perlepasan E52 di Zurich Airport.
Boarding pass untuk penerbangan ke Doha.
Helaian passport kami yang dicop masuk di Stesen Eurostar St. Pancras di London dan dicop keluar di Airport Zurich.
Panggilan masuk ke dalam pesawat menuju ke Doha.

Part 78: Dari Zurich Terbang Ke Doha

Pesawat kami berlepas dari Zurich menuju ke Doha pada pukul 3.10 petang. Kapalterbang ini nampak sangat memang kapalterbang baru. Segala-galanya nampak canggih dalam kapalterbang ini berbanding kapalterbang lain yang pernah kami naiki.

Pemandangan di dalam pesawat Airbus Qatar Airways yang membawa kami ke Doha.
Peta penerbangan dari Zurich ke Doha.
Uihh, canggihnya! Ada satellite imagery pada display monitor pesawat ini.
Berlepas meninggalkan Zurich.
Mungkin disebabkan angin kencang, pesawat mengalami turbulence dengan kuat sebaik airborne di Zurich. Macam-macam doa dibaca masa tu. Teringat kata seorang rakan, kalau kita naik kapalterbang ni, memang kena berserah kepada Allah kerana Dialah yang sebenarnya memegang pesawat kita. Manalah ada benda lain yang memegang pesawat sewaktu kita terbang di udara.

Pesawat bergegar sepanjang penerbangan merentasi Pergunungan Alps di Eropah.
Penerbangan kembali tenang selepas merentasi Pergunungan Alps.
Window shade pesawat ini cukup canggih. Hanya lapisan plastik berwarna biru yang tebal yang masih membolehkan kita melihat pemandangan di luar bila dipasang. Nak menaikkannya juga hanya perlu menekan butang di tepi tingkap sahaja.
Sajian penerbangan sedang dihidangkan oleh anak-anak kapal.
Hidangan petang dalam pesawat pilihan Myself.
Hidangan petang dalam pesawat pilihan Husband.
Matahari mula terbenam sewaktu kami terbang melintasi Greece.
Pemandangan matahari terbenam dari atas kapalterbang.
Risau juga bila tengok kat peta ini yang kita akan melintasi Syria dalam penerbangan ke Doha kerana Syria sedang bergolak sekarang.
Rupa-rupanya pesawat ini membuat lencongan jauh ke selatan untuk menghindari ruang udara Syria dan Israel/Palestine yang bergolak.
Lampu dalam pesawat ini sentiasa bertukar-tukar warna. Myself pernah terbaca dalam satu artikel penerbangan yang pesawat-pesawat baru memang ada ciri begini untuk membantu mengelakkan Jet Lag kepada penumpang.
Dah hampir tiba di Doha.
Penerbangan dari Zurich ke Doha memakan masa 6 jam. Kami tiba di Doha pada pukul 9.15 malam waktu tempatan.

Pesawat bersedia untuk membuat pendaratan di Doha.
Lampu pesawat dimalapkan untuk membuat pendaratan sebagai mematuhi peraturan keselamatan bagi pendaratan malam.
Kalau tengok dalam peta penerbangan ini, nampak macam pesawat kena membuat pusingan tajam untuk mendarat di Airport Doha.
Inilah laluan sebenarnya... membuat pusingan-U yang sangat besar untuk mendarat di Airport Doha.

Part 79: Hamad International Airport, Doha

Selepas mendarat di Hamad International Airport di Doha, pesawat kami tidak berhenti rapat ke bangunan terminal. Ia sebaliknya berhenti di tengah-tengah lapangan terbang dan penumpang diangkut ke bangunan terminal dengan bas.

Pesawat berhenti di tengah-tengah lapangan terbang.
Penumpang diangkut ke bangunan terminal dengan bas.
Perjalanan dengan bas ke bangunan terminal.
Selamat Datang ke Hamad International Airport.
Bas yang membawa penumpang ke bangunan terminal.
Berjalan masuk ke bangunan terminal.
Escalator menuju ke Transfer Area.
Kami transit di Doha selama 4 jam sementara menunggu penerbangan sambungan ke Kuala Lumpur. Di sini, Myself dan Husband menggunakan kesempatan yang ada untuk mengqada solat yang dibuat secara hormat waktu sepanjang perjalanan tadi.

Pesawat ke Kuala Lumpur juga akan berlepas mengikut jadual.
Berjalan menuju ke Pintu Perlepasan untuk pesawat ke Kuala Lumpur.


HARI KESEPULUH

Part 80: Dari Doha Ke Kuala Lumpur

Pesawat sambungan Qatar Airways kami dari Doha ke Kuala Lumpur berlepas pada pukul 1.20 pagi waktu tempatan. Penumpang dibenarkan masuk ke Pintu Perlepasan seawal jam 12.20 pagi.

Pintu Perlepasan pesawat kami ke Kuala Lumpur
Petugas-petugas di Pintu Perlepasan.
Pesawat yang akan membawa kami dari Doha ke Kuala Lumpur.
Berjalan masuk ke dalam pesawat.
Pemandangan sewaktu pesawat meninggalkan Hamad International Airport di Doha menuju ke Kuala Lumpur.
Seperti pesawat kami dari Zurich ke Doha tadi, pesawat yang membawa kami dari Doha ke Kuala Lumpur juga adalah sebuah pesawat baru yang canggih. Cuma bezanya pesawat kali ini adalah dari jenis Boeing dan bukan Airbus.

Gambaran perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.
Gambar satelit Airport Doha yang ditunjukkan pada display monitor.
Pemandangan di dalam pesawat menuju ke Kuala Lumpur.
Tidak seperti penerbangan dari Kuala Lumpur ke Doha dulu yang memakan masa 7 jam, penerbangan pulang ini hanya mengambil masa 6 jam 30 minit. Myself pernah terbaca dalam buku "Life In The Skies" yang ditulis oleh Captain Lim, seorang bekas senior pilot MAS yang kini bertugas dengan Air Asia, yang perjalanan dari barat ke timur memang selalunya lebih pendek dari timur ke barat kerana ada angin yang menolak pesawat untuk bergerak lebih laju dari belakang pada arah ini

Buku Life In The Skies yang sangat menarik. Banyak ilmu tentang penerbangan yang dapat kita perolehi bila membaca buku ini.
Peta penerbangan dari Doha ke Kuala Lumpur.
Dah berlepas dari Doha sekarang.
Sajian lewat malam dalam penerbangan dari Doha ke Kuala Lumpur.
Sekali-sekala, penumpang akan ditunjukkan pemandangan dari dalam cockpit pesawat pada display monitor seperti ini.
Alhamdulillah, cuaca sangat tenang dalam penerbangan dari Doha ke Kuala Lumpur pada hari ini.
Fajar menyinsing sewaktu kami melintasi India.
Terbang merentasi Teluk Bengal menuju ke Malaysia.
Pemandangan di luar sewaktu pesawat melintasi Teluk Bengal.
Peramugari sedang membuat pengumuman.
Sajian tengahari sedang dihidangkan kepada penumpang.
Dah hampir tiba ke Malaysia.
Dah selamat sampai di bumi Malaysia.
Kami tiba di Kuala Lumpur pada pukul 1.00 tengahari. Oleh kerana cuaca sangat baik pada ketika itu dan kami mendapat tempat duduk di tepi tingkap, banyak pemandangan menarik yang dapat kami lihat sewaktu pesawat hampir mendarat di KLIA. 

Myself akui, walaupun dah banyak kali naik kapalterbang dan mendarat di KLIA, Myself belum pernah melihat pemandangan tanah air kita yang indah sebegini sekali sebelum ini.

Awan tebal di Malaysia.
Banjaran Titiwangsa dari udara.
Betapa indahnya tanah air yang telah ditinggalkan selama 10 hari.
Pertama kali Myself melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dari celah kepulan awan begini.
Kalau tak salah, ini adalah Lebuhraya Pantai Timur yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kuantan dan Kuala Terengganu.
Pemandangan Port Dickson dari udara.
Dah nampak KLIA di sana.
Sedang mendarat di KLIA.
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah. Kami dah selamat kembali ke tanah air dari Eropah.
Selepas mengambil bagasi dan menyelesaikan segala urusan di KLIA, kami bergegas pulang ke rumah. Sebaik tiba di rumah, bergegas pula ke Pet Shop untuk mengambil kucing kami, Tam Tam yang ditinggalkan 10 hari di sana. Kesian Tam Tam kena tinggal kat situ, takkan nak bawak pergi bersama ke Europe pulak kan?!

Kesian Tam Tam, terpaksa tinggal dalam sangkar ini selama 10 hari.
Jom kita balik ke rumah.


CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):

CATATAN PERJALANAN EROPAH LAIN: