November 2015
WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(ENGLAND: London)
Bahagian 3: England (2)
LONDON (Trafalgar Square & Buckingham Palace)
HARI KEDUA (1)
Part 8: Suasana Pagi Di Novotel London Heathrow
Hujan turun di awal pagi pada hari kedua kami di England dengan disertai angin yang bertiup kencang. Suasana di luar hotel dingin sekali dengan suhu sekitar 9'C.
|
Hujan turun dengan lebat di awal pagi hari ini. |
|
Sarapan pagi di Novotel London Heathrow. |
|
Pilihan sarapan pagi kami. Tak banyak pilihan kerana banyak makanan yang dihidangkan Tidak Halal. |
Sebelum memulakan program lawatan hari ini, kita bersiar-siar dulu di perkarangan Novotel London Heathrow.
|
Pemandangan dari hadapan Novotel London Heathrow. |
|
Bendera Novotel di jalan masuk ke hotel berkibar dengan kuat disebabkan angin yang bertiup kencang. |
Part 9: Menuju Ke Kota London
Hotel Novotel yang kami duduki terletak kira-kira sejam perjalanan dari Kota London. Seawal jam 9 pagi, kami bergerak menaiki bas menuju ke kota London.
|
Tour Leader memberi penerangan tentang program lawatan pagi ini. |
|
Sebuah pekan kecil yang dilalui dalam perjalanan menuju ke London. |
|
Walaupun jalan ke London tiga lorong sehala, jaluran jalannya sangat sempit. |
|
Pemandangan tipikal rumah-rumah kediaman di England. |
|
Terbayang Mary Poppins dengan payungnya turun dari atas sana bila melihat rumah-rumah dengan chimney begini. |
|
Gereja berkubah begini selalunya dimiliki oleh Gereja Russian Orthodox. |
|
Pemandangan sewaktu melintasi sebuah lagi pekan berhampiran London. |
|
Britain adalah negara asal pasaraya Tesco. |
|
Bas merah dua tingkat ini mula muncul dalam pandangan bila kita memasuki kawasan Greater London. |
|
British Rail. |
|
Seperti bandaraya lain di dunia, jalanraya-jalanraya di London juga dibina bertingkat-tingkat disebabkan kekurangan tanah. |
|
Seperti di Malaysia, bolasepak adalah sukan yang sangat popular di Britain. |
|
Edgware Road Station di London |
Part 10 (1): London City Tour
MADAME TUSSAUDS
Program pada pagi ini ialah membuat London City Tour bersama seorang Tourist Guide tempatan. Tempat pertemuan adalah muzium patung lilin yang terkenal, Madame Tussauds. Sambil menunggu Local Tourist Guide kami tiba, semua ahli rombongan mengambil kesempatan bersiar-siar dan bergambar di sekitar muzium.
|
Madame Tussauds, London. |
|
Walau tak masuk ke dalam muzium, tetap bergambar untuk membuktikan kami dah sampai ke sini... |
|
Bergambar di hadapan Madame Tussauds pulak... |
|
Barisan pengunjung yang ingin masuk ke muzium Madame Tussauds. |
|
Pemandangan berhampiran Madame Tussauds. |
|
Big Bus London. Sebiji macam Big Bus Istanbul yang pernah kami naiki di Turki. |
|
Pakcik penjual makanan di tepi Madame Tussauds yang sangat peramah. |
|
Pondok telefon di tepi Madame Tussaud's. Nampak tak ada iklan yang tak senonoh kat dalam pondok telefon tu? |
|
Husband bergambar bersama Pemandu Bas (Alex) dan Tour Leader (Roy). |
REGENT'S PARK
Tepat masa yang dijanjikan, Tourist Guide kami yang bernama Isabelle tiba untuk memulakan program London City Tour.
|
Tourist Guide London City Tour kami, Isabelle. |
Tempat pertama yang ditunjukkan oleh Isabelle kepada kami ialah Regent's Park, salah sebuah dari beberapa Taman Diraja yang berada di kota London.
|
Papan Tanda Regent's Park |
|
Regent's Park adalah salah sebuah Taman Diraja di Kota London. Taman Diraja yang sebuah lagi adalah Hyde Park. |
Seperti Central Park di New York City, taman ini sangat luas dan mempunyai pelbagai tarikan di dalamnya seperti zoo, pusat sukan dan riadah. London Central Mosque juga dibina berhampiran taman ini tetapi kami tidak pergi ke sana.
Taman Diraja seperti Regent's Park ini asalnya dimiliki oleh Keluarga Diraja Britain dan pada masa dahulu digunakan oleh Raja-raja untuk memburu binatang liar. Pada masa dahulu, ia juga tidak dibuka kepada orang awam seperti sekarang.
|
Taman ini kelihatan seperti hutan di tengah kota kerana banyak terdapat pokok-pokok besar di situ. |
|
Kediaman di sekitar Regent's Park yang sangat mahal harganya. |
REGENT STREET
Selain Oxford Street, Regent Street juga adalah jalan membeli-belah utama di kota London. Di samping menempatkan pelbagai butik jenama terkenal dunia, jalan ini juga terkenal dengan senibina bangunannya yang menarik.
|
Selain Oxford Street, Regent Street juga adalah pusat membeli-belah utama di Kota London. |
|
Perhiasan Krismas di Regent Street |
|
Regent Street dipenuhi dengan berbagai butik mewah. |
|
Body Shop di Regent Street |
|
Regent Street adalah sebatang Jalan Diraja di kota London. |
|
Lampu-lampu jalan di Regent Street dipakaikan dengan mahkota untuk menunjukkan yang jalan ini adalah Jalan Diraja. |
|
Pemandangan dekat mahkota lampu di Regent Street. |
|
Salah sebuah side alley di Regent Street. |
|
Pelancong dan warga London yang berkunjung ke Regent Street. |
|
Penghujung Regent Street |
PICCADILLY CIRCUS
Piccadilly Circus terletak di penghujung Regent Street. Menurut Isabelle, perkataan "Circus" berasal dari Bahasa Latin yang bermaksud "Bulatan". Kawasan ini terkenal dengan patung Eros yang merupakan Dewa Cinta bagi Orang Rom.
|
Piccadilly Circus |
|
Stesen Tube berhampiran Piccadilly Circus |
|
Patung Dewa Eros di Piccadilly Circus |
|
Menuju ke Trafalgar Square |
TRAFALGAR SQUARE
Trafalgar Square dibina untuk memperingati kemenangan tentera British menentang tentera Perancis dalam Perang Trafalgar pada tahun 1805. Sebuah tugu untuk Lord Nelson yang mengetuai tentera British ketika itu turut didirikan di sini.
|
Trafalgar Square |
|
Tugu untuk memperingati Lord Nelson di Trafalgar Square. |
|
Tugu Nelson dijaga oleh 4 ekor singa di kakinya. |
|
Pancutan air di Trafalgar Square |
|
National Gallery di tepi Trafalgar Square ini mempamerkan 2,300 buah lukisan di dalamnya. |
|
Tandas Awam di Trafalgar Square ini dibina di bawah National Gallery. |
Selain menempatkan pancutan air dan Tugu Nelson, Trafalgar Square juga sering digunakan untuk rapat umum dan perhimpunan awam. Pelbagai acara diadakan di sini termasuklah Malaysia Day yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia setiap tahun bagi mempromosikan pelancongan Malaysia.
|
Pejabat Tourism Malaysia di sebelah Trafalgar Square |
|
Jambangan Bunga yang diletakkan di tepi pancutan air Trafalgar Square untuk memperingati mangsa pengeboman Paris oleh Tentera ISIS pada bulan November 2015. |
|
Pray For Paris |
Myself pernah datang ke Trafalgar Square ini pada tahun 1996 dulu. Pada masa itu, salah satu aktiviti yang menjadi tarikan kepada pelancong adalah memberi makan kepada burung-burung merpati yang banyak terdapat di sini.
Burung-burung merpati yang menjadi tarikan pelancong ke Trafalgar Square pada masa dulu tiada lagi di sini kini. Dewan Bandaraya London telah memulakan usaha mengusir burung-burung merpati ini pada tahun 2000 untuk membendung penyakit yang dibawa oleh mereka.
|
Kesian merpati ini kerana pengunjung tidak lagi dibenarkan untuk memberi makan kepada mereka di sini. |
|
Burung Helang digunakan untuk mengusir Merpati dari Trafalgar Square |
|
Pintu masuk ke Stesen Tube berhampiran Trafalgar Square. |
|
Gereja St. Martin In The Fields |
|
Basikal-basikal
berwarna merah ini boleh disewa untuk bersiar-siar di Kota London.
Terdapat banyak stesen sewaan di sekitar London dan basikal boleh
dipulangkan di mana-mana stesen. Kos penggunaannya untuk 30 minit
pertama adalah percuma. |
|
Husband bergambar bersama Isabelle di tepi Trafalgar Square. |
WHITEHALL
Perjalanan City Tour kami seterusnya adalah ke kawasan Whitehall yang merupakan pusat pemerintahan Kerajaan British. Antara bangunan yang terkenal yang terletak di sini adalah Houses of Parliament.
|
Bangunan Parlimen British dengan mercu tandanya yang terkenal, Big Ben. |
|
Nama sebenar menara ini ialah Elizabeth Tower. Big Ben adalah nama loceng yang terletak di dalam menara ini. |
|
Parliament
Square di hadapan Bangunan Parlimen ini menempatkan patung tokoh-tokoh
terkenal seperti Winston Churchill, Abraham Lincoln, Mahatma Gandhi dan
Nelson Mandela. |
|
Britain mempunyai 650 orang Ahli Parlimen. |
Selain Bangunan Parlimen, bangunan-bangunan Kerajaan yang lain juga banyak di sini.
|
Tentera Berkuda di hadapan Kementerian Pertahanan British. |
|
10 Downing Street ~ Kediaman rasmi Perdana Menteri Britain. |
|
Bunga-bunga
poppy diletakkan di tugu peringatan perang yang dinamakan The Cenotaph
ini pada bulan November setiap tahun seperti ketika kami di sana untuk
memperingati para perajurit yang terkorban. |
|
Raleigh Green bertentangan dengan Kementerian Pertahanan British |
Tidak jauh dari sini juga kami bertemu dengan New Scotland Yard yang merupakan ibupejabat bagi Polis Metropolitan London.
|
New Scotland Yard ~ ibupejabat bagi Polis Metropolitan London. |
|
Pandangan sisi New Scotland Yard |
|
Pintu masuk ke New Scotland Yard |
WESTMINSTER ABBEY
Westminster Abbey adalah sebuah gereja yang terletak di City of Westminster di London. Ia penting dan bersejarah kerana di sinilah upacara pertabalan raja-raja British diadakan. Di sinilah juga jasad beberapa tokoh terkemuka British seperti Charles Dickens dan Charles Darwin disemadikan. Di sini jugalah upacara perkahwinan Putera William dan Kate Middleton diadakan pada tahun 2011.
|
Pengunjung yang ingin melawat Westminster Abbey. |
|
Pandangan Westminster Abbey dari hadapan. |
|
Pandangan Westminster Abbey dari sisi. |
|
Dari pintu inilah Putera William dan Kate Middleton keluar dari gereja selepas upacara perkahwinan mereka pada tahun 2011. |
CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):