Friday, 25 December 2015

2015 WESTERN EUROPE BHG. 21 (Mount Titlis 1)

November 2015

WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(SWITZERLAND: Zurich, Mount Titlis & Lucerne)

Bahagian 21: Switzerland (3)
ENGELBERG (Mount Titlis 1)

HARI KELAPAN (2)

Part 70: Mendaki Ke Mount Titlis

Switzerland terkenal dengan pergunungannya yang cantik. Malah 65% dari Switzerland terletak di dalam Banjaran Alps. Walaupun puncak-puncak gunung di Switzerland tinggi-tinggi belaka, hampir kesemuanya boleh didaki dengan mudah menggunakan kereta kabel.  

Sewaktu di Switzerland, kami berkesempatan berkunjung ke Mt Titlis yang terletak kira-kira sejam setengah perjalanan dari Zurich. Pakej-pakej pelancongan banyak menawarkan perjalanan ke sini, tetapi sesuatu yang sering tidak diberitahu kepada pelancong ialah gunung ini ada kalanya ditutup untuk kunjungan disebabkan cuaca yang buruk. 

Jadi, kalau anda bercita-cita nak berkunjung ke Mount Titlis ataupun mana-mana gunung yang lain di Switzerland, berdoalah banyak-banyak supaya cuaca baik dan gunung tidak ditutup. Alhamdulillah, sangat bersyukur kepada Allah yang mengurniakan cuaca yang baik pada hari itu sehingga membolehkan kami sampai ke puncak Titlis.

Stesen Cable Car di Engelberg
Dari Engelberg, kita perlu menaiki 4 buah kereta kabel untuk sampai ke puncak Titlis. Pertukaran kabel ini perlu dibuat di 3 buah stesen: Gerschnialp, Trübsee dan Stand.

Pemandangan di dalam stesen Engelberg. Tiket naik ke Mount Titlis boleh dibeli di sini.
Tour Leader sedang mengagihkan tiket cable car.
Kita hanya memerlukan satu tiket sahaja untuk menaiki keempat-empat cable car. Pastikan tiket ini disimpan dengan cermat kerana ia perlu digunakan pada setiap peringkat.

Tiket Cable Car Mount Titlis
Gambar kita yang berpakaian macam Beruang Kutub untuk naik ke Mount Titlis.

STAGE 1: ENGELBERG KE GERSCHNIALP

Perjalanan pertama kami untuk naik ke Mount Titlis adalah menuju ke Stesen Gerschnialp yang terletak 1,262 meter dari aras laut. Perjalanan ke sana adalah menaiki sebuah funicular yang macam keretapi di Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Funicular dari Engelberg ke Gerschnialp.
Pintu masuk ke tempat funicular. Tiket perlu dimasukkan di sini.
Beratur menunggu funicular tiba.
Peringatan untuk pengunjung membuat pertukaran stesen di Gerschnialp.
Inilah funicular yang membawa kami ke Gerschnialp. Kami memilih untuk duduk di pintu yang paling bawah untuk mudah mengambil gambar pemandangan.
Pemandangan di dalam funicular yang bertingkat-tingkat.
Landasan funicular ini sangat curam. Salji di kiri kanan landasan juga sangat tebal.
Pemandangan perkampungan Engelberg dari funicular.
Pemandangan perkampungan Engelberg sewaktu kami mendaki semakin tinggi menuju ke Gerschnialp.
Helikopter yang berulang-alik naik ke puncak gunung untuk mengangkut air.
Ada ketikanya, pengunjung perlu naik ke Gershnialp menggunakan cable car yang kecil ini dan bukan menggunakan funicular seperti kami.
Pasangan Swiss ini tinggal di Engelberg. Mereka hendak membuat Snow Walking di puncak Titlis.
Kata pasangan Swiss yang hendak membuat Snow Walking tadi, salji baru seminggu turun di sini. Kalau tidak, hanya puncak Titlis sahaja yang sentiasa diseliputi salji.
Terowong yang dilalui oleh funicular ketika menghampiri Stesen Gerschnialp.
Peralatan Snow Walking yang dibawa oleh pasangan Swiss.
Perjalanan naik ke Gerschnialp hanya memakan masa kira-kira 10 minit. Di sini, kami perlu membuat pertukaran ke kereta kabel lain untuk naik ke Trübsee pulak.

Pemandangan di Stesen Gerschnialp.
Cable car kecil ini juga ada kalanya digunakan untuk membawa penumpang berulang-alik antara stesen Engelberg dan Gerschnialp.
Arah pertukaran cable car ke Trübsee
Platform untuk cable car ke Trübsee adalah di luar sana.
Pemandangan di platform cable car ke Trübsee

STAGE 2: GERSCHNIALP KE TRUBSEE

Trübsee terletak 1,796 meter dari aras laut. Untuk ke sana, kita akan menaiki sebuah cable car jenis gondola yang bernama Angel-Eyes (Ingat tak yang Myself ceritakan dalam Entry sebelum ini Engelberg bermaksud Mountain of Angels?). Cerun gunung dari Gerschnialp ke Trubsee juga semakin curam. Kerana itulah agaknya perkhidmatan funicular tak boleh digunakan di sini.

Menunggu Cable Car sambungan ke Trübsee
Angel-Eyes
Angel-Eyes dah tiba.
Pemandangan di dalam Angel-Eyes
Tingkap kaca di bumbung Angel-Eyes.
Meninggalkan Stesen Gerschnialp.
Melintasi hutan di Gerschnialp.
Pemandangan hutan yang semakin jauh ditinggalkan
Pemandangan dari Angel-Eyes.
Tak tahu cable car yang kat bawah tu pergi ke mana.
Semakin tinggi kami mendaki, cuaca menjadi semakin berkabus.
Tingginya kami sekarang!
Sebuah Angel-Eyes lain yang sedang membuat perjalanan turun ke Gerschnialp.
Salji dah mula membiru sekarang.
Dah tiba di Stesen Trübsee
Pemandangan ke bawah dari platform Angel-Eyes di Trübsee
Pemandangan di luar Stesen Trübsee
Berjalan masuk ke Stesen Trübsee

STAGE 3: TRUBSEE KE STAND

Dari Stesen Trübsee, kita mendaki lagi ke Stesen Stand pula. Stesen Stand terletak 2,428 meter dari aras laut. Untuk ke sana, kita perlu menaiki sebuah lagi gondola seperti Angel-Eyes.

Berjalan ke platform cable car sambungan ke Stand.
Pemandangan di dalam lif untuk naik ke platform Cable Car menuju ke Stand.
Sila ikut arah ini untuk ke Stand dan Titlis.
Tiket perlu dimasukkan sekali lagi di sini.
Dah tiba ke platform Cable Car.
Cable Car ke Stand telah sedia menanti di Stesen Trübsee.
Jom cepat masuk ke dalam...
Meneruskan perjalanan dari Trübsee ke Stand.
Salji adalah sejenis air dan ia membalikkan cahaya dari langit. Disebabkan cuaca yang sangat baik pada hari ini, langit sangat membiru. Pokok-pokok juga tidak dapat tumbuh pada aras ketinggian ini. Oleh yang demikian, bermula dari aras Stesen Stand sehinggalah ke puncak Gunung Titlis, kami memerhatikan pemandangan salji yang membiru.

Huh, birunya!!
Pemandangan di dalam Cable Car jenis gondola ke Stand.
Gebu betul salji di sini.
Kalau tak salah, itu adalah hotel-hotel penginapan di sini.
Pemain ski di lereng gunung.
Selama ini Myself ingatkan hanya air laut saja yang membiru. Rupa-rupanya salji pun sama...
Dah nak tiba ke Stesen Stand.
Tiba di Stesen Stand.
Pekerja-pekerja Cable Car di Stesen Stand.
Kita masuk ke Stesen Stand

STAGE 4: STAND KE TITLIS

Stage yang terakhir dalam pendakian ke Mount Titlis dari Stesen Stand sangat istimewa kerana kita akan mendaki menggunakan sebuah Cable Car berputar yang dinamakan Rotair.

Menunggu Cable Car ke Puncak Titlis
Inilah Cable Car berputar Rotair yang akan membawa kami ke puncak Titlis.
Cable Car Rotair ini berputar. Jadi semua orang akan mendapat fair share of view.
Rotair berputar dengan perlahan. Tak sedar pun sebenarnya yang ia sedang berputar.
Dah nampak kemuncak gunung sekarang.
Operator Rotair.
Kita juga dah melepasi ketinggian awan sekarang.
Seperti juga kereta-kereta kabel lain yang dinaiki sebelum ini, Rotair akan sedikit bergoyang bila nak melepasi tiang kabel.
Dah tinggi betul kita mendaki ni...
Macam pemandangan dari kapalterbang pulak...
Hampir tiba ke Stesen Titlis...
Operator Rotair sedang membuat pengumuman. Katanya satu tarikan utama di Titlis ini, Ice Cave ditutup untuk maintenance.
Welcome To Mount Titlis!
Husband bergambar kenangan dengan operator Rotair.

Part 71(1): Mount Titlis

Keseluruhan perjalanan dari Engelberg ke puncak Titlis memakan masa 45 minit. Sebaik tiba di Stesen Titlis ini kami terus dibawa menuju ke Panorama Lounge.

Direktori kemudahan yang terdapat di Puncak Titlis.
Panorama Lounge terletak di Tingkat 4. Untuk mengelakkan naik tangga, kita naik saja lif ekspres ini ke Tingkat 5.
Lepas tu barulah kita turun satu tingkat tangga ke bawah.
Pintu masuk ke Panorama Lounge.
Panorama Lounge terletak di tingkat keempat Stesen Titlis. Di sini disediakan tempat duduk untuk berehat. Bagi yang membawa bekalan makanan untuk dimakan di puncak Titlis ini, meja-meja makan turut disediakan.

Pemandangan di Panorama Lounge.
Ada meja makan dan kerusi yang disediakan untuk pengunjung berehat di sini sambil menikmati pemandangan indah puncak Gunung Titlis.
Pemandangan dari Panorama Lounge.
Lupa perasaan gayat bila melihat pemandangan yang cantik di sini.
Ada pameran kecil Top of The Alps disediakan di Panorama Lounge ini.
Pemandangan di dalam pameran Top of the Alps. Boleh bergambar macam ini untuk menunjukkan yang kita dah sampai ke puncak pergunungan Alps.
Shahrukh Khan pun pernah datang buat filem kat sini tau...


Bersambung ke Bhg. 22...


CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):