Tuesday, 8 December 2015

2015 WESTERN EUROPE BHG. 08 (Atomium)

November 2015

WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(BELGIUM: Brussels)

Bahagian 8: Belgium
BRUSSELS (Atomium)

HARI KEEMPAT (1)

Part 26: Sarapan Pagi Di Ibis Paris Meudon Velizy

Hari Keempat di Eropah, kami memulakan hari dengan sarapan pagi di Hotel Ibis Paris Meudon Velizy. Tidak banyak pilihan sarapan pagi yang ada, hanya pelbagai jenis roti dan sedikit daging dihidangkan. Tapi ini tak menjadi masalah bagi kami kerana setiap hari memang hanya roti yang boleh dijamah.

Restoran di Hotel Ibis Paris Meudon Velizy
Pelbagai jenis roti yang dihidangkan untuk sarapan pagi.
Pilihan sarapan pagi kami. Dah makan separuh baru teringat nak ambil gambar...
Selain roti, ada juga buah-buahan seperti epal yang dihidangkan dalam buffet sarapan. Kertas pembungkus makanan turut disediakan untuk memudahkan penginap hotel yang bersarapan di sini membawa balik buah-buahan tersebut. Namun, kami telah menyalahgunakan kemudahan ini dengan menggunakan kertas pembungkus tersebut untuk membungkus roti sebagai bekalan untuk makan tengahari di dalam perjalanan. 

Buah-buahan juga disediakan dalam buffet sarapan pagi.
Pelbagai pilihan epal dan buah-buahan yang lain.
Kertas pembungkus makanan yang sebenarnya disediakan untuk membungkus buah-buahan.
Pada pagi ini, rombongan kami akan meninggalkan Perancis untuk menuju ke Belgium. Selepas bersarapan, kita bersiar-siar dulu di sekitar hotel sambil menunggu waktu untuk bergerak ke Brussels yang merupakan destinasi kami di Belgium.

Pintu masuk ke Hotel Ibis Paris Meudon Velizy.
Pintu pagar hotel ini macam pintu pagar masuk ke rumah.
Pemandangan keseluruhan bangunan hotel.
Penduduk di kawasan perumahan di belakang hotel sedang keluar untuk bekerja.
Pemandangan ke dalam restoran dari taman hotel.
Kalau di musim panas, boleh duduk minum teh di sini.
Menikmati keindahan taman kecil di hotel.

Part 27: Perjalanan Menuju Ke Brussels

Perjalanan menuju ke Brussels dijangka memakan masa 3 jam. Kami bertolak dari hotel pada pukul 9.00 pagi.

Meninggalkan hotel menuju ke Brussels.
Banyak sungguh graffiti di sekitar Paris.
Kawasan perumahan di pinggir Paris yang cantik.
Melintasi pinggir bandar Paris untuk ke lebuhraya.
Pemandangan bandaraya Paris dari atas bukit.
Kesesakan di bandar Paris kerana warganya keluar bekerja.
Sungai Seine
Stesen bas tempatan
Pemandangan di pinggir bandar Paris.
Pokok Krismas gergasi di pinggir bandar Paris
Satu lagi pemandangan di pinggir bandar Paris.
Peripherique Interieur ~ Jalan Lingkaran Dalam
Dah nak masuk ke lebuhraya
Eh, kat sini pun ada graffiti?
Lebuhraya ke Belgium besar dan agak sibuk dengan kenderaan. Ternyata lebuhraya di Eropah ini lebih banyak digunakan oleh lori dari kereta persendirian. Oleh kerana penduduk Eropah gemar menggunakan pengangkutan awam dalam urusan seharian mereka, Myself perhatikan tak banyak kereta yang berada di lebuhraya.

Meninggalkan kota Paris.
Suasana di lebuhraya Paris-Brussels.
Hotel-hotel berhampiran Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris.
Lebuhraya ke Brussels dari Paris turut melintasi Lapangan Terbang Charles de Gaulle. Ada sekali tu, bas kami melalui sebuah jambatan dekat Airport ini. Rupa-rupanya jambatan tersebut adalah sebuah runway di Airport Charles de Gaulle. Disebabkan tergamam, terlupa nak snap gambar kapalterbang Easyjet yang tengah lalu atas jambatan tu.

Jambatan di depan tu adalah runway Airport Charles de Gaulle. Ketika ini sebuah pesawat Easyjet baru saja melintas di atas jambatan itu.
Terowong di bawah jambatan runway Airport Charles de Gaulle.
Pemandangan di kiri-kanan lebuhraya juga cantik dan menarik. Tengok sajalah gambar-gambar lebuhraya di bawah ini.

Had laju di lebuhraya Perancis adalah 110 km/j, sama seperti di Malaysia.
Dalam Bahasa Perancis, Brussels ditulis sebagai Bruxelles.
Plaza Tol
Tak tahu apa nama plaza tol ini.
Semua plaza tol yang kami lalui menggunakan pembayaran elektronik.
Semakin jauh kami meninggalkan kota Paris, pemandangan bertukar kepada kawasan pertanian. Oleh kerana ketika itu musim sejuk semakin menjelang, kawasan-kawasan pertanian ini banyak yang kelihatan kosong seperti padang rumput kerana tanaman seperti gandum tak dapat tumbuh dalam cuaca begini.

Di pertengahan jalan juga, kami melintasi sebuah kawasan yang berkabus tebal. Jangkasuhu di dalam bas menunjukkan suhu 0'C di luar sana ~ pasti sangat sejuk jika kita berada di situ. Namun disebabkan bas kami dilengkapi dengan heater yang berfungsi dengan baik, suasana di sepanjang perjalanan sangat selesa.

Di sana sini, sedikit aktiviti pertanian masih dijalankan.
Kabus tebal di pertengahan jalan di antara Paris dan Brussels.
Papan tanda arah ke Brussels
Jarak ke Brussels dari sini masih 236 km.
Kabus semakin tebal di kawasan ini.
Disebabkan kabus tebal, semua kenderaan memasang lampu untuk mudah dilihat oleh kenderaan lain.
Dalam hati memang risau kalau cuaca sentiasa berkabus begini pada hari-hari mendatang. Tak nampaklah pemandangan Europe yang sebenarnya nanti...
Suhu di luar telah jatuh sehingga 0'C.
Tak nampak apa-apa dah kat depan sana....
Mujurlah cuaca kembali baik tidak lama kemudian. Kami seterusnya melalui kawasan pertanian yang didirikan kincir-kincir angin moden yang besar. Oleh kerana kincir angin ini tiada di Malaysia, semua ahli kumpulan memandang dengan kagum. 

Kincir-kincir ini juga dapat kami lihat sewaktu menaiki keretapi Eurostar semalam, tetapi tidaklah sedekat ini.

Kincir angin raksasa
Bilah kipasnya sentiasa berputar menunjukkan betapa kuatnya angin di sini.
Pertanian moden
Pencemaran alam.
Pemandangan sepanjang perjalanan memang cantik. Tak tahu lagi bagaimana yang menggambarkan kecantikan bumi Eropah ini. Tengok sajalah pemandangan seterusnya dalam perjalanan menuju ke Brussels dalam gambar di bawah ini: 


Seperti juga di Jepun dulu, di Eropah juga ada peraturan di mana pemandu bas perlu berehat setiap 2 jam perjalanan. Oleh yang demikian, setiap 2 jam, bas kami akan berhenti rehat di R&R di tepi lebuhraya. Kesempatan ini juga akan kami gunakan untuk menggunakan tandas atau mengalas perut.

Oleh kerana perjalanan dari Paris ke Brussels memakan masa 3 jam, bas membuat satu perhentian di sebuah R&R di Assevillers yang terletak di utara France.

R&R di Assevillers, Perancis yang kami singgahi dalam perjalanan ke Brussels.
Pemandangan di dalam R&R
Vending Machine
Kafetaria di R&R
Kedai runcit
Cuaca sangat kering di awal musim dingin seperti ini dan kami sentiasa dinasihatkan untuk banyak minum air bagi mengelakkan dehydration. Di R&R ini kami membeli sebotol air mineral. 

Sesuatu yang Myself perhatikan ialah semua air mineral di France adalah dari jenama Evian (disebut Evion di sini). Walaupun France adalah negara asal Evian, harganya tidak murah. Sebotol air mineral Evian 500ml dijual pada harga hampir 3 Euro (RM12).

Air Mineral Evian yang berharga hampir RM12 sebotol, walaupun di negara asalnya.
Lupa nak cerita, perjalanan kami di 6 negara Eropah ini memerlukan kami menggunakan 3 jenis matawang: British Pound, Euro dan Swiss Francs. Dalam ketiga-ketiga matawang ini, British Pound mempunyai kadar pertukaran tertinggi berbanding Ringgit Malaysia. Ketika itu, 1 GBP = RM6.50. Euro dan Swiss Francs mempunyai nilai yang lebih kurang setara di mana 1 Euro/1 CHF = RM4.20. Matawang Euro digunakan di 4 dari 6 negara yang kami lawati: France, Belgium, Netherlands dan Germany.

Tiga matawang yang digunakan dalam perjalanan ini: British Pound (GBP), Euro dan Swiss Francs (CHF).
Selepas berhenti sebentar di R&R, kita sambung lagi perjalanan kita ke Brussels. Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan dan bertambah pengalaman. Antara pengalaman baru yang kami perolehi ialah melihat signboard di jalanraya yang tak pernah dilihat di Malaysia.

Air sungai di Europe ni memang cantik dan bersih belaka.
Rumput kering yang dikumpul untuk dijadikan makanan ternakan dalam musim dingin.
Sebahagian besar pengguna lebuhraya adalah lori.
Lembu yang sihat dan gemuk di sebuah ladang di France.
Ada arnab, burung puyuh dan rusa di depan sana...
Rusa pun nak melintas 7km lagi...
Berhati-hati... katak nak melompat melintas lebuhraya ni...
Ketika ini kami dah membelok ke sebuah lebuhraya lain (A2) menuju ke Brussels. Lebuhraya A1 tadi berakhir di Lille.
Tak tahu apa maksud sebenar signboard ini. Mungkin menunjukkan kawasan ini terkenal dengan penghasilan loceng tradisional.
Ada istana dan gereja di kawasan ini.
Ini pemandangan gereja yang dimaksudkan.
Silo simpanan gandum.
Sebuah lagi plaza tol yang dilalui. Kalau tak salah, tol ini berdekatan sempadan France-Belgium.
Polis berkawal di setiap tol yang kami lalui kerana salah seorang suspek pengeboman Paris seminggu yang lalu disyaki sedang melarikan diri ke Brussels.
Terowong di lebuhraya.
Banyaknya rumput kering yang dikumpul.
Pemandangan dekat rumput kering yang dikumpul untuk makanan ternakan.

Part 28: Belgium

Perancis, Belgium, Netherlands dan Germany yang kami kunjungi dalam lawatan ke Eropah ini adalah negara-negara anggota Schengen. Negara-negara ini tidak mengamalkan kawalan sempadan di kalangan mereka. Oleh yang demikian, kami tidak tahu di mana sempadan Perancis dengan Belgium yang sebenarnya.

Kami hanya mengagak yang kami telah tiba di Belgium bila pemandangan di sekitar telah menjadi sedikit berbeza dari di Perancis.

Kami mengagak yang kami telah tiba di Belgium kerana sekarang terdapat banyak terusan seperti ini. Seperti Netherlands, Belgium juga adalah negara yang rendah dari laut.
Tak nampak pun papan tanda sempadan di antara Belgium dan France.
Mons yang terletak 3km dari sini adalah di negara Belgium.
Papan tanda yang diletakkan di pembahagi jalan seperti ini juga menandakan kami dah masuk ke negara Belgium kerana signboard di France diletakkan di tepi jalan.
Di Belgium, bas kami membuat satu lagi persinggahan selama 30 minit di sebuah R&R yang bernama Drongen untuk mengisi minyak. Peraturan keselamatan di Eropah juga menetapkan supaya semua penumpang dikehendaki keluar dari bas sewaktu bas mengisi minyak.

Perkara ini menyebabkan Myself tertanya-tanya kenapa pesawat Air Asia membenarkan penumpang berada di dalam pesawat bila minyak sedang diisi ke dalamnya? Myself pernah sekali dua mengalami peristiwa ini sewaktu menaiki pesawat Air Asia. Bila pesawat mengisi minyak, penumpang tidak diarahkan keluar dari pesawat, cuma ada pengumuman supaya penumpang tidak mengenakan talipinggang keledar ketika itu untuk memudahkan kita lari jika berlaku kecemasan.

R&R Drongen di Belgium. Seperti juga di France, nama R&R tidak ditulis dengan jelas.
Stesen minyak di R&R.
Di perhentian ini, ada sebuah kafetaria. Kami mengambil kesempatan untuk mencari makan tengahari sewaktu bas membuat persinggahan untuk mengisi minyak ini.

Kami juga mendapat sedikit Cultural Shock di Belgium kerana tidak seperti di Perancis, orang Belgium ramai yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Malah waitress di kafetaria ini turut membantu menunjukkan makanan Vegetarian untuk kami makan tengahari.

Makanan tengahari vegetarian di R&R di Belgium.
Kafetaria di R&R di mana kami makan tengahari.
Pelbagai Sandwich yang dijual di R&R.
Buah-buahan dan minuman ringan.
Pelbagai minuman yang dijual.
Toilet di Eropah memang bersih tetapi tidak dilengkapi dengan paip air. Bayaran dikenakan untuk masuk ke toilet dan pembayaran dibuat secara automatik di pintu masuk. Mujurlah dah ada pengalaman menggunakan toilet begini di Istanbul dulu.

Bayaran yang dikenakan untuk menggunakan public toilet di Belgium (dan juga di France) adalah 50 sen (RM 2.10), macam bayaran masuk ke Tandas Premium di KLCC.
Tatacara menggunakan Public Toilet: (1) Masukkan duit syiling (duit kertas juga diterima dan baki akan dipulangkan); (2) Ambil resit pembayaran; (3) Lari cepat-cepat masuk ke dalam.

Part 29: Brussels Lockdown

Ekoran kejadian pengeboman di Paris, media melaporkan bahawa suspek utama pengeboman tersebut telah dilihat berada di kota Brussels. Oleh yang demikian, Kerajaan Belgium mengenakan Lockdown (Perintah Berkurung) di mana semua kedai, sekolah dan pejabat-pejabat di kota Brussels diarahkan untuk ditutup bagi mengelakkan kejadian seperti di Paris dari berlaku di kota ini.

Perintah Lockdown ini berlangsung selama beberapa hari bermula dari 21 November 2015. Pada keesokan harinya, 22 November 2015 yang merupakan hari sepatutnya kami berkunjung ke Brussels, perintah ini masih berkuatkuasa. Jadi perancangan berkunjung ke pusat bandar Brussels untuk melawat tarikan di sana seperti Menneken Pis dan Grand Palace terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan. Hanya lawatan ke Atomium yang terletak di luar pusat kota Brussels sahaja yang diteruskan.

Kami juga diberitahu yang Paris turut mengenakan perintah Security Level 4 pada hari ini. Eiffel Tower dan Christmas Market yang kami kunjungi pada hari semalam telah diarahkan ditutup pada hari ini. 

Sedutan dari Berita CNN
Rakyat Belgium mengambil serius perintah Lockdown yang dikeluarkan oleh Kerajaan mereka. Kerana itulah sewaktu kami tiba di Brussels, bandar ini sunyi dan sepi, seolah-olah dilanggar Burung Garuda.

Tapi Myself tak tahu sejauh mana Perintah Berkurung ini dikenakan sebab sebenarnya rakyat Belgium masih bebas bergerak. Cuma kedai, pejabat dan sekolah sahaja yang ditutup. Tentera dan polis juga dah pasti berada di mana-mana ketika itu.

Brussels yang sunyi dan sepi menyambut ketibaan kami disebabkan Perintah Berkurung yang dikenakan.
Bagai dilanda Burung Garuda

Part 30: Atomium

Atomium dibina sempena Brussels World Fair pada tahun 1958. Ia dibina menyerupai bentuk atom yang melambangkan penggunaan tenaga atom bagi kegunaan keamanan dalam Expo tersebut.

Atomium
Ada 9 sfera yang berdiameter 18m dalam binaan Atomium ini. Ada di antara sfera ini yang berfungsi sebagai muzium, restoran dan deck pemerhatian. Ia boleh didaki, tapi tak tahulah sama ada percuma atau perlu membayar untuk naik ke atas sana kerana kami hanya melihatnya dari bawah sahaja.

Pintu masuk ke struktur Atomium.
Pemandangan struktur Atomium dari dasar bawah.
Di sekitar Atomium juga terdapat sebuah taman yang pada masa dahulu adalah tapak Expo.

Pancutan air di Atomium.
Pemandangan struktur Atomium dari depan pancutan air.
Percubaan nak memusing Atomium...
Di taman ini juga ada sebuah memorial untuk Adolphe Max. Dia adalah seorang bekas Datuk Bandar Brussels yang dianggap sebagai seorang wira oleh warga Belgium kerana penentangannya terhadap penjajahan tentera Jerman pada masa dahulu.

Memorial Adolphe Max.
Antara Atomium dan Memorial Adolphe Max.
Me and The Atomium...
Gereja berhampiran Atomium. Gambar gelap kerana cahaya sangat terang ketika itu.
Polis meronda berhampiran Atomium.


Bersambung ke Bhg. 9...


CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):