Wednesday, 24 July 2019

2019 CEBU BHG. 12 (SM Cebu Mall)

Julai 2019

CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol

Bahagian 12: Night In Cebu
SHAWARMA GOURMET & SM CEBU MALL

HARI KETIGA (5)

Part 25: Kembali Ke Cebu City

Selepas melawat ke Kawasan Falls, kami kembali ke Cebu City. Seperti sewaktu kedatangan ke Oslob pagi tadi, pemandu kami Rex memandu pulang dengan sangat laju. Dia hanya akan memperlahankan kenderaan bila melalui kawasan sekolah.

Halangan macam ini akan diletakkan di hadapan setiap pintu masuk ke sekolah.
Perjalanan pulang kami juga melalui beberapa buah pekan kecil. Disebabkan hari ini adalah hari bekerja, kita dapat melihat sedikit-sebanyak bagaimana penduduk di sini menjalani kehidupan seharian.

Kawasan Falls terletak di sebelah barat Pulau Cebu dan Cebu City pula terletak di sebelah timur. Jadi kita kenalah melalui kawasan pergunungan yang terletak di tengah-tengah pulau ini. Walaupun Philippines ada banyak gunung berapi, tak ada gunung berapi aktif di Pulau Cebu. Pergunungan di pulau ini juga taklah tinggi sangat.

Tak seperti di Indonesia yang hampir kesemua pulaunya ada gunung berapi, hanya pulau-pulau tertentu di sebelah timur Philippines saja yang ada gunung berapi. Sehingga kini ada 53 buah saja gunung berapi aktif yang dikesan di seluruh negara. Namun disebabkan kedudukannya yang di dalam Lingkaran Api Pasifik, kesemua pulaunya tetap terdedah kepada gempa bumi.


Sekali imbas, pemandangan di Pulau Cebu macam sama seperti di Malaysia. Tapi sebenarnya banyak yang tak sama. Mungkin lebih mirip dengan Indonesia.

Pemandangan pelabuhan pula menandakan yang kita dah tiba kembali ke Cebu City. Memandangkan masih awal lagi ketika itu untuk makan malam, kami meminta dihantar kembali ke hotel dulu.


Part 26: Shawarma Gourmet

Makan Malam kami hari ini disediakan di sebuah restoran yang bernama Shawarma Gourmet yang terletak di Escario Central Mall. Bila orang Malaysia tengok nama "Mall", dah pasti kita terbayangkan Shopping Mall.

Berdasarkan pengalaman semalam di mana kami sukar nak mendapatkan Grab ke Isla Sugbo Seafood City pada waktu Rush Hour, kami merancang keluar awal sikit ke restoran Shawarma Gourmet. Lagipun kan restoran ini terletak dalam Mall, bolehlah kita ronda-ronda kat Mall dulu sementara menunggu makan malam. Begitulah fikiran kami ketika itu.

Tiba di Escario Central Mall
Mana Shopping Mallnya?
Sangkaan kami meleset sekali. Rupa-rupanya Mall yang dimaksudkan hanyalah deretan kedai-kedai yang kalau di Amerika dipanggil Strip Mall. Kan Philippines ni bekas jajahan Amerika! Jadi memang banyak konsep Amerika yang dipakai di sini. Punahlah harapan kami nak melawat shopping mall yang ada escalator tu.

Escario Central Mall
7 Eleven di Escario Central Mall
Ehhh, ada jual Roti Gardenia la kat sini!
Kalau ikut maklumat yang dibagi oleh Travel Agent, dinner kami akan disediakan pada pukul 6.30 petang. Jam ketika itu baru pukul 5.30 petang. Memandangkan kami dah tiba awal dan tak ada shopping mall seperti yang diharapkan, kami decide terus sajalah dinner ketika itu. Restoran Shawarma Gourmet tu pun okey je kalau kami nak dinner awal.

Shawarma Gourmet
Shawarma Gourmet ni macam restoran fast food. Makanan yang dihidangkan adalah makanan-makanan Turki.

Kaunter pesanan makanan
Pekerja-pekerja di Shawarma Gourmet
Menu makanan di Shawarma Gourmet
Set Makan Malam kami
Kanesh tengah menuang teh
Teh

Part 27: SM Cebu Mall

Masa makan malam, Kanesh ada memberitahu yang emaknya ada meminta untuk dibelikan beg dari Cebu. Jadi dia mengajak kami ke SM Cebu Mall untuk mencari beg yang dipesan oleh emaknya. Selepas makan, kami terus memesan Grab untuk membawa kami ke SM Cebu Mall. Untuk kemudahan, kami menunggu di depan restoran.

Panggil Grab untuk ke SM Cebu Mall
Bila Grab sampai, adalah mesej masuk kat dalam handphone tu dengan pesanan-pesanan dalam Bahasa Tagalog. Terpaksalah pulak kami masuk balik ke restoran mintak staff kat situ translatekan apa yang drebar Grab tu kata. Rupa-rupanya dia memberitahu yang dia menunggu depan restoran Jollibee di seberang jalan utama. Hulamak, kena cross jalan pulak! Dahlah jalan kat Cebu City ni super sibuk dengan kenderaan.

Tapi inilah kelebihannya bila travel dengan kawan yang jalan pakai tongkat. Bila pemandu-pemandu ni nampak Nik yang bertongkat nak cross jalan, dari jauh lagi mereka dah berhenti memberikan laluan. Kita pun tumpanglah sekaki tuah Nik nak melintas jalan.

Naik Grab ke SM Cebu Mall
Pemandu Grab kami adalah seorang pegawai tentera. Mula-mula memang dia nampak serius. Askarlah, katakan! Tapi bila kami bertanya pasal Jeepney yang banyak lalu-lalang tu terus dia jadi kelakar. Kata drebar Grab ini, Jeepney memang pengangkutan utama kat sini sebab Cebu City tak ada khidmat bas dalam bandar. Sepatutnya ada tempat-tempat khas untuk menunggu Jeepney, tapi kalau time rush hour tu, ramai je orang yang menahan Jeepney di serata tempat.

Jeepney
Selalunya orang yang naik Jeepney lebih memilih nak duduk di belakang dekat pintu. Senang nak keluar. Lagipun kalau duduk kat bahagian depan tu, terpaksa pulak kita jadi konduktor Jeepney sebab orang akan pass bayaran tambang kepada kita untuk diberi kepada pemandu Jeepney.

Kalau nak berhenti pulak, ketuk je bumbung Jeepney tu. Tapi Jeepney ni tak akan berhenti, cuma slow down untuk membolehkan penumpang turun. Memang banyak accident orang jatuh dari Jeepney, kata drebar Grab kami. Dia juga ada memberi cadangan supaya kami mencuba pusing one round Cebu City naik Jeepney. Tapi setiap Jeepney cuma boleh bagi service maksima meliputi 3 buah kawasan bandar. Kalau nak pusing rata seluruh Cebu City kena naik 10 buah Jeepney la kot.

Tiba di SM Cebu Mall
Pintu masuk utama ke SM Cebu Mall
Pemandangan SM Cebu Mall dari luar
Satu lagi pemandangan dari luar SM Cebu Mall
Pemeriksaan sekuriti untuk masuk ke dalam Mall
SM Cebu Mall ini barulah betul-betul macam shopping mall yang dibayangkan oleh orang Malaysia. Ada banyak kedai dan escalator. Kedai-kedainya pun sama je dengan kedai-kedai yang selalu kita jumpa kat dalam shopping mall di Malaysia.

Suasana di SM City Mall
Myself dan Nik cuma duduk-duduk saja di SM City Mall ini, tak jalan-jalan shopping pun. Cuma Kanesh dan Husband saja yang jalan pusing-pusing dan shopping dalam Mall. Kata mereka ada banyak pilihan barang yang best kat sini. Harga barang-barangnya pun lebih murah dari kat KL.

Sambil tunggu Kanesh shopping cari beg untuk emak dia, kami duduk makan ais kerim. Sedap juga ais kerim yang dibeli. Tapi harganya macam beli ais kerim kat KLCC tu la.

Gerai Ice Cream kat SM Cebu Mall
Sedap Ice Cream ni
Yummy!!
Shopping Mall kat Philippines ditutup pada pukul 9 malam. Jadi kami keluar dari Mall pada pukul 8.30 malam. Balik ke hotel kami tak gunakan Grab, sebaliknya ambil teksi bandar yang banyak menunggu kat depan Mall.


 Bersambung ke Bahagian 13...


CATATAN PERJALANAN CEBU (2019):