Julai 2019
CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol
Bahagian 9: Oslob 2
WHALE SHARK 2
HARI KETIGA (2)
Part 20: Whale Shark (Part 2)
Whale Shark adalah spesis ikan yang terbesar diketahui di dunia. Ia juga adalah haiwan bertulang belakang bukan mamalia yang terbesar di dunia. Nama "Whale Shark" diberi kepada ikan ini kerana saiznya yang besar, yang ada kalanya sebesar beberapa spesis Ikan Paus.
|
Whale Shark |
|
Walaupun ikan ini nampak besar dan ganas, ia sebenarnya sangat friendly dengan manusia macam Dolphin. |
|
Berenang dengan Whale Shark |
|
Beraksi menimba air keluar dari sampan |
Whale Shark adalah sebenarnya spesis ikan yang friendly
macam Dolphin walaupun mereka nampak besar dan ganas. Whale Shark di sini lepas bebas, tapi disebabkan mereka
dah tahu tempat yang mudah untuk mendapat makanan, mereka akan datang ke
sini setiap pagi.
Ikan
ini dipanggil Butanding dan Balilan di Philippines. Ia adalah haiwan
yang dilindungi, malah ikan ini turut diabadikan pada wang kertas 100
Peso Philippines bersama Mayon Volcano. Ada undang-undang yang melindungi ikan ini dari
dicederakan di Philippines. Hukuman denda dan penjara boleh dikenakan
bagi kesalahan mencederakan Whale Shark.
|
Whale Shark muncul kat atas air |
|
Suspen juga bila dia datang berenang dekat-dekat sampan kita |
|
Satu lagi wajah Whale Shark dari depan |
Rakan kami Kanesh sebenarnya tak pandai berenang. Jadi bila dia turun ke laut, dia cuma terapung dan berpaut kat buluh. Tak nampak pun Whale Shark pada angle itu, katanya. Tapi bila ada staff sampan membantu dia menyelam ke dalam air, terus bertentang mata dengan Whale Shark! Tak tahu pun yang sebenarnya Whale Shark tu dah memang ada kat sebelah dia. Hahaha!!
|
Aksi Kanesh kat dalam laut |
|
Kanesh tengah mencari Whale Shark |
|
"You must move your legs," kata staff sampan mengajar Kanesh berenang. |
Walaupun Myself, Husband dan Nik tak berenang dengan Whale Shark di dalam laut, ada staff sampan kami yang baik hati tolong tangkapkan gambar ikan ini di dalam air menggunakan GoPro milik Nik. Dapatlah juga kami gambar macam yang kita pun turun berenang sama dengan Whale Shark.
|
Gambar romantik Husband tengah tolong kita pakai baju hujan pun sempat dicapture oleh staff ni dari laut. Hehehehhh!. |
Setiap kumpulan pengunjung diberi masa hanya 30 minit untuk bermesra dengan Whale Shark di tengah laut. Tengah-tengah berada kat tengah laut tu, turun pulak hujan renyai-renyai. Mujurlah Myself dan Husband ada bawa baju hujan. Kesian kat Nik, kebasahan jugaklah dia dalam hujan tu. Kanesh pulak tak kisahlah, sebab dia memang dah basah berendam dalam laut.
|
Tengah seronok tengok Whale Shark kat tengah laut, boleh pulak hujan turun! |
|
Posing dengan baju hujan kat tengah laut |
Part 21: Breakfast Di Oslob
Selepas 30 minit, semua pengunjung yang berenang diminta naik semula ke dalam sampan. Dan kami kembali semula ke pantai. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan bermesra dengan Whale Shark ini. Kalau anda berkesempatan berkunjung ke Cebu, jangan sesekali lepaskan peluang melihat Whale Shark ini.
Pakej Whale Shark kami rupanya dah turut termasuk breakfast. Jadi Liezel terus membawa kami ke sebuah gerai makan di tepi pantai. Disebabkan ketika itu masih hujan lebat, lupa pulak nak ambil gambar gerai ini dari depan.
|
Mother Teresa Eatery ini adalah sebenarnya gerai di sebelah gerai di mana kami breakfast. Kata rakan Group kami yang bernama Free dari US, ini dah boleh dikira blasphemy sebab letak gambar arak dekat nama Mother Teresa. |
Breakfast yang disediakan untuk kami adalah Sticky Rice With Mango dengan pilihan minuman Kopi ataupun Hot Chocolate. Ada juga Pulut Mangga kat Philippines ni rupanya. Ingatkan Pulut Mangga ada kat Thailand saja. Tapi Pulut Mangga di Philippines ini berbeza dengan Pulut Mangga di Thailand sebab ia tak ada kuah. Cuma Pulut yang dihidangkan dengan buah Mangga. Nak tahu apa rasa Pulut Mangga Philippines ini? Sangat-sangat sedap!
|
Pulut Mangga yang sangat sedap untuk breakfast di Oslob. |
Sambil breakfast kita berbual-bual dengan Ahmed dan Free. Ahmed agak pendiam, cuma Free yang banyak bercakap. Rambut Free didandan halus macam Bob Marley. Kerana itulah kata Free, walau ke mana dia pergi orang akan memanggilnya "Bob Marley". "How do you respond to that?" tanya Husband. "Yo, Mon!" Jawab Free, mengajuk gaya Bob Marley.
Syukurlah hujan lebat dah berhenti sewaktu kami habis makan breakfast. Sebelum melangkah meninggalkan Whale Shark di Oslob, kami berjalan-jalan sikit menikmati suasana di sekitar. Dah semakin ramai pengunjung yang datang nak melihat Whale Shark ketika itu.
|
Khemah untuk pengunjung menunggu giliran melihat Whale Shark |
|
Memang tak dinafikan yang pemandangan laut di Philippines memang cantik |
|
Pengunjung-pengunjung melihat Whale Shark di tengah laut |
|
Pose istimewa dari Kanesh di Oslob |
|
Satu lagi pose istimewa dari Kanesh di Oslob |
|
Penjaja makanan di tepi pantai Oslob |
|
Ais Kacang ni kot. |
|
Nik dan Liezel |
|
Meninggalkan Whale Shark |
Part 22: Menuju ke Kawasan Falls
Destinasi kami selepas bermesra dengan Whale Shark di Oslob adalah air terjun yang bernama Kawasan Falls. Ia sebenarnya terletak berdekatan sebuah pekan yang bernama Badian di sebelah sana Pulau Cebu. Tengok peta di bawah...
|
Peta Cebu City, Oslob dan Kawasan Falls |
|
Dalam van menuju ke Kawasan Falls |
|
Perjalanan menuju ke Kawasan Falls |
|
Pemandangan macam di Malaysia |
|
Pam Minyak |
|
Laut |
Perjalanan dari Oslob ke Kawasan Falls memakan masa kira-kira 30 minit dengan gaya pemanduan Rex yang sangat laju itu. Sepanjang perjalanan juga Kanesh komplen yang badannya dah melekat dengan bau Whale Shark. Mana taknya, kan dia dok bertentang mata dengan Whale Shark kat dalam laut tadi!
|
Suasana pekan kecil di Pulau Cebu |
|
Jalan di kawasan luar bandar |
|
Pejabat Kerajaan |
|
Hampir tiba ke Kawasan Falls |
Bersambung ke Bahagian 10...
CATATAN PERJALANAN CEBU (2019):