Wednesday, 1 August 2018

2018 MANADO BHG. 01 (KL - Singapore)

Julai 2018

SULAWESI UTARA, INDONESIA
Manado & Minahasa

Bahagian 1: PERJALANAN KE MANADO

Part 1: Dilema Sang Traveler

Seperti yang pernah Myself ceritakan dalam entry yang sebelum ini, Myself dan Husband sebenarnya merancang nak mengurangkan aktiviti travel dalam tahun 2018 kerana kami dah 'terlebih' travel dalam tahun 2017. Namun dasar Sang Traveler Tegar, kaki tetap gatal nak travel bila dah lama terperap di rumah.

Untuk menjimatkan kos disebabkan kami dah merancang nak membuat satu Mega Trip (kononnya!) di hujung tahun nanti, negara jiran Indonesia menjadi pilihan. Kami dah pernah berkunjung ke Sumatera, Jawa dan Bali sebelum ini, maka tempat mana seterusnya di Indonesia yang boleh kita pergi? Jadi kita belek-beleklah peta Indonesia nak mencari destinasi pilihan...

Peta Indonesia. Pulau yang mana kita nak pergi?
Bila tengok peta kat atas, barulah Myself tahu kedudukan sebenar Raja Ampat. Bukan apa, ada budak-budak kat ofis yang minat dengan Scuba Diving teringin sangat nak ke sana. Selama ini Myself ingat Raja Ampat tu nama sebuah bandar kat Papua. Rupa-rupanya ia adalah pulau yang terletak di Laut Banda antara Sulawesi dengan Papua. Tapi disebabkan kita berenang pun tak tahu, Raja Ampat belum masuk lagilah dalam list destinasi kita. Maka kita alihkan perhatian ke pulau di sebelah Raja Ampat ~ Sulawesi.

Bila diriki-riki, pakej percutian yang banyak ditawarkan dari Malaysia ke Sulawesi adalah ke Makassar yang terletak di Sulawesi Selatan. Ini mungkin disebabkan ada penerbangan terus Air Asia dari Kuala Lumpur ke sana. Namun disebabkan kami bukan traveler backpacker, kami lebih selesa mengatur percutian menggunakan pakej yang terancang. Lebih mudah begitu kerana segala-galanya dah diatur dan pre-paid. Tak risau nak mengurus dan merancang sendiri perjalanan di sana dan tak perlu juga nak membawa wang yang banyak kerana segala-galanya dah dibayar. Tapi Myself dan Husband tak begitu keen nak melawat ke Makassar kerana bila dibaca itinerari yang ditawarkan, macam saling tak tumpah melawat ke Jakarta.

Oleh kerana Sulawesi adalah pulau yang ke-11 terbesar di dunia, pasti ada sesuatu yang menarik di sana selain dari berkunjung ke Makassar. Disebabkan dulu kita dah seronok bercuti macam Orang Putih ke Pulau Pinang, kita carilah tempat yang suka dikunjungi oleh Orang Putih (Orang Bule, kata Orang Indonesia) di Sulawesi. Maka bertemulah kami dengan Manado yang terletak di Sulawesi Utara. Manado terkenal dengan Pulau Bunaken yang juga merupakan salah sebuah diving heaven terkemuka di dunia. Tapi ada juga banyak tarikan lain berhampiran yang boleh dilawati. Kalau nak tahu di mana kedudukan Manado berbanding Makassar di Sulawesi, rujuk saja peta di bawah...

Peta Sulawesi
Okey, sekarang kita dah set nak melawat ke Manado. Tapi macam mana nak pergi ke sana? Satu ketika dulu, Air Asia pernah terbang direct dari Kuala Lumpur ke Manado. Tapi kini, tak ada lagi penerbangan begitu. Pilihan paling praktikal adalah terbang melalui Jakarta ataupun Singapore.

Pilihan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Manado: Transit di Jakarta ataupun Singapore.
Pilihan perjalanan pertama adalah transit di Jakarta. Pilihan penerbangan yang ditawarkan kepada kami menggunakan laluan ini adalah Garuda dan Batik Air dari Kuala Lumpur. Yang tak tahan dengan pilihan ini ialah masa perjalanan yang sangat panjang. Total travel time dari Kuala Lumpur ke Manado termasuk waktu transit di Jakarta bagi perjalanan sehala saja secara purata hampir 10 jam. Mak aiih, macam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Istanbul! Perjalanan balik pula memakan masa hampir 12 jam macam perjalanan dari London ke KL, padahal kita cuma pergi ke Indonesia!

Pilihan kedua adalah transit di Singapore menggunakan syarikat penerbangan dari Singapore, Silkair. Total travel time menggunakan laluan ini adalah 5 jam sehala termasuk waktu transit di Singapore Changi Airport. Total travel time ini separuh jumlah perjalanan menggunakan laluan transit di Jakarta. Tapi setback dalam laluan ini ialah Silkair hanya mempunyai penerbangan ke Manado pada hari-hari tertentu dalam seminggu. Tiket penerbangan menggunakan laluan ini juga lebih mahal dari laluan transit di Jakarta. Maklum sajalah sebab pakai kapalterbang Singapore!

Selepas membuat timbal balas, kami akhirnya memilih untuk pergi ke Manado menggunakan Silkair melalui Singapura kerana tempoh perjalanannya yang lebih singkat. Kami merancang perjalanan ke Manado hanya untuk 4 hari. Kalau menggunakan laluan transit di Jakarta, perjalanan pergi dan kembali saja memaksa kami menambah 2 hari perjalanan. 

HARI PERTAMA (1)

Part 2: Dari KL Ke Singapura

Perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Manado bermula pada pukul 3.30 pagi dari rumah kerana pesawat Silkair dari KL ke Singapura yang merupakan first leg dalam perjalanan kami dijadualkan berlepas pada pukul 7.35 pagi. Disebabkan teksi dapat memecut laju tanpa gangguan trafik pada awal subuh begini, kami tiba di KLIA pada pukul 4.20 pagi.

Tiba di KLIA di awal subuh yang hening.
Pintu masuk ke Perlepasan Antarabangsa di KLIA.
Langkah pertama menuju ke Manado selepas turun dari teksi.
Silkair menggunakan KLIA1. Suasana di awal subuh pagi ini di KLIA sepi sekali kerana bukan musim cuti sekolah di Malaysia. Pemandangan jemaah umrah juga tidak kelihatan kerana ketika ini musim penerbangan Haji dan jemaah Haji diuruskan secara langsung dari Kompleks Haji dan tidak melalui kaunter penerbangan biasa di KLIA.

Cuak juga bila kami melihat semua kaunter check-in pesawat-pesawat yang berlepas sewaktu dengan Silkair kami telah dibuka. Cuma kaunter Silkair saja yang belum beroperasi. Bila kami bertanya kepada seorang petugas di situ, beliau memberitahu yang tidak seperti kaunter-kaunter syarikat penerbangan lain yang dibuka 3 jam sebelum waktu perlepasan, kaunter Silkair hanya dibuka 2 jam sebelum penerbangan. Oh, begitu! Tetap menggunakan Singapore standard walaupun di KLIA!

Abang-Abang Bangla sedang check-in untuk penerbangan Regent Airways ke Dhaka di sebelah kaunter Silkair.
Disebabkan masih ada masa lagi, kami membuat keputusan untuk breakfast dulu di Mcdonald's. Bila dah selesai breakfast, perkara seterusnya yang perlu dibuat selepas check-in hanyalah bersolat Subuh saja.

Breakfast di Mcdonald's
Selepas breakfast, kami kembali ke kaunter Silkair. Alhamdulillah, kaunter Silkair telah pun dibuka. Orang yang beratur pun tak ramai. Mungkin disebabkan penerbangan ini berlepas sangat awal pagi. Kebanyakan penumpang yang mendaftar masuk juga adalah penumpang seperti kami yang transit di Singapura untuk ke destinasi lain, terutama menuju ke USA. Nampaknya macam kami berdua dan seorang Uncle yang beratur di depan kami saja yang transit di Singapore untuk menuju ke Indonesia. Dia pun nak pergi ke Manado.

Beratur untuk check-in.
Kaunter Silkair di KLIA
Penerbangan first leg kami dari KL ke Manado: Silkair MI 319 dari KL ke Singapore.
Check-in di Kaunter Silkair
Bagasi kami dilabel sebagai Hot Bag sewaktu pergi dan kembali kerana persinggahan transit kami di Singapore cuma 1 jam.
Naik Aerotrain ke Bangunan Satelit KLIA
Posing dalam Aerotrain
Dari Bangunan Utama, kami menaiki Aerotrain menuju ke Bangunan Satelit. Macam dah canggihlah rupa dalaman Aerotain ni sekarang. Dia orang dah upgrade Aerotrain ni agaknya!

Solat Subuh dulu sebaik tiba di Bangunan Satelit
Berjalan menuju ke Gate Perlepasan
Pintu Perlepasan
Menunggu di Pintu Perlepasan
Boarding Pass dari KL-Singapore-Manado
Pesawat Silkair dah sedia nak berlepas
Panggilan masuk ke pesawat
Berjalan masuk ke pesawat
Pintu masuk ke pesawat
Penumpang masuk ke dalam pesawat
Singapore Straits Times. Tak baca pun, saja ambil dari peramugari untuk ambil gambar.
Safety Video sebelum berlepas
Penerbangan Silkair kami berlepas menuju ke Singapura mengikut jadual pada pukul 7.35 pagi. Tapi disebabkan peak hour di KLIA, terpaksalah kami menunggu beberapa ketika di runway sebelum dibenarkan berlepas ke udara.

Bergerak meninggalkan bangunan terminal
Pesawat-pesawat Malaysia Airlines sedang berehat di KLIA
Menuju ke runway
Pesawat Malaysia Airlines sedang bersedia untuk berangkat.
Yang ini pula baru tiba ke KLIA
Selamat mendarat di KLIA
Pesawat Batik Air di sana nak menuju ke Bali. Di kejauhan pula, ada sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines nak mendarat.
Malaysia Airlines yang nak mendarat ini rasanya baru tiba dari Australia.
Selamat mendarat. Welcome Home!
Selepas pesawat Malaysia Airlines dari Australia ini mendarat, barulah kami dibenarkan berlepas ke Singapore. Waduh, excited rasa di hati sebab bermula kini perjalanan ke Manado. Lebih excited kerana inilah kali pertama kami terbang bersama Silkair.

Berlepas ke Singapura
Pesawat kami, Silkair MI 319 adalah sebuah pesawat narrow-body Airbus 319. Tempat duduknya tak penuh. Penerbangan juga singkat, hanya memakan masa 50 minit.

Peramugari Silkair
Menyesal minta teh dalam penerbangan ini sebab sebaik teh diberi kepada kita, terus pesawat bergegar-gegar kena turbulence. Jenuh pulak kita kena pegang teh panas ini, takut tertumpah.
Terbang menuju ke Singapura
Kat Melaka kot ni.
Sungai Muar
Penghujung selatan Negeri Johor
Pemandangan dalam Silkair
Selat Tebrau yang memisahkan Malaysia dengan Singapura
Disebabkan Singapore terlalu kecil, terpaksalah pesawat Silkair ini menumpang pusing-pusing kat atas Negeri Johor sewaktu menunggu kebenaran untuk mendarat.

Berpusing-pusing sementara menunggu kebenaran untuk mendarat.
Tangki minyak Pengerang
Pulau Tekong, Singapore
Akhirnya pesawat kami selamat mendarat di Singapore Changi Airport pada pukul 8.40 pagi.

Membuat penerbangan turun ke Singapore Changi Airport.
Menuju ke runway.
Singapore Changi Airport
Singapore Airlines dan anak kecilnya, Scoot yang sedang parking sebelah-menyebelah di Changi Airport.
Selamat mendarat di Singapore Changi Airport.
Changi
Turun di Changi Airport
Persinggahan transit kami di Singapore Changi Airport cuma 1 jam. Disebabkan Silkair tadi terlewat sedikit mendarat di Singapore, itu bermakna kami mempunyai masa kurang dari 1 jam untuk berpindah ke pesawat Silkair seterusnya yang akan membawa kami ke Manado. Memang risau sebab bangunan Changi Airport ini teramatlah besarnya.

Kami tiba di sebuah Pintu Perlepasan E. Sebaik keluar dari pesawat, kami tercari-cari monitor untuk memeriksa pintu perlepasan pesawat kami yang seterusnya ke Manado. Tapi kami diberitahu yang monitor ini hanya terdapat selepas Security Check yang diwajibkan kepada semua penumpang transit. Maka berkejar-kejarlah kami ke sana.

Berkejar nak mendapatkan Security Check untuk penumpang transit.
Pemandangan awal pagi di Singapore Changi Airport
Ya Tuhan! Macam nak luruh jantung bila melihat di monitor yang pintu perlepasan pesawat kami ke Manado adalah Pintu F35. Bila dibaca pula pada signboard di situ yang perjalanan berjalan kaki ke sana mengambil masa 18 minit, lagilah rasa nak gugur jantung. Namun apalah pilihan yang ada? Terpaksalah kita buat Amazing Race dari Gate E ke sana!

Bergegas menuju ke pintu perlepasan untuk pesawat ke Manado.
Akhirnya tiba di Transfer F.
Tapi Pintu Perlepasan kami F35 masih jauh lagi...
Scoot
Tiba di Pintu Perlepasan F35
Sampai di Gate F35, kami dapati penerbangan kami ke Manado, Silkair MI 274 mengalami kelewatan 15 minit dari jadual. Lega juga rasanya sebab dapatlah berehat sikit selepas membuat Amazing Race tadi.

Maklumat penerbangan menuju ke Manado.
Silkair yang akan membawa kami terbang ke Manado.
Pemandangan di Pintu Perlepasan
Panggilan masuk ke dalam pesawat.

 Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN MANADO (2018):