Tuesday, 15 December 2015

2015 WESTERN EUROPE BHG. 13 (Canal Cruise)

November 2015 

WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(NETHERLANDS: Amsterdam)

Bahagian 13: Netherlands (5)
AMSTERDAM (Amsterdam City Tour 3)

HARI KELIMA (4)

Part 41: Rembrandt Hoeve

Pakej Amsterdam City Tour yang kami ikuti turut termasuk lawatan ke sebuah ladang di pinggir bandaraya Amsterdam yang bernama Rembrandt Hoeve.

Dalam perjalanan ke sana, kami melintasi sebuah kawasan perumahan mewah. Memang sangat berbeza rumah di sini dengan rumah-rumah lama di Central Amsterdam tu.

Kawasan perumahan mewah di pinggir Amsterdam.
Sukalah tengok design rumah ni....
Bila tiba di kawasan perkampungan Rembrandt Hoeve, kami bertemu dengan sebuah lagi kincir angin tradisional. Menurut Tour Guide kami yang bernama Jacquie, kincir angin ini masih berfungsi mengepam air ke laut. Yang lebih menarik lagi, ada rumah yang dibina di bahagian bawah kincir ini dan ia masih dihuni oleh keluarga yang memiliki kincir tersebut sejak berkurun lamanya.

Kincir angin tradisional berhampiran Ladang Rembrandt Hoeve
Rumah yang dibina di bawah kincir angin ini memang cute. Keluarga yang memiliki kincir angin ini masih tinggal di sini.
Ladang Rembrandt Hoeve
Disebabkan hujan masih lebat sewaktu kami tiba di Ladang Rembrandt Hoeve, lupalah pulak nak ambil gambar bangunan rumah ladang dari luar... Maklumlah, nak menyelamatkan diri dari hujan dan cuaca sejuk 7'C di luar sana...

Pemandangan di dalam rumah ladang Rembrandt Hoeve.
Banyak peralatan ladang disimpan di sini.
Kami disambut oleh pemilik ladang ini yang Myself dah lupa namanya. Tapi disebabkan dia memanggil kami dengan panggilan Happy Little Man, Happy Young Woman, Happy Man With Big Camera dan berbagai gelaran Happy yang lain, kita panggil sajalah dia sebagai Happy Dutch Man.

Happy Dutch Man sangat fasih berbahasa Inggeris. Sewaktu kami tiba, dia turut menyapa kami dalam beberapa ayat Bahasa Mandarin kerana menyangka kami berasal dari China. Bila diberitahu yang kami datang dari Malaysia, ternyata dia juga boleh bertutur beberapa patah dalam Bahasa Melayu (tapi dengan slang Indonesialah...)

Happy Dutch Man
Happy Dutch Man mengusahakan pembuatan keju dan kasut kayu (clog) di ladangnya. Jadi dia membuat demonstrasi pembuatan keju dan kasut kayu kepada rombongan kami.

Myself dan Husband berkesempatan melihat demonstrasi pembuatan keju dan kasut kayu yang serupa sewaktu di Zaanse Schans pagi tadi. Tapi bagi ahli rombongan yang tak berkesempatan melihat demonstrasi yang sama di Zaanse Schans (mungkin sebab banyak masa dihabiskan dengan bershopping di sana tadi), demonstrasi ini sangat menarik.

Happy Dutch Man sedang bercerita tentang proses membuat keju.
Keju yang masih muda perlu diperam untuk satu jangkamasa yang sesuai sehingga menjadi matang sebelum dijual.
Banyak betul keju diperam di ladang ini.
Bengkel membuat clog.
Happy Dutch Man membuat demonstrasi penghasilan clog tradisional. Lupa juga nak ambil gambar yang Happy Dutch Man ini sebenarnya berjalan memakai clog sewaktu melayan kami di ladangnya.
Clog yang siap dan separa siap. Kata Happy Dutch Man, dia adalah di antara 3 orang pengusaha clog yang masih aktif di Belanda.
Clog yang sedang dikeringkan sebelum dicat.
Di ladang ini juga ada sebuah kedai cenderamata yang menarik. Jika selama ini di tiga buah negara terdahulu (England, France dan Belgium) Myself dan Husband masih dapat menahan diri dari membeli souvenir, kami tak dapat bertahan lagi di sini. Tapi bukan banyak pun yang kami beli.... Hanya sekadar keju untuk dimakan selepas tergoda dengan cheese sampling di sini.

Cheese Sampling di Rembrandt Hoeve.
Keju yang diberi oleh Makcik Belanda inilah yang menyebabkan kami tergoda membeli keju untuk dibawa balik ke Malaysia...
Pemandangan di kedai souvenir di Rembrandt Hoeve.
Memang cantik-cantik souvenir yang dijual di sini.
Smoked Cheese yang kami beli untuk dibawa balik ke Malaysia.
Dah alang-alang membeli keju, beli jugalah Tulip Kayu ni...
Sebelum meninggalkan Ladang Rembrandt Hoeve, Myself dan Husband menjenguk dulu ke kandang lembu di sini. Cantik lembu-lembu yang dibela tapi kandangnya masih busuk dengan najis lembu...

Ladang lembu di Rembrandt Hoeve bersih tetapi masih ada bauan yang tak dapat dielakkan.
Berkejar lari dari kandang lembu sebab semua orang lain dah naik ke atas bas...

Part 42: Coster Diamonds

Selama hampir 400 tahun, Amsterdam merupakan pusat industri berlian terkemuka di dunia. Walaupun industri berlian telah berkembang ke tempat-tempat lain di dunia, Amsterdam masih merupakan pusat dangangan berlian yang terulung di dunia.

Kembali ke Amsterdam untuk melawat industri batu berlian.
Industri menggilap batu berlian diperkenalkan ke Belanda oleh orang-orang Yahudi yang berhijrah ke Belanda dari Spain dan Portugal pada lewat kurun ke-16. Industri ini berkembang maju di Amsterdam sehingga Perang Dunia Kedua di mana lebih 2,000 orang penggilap berlian berketurunan Yahudi ditangkap dan dibunuh oleh tentera Nazi.

Industri ini kembali dimajukan selepas tamat Perang Dunia Kedua dan beberapa syarikat pembuat berlian terkemuka dunia masih bertapak di Amsterdam  sehingga kini. Salah sebuah di antara syarikat tersebut ialah Coster Diamonds.

Bangunan Coster Diamonds ini turut menempatkan sebuah Muzium Berlian di dalamnya.
Tempat parking bas bawah tanah berhampiran Bangunan Coster Diamonds.
Menyeberang ke Bangunan Coster Diamonds dari tempat parking bas di bawah tanah.
Di samping menjual perhiasan berlian, Coster Diamonds turut menyediakan Free Guided Tours setiap hari kepada semua pengunjung ke sini. Free Guided Tours ini disediakan dalam 25 bahasa utama dunia, termasuklah Bahasa Melayu.

Pintu masuk ke Coster Diamonds.
Coster Diamonds menyediakan Free Guided Tours kepada pengunjung dalam 25 bahasa utama dunia pada setiap hari.
Oleh kerana semua ahli kumpulan kami berketurunan Melayu, Coster Diamonds menyediakan seorang Guide berbangsa Indonesia kepada kami. Sambil menunggu Guide yang diassign kepada kami tiba, kami meninjau ruang pameran yang disediakan di lobi.

Replika Crown Jewel yang dipakai oleh Raja British di Coster Diamonds. Berlian yang diletakkan pada mahkota ini dihasilkan oleh Coster Diamonds pada tahun 1852.
Berlian hampir 109 karat yang menghiasi British Crown Jewel ini dinamakan Koh-I-Noor yang bermaksud "Mountain of Light". Berlian ini berasal dari India.
Potret Keluarga Diraja Belanda yang menghiasi dinding Coster Diamonds.
Tourist Guide kami di Coster Diamonds adalah seorang wanita Indonesia bernama Irna yang berasal dari Kalimantan. Dia dibantu oleh seorang petugas wanita berketurunan Cina dari Malaysia yang Myself dah lupa namanya. Petugas wanita dari Malaysia ini berasal dari Ulu Tiram di Johor.

Tourist Guide kami di Coster Diamonds, Irna yang berasal dari Kalimantan, Indonesia.
Petugas Coster Diamonds dari Malaysia yang berasal dari Johor.
Proses menggilap batu berlian.
Irna menunjukkan perbezaan antara batu belian asli dengan batu berlian yang telah digilap.
Diamonds are a girl's best friend... Kalau tak salah ayat ini diungkapkan oleh Marilyn Monroe.
Kami kemudian dibawa ke sebuah bilik di mana kami ditunjukkan dengan perhiasan-perhiasan mewah yang dihasilkan oleh Coster Diamonds. Atas sebab peraturan keselamatan di sini, bilik ini dikunci oleh petugas Coster Diamonds sewaktu perhiasan-perhiasan ini ditunjukkan kepada semua.

Pengunjung dibenarkan memegang dan membelek sepuas hati perhiasan yang ditunjukkan. Kerana itulah pintu bilik ini dikunci untuk memastikan tak sesiapa pun menyeludup keluar perhiasan yang bernilai ribuan ringgit ini. Bila semua perhiasan ini dikembalikan kepada petugas Coster Diamonds dan diletakkan kembali ke tempat yang sepatutnya, barulah kunci bilik dibuka.

Pelbagai perhiasan yang dihasilkan oleh Coster Diamonds untuk dijual. Pelawat dibenar untuk memegang dan membelek perhiasan ini sepuas hati walaupun kita tidak membelinya.
Nak ambil gambar perhiasan ini dekat-dekat pun dibenarkan juga...
Ahli rombongan mencuba cincin berlian.
Letak kat tangan macam ini pun dah cantik...
Bersungguh-sungguh kami semua mengambil gambar perhiasan berlian sebab nak membelinya memang tak mampu...
Anting-anting berlian

Part 43: I Amsterdam

Jika sesiapa yang berkunjung ke Paris mesti nak bergambar dengan Eiffel Tower, sesiapa yang berkunjung ke Amsterdam pula mesti nak bergambar dengan perkataan "I Amsterdam". Sebenarnya kini ada beberapa tempat di Amsterdam yang mempunyai perkataan ini dan salah sebuah di antaranya (lokasi tulisan yang original) terletak di hadapan Rijksmuseum berhampiran bangunan Coster Diamonds.

Perkataan "I Amsterdam" ini cukup popular dengan pelancong, jadi janganlah berharap nak bergambar seorang-seorang dengan seluruh perkataan "I Amsterdam" ni di sini. Mesti ada orang yang membuat photo-bomb bersama...

I AMSTERDAM yang sangat popular dengan pelancong. Bangunan di belakang sana ialah Rijksmuseum yang merupakan salah sebuah muzium lukisan terkemuka di dunia.
Susah nak bergambar seorang-seorang di sini.
Nampak tak Husband mengintai kat huruf M tu?

Part 44: Canal Cruise

Canal Cruise juga adalah satu kemestian jika berkunjung ke Amsterdam yang penuh dengan terusan ini. Kami juga tidak melepaskan peluang menyertai Canal Cruise ini.

Ada banyak starting point untuk Canal Cruise di Amsterdam dan cruise yang kami ikuti bermula dari depan Heineken Brewery. Heineken adalah jenama bir terkenal dunia yang berasal dari Belanda.

Bangunan Heineken Brewery
Heineken adalah jenama bir terkenal dunia yang berasal dari Belanda.
Ada pameran pembuatan bir Heineken yang boleh dilawati di dalam bangunan ini. Sampel bir percuma juga diberi kepada semua pengunjung.
Basikal unik di depan Heineken Brewery.
Jeti Canal Cruise di hadapan Heineken Brewery.
Ada beberapa Canal Cruise yang ditawarkan dari sini.
Bunga Tulip kayu untuk jualan.
Angsa berenang di dalam terusan.
Canal Cruise untuk pelanggan Heineken.
Canal Cruise kami bermula pada pukul 4.15 petang dan memakan masa kira-kira sejam. Disebabkan matahari dah terbenam sekitar pukul 4.45 petang dan ditambah dengan hujan yang masih turun renyai-renyai, tak banyak gambar cantik dapat diambil dalam cruise ini.

Menunggu Cruise bermula.
Bot Canal Cruise dah tiba
Pemandangan di dalam bot Cruise.
Houseboat di tepi terusan.
Rumah cantik di tepi terusan
Pemandangan dari terusan bila malam menjelang.
Peta Canal Cruise. Ada Audio dalam beberapa bahasa (termasuk Bahasa Indonesia) disediakan di dalam cruise ini menerangkan tentang tempat-tempat yang dilalui.
Sebuah gereja yang tak ingat namanya.
Hard Rock Cafe Amsterdam
Holland Casino
Pemandangan dekat Holland Casino
Pemandangan ketika melalui bawah jambatan
Sebuah lagi Houseboat
Seperti juga rumah-rumah kediaman lain di Amsterdam, Houseboat ini tidak dipasang langsir pada tingkapnya. Jelas sekali Orang-orang Belanda nampaknya tidak mementingkan privacy.
Tebing di beberapa terusan dibina lebih rendah berbanding yang lain kerana di sinilah pada masa dahulu, barang-barang dari bot pengangkut dipunggah ke daratan.
Disebabkan penunggang basikal lebih ramai dari pemandu kereta di Amsterdam, jalan-jalan di Amsterdam tidak sesibuk jalan di kota lain di Eropah.
Gereja St. Nicholas
Kawasan berhampiran Stesen Amsterdam Centraal.
Bahagian belakang Stesen Amsterdam Centraal.
Muzium Nemo
Restoran terapung di Chinatown
Kembali ke daratan.

Part 45: Restoran Royal Tandoori

Lawatan ke Amsterdam diakhiri dengan makan malam di sebuah restoran India yang bernama Royal Tandoori. Oleh kerana bas tak dapat behenti betul-betul di depan restoran ini, kami terpaksa menapak ke sana.

Dalam perjalanan ke Restoran Royal Tandoori, kami terserempak dengan beberapa perkara yang menyebabkan kita Cultural Shock. Maklum sajalah, kan kita tengah berada di Amsterdam sekarang... 

Menapak ke Restoran Royal Tandoori
Peralatan menghisap ganja yang dijual secara terbuka.
Culture Shock betul bila terjumpa Gay Sauna ini...
Pintu masuk ke Gay Sauna.
Tiba di Royal Tandoori Restaurant.
Jom kita masuk ke dalam...
Royal Tandoori menghidangkan masakan India. Hidangan disediakan secara buffet dan masakannya memang sedap.

Pemandangan di dalam Royal Tandoori
Makanan disediakan secara buffet. Tapi disebabkan restoran ini sempit, terpaksalah bergilir-gilir mengambil makanan.
Nikmatnya bila terjumpa nasi di malam yang sejuk dan masih basah dengan hujan begini...


Bersambung ke Bhg. 14....


CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):