Julai 2019
CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol
Bahagian 11: Oslob 4
KAWASAN FALLS 2
HARI KETIGA (4)
Part 24: Kawasan Falls (Part 2)
Selepas berjalan kira-kira setengah jam, kelihatanlah pemandangan indah Kawasan Falls yang memukau. Tak sangka ada pemandangan secantik ini rupanya di Philippines.
|
Kawasan Falls |
|
Lorong menuju ke Kawasan Falls |
|
Hotel kecil di tepi Kawasan Falls |
|
Gerai-gerai makanan di tepi Kawasan Falls |
Kawasan Falls bukan saja indah. Kawasan di sekelilingnya juga bersih dan cantik terjaga. Dulu ada rakit yang boleh disewa untuk berlayar di bawah air terjun, tetapi aktiviti ini kini telah dihentikan. Satu-satunya aktiviti yang boleh dibuat di Kawasan Falls kini adalah berenang dekat air terjun.
Air Terjun Kawasan Falls sebenarnya terdiri dari tiga tingkat dan ada tangga dan laluan yang disediakan untuk memanjat ke atas sana. Tapi kami tak berbuat begitu kerana mengikut kata Liezel, tangganya curam dan licin dan sebahagian laluannya juga adalah tanah berlumpur. Cuma Ahmed dan Free saja yang memanjat ke atas. Tapi kata mereka pemandangan di bawah ni lebih awesome berbanding di atas sana.
Bagi yang adventurous, ada juga aktiviti Canyoneering yang boleh dibuat ~ memanjat dan menyusur air terjun di atas sana. Aktiviti ini sebenarnya bermula di air terjun lain dan berakhir di Kawasan Falls. Orang yang membuat aktiviti ini akan menyusur sungai dan tebing di antara kedua-dua air terjun ini.
Sambil relax-relax di tepi air terjun, kita makan bekalan breakfast yang dibekalkan oleh Harolds Hotel pagi tadi. Sedap sungguh Tuna Sandwich yang dibekalkan. Terasa macam Harolds Hotel ni bersungguh-sungguh nak make-up pada kita sebab banyak makanan hotel yang tak dapat kita makan sebab tak Halal. Perasaan kita je la ni!
|
Tuna Sandwich dan Telur Rebus yang dibekalkan oleh Harolds Hotel |
|
Menikmati Tuna Sandwich kat tepi air terjun |
|
Berselera Nik makan Tuna Sandwich |
Makan tengahari kami juga disediakan di sebuah gerai di Kawasan Falls ini. Kami diberi nasi dan boleh memilih 2 jenis lauk. Disebabkan banyak yang Tak Halal, seafood dan sayur tetap menjadi pilihan. Tapi seafood kat sini taklah sesedap seafood kat Isla Sugbo Seafood City semalam.
|
Gerai Makan Tengahari kami |
|
Udang |
|
Pelbagai pilihan makanan yang ada |
|
Ikan |
|
Kanesh je yang makan ayam ni walaupun dia kata dia selalu sakit perut kalau makan Ayam Tak Halal. |
|
Kata Tukang Masak ni dia ada kawan yang bekerja di Malaysia |
|
Pilihan Makanan Tengahari kami: Udang dan Ikan |
|
Menikmati makan tengahari |
|
Group Photo bersama Free dan Ahmed |
Lepas makan tengahari, kami berjalan keluar meninggalkan Kawasan Falls.
Sewaktu tengah berjalan keluar, kami bertemu dengan penjual-penjual yang menjual pelbagai barangan. Tapi Orang Pinoy ni baik-baik. Mereka tak kisah pun kalau kita tengok dekat-dekat dan cuma tangkap gambar tanpa membeli. Kat Philippine ini juga, tak macam Indonesia. Di tempat-tempat pelancongan di sini tak ada penjaja yang mengejar dan mendesak kita membeli barangan mereka.
|
Penjual Madu |
|
Kata penjual ini, madu ini diambil dari hutan. |
|
Air sungai yang jernih |
|
Kata Liezel, batu-batu ini disusun begini sekadar untuk hiasan |
|
Melintas lagi gerai di tepi jambatan masuk ke Kawasan Falls |
|
Makanan macam Pisang Goreng di sebelah kanan ini dipanggil Banana Q (singkatan kepada Banana Barbecue) |
|
Pintu keluar dari Kawasan Falls |
Seperti perjalanan masuk ke Kawasan Falls pagi tadi, Myself dan Nik memilih naik motor Habal-Habal untuk kembali ke tempat van parking. Ada Habal-Habal yang boleh naik bertiga tu tengah parking, tapi drebarnya pulak tak ada. Jadi kami naiklah satu motor seorang. Husband pun memilih naik Habal-Habal ni nak balik ke tempat parking. Nak merasa katanya...
|
Perhentian Habal-Habal di pintu masuk ke Kawasan Falls |
|
Husband pun naik Habal-Habal balik ke tempat parking sebab nak merasa katanya... |
Habal-Habal Nik yang bergerak dulu diikuti Habal-Habal Husband dan Habal-Habal Myself. Sampai kat tengah jalan, nampak Habal-Habal Husband berhenti tiba-tiba. Ingatkan sebab apa... rupanya topi Husband melayang jatuh kat jalan waktu naik Habal-Habal. Mujurlah jatuh kat jalan dan tak jatuh kat dalam sungai. Hahaha!
Bersambung Ke Bahagian 12...
CATATAN PERJALANAN CEBU (2019):