Wednesday, 17 July 2019

2019 CEBU BHG. 05 (Yap-Sandiego House)

Julai 2019

CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol

Bahagian 5: Cebu City Tour 4
YAP-SANDIEGO ANCESTRAL HOUSE

HARI KEDUA (4)

Part 13: Yap-Sandiego Ancestral House

Cebu City adalah kota yang sangat bersejarah di Philippines kerana di sinilah tentera Spanish mula bertapak di negara ini. Spain menjajah Philippines selama 300 tahun sebelum dipaksa menjual negara ini kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD 20 juta selepas tewas dalam Spanish-American War pada tahun 1898. Kerana itulah ada banyak kesan peninggalan sejarah penjajahan Spanish di sini. Melawat ke Cebu City di Philippines bagaikan melawat ke Melaka Bandaraya Bersejarah di Malaysia.

Fuente Osmena Circle
Salah sebuah peninggalan bersejarah yang kami lalui sewaktu dalam perjalanan ke Yap-Sandiego Ancestral House adalah University of San Carlos yang merupakan universiti formal yang tertua di Asia. Ia dibuka oleh mubaligh Spanish pada tahun 1595 sebagai Colegio de San Ildefonso.

Bangunan University of San Carlos di Cebu City
University of San Carlos adalah universiti yang tertua di Asia yang dibuka pada tahun 1595.
Destinasi lawatan kami seterusnya adalah Yap-Sandiego Ancestral House yang terletak di Parian District di Cebu City. Ia dianggap sebagai the oldest existing structural residential house in the Philippines.

Yap-Sandiego Ancestral House
Berjalan menuju ke pintu masuk
Rumah ini pada asalnya dibina oleh saudagar berketurunan Cina bernama Don Juan Yap dengan isterinya yang mewariskannya kepada anak perempuan mereka, Maria. Maria kemudiannya berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Mariano Sandiego. Ia kini dimiliki oleh seorang cucu Maria yang bernama Val Sandiego yang menukarkan rumah ini menjadi sebuah muzium.

The oldest existing structural residential house in the Philippines.
Pintu masuk ke Yap-Sandiego Ancestral House
Sebaik masuk ke dalam, terpegun kita melihat senibina dan koleksi barangan antik yang masih terpelihara dengan baik di dalamnya. Kedatangan kita juga disambut oleh seorang wanita yang berpakaian Spanish.

Penyambut Tetamu di Yap-Sandiego Ancestral House yang berpakaian Spanish
Untuk kemudahan kutipan cukai, pemerintah Spanish di Philippines dulu membahagikan kawasan-kawasan pemerintahan mereka kepada beberapa daerah yang dinamakan sebagai Barangay. Barangay yang bernama Parian di mana letaknya Yap-Sandiego Ancestral House ini adalah sebuah Barangay yang paling sibuk pada masa itu dan dipenuhi dengan rumah-rumah dengan senibina seperti yang terdapat pada rumah ini.

Suasana di dalam Yap-Sandiego Ancestral House
Perabot dan perhiasan antik di dalam Yap-Sandiego Ancestral House
Meja makan
Suasana di tingkat bawah
Rumah ini juga dipenuhi dengan lukisan-lukisan lama yang menarik yang menunjukkan suasana di sekitar Cebu City pada masa lampau.

Rumah ini hanya boleh dilawati secara Guided Tour. Setiap kumpulan pelancong akan diiring oleh seorang Local Guide yang akan memberi penerangan tentang rumah tersebut. Local Guide kami bernama Lloyd. Dia memang pandai bercerita sehingga menjadikan lawatan ke rumah tua ini menjadi sangat menarik.

Berkumpul dulu di meja ini untuk mendengar penerangan tentang sejarah Yap-Sandiego House.
Rumah zaman dulu seperti Yap-Sandiego House ini memang tak dilengkapi air-cond ataupun kipas elektrik. Jadi sambil kita mendengar Llyod memberi penerangan, semua pengunjung diberi kipas tangan untuk mengipas diri kalau terasa panas. Tapi kipas ini untuk dipinjam saja, bukan untuk dibawa balik! 

Setiap pengunjung diberi kipas tangan untuk mengipas diri kalau terasa panas.
Lampu minyak tanah
Lloyd sedang memberi penerangan
Rumah Yap-Sandiego ini dibina pada tahun 1700. Ia dibina menggunakan batu karang dan kayu molave yang dilekatkan bersama menggunakan putih telur. Senibina Spanish lama di Philippines memang banyak dibuat menggunakan putih telur sebagai bahan perekat. Sewaktu melawat Fort Santiago di Manila dulu, kami diberitahu kota yang hebat itu juga dibina oleh Spanish dengan menggunakan putih telur. Malah Spanish turut memaksa rakyat Philippine ketika itu menderma sebiji telur ayam setiap kepala untuk pembinaan kota itu.

Rumah Yap-Sandiego ini dibina menggunakan kayu molave dan batu karang.
Lantai tingkat atas yang usang tetapi masih utuh.
Barang-barang perhiasan antik di tingkat bawah
Lantai yang hanya ditabur dengan batu-batu kerikil di tingkat bawah.
Sewaktu dibina pada masa dahulu, bahagian bawah rumah ini digunakan sebagai gudang simpanan barang. Rumah kediaman pula terletak di tingkat atas. Kerana itulah lantai di tingkat bawah rumah ini hanya ditabur dengan batu-batu kerikil.

Holy Family
Almari antik
Barangan porcelain lama
Warisan Cina dari keluarga Yap
Rumah Yap-Sandiego ada banyak patung-patung Kristian yang menggambarkan kepercayaan keluarga ini. Patung-patung seperti ini banyak berasal dari Eropah. Namun ada juga beberapa di antaranya yang dibuat di Philippines sendiri. Kata Lloyd, patung-patung buatan Philippines sering dibuat dengan berwajah hitam seperti Black Santo Nino dan Black Nazarene. 

Kata Lloyd lagi, penduduk asal Philippines pada masa dahulu berkulit hitam bukan cerah seperti sekarang. Wajah orang Philippine kini yang rata-rata berkulit lebih cerah adalah hasil perkahwinan campur dengan bangsa Cina, Spanish, Melayu dan lain-lain. Kerana itulah patung-patung Kristian yang dibuat di zaman awal pengembangan Kristian di Philippine dibuat berwajah hitam, untuk lebih mendekatkan agama itu dengan penduduk tempatan.

Altar yang dipenuhi dengan perhiasan-perhiasan Kristian
Ukiran-ukiran Saints
Saint Michael
Virgin Mary
Pelbagai versi patung Jesus Christ
Black Santo Nino
Ophelia dan Val Sandiego, pemilik rumah sekarang.
Dah puas melawat di tingkat bawah, kita naik pulak ke tingkat atas. Disebabkan tangga naik ke atas agak curam, Nik hanya menunggu di bawah dengan ditemani Tour Guide kami, Melody dan pembantunya, Jen.

Naik ke tingkat atas pulak
Suasana di tingkat atas ini memang lebih livable kerana ia memang merupakan tempat kediaman berbanding tingkat bawah yang pada asalnya digunakan sebagai gudang simpanan barang.

Atap rumah yang dibuat dari Tisa Clay Tiles
Ada lebih banyak patung dan perhiasan Kristian di tingkat atas ini berbanding di tingkat bawah tadi.
Patung-patung perhiasan Kristian ini diletakkan betul-betul di depan tangga untuk mendapatkan keberkatan bila penghuni masuk ke dalam rumah.
Baby Jesus Christ
Kata Lloyd barang-barang perhiasan yang dilihat bukan semuanya milik asal keluarga Yap-Sandiego. Ada juga sebahagian yang disumbangkan oleh rakan-rakan dan keluarga terdekat yang ingin memelihara warisan mereka.

Ahli keluarga Yap-Sandiego yang memiliki rumah ini sekarang enggan menyerahkan rumah ini untuk dijadikan warisan negara kerana dia ingin berkongsi warisan yang dimiliki dengan lebih bebas. Kalau rumah ini dijadikan warisan negara, pengunjung tak boleh menyentuh barang-barang warisan ini kerana dah pasti semuanya akan diletak di dalam balang kaca. Kerana itulah dia memilih untuk menjadikan rumah ini sebagai muzium persendirian. Beliau juga masih datang bermalam di rumah ini pada hujung minggu sehingga sekarang.

Radio lama yang masih berfungsi sehingga kini
Perhiasan keagamaan
Ahli keluarga Yap-Sandiego
Walaupun berbeza agama, orang-orang Philippines juga adalah serumpun dengan orang Melayu di Nusantara. Jadi ada beberapa persamaan yang kita perhatikan dalam cara hidup mereka. Namun disebabkan Spanish sangat mencengkam sewaktu menjajah negara ini, budaya Philippines menjadi unik disebabkan pengaruh dari Spain.

Meja makan keluarga
Pinggan mangkuk kaca dan porselin
Ada sikit-sikit suasana macam rumah kampung Melayu di Malaysia di sini.
Suasana di ruang tempat makan keluarga
Pemandangan lebih dekat atap rumah yang dibuat dari Tisa Clay Tiles
Congkak pun ada di dalam rumah ini.
Permainan Congkak dipanggil Sungkak di Philippines.
Lloyd
Kerusi rehat di tepi tingkap
Lloyd membuat demonstrasi bagaimana kerusi rehat ini digunakan.
Virgin Mary
Hiasan Nativity
Hiasan Nativity ini menggambarkan suasana kelahiran Jesus Christ di sebuah kandang kambing mengikut kepercayaan Kristian
Mengikut Lloyd untuk lawatan yang seterusnya
Kat rumah kampung tradisional di Malaysia pun ada tempat sendeng pinggan macam ini.
Potret keluarga Yap-Sandiego
Pakaian tradisional Philippines yang jarang di bahagian atas ini dibuat dari fiber Nanas.
Kemudian kita melawat pula ke bilik tidur utama. Kemewahan keluarga ini pada zaman itu sangat terserlah menerusi perabot dan perhiasan yang ada di sini.

Bilik Tidur Utama
Perhiasan di bilik ini memang menggambarkan kemewahan keluarga Yap-Sandiego
Bergambar macam menjadi sebahagian dari keluarga Yap-Sandiego
Meja Solek
Potret ahli keluarga memang banyak di mana-mana
Kerusi santai
Perabot dan barang-barang perhiasan di Rumah Yap-Sandiego ini memang dijaga dengan baik.
Nik dan pembantu Melody bernama Jen yang menunggu di tingkat bawah
Kenangan bersama Nik di Yap-Sandiego Ancestral House
Sewaktu turun ke bawah dan nak melangkah keluar, kami terserempak pulak dengan ahli group kami yang datang dari Manila tu. Mereka menyuruh kami melawat ke taman di sebelah rumah. Tak tahu pun yang rumah ini ada taman sebenarnya. Lloyd pun tak sempat memberitahu kami kerana caught up dengan satu kumpulan lain yang baru tiba.

Taman di Yap-Sandiego Ancestral House
Pemain Harp di taman
Cantik pakaian tradisional Spanish yang dipakainya
Lloyd datang menemui kami semula di taman ini. Dia menunjukkan sebuah lukisan yang dinamakan sebagai Baptism of Humabon. Humabon yang merupakan seorang raja di Cebu adalah orang Philippine pertama yang memeluk agama Kristian. Dia dibaptiskan oleh paderi Magellan dan namanya ditukar menjadi King Carlos. Isterinya yang bernama Hara Humamay pula ditukar nama menjadi Queen Juana.

Baptism of Humabon
Lloyd bercerita tentang Tatoo yang terdapat pada badan Humabon. Kata Lloyd, pada zaman itu, semakin banyak Tatoo yang ada pada seorang raja, itu menandakan dia seorang raja yang hebat.
Telaga yang membekalkan air minuman kepada keluarga Yap-Sandiego
Sejarah Yap-Sandiego Ancestral House
Akhirnya tibalah masa untuk kami meninggalkan Yap-Sandiego Ancestral House ini. Walaupun masa mula sampai, kelihatan rumah ini macam usang dan sepi, tak sangka pulak lawatan ke dalamnya sangat menarik. Sebelum melangkah pergi, kita bergambar dulu dengan Penyambut Tetamu yang berpakaian Spanish itu.

Kenangan bersama Spanish Lady
Meninggalkan Yap-Sandiego Ancestral House


 Bersambung ke Bahagian 6...


CATATAN PERJALANAN CEBU (2019):