November 2015
WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(GERMANY: Cologne, Frankfurt & Black Forest)
Bahagian 18: Germany (5)
BLACK FOREST & TITISEE-NEUSTADT Part 2
HARI KETUJUH (2)
Part 58: Titisee-Neustadt
Titisee-Neustadt adalah sebuah bandar peranginan di Black Forest yang terletak di tepi Tasik Titisee. Tasik Titisee diberi nama oleh seorang Maharaja Roman yang begitu terpikat dengan keindahan tasik tersebut. Maharaja ini yang bernama Titus telah menamakan tasik ini Titisee sempena nama beliau sendiri.
|
Titisee-Neustadt |
|
Bandar ini terletak di atas gunung di tepi tasik. |
|
Pemandangan di tempat parking bas. |
Sebaik turun dari bas di Titisee, perkara pertama yang kami lakukan ialah bermain salji. Maklum sajalah, kalau di Malaysia manalah ada salji begini.
|
Bermain salji sebaik turun dari bas. |
|
Baik tua maupun muda, semuanya teruja melihat salji. |
|
Husband pun teruja tengok salji di sini. |
TASIK TITISEE
Kami kemudiannya dibawa ke tepi Tasik Titisee (disebut Titizee dalam Bahasa Jerman). Tasik ini sangat indah walau di musim dingin begini. Kalau di musim panas, ada boat cruise di tasik ini. Dah kami datang ke sini dalam musim sejuk, tengok sajalah itik berenang di tengah tasik.
|
Berjalan menuju ke Tasik Titisee. |
|
Bandar Titisee-Neustadt agak sepi ketika itu. Mungkin sebab ketika itu cuaca sangat sejuk dan ramai yang berlindung di dalam bangunan. |
|
Cantik dan sepi. |
|
Pemandangan di jalan utama Titisee-Neustadt. |
|
Kedai pakaian di Titisee-Neustadt |
|
Ada banyak hotel kecil sebegini di sini. |
|
Satu lagi pemandangan di jalan utama pekan Titisee-Neustadt. |
|
Kedai lagi. |
|
Dah nampak tasik kat depan sana. |
Tasik Titisee adalah sebuah tasik glasier. Sebelum tiba di sini, kami dah diberitahu yang tasik ini sangat cantik. Tapi bila dah sampai ke sini, tak sangka ia secantik itu. Memang sangat-sangat cantik!
Masa ini Myself memang teringat kat family yang berada di Malaysia. Kalaulah kita kaya, memang dah angkut mereka semua datang ke sini untuk menikmati keindahan tempat ini bersama-sama.
|
Tak terkata cantiknya tasik ini. |
|
Husband bergaya di tepi tasik. |
|
Itik berenang di Tasik Titisee. |
|
Tak sejuk ke berenang kat tasik masa-masa begini? |
|
Kalau datang dalam musim panas, adalah boat cruise kat tasik ini. |
|
Dah datang ke sini dalam musim winter, tengok sajalah itik yang berenang kat tasik ini. |
|
Halusnya salji kat sini. |
|
Menikmati keindahan Tasik Titisee. |
|
Schön! (Cantik dalam Bahasa Jerman. Bunyinya macam Shirn). |
|
Adik mainlah salji ni puas-puas kat sini. Kat Malaysia memang tak dapat pengalaman begini. |
|
Seronok sungguh bermain salji. |
|
Tak tahu nak tulis bagaimana lagi untuk menceritakan keindahan tasik ini. |
CUCKOO CLOCK
Black Forest adalah tempat asal Cuckoo Clock, jam dinding yang mempunyai perhiasan burung Cuckoo di atasnya. Burung Cuckoo ini akan menjerit memberitahu waktu pada setiap jam dan setiap setengah jam. Jam ini dibuat dari kayu pokok pain yang banyak terdapat di sekitar Black Forest.
|
Menyusuri tasik ke tempat Cuckoo Clock. |
|
Sungai ini mengalir ke Tasik Titisee. |
|
Pemandangan sungai yang mengalir ke Tasik Titisee. |
|
Sebuah lagi hotel kecil di Titisee-Neustadt. |
Ada banyak pengusaha Cuckoo Clock di Black Forest. Di Titisee-Neustadt ini, kami dibawa melawat ke Kedai Drubba untuk melihat bagaimana jam ini dihasilkan. Drubba adalah salah sebuah syarikat pembuat Cuckoo Clock yang terbesar di Germany.
|
Bangunan Drubba, syarikat penghasil Cuckoo Clock di Titisee-Neustadt. |
|
Pemandangan di dalam kedai Drubba. |
|
Cuckoo Clock memang menarik jika dijadikan cenderamata dari Germany. |
Pelancong dari seluruh dunia datang ke sini untuk mempelajari pembuatan Cuckoo Clock. Jadi tak hairanlah yang Syarikat Drubba menggaji petugas-petugas dari seluruh dunia yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa untuk memberi penerangan tentang Cuckoo Clock mereka. Kumpulan kami misalnya dilayan oleh seorang petugas wanita yang berasal dari Indonesia.
|
Demonstrasi pembuatan Cuckoo Clock dibuat di basement bangunan. |
|
Kumpulan pelancong dari Negara China sedang melihat demonstrasi pembuatan Cuckoo Clock. |
|
Petugas berbangsa Indonesia yang ditugaskan untuk melayan kami. |
|
Ukiran-ukiran dari kayu pain untuk membuat Cuckoo Clock. |
|
Komponen-komponen di dalam Cuckoo Clock. |
Kami diberi penerangan tentang sejarah Cuckoo Clock. Jam Cuckoo yang paling awal dicipta dengan hanya mempunyai jarum panjang. Penggerak jam yang digunakan adalah batu sebagai pemberat yang akan memutarkan jarum tersebut. Mekanisme jam juga perlu dipusing dari semasa ke semasa untuk menghidupkannya.
|
Cuckoo Clock yang paling awal direka hanya mempunyai jarum panjang sebagai penunjuk waktu. |
|
Pemberat yang digunakan untuk menggerakkannya adalah ketulan batu seperti ini. |
|
Jam Cuckoo yang paling awal dicipta perlu selalu digerakkan mekanismanya untuk menghidupkan jam. |
Bila teknologi jam menjadi semakin maju, bateri digunakan untuk menggerakkannya. Burung Cuckoo yang dulu terjerit-jerit memberitahu waktu juga mula digantikan dengan karekter-karekter lain. Namun nama "Cuckoo Clock" masih kekal sehingga ke hari ini.
|
Jam ini dipanggil Jam Ibu Mertua kerana ada karekter seorang lelaki tukang jahit dan ibu mertuanya yang berdiri di belakang lelaki tersebut. |
|
Setiap jam dan setiap setengah jam, kepala lelaki ini akan diketuk oleh Ibu Mertua untuk mengingatkannya supaya rajin bekerja. |
|
Paling kesian bila jam ini menunjukkan pukul 12 kerana kepala lelaki ini akan diketuk oleh ibu mertuanya sebanyak 12 kali. Setiap setengah jam pula, kepala lelaki ini akan diketuk sekali sahaja oleh Ibu Mertua. |
|
Ini adalah antara ciptaan jam klasik di Syarikat Drubba. |
|
Ini pula mekanisma asas yang digunakan dalam Cuckoo Clock. |
|
Setiap tahun ada design khusus Jam Cuckoo yang dihasilkan untuk tahun tersebut. Ini adalah design khusus bagi tahun 2015 yang tidak akan dibuat lagi pada tahun hadapan. Harganya 2,225 Euro (RM9,345). Mampu nak beli? |
Untuk mengekalkan tradisi, banyak karekter-karekter cerita rakyat Jerman yang digunakan untuk menghias Cuckoo Clock. Umpamanya karekter wanita penghias Cuckoo Clock sering dibuat memakai topi tradisional yang dinamakan Pompom Freiburg.
Topi ini dihiasi dengan kumpulan bulu-bulu bulat di atasnya yang terdiri dari 2 warna: merah dan hitam. Wanita yang belum berkahwin akan memakai topi berbulu merah manakala wanita yang telah berkahwin pula akan memakai topi yang berbulu hitam.
|
Topi Pompom Freiburg berwarna merah ini akan dipakai oleh wanita yang belum berkahwin. Wanita yang telah berkahwin akan memakai topi yang berwarna hitam. |
Setelah tamat demonstrasi, kami meninjau ruang jualan Cuckoo Clock ini. Memanglah Cuckoo Clock ini sangat menarik untuk dijadikan cenderamata dari Germany, cuma masalahnya harganya sangat mahal!
|
Ruang jualan Cuckoo Clock Drubba. |
|
Suka betul dengan design jam ini. Waterwheel tu sentiasa berpusing tau! |
BERSIAR-SIAR DI TITISEE
Bandar Titisee kecil dan cantik. Ia sebenarnya terdiri dari 2 buah bandar yang berkembar ~ Titisee dan Neustadt. Suasananya lebih menyerupai sebuah kampung berbanding sebuah bandar. Sewaktu di sini, kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar sampai ke hujung kampung.
|
Jom kita jalan sampai ke hujung kampung. |
|
Ini padang ragutlah agaknya. |
|
Bersuka-ria di Titisee-Neustadt. |
Ketika itu, salji baru saja turun sehari dua sebelum kami tiba di situ. Namun ketebalan salji dah melebihi paras buku lali. Kalau kami datang di tengah-tengah winter, mungkin agaknya ketinggian salji sampai ke aras lutut.
|
Rasa nak terus pindah menetap di sini. |
|
Tengoklah betapa tebalnya salji di sini. |
|
Ketinggian salji dah melebihi buku lali. |
|
Jom kita jalan lagi sampai ke hujung... |
|
Pemandangan tasik di hujung kampung. |
|
Kalau pasang saja lampu berkelip-kelip pada pokok ini, terus ia akan menjadi Pokok Krismas. |
|
Bergaya Ala Hindustan di Germany. |
|
Nehii ! |
Sedang kami bergembira menikmati keindahan suasana di Titisee-Neustadt ini, salji turun dengan lebat sekali. Lagilah hati yang dah riang ini menjadi semakin girang...
|
Snowfall ! |
|
Tengok salji jatuh atas sarung tangan kita! |
Daerah Black Forest di Germany ini juga adalah tempat asal kek Black Forest. Kami kembali ke Kedai Drubba kerana bercadang nak mencuba kek ini di kafetarianya. Namun begitu, cita-cita kami tak kesampaian kerana kek Black Forest ini mengandungi alkohol. Menurut petugas di kafetaria ini, resepi kek Black Forest yang asal memang mengandungi wain.
|
Kembali ke kafetaria Drubba untuk mencuba kek Black Forest. |
|
Kata waiter di dalam ni, kek Black Forest di sini memang menggunakan resepi tradisional yang mengandungi wain. |
|
Tak ada rezeki nak makan kek Black Forest kat sini... |
Untuk mengubat hati yang lara kerana kempunan tak dapat mencuba kek Black Forest, kami bersiar kembali di tepi Tasik Titisee. Di sinilah kami disapa oleh seorang lelaki tempatan yang bernama Heinz.
|
Di sinilah kami disapa oleh seorang lelaki tempatan bernama Heinz. |
|
Husband berjalan nak mendapatkan Heinz. |
Heinz tinggal di sebuah rumah di tepi Titisee. Dia bertugas di sebuah syarikat IT di sini. Myself dah lupa nama syarikat tempat dia bekerja tapi syarikat ini mempunyai cawangan di Singapura dan Johor Bahru.
|
Husband dan Heinz. |
Heinz tak pernah sampai ke Malaysia tetapi pernah berkunjung ke Singapura. Malah pada mulanya dia menegur kami kerana menyangka yang kami berasal dari Singapore.
Menurut Heinz, pada masa dulu Tasik Titisee akan membeku di musim dingin dan kita boleh bermain ice-skating di atasnya. Tasik Titisee masih membeku di musim dingin kini tapi disebabkan Global Warming, kepingan aisnya nipis dan aktiviti ice-skating tak boleh lagi dibuat di sini.
|
Walau Tasik Titisee masih membeku di musim dingin bila tiba masanya nanti, ketulan aisnya kini tak cukup tebal untuk bermain ice-skating. |
Banyak yang kami bualkan dengan Heinz. Antaranya termasuklah sama ada dia mempunyai perkaitan dengan sos Heinz yang terkenal tu. Kata Heinz, sos itu dihasilkan oleh satu keluarga Heinz yang berhijrah dari Germany ke Amerika. Dia tidak mempunyai perkaitan dengan keluarga tersebut. Heinz sebenarnya adalah first name beliau.
Sebelum berpisah dengan kami, Heinz menyerahkan sebuah pamplet mengenai ajaran Jehovah's Witness kepada kami. Laa.... pendakwah Kristian rupanya dia ni!
|
Bergambar kenangan dengan Heinz. |
Selepas itu, kami berjalan ke bahagian depan pekan pula. Waktu mula sampai tadi, kami terpandang ada sebuah restoran India di sana dan kami bercadang nak makan tengahari di situ. Malangnya, restoran ini tak dibuka ketika itu. Mujurlah ada sebuah kedai runcit kat tepi situ. Dapatlah juga kami membeli biskut untuk mengalas perut tengah hari itu.
|
Hello ! |
|
Tak lama lagi mesti kereta ini akan kena timbus dengan salji. |
|
Manja betul kucing German ni dengan Husband. Nak ikut balik ke Malaysia ke? |
|
Kita jalan kat depan ni pulak. |
Ada banyak restoran di Titisee-Neustadt ini sebenarnya tapi semuanya macam ditutup. Nampak gayanya, orang kat sini macam tak suka keluar dan hanya memerap di rumah bila salji turun.
|
Restoran German-Italian |
|
Macam tutup je restoran ni. |
|
Husband suruh ambil gambar ni untuk menunjukkan betapa gebunya salji kat sini. |
|
Dapur rumah siapa yang berasap ni? |
Kami juga melihat ada keretapi lalu di sini. Memang bagus betullah negara Germany ini. Walau ceruk mana sekalipun tempatnya, tetap ada perkhidmatan keretapi ke situ!
|
Nampak macam stesen keretapi di situ. |
|
Memang stesen keretapi pun... |
|
Keretapi ini menuju ke Freiburg. |
|
Dua tingkat keretapi ni. |
|
Siap ada koc untuk basikal. |
|
Auf Wiedersehen! |
Part 59: Perjalanan Ke Switzerland
Dari Titisee-Neustadt, perjalanan diteruskan lagi ke Switzerland melalui pekan sempadan Bonndorf. Dalam perjalanan ke sana kami melalui banyak perkampungan dan pekan-pekan kecil serta juga kawasan hutan. Pemandangan sepanjang perjalanan memang cantik (asyik ulang-ulang perkataan ini saja sebab pemandangannya memang cantik).
|
Kalau tak salah, ini masih sebahagian dari Titisee-Neustadt. |
|
Pemandangan sewaktu meninggalkan Titisee-Neustadt. |
|
Semuanya nampak macam hitam putih. Bila lori ini lalu, barulah ada colour sikit. |
|
Jambatan merentasi jurang. |
|
Pemandangan dari atas jambatan. |
|
Perkampungan di Germany. |
|
Lagi perkampungan yang dilalui. |
|
Landasan keretapi di tepi kampung. |
|
Pekan Medieval yang dilalui dalam perjalanan ke Bonndorf. |
|
Jalan-jalan di pekan sentiasa dibersihkan dari salji untuk kemudahan pengguna. |
|
Ada sedikit kehijauan ditemui sekarang sebab kita dah menurun dari gunung. |
|
Inilah rupa Black Forest yang sebenarnya. |
|
Sekumpulan hikers yang dah veteran di Black Forest. |
|
Kuda. |
|
Kabus. |
|
Pemandangan musim luruh di Black Forest. |
|
Kawasan tanah runtuh. |
|
Salji baru mula nak turun di sini. |
|
Harap-harap kat Switzerland nanti pun adalah sedikit kehijauan macam ini. |
|
Sebuah lagi bandar yang dilalui sebelum tiba ke Bonndorf. |
|
Sebuah kedai di tengah pekan. |
|
Menuju ke arah matahari terbenam. |
|
Padang rumput yang mula diselimuti salji. |
|
Rumah tradisional Jerman. |
Di Bonndorf, bas berhenti mengisi minyak. Sekali lagi, kami semua dikehendaki turun sewaktu bas mengisi minyak.
|
Bas mengisi minyak di Bonndorf. |
|
Pemandangan di Bonndorf. |
|
Tingkap ini tak rosak tau... Kami perhatikan memang banyak tingkap di kawasan ini yang dipasang dengan cara begini. |
|
Lagi pemandangan di Bonndorf. |
|
Sebuah hotel di Bonndorf. |
|
Semakin hampir ke sempadan Switzerland. |
Bersambung ke Bhg. 19...
CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):