Sunday, 22 June 2014

2014 BALI 2nd VISIT BHG. 01 (GWK & Uluwatu)

Jun 2014 

BALI, INDONESIA (2nd Visit) 

Bahagian 1: GARUDA WISNU KENCANA & ULUWATU 

HARI PERTAMA

Part 1: Mengembara Lagi Ke Pulau Dewata 

Percutian kedua ke Bali, Indonesia bermula dengan penerbangan terus dari KLIA ke Denpasar menggunakan khidmat Malaysia Airlines. Penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 8.50 pagi dan tiba di Bandar Udara Ngurah Rai di Bali pada pukul 11.50 pagi.


Masa kami sampai, MAS sedang membuat pertukaran shift Ground Crew di KLIA. Jadi terpaksa menunggu sebentar sebelum boleh membuat Bag Drop.
Seperti biasa, kami memilih untuk keluar awal dari rumah untuk memudahkan Solat Subuh dan Breakfast di KLIA. Selepas Check-in, kami terus menaiki Aerotrain ke Bangunan Satelit KLIA di mana letaknya Gate Pelepasan kami. Cita-cita nak makan roti canai pada pagi itu tidak kesampaian sebab hari masih awal pagi dan stok roti canai belum sampai di Restoran Jalan Alor yang menjadi favourite kami setiap kali Breakfast di Bangunan Satelit KLIA ini. Sebagai ganti, kami bersarapan French-Style di Deli France pada pagi itu.

Sarapan pagi French-Style di Deli France
Antara pesawat MAS yang sedang bersedia untuk pelepasan ke destinasi masing-masing pada pagi itu.
Penerbangan MH715 menggunakan pesawat Boeing 777-200 (model pesawat yang sama sewaktu berkunjung ke Jepun terdahulu). Pesawat yang besar ini penuh dengan penumpang, yang sebahagian besarnya (boleh dikatakan 90%) adalah terdiri dari warga asing. Rakyat Malaysia yang menaiki pesawat ini (termasuk kami berdua) bagai boleh dibilang dengan jari, mungkin disebabkan musim cuti sekolah telah berakhir di Malaysia ketika itu.

Panggilan Akhir untuk penumpang-penumpang Malaysia Airlines MH 715 ke Denpasar, Bali.
Sebagai rakyat Malaysia, Myself dan Husband agak terharu melihat betapa ramainya rakyat asing yang menggunakan khidmat Malaysia Airlines ke Bali. Nampaknya, peristiwa kehilangan pesawat MH370 tidak menjejaskan keyakinan mereka untuk terus menggunakan khidmat Malaysia Airlines walaupun terdapat beberapa syarikat penerbangan lain yang turut menawarkan penerbangan terus ke Bali.

Sebahagian besar penumpang MH 715 ke Bali adalah warga asing. Rakyat Malaysia yang menaiki pesawat ini macam boleh dibilang dengan jari.
Sebaik masuk ke dalam pesawat, Myself dan Husband terkejut bila kami disapa oleh peramugari MAS yang memakai tudung dan uniform mereka tidak seperti uniform anak kapal MAS yang biasa kami lihat. Rupa-rupanya mereka adalah krew Penerbangan Charter Malaysia Airlines yang selalunya bertugas dalam penerbangan sewa khas (seperti penerbangan Umrah dan Haji). Menurut staf yang sempat kami "interview" dalam penerbangan ini, ada kalanya krew Penerbangan Charter ini juga akan ditugaskan dalam penerbangan komersil seperti penerbangan ke Bali ini, tetapi mereka masih memakai uniform krew Penerbangan Charter.

Peramugara Malaysia Airlines
Peramugari Malaysia Airlines yang memakai tudung.
Cuaca sangat baik dan penerbangan ke Bali sangat lancar dan hampir tiada gegaran. Sebenarnya memang Myself  menjangkakan begitu kerana kami terbang menuju ke selatan. Dari pengalaman Myself, penerbangan dalam laluan Utara-Selatan seperti penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bali ini atau ke Bangkok/Cambodia dulu memang kurang gegaran berbanding terbang ke arah Timur-Barat seperti ke Sabah/Sarawak. Myself rasa ia begitu kerana angin lebih banyak bertiup pada arah Timur-Barat berbanding Utara-Selatan (Betul ke Teori ini ??)

Peta penerbangan dari Kuala Lumpur ke Denpasar
Cuaca sangat baik sepanjang penerbangan. Ketika ini kami sedang terbang melintasi Laut Jawa menuju ke Bali.
Ketika dalam penerbangan, ada seorang penumpang merasa kurang sihat dan memerlukan khidmat perubatan. Jadi terpaksalah peramugari membuat pengumuman meminta bantuan daripada mana-mana penumpang dalam pesawat yang bertugas sebagai doktor atau kakitangan perubatan untuk membantu penumpang berkenaan. Mujurlah ada seorang doktor dalam pesawat ini yang menyahut pengumuman tersebut.

Doktor dan kakitangan kabin sedang membantu seorang penumpang yang merasa kurang sihat dalam penerbangan.
Selepas terbang selama 2 jam 30 minit dari Kuala Lumpur, pesawat kami mendarat dengan selamat di Bandar Udara Ngurah Rai di Bali. Penumpang yang sakit tadi juga mungkin telah lega selepas mendapat khidmat nasihat dari doktor tadi sebab dia dapat turun dari pesawat bersama-sama penumpang lain tanpa sebarang bantuan.

Pesawat kami tiba di Bali
Airport di Bali sangat sibuk. Sentiasa ada pesawat yang tiba dan berlepas dari sini ke pelbagai destinasi di Asia dan Australia.
Pemandangan di Bandar Udara (Bandara) Ngurah Rai di Denpasar, Bali.
Pemandangan sewaktu pesawat Malaysia Airlines sedang docking di terminal lapangan terbang.
Selamat datang ke Pulau Dewata, Bali.
Menunggu ketibaan bagasi
Bali adalah destinasi pelancongan utama di Indonesia. Jadi tak hairanlah sebaik kami keluar dari Balai Ketibaan, kami dapat melihat ramai sekali wakil-wakil agensi pelancongan sedang menunggu klien masing-masing di situ, termasuklah Tour Guide kami yang memperkenalkan dirinya sebagai Pak Wayan.

Tour Guide yang menanti klien masing-masing di Bandara Ngurah Rai.
Di samping Pak Wayan, kami juga diperkenalkan dengan pemandu kami, Pak Agung. Disebabkan kami mengikuti percutian ini secara Private Tour, kenderaan, pemandu dan Tour Guide yang disediakan adalah khusus untuk kami.

Mengikut Pak Wayan dan Pak Agung mendapatkan kenderaan.
Tempat mengambil penumpang di Ngurah Rai Airport, Bali.
Pintu keluar kenderaan dari Ngurah Rai Airport

Part 2: Restoran Malioboro  

Disebabkan kami belum makan tengahari, Pak Wayan membawa kami ke sebuah restoran di bandar Denpasar yang dinamakan Restoran Malioboro. Makan tengahari ini tak termasuk dalam pakej yang dibeli, jadi terpaksalah kami membayar sendiri harga makanan yang disediakan. Menu istimewa di sini ialah Ayam Tulang Lunak.


Restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro
Pemandangan di dalam restoran
Makanan tengahari kami: Ayam Presto Cabe Merah, Sup Gurami dan Plecing Kangkung.

Part 3: Best Western Hotel, Kuta Beach 

Selepas makan, kami dibawa ke hotel penginapan kami, Best Western Hotel Kuta Beach untuk berehat seketika. Hotel ini terletak hanya 10 minit berjalan kaki dari Pantai Kuta.

Pemandangan bangunan hotel Best Western Kuta Beach
Pintu masuk ke Best Western Hotel
Lobi Hotel Best Western
Pak Wayan membantu kami check-in ke hotel.
Corridoor di depan bilik hotel
Bilik penginapan kami - agak kecil kerana hotel ini bertaraf 3 bintang. Namun ia sangat selesa.
Hiasan dalaman hotel yang berkonsep moden
Walaupun nampak sama, Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sebenarnya sangat berbeza. Masa mulanya, tak faham apa yang ditulis pada kad yang berwarna kuning tu - mujur ada translation English kat belakangnya - Do Not Disturb.
Taman interior yang menarik di Best Western Hotel, Kuta Beach
Sepanjang 4 Hari kami di Bali, sarapan disediakan di hotel. Makanan yang disediakan di sini Halal dan ini kami pastikan selepas bertemu sendiri dengan tukang masak di hotel ini.

Restoran di Best Western Hotel, Kuta Beach

Part 4: Garuda Wisnu Kencana

Selepas berehat dan solat jamak di hotel, kami memulakan program lawatan kami yang pertama ke Garuda Wisnu Kencana Cultural Park.


Pintu masuk utama ke Garuda Wisnu Kencana dari jalan besar.
Taman ini yang lebih dikenali sebagai GWK (disebut Ge-We-Ka dalam Bahasa Indonesia) adalah tarikan pelancongan baru yang sebenarnya masih dalam pembinaan.

Patung Cicak Komodo yang menghiasi laluan masuk ke GWK
Kawasan berhampiran kaunter tiket masuk ke GWK
Patung dewa-dewa Bali menghiasi kawasan berhampiran kaunter tiket GWK.
Kalau rajin, anda boleh membaca kisah-kisah lagenda Bali di sini.
Pintu masuk pelawat di GWK
Mengikut perancangannya, sebuah patung gergasi Dewa Wisnu menunggang burung Garuda akan dibina di taman ini. Namun begitu, patung ini masih dalam pembinaan dan bahagian-bahagian patung yang masih dibina secara berasingan ini adalah tarikan utama pengunjung ke sini pada masa sekarang.

Inilah rupa sebenar Garuda Wisnu Kencana apabila siap kelak.
Walaupun taman ini masih belum siap dibina, ramai pengunjung yang berkunjung ke sini. Namun begitu kata Pak Wayan, tak ramai pengunjung Malaysia yang datang ke sini.

Disebabkan ketika itu, musim cuti sekolah telah bermula di Indonesia, kami bertemu dengan banyak rombongan budak-budak sekolah yang kebanyakannya datang dari Pulau Jawa. Kata Pak Wayan, kebanyakan mereka datang ke Bali dari sana dengan menggunakan feri. Perjalanan dari Pulau Jawa ke Bali dengan menaiki feri hanya memakan masa kira-kira sejam.

Pada waktu-waktu tertentu, ada pertunjukan kebudayaan Bali dipersembahkan di sini. Sebaik melepasi pintu masuk, kami bertemu dengan sekumpulan artis budaya GWK yang sedang bersiap sedia untuk mengadakan persembahan.


Bergambar dengan patung-patung yang akan digunakan dalam persembahan kebudayaan sebentar lagi.
Artis-artis budaya sedang menunggu untuk memulakan persembahan kedudayaan
Artis yang memakai Topeng Lawak untuk persembahan.
Sementara menunggu persembahan kebudayaan dimulakan, Pak Wayan membawa kami bersiar-siar di sekitar taman. Lawatan dimulakan dengan berkunjung ke Plaza Kura-Kura.

Plaza Kura-Kura di GWK mempunyai sebuah kolam yang dihiasi dengan patung beberapa ekor kura-kura. Mengikut mitos Hindu, pada masa dahulu sewaktu Pulau Jawa mula terbentuk, ia terumbang-ambing dan sentiasa bergoncang. Oleh yang demikian, para dewa memutuskan untuk memaku Pulau Jawa dengan cara memindahkan Gunung Mahameru di India ke atas Pulau Jawa.

Dewa Wisnu menjelma menjadi seekor kura-kura raksasa menggendong gunung itu di punggungnya, sementara Dewa Brahma pula menjelma menjadi ular naga raksasa yang membelitkan tubuhnya pada gunung dan badan kura-kura sehingga gunung itu dapat diangkut dengan aman.

Oleh kerana kura-kura dikatakan dapat memberi kestabilan bangunan, secara tradisi orang-orang Bali akan menanam patung kura-kura di dalam asas sewaktu membina rumah mereka.


Plaza Kura-Kura di Garuda Wisnu Kencana
Tangga di belakang Plaza Kura-Kura untuk naik ke Plaza Wisnu
Plaza Wisnu dari tangga Plaza Kura-Kura
Mercu tanda Plaza Wisnu adalah patung Dewa Wisnu yang pada ketika ini hanya bahagian kepala sehingga ke dadanya sahaja yang telah disiapkan.

Patung Dewa Wisnu
Patung ini sangat besar. Ia dihiasi dengan pancutan air di sekitar tubuhnya buat sementara waktu sehingga bahagian-bahagian patung yang lain siap dan sedia untuk dicantumkan.
Di sebelah patung Wisnu, ada sebuah mata air yang dianggap suci oleh penganut Hindu.

Mata air suci di tepi patung Dewa Wisnu
Walaupun Myself rasa pelajar-pelajar ini beragama Islam, mereka tetap mengambil berkat dari pendeta Hindu di tepi mata air ini.
Patung Raja Ular di tepi mata air suci
Dari Plaza Wisnu juga, kita dapat melihat patung kepala Garuda yang terletak di bawah bukit. Bila siap nanti, patung Garuda ini akan ditunggang oleh patung Dewa Wisnu.

Pemandangan Plaza Garuda dari Plaza Wisnu
Pandangan lebih dekat patung Garuda yang masih dalam pembinaan
Pada pukul 4 petang, ada persembahan kebudayaan dipersembahkan di depan patung Wisnu. Persembahannya ringkas sahaja, tetapi agak menarik.

Perarakan naik ke Plaza Wisnu
Persembahan tarian tradisional Bali
Persembahan kebudayaan sedang berlangsung
Persembahan Topeng Lawak
Patung-patung Ladungan
Bergambar kenangan selepas tamat persembahan
Sewaktu meninggalkan GWK, Pak Agung membawa kami singgah di ukiran Tangan Wisnu. Tangan ini terletak agak jauh dari patung Wisnu dan patung Garuda tadi.

Ukiran Tangan Wisnu
Husband bergambar dekat Tangan Wisnu untuk menunjukkan betapa besarnya ukiran tangan ini.

Part 5: Pura Uluwatu

Lawatan terakhir pada hari pertama adalah ke Pura Uluwatu untuk menyaksikan persembahan Tarian Kecak yang sangat popular di Bali. Pura ini terletak di atas sebuah tebing batu yang tinggi dan mengunjur ke laut. Walaupun kami pernah berkunjung ke Bali dulu, ini adalah kali pertama kami ke sini. Kami tidak datang ke sini dalam kunjungan yang pertama dulu pada tahun 2008.

Untuk masuk ke Pura ini, semua pengunjung yang tidak berpakaian sopan akan diminta untuk memakai sarung yang disediakan di pintu masuk ke Pura. Bagi yang telah sedia berpakaian sopan seperti kami, cukup sekadar melilit kain kuning di pinggang sahaja sebagai tanda hormat.


Pengunjung yang tidak berpakaian sopan perlu memakai sarung yang disediakan untuk masuk ke kawasan Pura.
Pengunjung yang sedia berpakaian sopan cukup sekadar melilit kain kuning di pinggang sahaja.
"Uluwatu" bermaksud "Penghujung Batu" dan ia tepat sekali menggambarkan kedudukan Pura ini. Sambil menunggu waktu persembahan Kecak dimulakan pada pukul 6 petang, Pak Wayan membawa kami ke laluan yang jarang dilalui kebanyakan pelancong untuk menikmati keindahan pemandangan di Uluwatu.

Pemandangan indah Pura Uluwatu
Pak Wayan membawa kami mengikuti laluan ini yang jarang dilalui oleh kebanyakan pelancong untuk menikmati keindahan pemandangan di Uluwatu
Mengabadi keindahan di Uluwatu
Pemandangan indah matahari terbenam di Uluwatu
Papan tanda yang ditulis dalam Bahasa Bali melarang pengunjung membuang sampah di merata-rata tempat.
Semua pengunjung ke Uluwatu diberi amaran supaya berhati-hati dengan kera di sini kerana mereka sangat agresif dan gemar mengambil barang-barang pengunjung.
Seperti kebanyakan Pura di Bali, kawasan tertentu di Pura Uluwatu tidak dibuka untuk lawatan umum. Ia hanya boleh dimasuki oleh pengunjung yang hendak beribadat di dalamnya sahaja.

Pemandangan di luar kawasan ibadat Pura Uluwatu
Kawasan ibadat hanya boleh dimasuki pengunjung yang ingin bersembahyang di dalamnya.
Pemandangan kawasan ibadat dilihat dari luar tembok Pura. Orang kebanyakan hanya beribadat di kawasan terbuka ini sahaja. Hanya pendeta sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan di belakang pintu gerbang.
Walaupun ketika itu, jam hanya menunjukkan pukul 5.30 petang, kami dapat melihat teater persembahan Kecak telah mula dipenuhi pengunjung. Untuk memastikan kami mendapat tempat duduk yang bagus dalam persembahan ini, Pak Wayan terus membawa kami ke sana.

Walaupun persembahan Kecak dimulakan pada pukul 6 petang, teater Kecak telah mula dipenuhi pengunjung seawal jam 5.30 petang untuk mendapatkan tempat duduk yang bagus.
Kaunter jualan tiket untuk persembahan Kecak di luar teater.
Pemandangan matahari terbenam dari Teater Kecak
Pendeta Hindu yang dipanggil Pendanda sedang memulakan ritual tarian Kecak.
Penonton Kecak datang dari seluruh dunia
Tarian Kecak adalah tarian yang paling popular di Bali dan tidak seperti tarian-tarian yang lain, ia tidak diiringi sebarang alat muzik. Ia dimainkan oleh 70 lelaki yang duduk di dalam bulatan sambil membunyikan "cak-cak-cak" dengan hanya menggunakan mulut sambil beberapa penari menarikan kisah sekumpulan kera membantu Rama melawan Rahwana.

Adegan di mana Raja Monyet "menyakat" penonton.

Part 6: Jimbaran 

Pertunjukan Kecak di Pura Uluwatu tamat pada pukul 7 malam. Suasana ketika itu telah gelap kerana matahari di Bali terbenam sekitar pukul 6.15 petang. Pak Wayan membawa kami makan malam di Restoran Baliku yang terletak di Pantai Jimbaran.


Restoran Baliku di Pantai Jimbaran
Bahagian dalam restoran ini kosong kerana semua meja makannya diletakkan di tepi pantai.
Pemandangan meja makan Restoran Baliku yang terletak di tepi pantai di luar bangunan.
Pemandangan Restoran Baliku dari pantai
Disebabkan pengunjung tidak ramai pada ketika itu, kami bebas memilih mana-mana meja makan yang disukai. Kami memilih meja yang paling dekat dengan laut. Tapi selepas makanan disajikan, menyesal pulak pilih meja di situ kerana gelap dan jauh dari lampu. Susah nak tengok makanan yang dihidangkan...

Meja yang kami pilih terletak paling dekat dengan laut.
Sajian dinner di Restoran Baliku di Jimbaran.
Menyesal pilih duduk di meja ini sebab suasana gelap dan jauh dari lampu, susah nak tengok makanan yang dihidangkan.
Sambil makan, kami dihiburkan oleh kumpulan pemuzik yang bergerak dari satu meja ke meja yang lain. Tapi disebabkan kami ni bukan Orang Putih, susah nak "appreciate" benda-benda macam ni...

Kumpulan pemuzik yang datang menghibur sewaktu kami tengah makan malam.


Bersambung ke Hari Ke-2...


CATATAN PERJALANAN BALI 2nd VISIT (2014):