HARI KELIMA (1)
Part 35: Sarapan Pagi Di Ibis Airport Amsterdam
Seperti biasa, hari baru dimulakan dengan bersarapan pagi di hotel. Tidak seperti kebanyakan hotel Ibis lain yang pernah kami menginap di sana, Hotel Ibis Airport Amsterdam agak besar dan terdiri dari beberapa blok bangunan.
Restoran sarapan paginya yang bernama Ibis Kitchen Buffet terletak di Tingkat 4, Blok Utama. Untuk ke sana, kita terpaksa menaiki sebuah escalator dari lobi hotel.
|
Escalator menuju ke Restoran Ibis Kitchen Buffet |
|
Bahagian luar restoran Ibis Kitchen Buffet dihiasi dengan mural kegiatan penduduk Amsterdam di musim panas. Selain dari Ibis Kitchen Buffet, ada juga beberapa buah restoran lain di sini. |
|
Cantik mural ini. |
|
Lorong menuju ke Ibis Kitchen Buffet. |
|
Pintu masuk ke Ibis Kitchen Buffet |
|
Kaunter buffet di restoran. |
|
Menu sarapan yang standard bagi kami setiap hari di Eropah. Alhamdulillah... asalkan saja semuanya Halal. |
|
Ruang makan di Ibis Kitchen Buffet. |
Program Hari Kelima bermula pukul 9.00 pagi. Mengikut perancangan, kami akan dibawa melawat ke perkampungan kincir angin Zaanse Schans dan seterusnya membuat Amsterdam City Tour.
Seperti biasa juga sebelum memulakan lawatan, kita berjalan-jalan dulu di sekitar hotel untuk test suhu dan cuaca di luar... Nampaknya cuaca tidak menyebelahi kami pada hari itu kerana hujan turun dengan renyai sepanjang hari. Suhu juga sangat sejuk sepanjang hari kerana angin bertiup kencang.
|
Pemandangan dari luar Hotel Ibis Airport Amsterdam. Ketika ini jam menunjukkan pukul 7.30 pagi tetapi matahari masih belum terbit lagi. |
|
Pemandangan di hadapan hotel |
|
Kolam di depan hotel. |
Part 36: Menuju ke Zaanse Schans
Zaanse Schans (disebut lebih kurang bunyinya Zhansher Shkwons) terletak di wilayah Zaan, kira-kira sejam perjalanan dari Amsterdam. Pelbagai bangunan, kincir angin, bangsal dan rumah-rumah tradisional dikumpulkan di sini untuk menunjukkan sejarah wilayah tersebut.
|
Hujan semakin lebat sewaktu kami meninggalkan hotel untuk menuju ke Zaanse Schans. |
|
Welkom! |
|
Terusan air ada di mana-mana saja di Belanda. |
|
Pemandangan awal pagi di Amsterdam. |
|
Cantik bangunan ini. |
|
Sempat terlelap dalam perjalanan ke Zaanse Schans. |
|
Hampir tiba ke Zaanse Schans. |
Hujan renyai dan angin yang bertiup kuat menyambut ketibaan kami di Zaanse Schans. Walaupun sedikit mengganggu, ia tidak melemahkan semangat kami untuk meneroka perkampungan kincir angin yang cantik ini.
Part 37: Zaanse Schans
Zaanse Schans adalah antara destinasi wajib bagi pelancong ke Amsterdam. Dalam banyak-banyak negara di Eropah, tidak keterlaluan jika dikatakan Belanda adalah negara yang paling mengekalkan kebudayaan tradisi mereka. Zaanse Schans memberikan peluang kepada pelancong untuk mempelajari dengan lebih lanjut budaya negara yang unik ini.
Tak ada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke Zaanse Schans dan kami diberi acara bebas di sini selama sejam setengah.
|
Menuju masuk ke Zaanse Schans. |
KINCIR ANGIN
Ada pepatah Inggeris yang mengatakan: "God created the earth, but the Dutch created the Netherlands". Pepatah ini muncul kerana 20% tanah negara Belanda terletak di bawah aras laut dan berkurun-kurun lamanya, Orang Belanda "berperang" dengan laut.
Untuk memastikan negara mereka tidak ditenggelamkan oleh laut, orang Belanda membina benteng tanah yang dinamakan daik (dykes) untuk menghalang kemasukan air laut. Ada kalanya seluruh tanah terpaksa dibentengkan dengan daik sehingga menjadi seperti pulau yang terletak di bawah aras laut. "Pulau" yang tenggelam inilah yang dinamakan Polder.
Jika disebut saja Belanda, pasti Kincir Angin muncul dalam gambaran di kepala kita. Bagi orang asing seperti kita, jarang sekali kita tahu kepentingan Kincir Angin ini kepada negara Belanda. Kincir-kincir angin ini sebenarnya mengepam air keluar ke laut dari daratan. Tanpa kehadiran mereka, sukar bagi orang Belanda untuk menang dalam "peperangan" yang berpanjangan dengan lautan ini.
Kincir Angin juga adalah pemandangan pertama yang disajikan kepada pengunjung di Zaanse Schans.
|
Kincir Angin di Zaanse Schans. |
|
Hujan renyai dan cuaca yang sangat sejuk di Zaanse Schans pada pagi itu membuatkan kita terpaksa berbungkus begini. |
|
Pemandangan di perkampungan Zaanse Schans. Setiap rumah di sini mempunyai fungsi masing-masing seperti kedai cenderamata, restoran, kedai keju dan sebagainya. |
|
Warna-warna cat rumahnya juga cantik dan menarik. |
|
Pemandangan di tengah kampung. |
|
Model Kincir Angin yang diletakkan di tengah kampung. |
|
Yang di sana itu adalah kincir angin sebenar. |
Oleh
kerana kami tiba awal pagi, suasana sekitar damai sekali kerana hanya
kumpulan kami yang ada di sana. Tapi kedamaian ini hanya seketika... Tidak lama kemudian tiba sebuah bas yang membawa pelancong dari Negara
China. Bila ada pelancong dari China dalam kumpulan yang besar,
biasalah... mesti kecoh sikit suasana jadinya. Tapi tak apalah, kita kan
sama-sama nak enjoy dengan cara masing-masing...
|
Restoran di Zaanse Schans. |
|
Tukang Masak dan Tukang Gambar. |
|
Jom jalan lagi jauh ke dalam. |
Bila
tiba di tepi laut, cuba berdiri di belakang daik dan perhatikan aras
laut berbanding dengan tanah di mana kita berpijak. Memang jelas sekali
yang aras laut lebih tinggi berbanding tanah di tempat kita berdiri.
Bayangkan kalau tanah di daik ini pecah... ngeri kan?
|
Tengok aras laut yang dibenteng oleh daik (benteng tanah) di depan tu. Lebih tinggi dari tanah di tempat kita berdiri, kan? |
|
Rumah berdekatan dengan daik. |
|
Kalau di musim panas, ada Boat Cruise di sini. |
Kalau berkunjung ke sini dalam musim panas, ada boat cruise di sini. Kalau dah datang dalam musim sejuk macam ini, redha sajalah... tak ada boat cruise kat sini. Jadi, bergambar sajalah kat jeti ini.
|
Jeti Boat Cruise |
|
Pemandangan rumah di seberang jeti. Rasa-rasanya itu perkampungan sebenar dan memang ada orang tinggal di situ. |
Kincir-kincir angin di Zaanse Schans ini semua ada nama dan fungsi tersendiri: De Huisman (The Houseman), De Gekroonde Poelenburg (The Crowned Poelenberg), De Kat (The Cat), Het Jonge Schaap (The Young Sheep), De Os (The Ox), De Zoeker (The Seeker), Het Klavarblad (The Cloverleaf) dan De Bonte Hen (The Spotted Hen).
|
Empat windmill ini dari kiri ke kanan adalah: De Zoeker ("The Seeker"), De Kat ("The Cat"), De Gekroonde Poelenburg
("The Crowned Poelenburg") dan De Huisman ("The Houseman"). Yang nampak kipas sikit je tu dalam gambar ini adalah De Huisman. |
|
De Kat, De Gekroonde Poelenburg dan De Huisman. |
|
Lagi rumah yang cantik di Zaanse Schans. |
|
Tandas Awam |
PEMBUATAN KEJU
Belanda juga terkenal dengan hasil tenusunya. Siapa tak kenal dengan susu jenama Dutch Lady? Keju yang terkenal dari Belanda pula adalah Gouda dan Edam.
Di Zaanse Schans ini, kami tidak melepaskan peluang melihat demonstrasi pembuatan keju. Ia diadakan di sebuah rumah di sini.
|
Rumah Keju di Zaanse Schans |
|
Masuk percuma saja ke sini. |
Bahagian depan rumah ini juga adalah sebuah kedai menjual hasil tenusu dan barangan cenderamata.
|
Kedai barangan tenusu dan cenderamata di Rumah Keju. |
|
Pemandangan di dalam kedai. |
|
Pekerja-pekerja di Rumah Keju memakai pakaian tradisional Belanda. |
Rumah keju ini dikendalikan oleh beberapa orang petugas wanita yang memakai baju tradisional mereka yang macam iklan susu Dutch Lady tu. Mereka juga cukup mesra dan boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Dari pengamatan kami, tak susah nak berkomunikasi dengan orang Belanda ini di mana-mana pun kerana rata-rata mereka memang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik di samping bahasa mereka sendiri.
|
Dutch Lady. |
|
Perhatikan betapa tingginya Dutch Lady ini berbanding Myself. Orang Belanda rata-ratanya memang sangat tinggi, mungkin sebab mereka banyak minum susu dan makan keju berbanding orang lain. |
|
Topi yang dipakai oleh Dutch Lady ini dibuat dari kain renda (lace). Bentuk topi seperti ini berasal dari Volendam yang merupakan sebuah perkampungan nelayan. Kerana itulah bentuk topinya dipandang macam bentuk ikan dari sisi. |
Cenderamata
yang dijual di sini memang sangat menarik dan benar-benar menggambarkan
ciri negara Belanda. Dalam banyak-banyak negara yang kami kunjungi
dalam trip ke Eropah ini, paling seronok melihat cenderamata yang dijual
di Belanda.
|
Keju yang berwarna-warni. |
|
Belanda terkenal dengan Bunga Tulip. Tapi disebabkan kami datang ke Belanda pada musim dingin, terpaksalah berpuas hati menengok Bunga Tulip kayu saja.. |
Demonstrasi membuat keju dibuat di belakang Rumah Keju ini. Waktu kami tiba, ada sebuah demonstrasi yang sedang berlangsung kepada sebahagian kumpulan pelancong China tadi. Jadi terpaksalah menunggu sebentar sehingga demonstrasi yang berikutnya.
|
Menunggu giliran untuk demonstrasi pembuatan keju. |
|
Peralatan membuat keju. |
|
Bilik demonstrasi membuat keju. |
Pembuatan keju sebenarnya mengambil masa yang panjang dan di Belanda,
kebersihan sewaktu pembuatannya sangat diambil perhatian. Jadi
demonstrasi pembuatan keju ini bukanlah demonstrasi pembuatan keju yang
sebenar. Ia hanya penerangan mengenai proses pembuatan keju dan
bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya.
|
Memberi penerangan tentang proses membuat keju. |
|
Antara bahan yang digunakan untuk membuat keju. |
|
Keju ini masih "muda". Ia perlu diperam pada satu jangka masa sehingga cukup matang. |
|
Antara keju yang dihasilkan di negara Belanda. |
Di sebelah Rumah Keju ini, ada sebuah kandang haiwan ternakan yang kecil. Hanya ayam dan kambing yang dibela di situ, macam rumah kampung kat Malaysia juga. Lepas demonstrasi membuat keju, kami singgah sebentar ke sana.
|
Kandang ternakan di tepi Rumah Keju |
|
Ayam ternakan. |
|
Hello ! |
|
Hai !! |
|
Kesian kambing yang seekor ini tak sempat balik ke rumah sebelum hujan pagi tadi. Terpaksalah dia berlindung di sini. |
|
Satu lagi pemandangan di kandang ternakan. |
CLOG MAKING
Belanda juga terkenal dengan kasut kayunya yang dipanggil Clog. Di Zaanse Schans juga ada demonstrasi membuat kasut kayu ini.
|
Demonstrasi pembuatan kasut kayu. |
|
Pintu masuk ke Rumah Clog |
|
Welkom! |
|
Pameran kasut kayu |
Sebaik masuk ke Rumah Clog ini, kita akan melihat himpunan koleksi kasut-kasut kayu. Ada banyak jenis kasut kayu yang dihasilkan untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berkebun, untuk dipakai ke gereja dan sebagainya.
Selain dari kasut kayu yang dihasilkan di Belanda, ada juga satu ruang pameran khas untuk kasut-kasut kayu dari bahagian lain di dunia. Kasut terompah kayu macam yang ada di Malaysia pun ada di sini.
|
Kasut-kasut kayu antik. |
|
Himpunan kasut-kasut kayu untuk bekerja. |
|
Ini pula koleksi kasut kayu dari seluruh dunia. Myself cukup suka perkataan Belanda untuk kasut kayu ini ~ Klompen. Memang macam bunyi bila berjalan dengan kasut kayu ini. |
Dari semasa ke semasa, ada demonstrasi pembuatan kasut kayu di sini. Demonstrasi ini dibuat dalam berbagai bahasa mengikut kumpulan pelancong yang datang. Umpamanya, sewaktu kami masuk ke Rumah Clog ini, ada demonstrasi dalam Bahasa Mandarin sedang dibuat kepada sekumpulan pelancong dari Negara China.
|
Pakcik ini buat demonstrasi dalam Bahasa Mandarin tau! Kagum mendengar dia bercakap dalam Bahasa Mandarin. |
Bila tiba giliran kami melihat demonstrasi ini, kami terpaksa join dengan satu kumpulan pelancong yang rasa-rasanya datang dari Eropah Timur. Memandangkan hanya kami berdua yang bukan dari kumpulan itu dan mereka pula mempunyai Tourist Guide mereka sendiri, demonstrasi kepada kumpulan kami dibuat dalam Bahasa Inggeris. Sambil demonstrator bercakap, Tourist Guide tersebut membuat ulasan selari membuat penterjemahan kepada kumpulannya dalam bahasa mereka.
|
Peralatan membuat kasut kayu. |
|
Kasut kayu dibuat dari sejenis kayu lembut yang dinamakan Willow. |
|
Pada zaman dulu, batang kayu ini perlu dipotong dengan peralatan pisau seperti ini untuk mendapatkan bentuk kasut yang diingini. |
|
Dengan adanya mesin seperti ini, sepasang kasut kayu dapat dibentuk dalam masa kurang dari 5 minit. |
|
Proses untuk mengorek lubang dalam kasut kayu secara tradisional. |
|
Ini pula proses yang sama, tapi menggunakan mesin moden. |
|
Gambaran keseluruhan proses pembuatan kasut kayu sehingga kini. |
|
Memperkemaskan lagi kasut kayu. |
Kayu Willow yang digunakan untuk membuat kasut kayu ini adalah kayu yang lembap. Oleh itu, kasut kayu yang telah siap perlu dikeringkan sebelum dicat dengan warna yang diingini. Kasut-kasut kayu ini dikeringkan dengan cara digantung dalam bengkel kasut kayu sendiri selama 2 minggu.
|
Oleh kerana Willow yang digunakan untuk membuat kasut ini adalah sejenis kayu yang lembap, ia perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum dicat dengan warna yang dikehendaki. |
|
Kasut-kasut ini digantung untuk dikeringkan macam ini. |
|
Kasut kayu ini macam Safety Boot pada masa sekarang. Kalau memakainya, kaki kita akan selamat dari kecederaan kalau ditimpa benda berat. |
Selepas demonstrasi tamat, kami meninjau cenderamata yang dijual di Rumah Clog ini. Orang Belanda ini memang kreatif kerana handikraf mereka memang cantik dan berkualiti tinggi.
|
Souvenir yang dijual di Rumah Clog. |
Selain pemandangan yang cantik, banyak sebenarnya yang boleh diexplore di Zaanse Schans ini tetapi kami tidak mempunyai banyak masa untuk berbuat begitu. Kalau sesiapa yang datang ke Amsterdam, Myself memang recommend anda datang ke sini.
|
Bergambar dengan kasut gergasi di depan Rumah Clog. |
|
Kasut baru Husband. |
Waktu kami tiba di tempat berkumpul semula, masih ada ahli rombongan yang belum tiba. Jadi, kita ambil kesempatan bergambar sebelum meninggalkan tempat ini.
|
Itik berenang di Zaanse Schans. |
|
Kenangan sebelum meninggalkan Zaanse Schans. |
|
Husband sangat happy kat sini dan nak bagi hadiah satu windmill kat kita.. |
Bersambung ke Bhg.11...
CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):