Sunday, 20 December 2015

2015 WESTERN EUROPE BHG. 17 (Black Forest)

November 2015

WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(GERMANY: Cologne, Frankfurt & Black Forest)

Bahagian 17: Germany (4)
BLACK FOREST & TITISEE-NEUSTADT Part 1

HARI KETUJUH (1)

Part 55: Selamat Pagi, Frankfurt 

Guten Morgen! Selamat pagi! Kita mulakan hari ini dengan melihat pemandangan kota Frankfurt dari tingkap bilik kami di Hotel Novotel Frankfurt City.

Pemandangan bandaraya Frankfurt dari bilik kami di Hotel Novotel Frankfurt City. Bangunan yang tinggi meruncing itu adalah Bangunan Deutsch Bank.
Pemandangan ke angle sebelah sana pulak.
Hotel Novotel ini terletak di sebelah landasan keretapi. Sentiasa saja ada keretapi lalu di sini.
Itu Stesen Keretapi Frankfurt. Nampak tak kapalterbang nak mendarat di sana tu? Airport Frankfurt juga terletak di sebelah sana.
Program hari ini adalah melawat Titisee-Neustadt yang terletak di kawasan Black Forest. Selepas itu, kami akan meninggalkan Germany menuju ke Switzerland. Untuk mengumpul tenaga bagi lawatan hari ini, kita breakfast dulu di Restoran Novo 2 di hotel ini...

Restoran Novo 2.
Perhiasan dalaman restoran ini menggunakan konsep moden.
Oleh kerana kami turun awal, restoran masih kosong lagi.
Roti di hotel-hotel Eropah ini memang sedap.
Unik pulak uncang teh kat hotel ini.
Oleh kerana masih ada masa terluang sebelum kita memulakan lawatan, Myself dan Husband bersiar-siar dulu di sekitar hotel.

Novotel Frankfurt City terletak di tangah-tengah pusat perniagaan kota Frankfurt. Di sekitarnya hanya ada bangunan-bangunan pejabat. Sebuah pusat persidangan, Festhalle Messe Frankfurt terletak betul-betul di seberang hotel. Tapi disebabkan tiada event berlangsung di sana ketika itu, ia kelihatan sunyi dan sepi.

Pemandangan Hotel Novotel Frankfurt City dari Festhall Messe Frankfurt.
Pusat persidangan Festhalle Messe Frankfurt ini terletak betul-betul bertentangan dengan Hotel Novotel Frankfurt City.
Perkhidmatan keretapi di Germany sangat extensive. Sepanjang masa, ada saja keretapi yang lalu.
Mengambil gambar keretapi lalu dari Festhalle Messe Frankfurt yang terletak di depan hotel.
Perjalanan ke Black Forest bermula pada pukul 9.00 pagi. Kami tidak mempunyai sebarang itinerari lawatan di kota Frankfurt. Jadi kita lihat sajalah pemandangan kota besar di Germany ini dari atas bas dalam perjalanan.

Stesen Keretapi Frankfurt.
Ada ketikanya pemandangan di Frankfurt ini lebih kurang macam pemandangan di Tokyo.
Menuju ke arah keluar dari Frankfurt.
Bangunan Hotel Radisson di Frankfurt ini sangat unik.
Pemandangan bangunan Hotel Radisson dari arah lain.
Pemandangan di pinggir bandar Frankfurt.

Part 56: Perjalanan Ke Titisee-Neustadt

Perjalanan dari Frankfurt ke bandar Titisee-Neustadt yang terletak di Black Forest di selatan negara Germany memakan masa kira-kira 3 jam.

Lebuhraya ke Black Forest. Had laju yang dibenarkan ialah 120 km/jam.
Perjalanan ke selatan adalah juga perjalanan menuju ke Switzerland.
Ada kapalterbang nak mendarat di sana. Pasti ada Airport dekat-dekat sini.
Kami juga melintasi Airport Frankfurt dalam perjalanan ke Black Forest. Airport Frankfurt adalah juga antara airport yang tersibuk di dunia. Dulu, Malaysia Airlines mempunyai penerbangan terus ke sini. Malangnya, perkhidmatan ini telah diberhentikan pada pertengahan tahun 2015 setelah penyusunan semula operasinya.

Frankfurt International Airport.
Pesawat nak mendarat di Frankfurt Airport.
Meneruskan perjalanan ke Black Forest.
Sebuah shopping centre dalam perjalanan ke Black Forest. Ada gedung Primark di sini.
Kawasan perindustrian di bandaraya Mannheim.
Bandar kecil yang tak tahu namanya.
Bas membuat persinggahan di sebuah R&R dalam perjalanan ke Black Forest. Tidak seperti R&R yang disinggahi semalam, tak ada salji turun di sini. Walaupun matahari memancar terang hari ini, jangan tertipu kerana cuaca tetap sejuk di luar.

R&R yang disinggahi dalam perjalanan menuju ke Titisee-Neustadt.
Jom kita masuk ke dalam.
Bayaran masuk ke toilet di Germany lebih mahal dari di negara-negara lain. Bayaran yang dikenakan adalah 70 cents (hampir RM3) berbanding 50 cents (RM2) di negara-negara Eropah yang lain.
Pemandangan awal musim dingin di R&R.
Siapa pulak buang-buang epal kat sini?
Padang permainan kanak-kanak di R&R.
Pemandangan bangunan R&R dari padang permainan kanak-kanak.
Bersiar-siar di R&R

Part 57: Black Forest

Black Forest, yang dipanggil Schwarzwald dalam Bahasa Jerman, terletak di barat-daya negara Jerman yang bersempadan dengan Switzerland dan France. Ia dinamakan Black Forest kerana kawasan ini dipenuhi dengan hutan pokok pain yang tebal sehingga cahaya matahari tidak sampai ke tanah.

Dah tiba di Black Forest.
Kawasan Black Forest bergunung-ganang. Dari kejauhan, kami dapat melihat kawasan pergunungan yang diseliputi salji dan ke sanalah arah tujuan kami.

Pergunungan bersalji di sana adalah arah tujuan kami.
Sebaik tiba di Black Forest, kami melintasi sebuah bandar yang bernama Freiburg. Bandar ini juga adalah sebuah bandar universiti yang terkemuka di negara Germany.

Papan tanda Bandar Freiburg.
Pemandangan di bandar Freiburg.
Selain Titisee-Neustadt yang merupakan destinasi kami, Freiburg juga adalah bandar persinggahan dan penginapan pelancong di Black Forest.
Bandar Freiburg yang tenang dan damai.
Sungai yang melintasi bandar Freiburg.
Pasti anda pernah mendengar kisah dongeng kanak-kanak seperti Hansel and Gretel dan Little Red Riding Hood. Kedua-dua kisah dongeng ini adalah sebenarnya cerita rakyat Jerman yang berasal dari Black Forest. 

Bila berada di sini, cukup mudah kita nak relate dengan kisah-kisah tersebut. Terbayang Hansel dan Gretel yang bertemu dengan wanita ahli sihir di tengah hutan ini dan terbayang juga peristiwa Little Red Riding Hood yang hampir dibaham serigala sewaktu melawat neneknya di sini.

Pemandangan indah Black Forest yang diliputi salji.
Rumah tradisional di Black Forest.
Landasan keretapi di depan rumah.
Kawasan Black Forest dipenuhi dengan rumah-rumah tradisional Jerman yang sebahagiannya dibina dari kayu. Sebahagian besar rumah di sini berusia sekitar 300 tahun. Black Forest juga adalah tempat asal kek Black Forest dan jam dinding yang dinamakan Cuckoo Clock.

Dari kawasan inilah asalnya kek Black Forest yang terkenal di seluruh dunia dan juga jam dinding Cuckoo Clock.
Cuba kita teka, yang mana satu agaknya rumah Hansel dan Gretel?
Perkampungan di lembah gunung
Yang ini pulak mungkin kampung Little Red Riding Hood agaknya.
Semakin mendaki ke pergunungan Black Forest, jalan menjadi semakin licin dan berkabus, lebih-lebih lagi bila fresh snow turun dari langit. Bas kami terpaksa bergerak dengan perlahan dan berhati-hati.

Pergunungan Black Forest yang didaki dengan bas.
Terowong di pergunungan.
Permukaan jalan yang licin menyebabkan bas terpaksa bergerak perlahan dan berhati-hati.
Yang ini stesen keretapi agaknya.
Memang sukar nak menggambarkan keindahan pemandangan salji di Black Forest. Memang tak pernah terlintas di fikiran Myself sebelum ini yang pemandangan bersalji juga boleh memukau pandangan. Kalau ditanya apa perkataan yang tepat untuk menggambarkan keindahannya, perkataan yang terlintas ialah: Winter Wonderland.

Dalam musim salji begini, Black Forest bertukar menjadi White Forest.
Bertuah penghuni di rumah ini tinggal di pergunungan yang cantik begini.
Segala-galanya nampak macam hanya hitam dan putih saja di sini.
Siapa kata pemandangan salji tak cantik?
Pokok-pokok pain yang diliputi salji adalah pokok krismas semulajadi di sini. Tak payah nak bersusah-payah menghias pokok krismas dengan kapas macam di Malaysia.

Papan tanda ke Titisee-Neustadt.
Bila melihat pemandangan begini, barulah kita dapat menghayati pengertian sebenar White Christmas.
Tengok pun dah tahu betapa licinnya jalan di depan tu.
Winter Wonderland.
Jaring yang dipasang pada tebing gunung untuk menghalang batu runtuh.
Realiti yang macam pemandangan di alam fantasi.
Tebalnya salji di sini.
Sedang sibuk kumpulan kami menikmati keindahan pemandangan bersalji di kiri kanan jalan, tiba-tiba kami terkejut bila bas berhenti dengan tiba-tiba. Kenderaan dari arah bertentangan juga tak nampak sebuah pun yang lalu. Mesti ada halangan di depan sana.

Ada traffic jam pulak.
Risau juga bila melihat tak ada sebuah kenderaan pun datang dari arah bertentangan. Mesti ada halangan besar di depan sana.
Bila terpandang jaring penghalang batu runtuh di tepi jalan ini, Myself mula risau. Adakah jalan ditutup disebabkan batu besar yang runtuh di depan sana?
Lega betul bila melihat dah ada kenderaan dari arah bertentangan yang lalu. Walau apa pun halangannya, pasti masalah ini telah diatasi.
Di sinilah agaknya punca traffic jam tadi.
Ada lori besar terbabas masuk ke dalam salji rupanya.
Kesian kat lori ini.
Tak jauh dari tempat lori terbabas tadi, terbentanglah pemandangan destinasi kami. Kami telah selamat sampai di Titisee-Neustadt yang terletak kira-kira 800 meter dari aras laut.

Dah tiba di Titisee-Neustadt.
Cantiknya pokok pain ini.
Ini kawasan ladang agaknya kalau dalam musim panas.
Memang Winter Wonderland pemandangan di sini.
Jalan ke pusat bandar Titisee-Neustadt.
Hotel-hotel penginapan dah mula kelihatan sekarang.
Tempat parking bas di Titisee-Neustadt.


Bersambung Ke Bhg. 18...


CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):