Saturday, 20 July 2019

2019 CEBU BHG. 08 (Oslob 1)

Julai 2019

CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol

Bahagian 8: Oslob 1
WHALE SHARK 1

HARI KETIGA (1)

Part 18: Perjalanan Ke Oslob

Salah satu tarikan kami ke Cebu adalah nak melihat Whale Shark. Tempat untuk melihat Whale Shark ini adalah di Oslob, kira-kira 118 km di selatan Cebu City. Whale Shark ini pula hanya boleh dilihat sebelum pukul 10 pagi, jadi terpaksalah kami bertolak awal dari Cebu City.

Peta yang menunjukkan kedudukan Ceby City dan Oslob di atas Pulau Cebu
Pick-up time yang dijadualkan bagi kami untuk bergerak ke Oslob adalah pada pukul 3.15 pagi. Jadi seawal jam 3 pagi kami dah menunggu di lobi hotel.

Menunggu di lobi hotel seawal jam 3 pagi
Disebabkan kami nak keluar awal pagi ini, kami membuat request untuk packed breakfast dari Harolds Hotel. Ada 5 pilihan set makanan bungkus yang boleh dipilih dan 2 daripadanya adalah Halal. Kami memilih Set Tuna Sandwich dan Telur Rebus sebagai bekalan breakfast kami. Set Halal yang satu lagi adalah roti dan jem yang sesuai untuk orang Vegetarian. Set breakfast ini dah tersedia di Kaunter Reception bila kami turun ke lobi.

Bungkusan breakfast untuk kami yang disediakan oleh Harolds Hotel
Tuna Sandwich dan Telur Rebus
Lapar juga sebenarnya bila terpaksa bangun awal-awal pagi begini. Tapi ini tak menjadi masalah sebab di lobi Hotel Harolds ini sentiasa tersedia air teh dan kopi serta biskut untuk kudapan yang boleh diambil oleh penginap dan pengunjung hotel pada bila-bila masa.

Biskut dan minuman panas percuma yang sentiasa tersedia untuk pengunjung dan penginap di Hotel Harolds.
Lapik perut dulu sementara menunggu Tourist Guide datang menjemput
Tourist Guide kami pada pagi ini bernama Liezel dan pemandu van bernama Rex. Turut bersama kami dalam lawatan ke Oslob ini adalah seorang expat dari India yang bekerja di Singapura bernama Ahmed dan seorang lelaki dari Amerika Syarikat yang kelakar bernama Jeffrey. Jeffrey walau bagaimanapun meminta kami memanggilnya Free. Dia tak mahu orang memanggilnya Jeffrey sebab nama itu hanya digunakan oleh ibunya bila marah kepadanya, katanya.

Tourist Guide kami hari ini yang bernama Liezel.
Perjalanan dari Cebu City ke Oslob dijangka memakan masa 4 jam. Jadi Liezel menyuruh kami relax dan tidur saja sehingga sampai ke sana. Namun susah bagi kami nak tidur dalam van kerana Rex memandu dengan sangat laju. Jalan menuju ke Oslob pulak bengkang-bengkok dan beralun. Terlambung-lambung kami kat dalam van. Bukan saja kami yang pakai seat belt untuk keselamatan, bekalan breakfast bungkus kami yang diletakkan atas kerusi pun terpaksa dipakaikan dengan seat belt untuk mengelak dari tergolek jatuh.

Memulakan perjalanan ke Oslob
Suasana masih gelap sewaktu kami menuju ke Oslob
Bila mentari dah muncul, lagilah kita suspen melihat cara pemanduan Rex. Kat Philippines ini, pemanduan mereka di sebelah kanan (American style, begitu!), jadi kereta dari arah bertentangan akan datang dari sebelah kiri. Yang kita ni pulak sebab dah biasa drive sebelah kiri di Malaysia, asyiklah terasa macam nak berlanggar dengan kereta yang datang tu, especially di jalan yang berbelok-belok.

Suasana bila mentari pagi muncul dalam perjalanan.

Part 19: Whale Shark (Part 1)

Dengan gaya pemanduan Rex yang tersangat laju itu, kami tersampai tersangat awal dari jangkaan di Oslob. Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 5.40 pagi. Tapi hari dah terang sebab mentari terbit awal di bumi Philippines.

Tiba di tempat Whale Watching
Lorong menuju ke pantai
Satu lagi pemandangan lorong menuju ke pantai
Whale Shark Visitors Center
Tandas Awam dan Bilik Persalinan
Sebaik tiba, Liezel terus menguruskan tiket masuk kami. Setiap kumpulan pengunjung akan diberi tiket dan nombor giliran mengikut first come first serve basis. Disebabkan pemanduan Rex yang sangat laju itu, kami mendapat giliran No.7. Ada kadar bayaran berlainan yang dikenakan jika sekadar melihat Whale Shark dari atas sampan atau nak berenang bersama Whale Shark. Bagi kami segala-galanya diuruskan oleh Liezel.

Sementara menunggu giliran kita dipanggil, kami mengambil kesempatan mengambil gambar matahari terbit di pantai.

I Love Whale Shark
Mentari terbit di ufuk timur
Petugas-petugas Whale Shark sedang mendengar briefing sebelum memulakan tugas.
Group Photo
Petugas-petugas sedang memulakan kerja
Bila nombor giliran dipanggil, kita kenalah pergi ke Visitors Center untuk mendengar briefing yang diwajibkan kepada semua pengunjung. Kita diberitahu perkara-perkara dos & don'ts sewaktu melihat Whale Shark. Bagi yang nak berenang dengan Whale Shark, mereka dilarang untuk menyentuh atau menendang ikan ini. Mereka juga dilarang dari memakai sebarang lotion pada badan kerana lotion ini boleh menjadi racun kepada Whale Shark.

Membeli tiket dan mendapatkan nombor giliran
Briefing sebelum memulakan Whale Shark Encounter
Perkara-perkara yang diwajibkan dan dilarang kepada semua pengunjung yang nak melihat Whale Shark
Menunggu giliran dipanggil naik ke dalam sampan
Aktiviti melihat Whale Shark ini sebenarnya dikawal selia oleh sekumpulan Marine Biologist yang dilantik oleh Kerajaan Philippines. Kerana itulah kita diwajibkan untuk melalui prosedur-prosedur tertentu sebelum dibenarkan turun ke laut.

Selepas mendengar briefing, barulah kita pergi ke pantai. Semua pengunjung tak kira sama ada yang pandai berenang atau tak pandai berenang, diwajibkan memakai Life Vest. Mereka yang nak berenang dengan Whale Shark turut dibekalkan dengan Goggle.

Life Vest yang diwajibkan kepada semua pengunjung
Kesian kat Nik yang mengalami sedikit kesukaran nak turun tangga ni.
Sampan-sampan yang bersedia nak membawa pengunjung ke tengah laut
OOTD (Outfit Of The Day) ~ Life Vest
Pose istimewa dari Husband
Pada mulanya memang kami risau kalau rakan kami Nik tak dapat mengikut aktiviti Whale Shark ini disebabkan limitation pergerakannya. Namun syukurlah segalanya dipermudahkan. Petugas-petugas di Whale Shark cukup perihatin dengan keadaan Nik. Mereka membantu Nik masuk ke dalam sampan. Malah Nik turut diberikan tempat duduk khas di belakang untuk memudahkan pergerakannya naik dan turun dari sampan. Kami bertiga pun menumpang tuah mendapat layanan khas sebagai pengiring-pengiring Nik.

Bila semua dah sedia, sampan-sampan berkonvoi berdayung ke tengah laut. Sampan-sampan ini didayung dengan tangan. Tak ada bot berenjin digunakan untuk menjaga keselamatan Whale Shark. Sampan-sampan juga dipasang dengan buluh di sebelah kiri dan kanan sebagai pengimbang untuk menjadikan sampan lebih stabil.

Wajah-wajah happy nak tengok Whale Shark
Laut di Oslob sebenarnya sangat dalam. Jadi kami tak perlu berdayung jauh untuk melihat Whale Shark. Hanya sekitar 200 meter saja dari pantai rasanya.

Tiba di tempat yang ditetapkan, semua sampan berhenti dan membentuk separa bulatan. Di tengah-tengah bulatan ini, ada beberapa sampan yang ditugaskan untuk memberi makanan kepada Whale Shark untuk mengumpan mereka datang hampir ke pantai. Makanan yang diberi adalah udang yang dicampakkan ke dalam laut. Aktiviti memberi makan ini dikawal dan hanya dijalankan dari pukul 6-10 pagi setiap hari. Selepas pukul 10 pagi, aktiviti ini akan diberhentikan untuk memastikan kitar makanan Whale Shark tidak terganggu. Kerana itulah kita perlu datang awal pagi ke Oslob kalau nak melihat Whale Shark.

Pemandangan penumpang yang menunggu giliran naik sampan di pantai dari laut
Batang buluh yang digunakan untuk mengimbang sampan
Berkumpul di tengah laut
Sampan yang di tengah ini bertugas memberi makan kepada Whale Shark
Dia akan menunggu semua sampan tiba sebelum mula memberi makan kepada Whale Shark
Bungkusan udang untuk makanan Whale Shark
Close-up bungkusan udang
Myself perhatikan petugas-petugas di Whale Shark ini memang sangat profesional
Menunggu sampan-sampan berkumpul
Whale Shark dah datang!
Whale Shark ni macam tahu je sampan yang kat tengah ni yang akan bagi makanan. Dia berenang keliling sampan tu, dah terbau udang kot!
Selepas semua sampan berkumpul, ada petugas-petugas yang akan terjun dulu ke laut untuk memastikan keadaan sekitar selamat untuk pengunjung. Selepas itu barulah mereka yang nak berenang dengan Whale Shark dibenarkan turun. Kanesh seorang saja yang berenang dengan Whale Shark. Kami bertiga cuma melihat Whale Shark dari atas sampan.

Petugas-petugas akan turun dulu ke laut sebelum pengunjung lain dibenarkan turun.
Petugas sampan kami menurunkan tangga
Kanesh melangkah masuk ke laut
Anda tak perlu pandai berenang untuk menyertai aktiviti ini. Life Vest yang dipakai akan memastikan kita sentiasa terapung di laut. Kalau takut, pegang saja kuat-kuat pada buluh kat tepi sampan. Kalau masih takut, tengok sajalah Whale Shark ini dari atas sampan, macam yang kami bertiga buat. Hehehehh!

Yang tak pandai berenang tu akan berpaut pada buluh di tepi sampan.
Yang pandai berenang pulak bolehlah pergi jauh sikit, tapi petugas akan sentiasa mengawas bagi memastikan mereka tak berenang keluar dari kawasan yang ditetapkan.

Deretan sampan-sampan nak menengok Whale Shark
Deretan sampan-sampan
Posing sambil tunggu Whale Shark
Erkk...?!!
Jaws !!


 Bersambung ke Bahagian 9...


CATATAN PERJALANAN CEBU (2019):