Wednesday, 31 July 2019

2019 CEBU BHG. 19 (Cebu - KL)

Julai 2019

CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol

Bahagian 19: Perjalanan Pulang
CEBU CITY - KUALA LUMPUR

HARI KELIMA

Part 41: Breakfast Terakhir di Harolds Hotel

Dah tiba masa bagi kami untuk meninggalkan Cebu City dan pulang ke Kuala Lumpur hari ini. Jujur Myself katakan memang kami tak menyangka Cebu adalah destinasi percutian yang menyeronokkan.

Pagi terakhir di Cebu City
Walaupun nampak macam rumah setinggan, ia sebenarnya bukan rumah setinggan macam yang pernah kami lihat di Manila ~ cuma perumahan yang dibina agak rapat antara satu sama lain.
Perumahan mewah di pergunungan berhampiran Cebu City
Satu lagi pemandangan perumahan mewah di pergunungan
Pada pagi terakhir ini, kami juga membuat request untuk special breakfast dari Harolds Hotel. Macam pada pagi pertama dulu, ada meja khas disediakan untuk kami dan Chef Remy datang menyapa di restoran. Pada hari ini, Chef Remy menyediakan sarapan yang berasaskan seafood untuk kami.

Pemandangan restoran di Harolds Hotel
Suasana di restoran
Satu lagi suasana di restoran
Ada banyak pilihan pastry dan roti yang boleh dimakan juga di sini.
Sambil menunggu special breakfast kami disediakan, kita tengok-tengok kuih tradisional Philippines yang ada dalam pilihan breakfast. Banyak kuihnya yang nama macam kuih Melayu, tapi kami tak makanlah sebab tak pasti apa isi kandungannya yang sebenar.

Bibingka (kiri) dan Ensaymada (kanan)
Biko
Pineapple Danish
Puto Maya
Puto Maya ini sebenarnya pulut, bukan macam Putu Mayam yang kat Malaysia itu.
Special breakfast kami yang disediakan oleh Chef Remy
Kanesh dan Nik bersama parting gift yang diberi oleh Husband
Kenangan bersama Chef Remy

Part 42: Mactan Cebu International Airport

Airport pick-up kami sepatutnya pada pukul 10 pagi, tapi pemandu kami yang bernama Clifford tak tiba-tiba. Terpaksalah kami meminta bantuan dari staff di reception hotel untuk menelefon Clifford. Rupa-rupanya dia tersangkut dalam traffic jam dekat Ayala Mall berhampiran. Lega bila akhirnya Clifford tiba walau terlewat 30 minit.

Van yang akan membawa kami ke airport
Memasukkan beg ke dalam van
Bersedia nak pergi ke airport
Memulakan perjalanan ke Airport
Disebabkan kami dah sedikit terlewat, Clifford menggunakan laluan-laluan belakang di Cebu City untuk mengejar masa. Myself dan Husband mula teringat pengalaman kami yang hampir ketinggalan flight sewaktu nak balik dari Manila dulu. Oh Tuhan, adakah kami memang ditakdirkan akan melalui pengalaman yang sama setiap kali datang ke Philippines?

Jeepney
Suasana pagi di Cebu City
Lagi suasana di Cebu City
Traffic Jam di Cebu City
Lega bila akhirnya sampai ke jambatan menuju ke Mactan Island
Wayar elektrik yang dipasang berselirat di Cebu City. Tapi rupanya tidaklah seteruk yang pernah kami lihat di Vietnam.
Arah ke Mactan Cebu International Airport
Melintas Marcelo Fernan Bridge
Pelabuhan Cebu
Dengan kecekapan Clifford memandu, kami selamat tiba di Mactan Cebu International Airport dalam jangka waktu yang selesa untuk check-in.

International Terminal di Mactan Cebu International Airport
Tempat Drop-off Penumpang
Berjalan menuju ke Bangunan Terminal
Taman yang cantik di Mactan Cebu International Airport
Arah ke Balai Perlepasan
Tak seperti Ninoy Aquino Airport di Manila dulu, bangunan Mactan Cebu Airport ini cantik dan baru. Proses check-in di sini juga mudah dan sistematik.

Kaunter-kaunter Check-in di Mactan Cebu International Airport
Mactan Cebu International Airport
Kaunter Bag Drop Air Asia
Kaunter Special Needs Air Asia. Disebabkan penumpang ramai ketika itu, kami disuruh beratur di sini.
International Departures
Selepas check-in bagasi, kita beratur pulak untuk membayar Airport Tax. Seperti di Indonesia, Airport Tax di Philippines juga tidak dimasukkan bersekali ke dalam flight ticket. Airport Tax yang dikenakan adalah PHP850 (RM69) seorang.

Kaunter bayaran Airport Tax. Selain PHP, bayaran juga diterima dalam USD.
Resit Airport Tax
Lupa pulak kita nak bercerita tentang matawang Philippines yang dinamakan Peso ini. Tak seperti Rupiah Indonesia, matawang Peso tak begitu mudah didapati di Malaysia kerana Philippines bukan destinasi percutian popular di kalangan rakyat Malaysia. Sewaktu kami berkunjung ke Manila pada tahun 2016 dulu, kadar pertukarannya RM1 = PHP10. Tapi sekarang, nilai matawang ini dah merosot kepada RM1 = PHP12.

Matawang Philippines yang dipanggil Peso
Lepas dah bayar Airport Tax barulah kita dibenarkan membuat Passport Check. Selepas itu kita cari pulak Prayer Room untuk membuat Solat Jamak Zohor dan Asar memandangkan ketika itu (11.30 pagi) dah pun masuk waktu Zohor di Cebu.

Arah ke Prayer Room
Berjalan menuju ke Prayer Room
Prayer Room di Mactan Cebu International Airport ini adalah sebenarnya Multi Faith Room. Bukan sekadar kemudahan solat untuk umat Islam disediakan, kemudahan sembahyang untuk agama lain pun ada.

Prayer Room di Mactan Cebu International Airport
Prayer Room ini adalah untuk kegunaan semua agama
First time tengok simbol perempuan bertudung begini.
Memandangkan ketika itu baru masuk waktu Zohor, kami dapat melihat pekerja-pekerja airport yang beragama Islam keluar masuk ke Prayer Room. Ramai rupanya pekerja airport yang beragama Islam. Mereka semua adalah rakyat tempatan, bukan pekerja Bangla macam di Malaysia. Masa melalui pemeriksaan passport tadi pun, ada pegawai wanita Imigresen Philippines yang memakai tudung.

Tempat Wuduk
Sejadah
Naskhah Al Quran
Kerusi untuk penganut Roman Katholik berlutut berdoa
Lepas dah bersolat, barulah kita pergi ke Pintu Perlepasan. Dalam perjalanan ke sana, ada banyak kedai souvenir yang menjual pelbagai barangan menarik. Walau bagaimanapun, semuanya dijual dalam matawang USD. Matawang Peso juga diterima, tapi harganya mengikut nilai USD yang tertera.

Pemandangan menuju ke Pintu Perlepasan
Kedai-kedai souvenir
Pelbagai kedai ada di sini
Tempat Rehat
Flight kami, Philippines Air Asia Z2 7112 nampaknya dah terlewat 10 minit
Kaunter Informasi
Ahh, Whale Shark!
Kenangan di Oslob menjelma kembali.
Goodbye, Whale Shark. Kalau ada jodoh, pasti kita bersua lagi.
Sambil jalan-jalan menuju ke Pintu Perlepasan, kita pasti akan perasan binaan struktur unik yang dipasang di seluruh lapangan terbang ini. Kalau sesiapa yang biasa dengan design bangunan, pasti kenal dengan pemasangan struktur begini yang dinamakan sebagai Pin Connection. Pemasangan struktur begini memang sesuai di Cebu kerana ia boleh menahan gempa bumi.

Pin Connection yang digunakan pada struktur Mactan Cebu International Airport
Pin Connection sangat sesuai dipasang di kawasan yang sering berdepan gempa bumi.
Siling bumbung berciri tradisional di Mactan Cebu International Airport
Cafe Ritazza
Masa nak dekat tiba di Pintu Perlepasan, kita lalu kat tepi sebuah restoran yang bernama Asian Kitchen. Macam tersenyum je Lechon kat tingkap restoran ini bila kita lalu. Hahahah!!

Asian Kitchen
Lechon yang tergolek senyum kat kita.
Masih ada masa lagi sebelum waktu perlepasan. Jadi kita nikmati dulu pemandangan di sekeliling...


Part 43: Penerbangan Pulang

Pesawat Philippines Air Asia kami terlewat sedikit tiba di Mactan Cebu International Airport dari destinasi yang sebelumnya. Sebaik selepas semua penumpang turun, penumpang-penumpang ke Kuala Lumpur terus dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Maklumat pesawat kami
Boarding Pass ke Kuala Lumpur
Beratur masuk ke dalam pesawat
Berjalan masuk ke dalam pesawat
Pemandangan dari dalam pesawat
Bergerak menuju runway
Selamat berlepas ke udara
Pesawat Philippines Air Asia Z2 7112 selamat berlepas meninggalkan Cebu menuju ke Kuala Lumpur pada pukul 2 petang. Secara rasminya berakhir kini pengembaraan kami yang kedua ke Philippines.

Pasti ada yang bertanya bagaimana kami boleh memilih Cebu sebagai destinasi percutian kali ini, bukan? Kami sebenarnya tak pernah tahu pun tentang Cebu sebelum berkunjung ke Manila pada tahun 2016 dulu. Ia dicadangkan oleh Tour Guide kami di Manila yang bernama Jane sebagai destinasi seterusnya di Philippines. 

Berdasarkan pengalaman melawat ke Manila dan Cebu, Myself akui Philippines adalah destinasi percutian yang menarik. Cuma yang akan menjadi masalah kepada pengunjung dari Malaysia yang beragama Islam adalah makanan Halal. Umumnya mereka yang berada dalam industri pelancongan di Philippines faham tentang keperluan makanan Halal bagi pengunjung Muslim, tapi pengetahuan mereka tentang maksud Halal adalah sekadar tidak makan babi. Jadi lebih selamat untuk pengunjung Muslim ke Philippines menyatakan dietary requirements mereka sebagai Vegetarian & Seafood Only, berbanding meminta Halal Food.

Walau bagaimanapun dari pengalaman kami juga, pengertian makanan Halal lebih difahami di Manila berbanding Cebu. Kalau di Manila, memang ada hotel-hotel 5 bintang yang mempunyai Halal Kitchen di restoran mereka. Halal Kitchen ini memang dibuat berasingan dengan dapur yang memasak makanan lain (boleh rujuk pengalaman kami sewaktu menginap di Manila Hotel pada tahun 2016 dulu). Jadi memang kita boleh makan makanan yang disediakan tanpa was-was.

Goodbye, Cebu.
Terbang menuju ke Kuala Lumpur
Mactan Channel yang memisahkan Pulau Mactan dengan Pulau Cebu
Semakin jauh meninggalkan Pulau Cebu
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Cebu memakan masa 3 jam 30 minit. Alhamdulillah, cuaca sepanjang penerbangan pulang baik sekali.

Membelah awan menuju ke Kuala Lumpur
Terbang merentas Laut China Selatan
Sekali-sekala kita akan melintas pulau-pulau kecil di Philippines yang cantik
Awan memutih dan langit yang membiru
Sebuah lagi pulau yang cantik di Philippines
Masih pemandangan pulau yang sama
Mengikut maklumat yang diberi oleh pilot pesawat, laluan penerbangan pulang kami dari Cebu adalah melalui Sandakan, Kota Kinabalu, Brunei dan Kuching sebelum merentas Laut China Selatan kembali ke Semenanjung Malaysia. Disebabkan Air Asia ini tak ada moving map macam dalam premier airlines, kita cuma boleh agak-agak sajalah kedudukan di mana kita berada.

Kepulan Awan
Tiket flight ke Cebu ini kami beli lebih 6 bulan sebelum terbang ke sini untuk mendapatkan harga yang murah. Jadi kita pun dah lupa apa makanan yang kita pre-book masa tu. Apa yang sampai terima sajalah kerana pilihan makanan Halal dalam Philippines Air Asia ini Myself rasa agak terhad berbanding dalam pesawat Air Asia yang lain.

Sajian Penerbangan
Ini rupanya yang kita order...
Chicken Teriyaki
Ini pulak yang Husband order...
Beef Tapa
Majalah Travel 360
Alhamdulillah, cuaca sangat baik di luar sana
Tiba di Semenanjung Malaysia
Terbang merentas Negaraku
Terbang menuju ke Selat Melaka
Kami sebenarnya tiba on time di Kuala Lumpur. Tapi disebabkan kesesakan trafik di KLIA, terpaksalah pesawat kami berpusing-pusing keluar masuk ke Selat Melaka menunggu giliran untuk mendarat. 

Teringat yang pesawat kami masa nak ke Cebu pun tiba lewat sikit di KLIA2. Mungkin inilah juga keadaan yang dialami ~ tiba on time tapi tak dapat mendarat disebabkan kesesakan trafik di KLIA.

Berpusing-pusing kat Selat Melaka menunggu giliran nak mendarat
Kapal-kapal di Selat Melaka
Kuala Sungai Lukut
Lexis Hibiscus
Port Dickson
Pemandangan dari tingkap pesawat
Masih menunggu giliran mendarat
Sungai Selangor kot
Kalau tak salah ini dekat-dekat area USJ
Area Puchong rasanya
Hotel Movenpick dekat KLIA
Alhamdulillah, pesawat kami akhirnya selamat mendarat di KLIA2 pada pukul 6 petang. Ke mana lagi pulak kita nak pergi lepas ni, ye?

Membuat pendaratan turun di KLIA2
Selamat tiba di KLIA2


CATATAN PERJALANAN CEBU (2019): 

CATATAN PERJALANAN LAIN (PHILIPPINES)