Friday, 19 July 2019

2019 CEBU BHG. 07 (Cross of Magellan)

Julai 2019

CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol

Bahagian 7: Cebu City Tour 6
CROSS OF MAGELLAN, ISLANDS SOUVENIR & ISLA SUGBO SEAFOOD CITY

HARI KEDUA (6)

Part 15: Cross of Magellan

Cross of Magellan hanya terletak bersebelahan dengan Basilica Minore del Santo Niño di Cebu City. Jadi kami hanya dibawa oleh Melody berjalan kaki saja ke sana.

Tarikan bersejarah ini adalah sebuah salib kayu yang dipacak oleh Ferdinand Magellan sewaktu beliau tiba di Cebu dalam misi untuk mencari tanah jajahan baru King of Spain dan mengembangkan agama Kristian ke Timur. Salib ini telah dipacak di tapak di mana Rajah Humabon dan isterinya Juana, anak-anak dan 800 orang pengikut mereka dibaptiskan sebagai penganut Kristian Roman Katholik yang pertama di Philippines pada 14 April, 1521 oleh paderi Magellan yang bernama Father Pedro del Valderrama.

Bangunan yang menempatkan Cross of Magellan
Pemandangan di dalam bangunan
Salib Magellan ini kini ditempatkan di dalam sebuah bangunan pavilion yang diperbuat dari marmar. Pada siling pavilion ini tertera lukisan yang menggambarkan pendaratan Magellan di Cebu pada tahun 1521, saat sewaktu salib dipacak di Cebu, saat rakyat Filipina yang pertama memeluk agama Kristian dan juga ibadat Mass yang pertama dibuat di Cebu.

Lukisan pada siling pavilion yang menggambarkan kejayaan Magellan menyebarkan agama Kristian di Cebu.
Salib yang dilihat sekarang bukanlah salib asal yang diletakkan oleh Magellan. Salib ini adalah pelindung kepada salib sebenar yang diletakkan di dalamnya. Menurut ceritanya, serpihan kayu dari salib asal Magellan sering dipotong oleh penduduk-penduduk tempatan untuk disimpan sebagai azimat (disebut ajimat di Philippines). Oleh yang demikian, pada tahun 1834 seorang ketua paderi yang bernama Bishop Santos Gómez Marañon telah mengarahkan supaya salib ini dilindungi dengan cara sekarang.

Salib asal yang dipacakkan oleh Magellan dilindungi dengan binaan salib yang dilihat sekarang.
Lilin yang disediakan untuk penganut Katholik berdoa
Sejarah Cross of Magellan
Cebu City Hall

Meninggalkan Cross of Magellan

Part 16: Islands Souvenir

Bahagian terakhir dalam Cebu City Tour kami adalah shopping souvenir di sebuah kedai yang bernama Islands Souvenir. Kami berjalan kaki saja ke sana kerana ia juga terletak berhampiran.

Berjalan ke Islands Souvenir
Islands Souvenir
Ada banyak souvenir yang dijual di sini. Fridge magnet dan T-Shirt yang dijual di kedai ini juga cantik dan berkualiti.

Kami walau bagaimanapun awal-awal lagi dah aim nak membeli tiga jenis cenderahati specialty dari Cebu: Dried Mango, Biskut Otap dan Banana Chips. Kalau datang ke Cebu, pastikan anda membeli ketiga-tiga ole-ole istimewa ini. Pasti tak menyesal beli dan anda pasti menyesal kalau tak beli banyak-banyak.

Seksyen makanan tradisional Cebu di Islands Souvenir
Cili Jeruk tradisional yang dinamakan Bagoong
Biskut Otap yang sangat sedap. Biskut ini adalah sebenarnya Pastry Cookie yang disalut gula.
Dried Mango juga adalah souvenir specialty dari Cebu. Memang sedap Dried Mango ni. Menyesal tak beli banyak.
Souvenir Santo Niño pun ada di sini
Hasil belian di Islands Souvenir
Ini hasil beliannya: Banana Chips, Dried Mangoes, Otap dan Fridge Magnet

Part 17: Isla Sugbo Seafood City

Program Cebu City Tour kami berakhir pada pukul 3 petang. Masih terlalu awal untuk terus pergi Dinner. Jadi kami meminta supaya dihantar balik ke hotel dulu. Bolehlah kita berehat sambil menjamak Solat Asar dan Zohor dengan selesa di bilik.

Pemandangan petang di Cebu City
Kami keluar semula untuk Dinner pada pukul 6 petang. Pada mulanya kami merancang nak menggunakan Grab untuk ke restoran dinner kami, tapi disebabkan ketika itu peak hour dan tengah traffic jam teruk di Cebu City, kami gagal mendapatkan Grab. Dengan bantuan dari staff di Harolds Hotel, kami berjaya mendapatkan teksi ke Cebu International Convention Center di mana restoran dinner kami berada.

Menggunakan teksi ke Cebu International Convention Center. Tak perlu bimbang menggunakan teksi di Cebu City kerana semuanya menggunakan meter.
Cebu International Convention Center
Cebu International Convention Center ini sebenarnya taklah begitu jauh dari Harolds Hotel. Tambang teksi yang dikenakan pun cuma PHP90 (RM7). Sebaik sampai ke sana kami terus menuju ke restoran Isla Sugbo Seafood City.

Isla Sugbo Seafood City
Seronok tengok nama kita No.1 dalam Reservation List
Seperti namanya, Isla Sugbo Seafood City adalah sebuah restoran makanan laut. Konsepnya Eat All You Can dengan bayaran PHP797 (RM64) seorang. Kalau nak tengok apa yang kita boleh dapat dengan RM64 ini, teruskan membaca...

Ada seorang pelayan yang akan diassign kepada setiap meja pelanggan di Isla Sugbo ini. Dialah yang akan membantu kita membuat pilihan makanan laut yang hendak dimakan. 

Pengunjung dibenarkan untuk memilih apa-apa saja seafood di sini sehingga ke nilai PHP797. Nak pilih terus semua seafood sekaligus dan masak terus ataupun sikit saja dulu dan tambah kemudian pun boleh. Tapi ada bayaran tambahan akan dikenakan kalau kita memilih ketam dan lobster. Selain itu, ada juga sayur yang boleh dipilih untuk dimakan bersama seafood.

Seafood yang kita pilih akan diserahkan kepada dapur untuk dimasak mengikut pesanan. Dapur restoran ini memang besar dan ada ramai tukang masak di sana. Kita duduk sajalah tunggu di meja. Makanan yang siap dimasak akan dihantar kepada kita. Sekejap saja tunggu, makanan dah sampai.

Selain dari seafood, ada juga buffet spread kecil di restoran ini yang mengandungi nasi putih, mihun dan lauk-lauk bukan seafood macam ayam dan daging. Kalau nak makan makanan ini, kena ambil sendiri self-service. Tapi kena berhati-hati sikitlah sebab tak semuanya Halal dimakan.

Minuman yang termasuk dalam pakej seafood
Udang
Scallops dengan sayur hijau
Seafood Fried Rice
Service yang paling win kat Isla Seafood ~ tolong bukakan kulit udang. Tak ada restoran seafood kat Malaysia bagi service macam ini, kan?
Service buka kulit udang ini free of charge atas permintaan. Tak tahu pun sebenarnya ada service ini, sampai kami nampak meja kat sebelah buat request.
Sotong goreng tepung
Udang yang telah siap dibuang kulit
Terung
Ikan Bakar
Ikan Bakar dan Ikan Stim
Ice-Cream untuk Dessert yang diberi free kepada kami sebab semua seafood yang kami pilih tadi tu tak cecah PHP797.
Memang puas hati makan kat Isla Sugbo Seafood City. Makanannya fresh, sedap dan servicenya pun tip-top. Pelayan-pelayannya memang attentive

Satu yang sangat best di Cebu ialah orang-orangnya friendly dan sangat ikhlas membantu. Satu kelebihan kita yang berwajah macam Pinoy ialah tak ada sesiapa minta tip kat kita. Tapi dari pemerhatian kami, kat Orang Putih pun mereka tak minta tip. Memang tak ada budaya begitu diamalkan kot kat sini.

Restoran lain di sebelah Isla Sugbo Seafood City
Masa nak balik ke hotel, kami minta bantuan Concierge di Cebu International Convention Centre untuk panggilkan teksi. Terus dia orang bantu tanpa sebarang soalan. Thumbs up untuk mereka!


 Bersambung ke Bahagian 8...

CATATAN PERJALANAN CEBU (2019):