Monday, 22 July 2019

2019 CEBU BHG. 10 (Kawasan Falls 1)

Julai 2019

CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol

Bahagian 10: Oslob 3
KAWASAN FALLS 1

HARI KETIGA (3)

Part 23: Kawasan Falls (Part 1)

Terperanjat juga bila van kami berhenti di perkarangan sebuah gereja yang bernama Santo Tomas De Villanueva Parish Church. Rupa-rupanya jalan masuk ke Kawasan Falls terletak di belakang gereja ini.

Santo Tomas De Villanueva Parish Church
Patung-patung Kristian di depan gereja
Dari sini kita kena berjalan kaki kira-kira 30 minit untuk masuk ke Kawasan Falls. Laluan ini mudah untuk dilalui oleh orang biasa macam kita, tapi bukan untuk seorang yang mengalami kesukaran pergerakan macam Nik.

Mujurlah ada perkhidmatan motorsikal yang dinamakan Habal-Habal untuk membawa orang yang tak larat berjalan masuk. Walaupun perkhidmatannya hanya sekerat jalan, ia dah pasti sangat membantu bagi orang macam Nik. Kita yang pengiring setia Nik pun, naiklah sekali Habal-Habal ni. Yang paling best, ada antara Habal-Habal ni yang dah dimodify untuk boleh naik bertiga. Bayaran yang dikenakan adalah 50 Peso (RM4) seorang.


Perkhidmatan Habal-Habal untuk masuk ke Kawasan Falls
Posing atas Habal-Habal sebelum masuk ke Kawasan Falls
Vrooom!! Kami pesan siap-siap kat drebar Habal-Habal ni jangan bawak laju-laju.
Ahli-ahli kumpulan yang lain berjalan kaki masuk ke dalam dengan ditemani oleh Liezel dan rakan setugasnya yang bernama Jalla. Jalla hanya menunggu kedatangan kami di pintu masuk ke Kawasan Falls.

Ahli-ahli kumpulan lain berjalan kaki masuk ke dalam dengan ditemani Lizel dan Jalla.
Had kawasan kenderaan untuk masuk ke Kawasan Falls
Gagah melangkah dengan ditemani Liezel dan Jalla
Gerai Jagung
Gerai yang menjual snacks, minuman dan makanan tempatan
Perjalanan masuk ke dalam adalah menyusuri sebatang sungai yang airnya sangat cantik dan jernih berwarna biru. Memang mengingatkan Myself kepada Huka Falls di New Zealand dulu. Cuma warna biru air di sini taklah sepekat di Huka Falls.

Khidmat Habal-Habal cuma sampai ke sebuah jambatan. Dari sini tak ada pilihan, semua pengunjung kena berjalan masuk. Tapi kita tunggu ahli-ahli kumpulan yang lain tiba dulu.

Khidmat Habal-Habal cuma sampai di tepi jambatan ini saja.
Pesanan untuk semua pengunjung
Penghargaan-penghargaan yang pernah diterima oleh Kawasan Falls
Sambil menunggu mereka yang lain tiba, kita marvel dulu keindahan air sungai yang berwarna biru jernih ini.

Tiba-tiba datang sebuah Jeepney berwarna merah dan ahli-ahli kumpulan kami yang berjalan kaki tadi turun dari Jeepney. Aikk, macam mana pulak dia orang boleh naik Jeepney sampai ke sini?

Aikk, macam mana dia orang boleh naik Jeepney sampai ke dalam?
Rupa-rupanya Jeepney ini nak menghantar bekalan beer ke restoran di Kawasan Falls. Kebetulan drebar Jeepney tu kenal Liezel, lalu dia terus menawarkan mereka menumpang Jeepney masuk ke dalam. Tu yang dia orang dapat naik Jeepney sampai ke dalam!

Jeepney ini sebenarnya nak menghantar beer ke restoran di Kawasan Falls
Bila semua dah sampai, barulah kita berjalan kaki masuk ke dalam. Expat bernama Ahmed dari Singapore dan American Guy yang bernama Free tu laju je berjalan masuk ke dalam. Mentang-mentanglah kaki dia orang panjang. Kami pulak berjalan slow-slow ikut pace Nik. Tapi bagus juga sebab dapat menikmati pemandangan sungai yang amazing ini.

Menyeberang jambatan menuju ke Kawasan Falls
Memang cantik air sungai ni
Ada banyak gerai menjual makanan dan cenderamata kat tepi jambatan ini.
Kagum dengan semangat Nik yang gigih mengembara. Walau dengan keupayaan fizikal yang terhad, dia dah sampai ke Argentina, tau!
Gerai-gerai cenderamata
Banyak kraftangan tradisional di sini
Perhiasan dari tempurung kelapa
Pisang Panggang
Husband yang dah berjalan ke depan sikit dengan Liezel tension je tengok kami. Dahlah berjalan slow ikut pace Nik, banyak pulak stop-stop ambik gambar. Bila nak sampai ke air terjunnya?

Husband berjalan ke depan sikit dengan Liezel
Cantik kan air biru sungai ni?
Tension je Husband tengok kami banyak stop-stop ambik gambar.
This Way To Kawasan Falls
Gigih berjalan menuju ke air terjun
Gaya seorang Explorer
Abang Kawasan sedang memeriksa kawasan. Hahaha!
Kagum dengan kebiruan air di sungai ni.
Dah tak tahu nak tulis apa lagi. Tengok sajalah gambar-gambar pemandangan sungai yang cantik ni...



Bersambung Ke Bahagian 11...


CATATAN PERJALANAN CEBU (2019):