Monday, 29 July 2019

2019 CEBU BHG. 17 (Loboc Cruise)

Julai 2019

CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol

Bahagian 17: Bohol 5
LOBOC RIVER CRUISE

HARI KEEMPAT (5)

Part 37: Loboc River Cruise

Makan tengahari kami adalah di sebuah restoran terapung. Sambil makan, kami akan dibawa cruising di sepanjang Sungai Loboc, yang juga dikenali sebagai Sungai Loay.

Loboc River Cruise
Tempat permulaan cruise
Penghibur-penghibur di tambatan cruise
Yang menghibur cuma pakcik-pakcik tua, tapi suara mereka memang power.
Pengunjung-pengunjung yang nak menyertai Loboc River Cruise perlu membeli tiket terlebih dahulu. Bagi kami, semuanya telah diuruskan oleh Mr. Padre. Setiap tiket akan juga diberi angka giliran. Kita cuma boleh masuk ke dalam bot bila angka giliran kita dipanggil.

Menunggu giliran naik ke cruise
Posing dulu sebelum naik cruise
Tiket cruise yang besar bersaiz poskad. Nombor kapal cruise kita adalah seperti yang tertera pada gambar poskad ~ No. 20.
Maklumat di belakang poskad
Memang ramai pelancong lain yang turut menaiki cruise bersama kami pada hari itu. Sebahagian besarnya datang dari negara-negara Asia seperti China, Jepun dan Korea. Cuma kami saja rasanya yang datang dari Malaysia.

Bergerak nak masuk ke dalam cruise
Bot-bot cruise di tambatan
Berjalan mendapatkan cruise
Ada banyak bot cruise yang sedang berlabuh di sini
Bot kami yang di sebelah sana. Kena menumpang lalu dalam bot yang dekat ini untuk masuk ke sana.
Mengikut Mr. Padre masuk ke dalam bot
Makanan tengahari disediakan secara buffet. Ada berbagai saiz meja makan yang disediakan di dalam bot ini. Awal-awal Mr. Padre dah tolong chop satu meja yang muat berempat untuk kami. Sambil kami mengambil makanan dari meja buffet, Mr. Padre tolong jagakan meja.

Walaupun Mr. Padre duduk menunggu kat meja, ada je dua orang perempuan dari Tanah Besar China dengan selamba nak merampas tempat kami. Terus mereka dihalau oleh Mr. Padre. Mereka kemudiannya duduk bersama group besar mereka di seberang meja buffet. Tapi punyalah bising group mereka ini mengganggu ketenteraman ~ bercakap dan menjerit sesama sendiri dengan kuat macamlah dunia mereka yang punya.

Makanan yang disediakan adalah makanan tipikal Philippines. Tapi adalah juga seafood dan sayur yang boleh kita makan. Namun mungkin disebabkan travel agent dah memaklumkan kepada pihak cruise tentang keperluan kami untuk makan makanan Halal, ada telur goreng yang dihantar special ke meja kami. Nasib baiklah group dari China tu tak nampak. Kalau tidak mesti bising mereka pun demand nak telur jugak.

Sambil makan, bot berlayar menyusuri Sungai Loboc yang cantik, bersih dan menghijau ini.

Dekat dengan tambatan bot cruise ini, ada sebuah jambatan yang macam pembinaannya terbengkalai. Menurut ceritanya pembinaannya telah diberhentikan atas bantahan penduduk tempatan yang tidak bersetuju kerana jajaran jambatan ini melalui sebuah gereja bersejarah yang akan dirobohkan. Ada satu versi cerita lain menyatakan pembinaannya diberhentikan kerana kekurangan dana.

Jambatan terbengkalai berhampiran tambatan bot
Pelancong tempatan di atas jambatan
Bersampan di bawah jambatan
Sambil kita menjamu selera, kita dihiburkan dengan nyanyian live dari seorang penyanyi wanita yang diiringi petikan gitar. Walaupun rupanya tak seberapa, suaranya memang memukau. Tak boleh dinafikan yang orang-orang Pinoy memang pandai menyanyi. Kalau tak percaya, tengok sajalah orang-orang Pinoy yang menyanyi dalam Asia Got Talent tu.

Hiburan sambil menjamu selera
Suaranya memang memukau
Petikan gitarnya pun power
Perjalanan cruise memakan masa 90 minit. Maka selepas makan, kita nikmati keindahan pemandangan Sungai Loboc.

Seperti air di Kawasan Falls semalam, air di Sungai Loboc juga sangat jernih. Cuma warnanya tidaklah biru, sebaliknya hijau. Warna hijau ini adalah pembalikan dari warna pokok-pokok dan tumbuhan di sekitarnya.

Di kiri kanan Sungai Loboc, kita dapat melihat pemandangan penduduk yang tinggal di tebing sungai menjalani kehidupan seharian mereka. Ada juga sekumpulan budak-budak lelaki kampung yang menunjukkan kehebatan mereka bergayut dan terjun ke dalam sungai. Dah lama kita tak melihat pemandangan begini. Satu ketika dulu pemandangan budak-budak terjun ke dalam sungai ini selalu kita lihat bila mengikut Emak balik ke kampung di tepi Sungai Perak.

Semakin jauh kita berlayar menyusuri Sungai Loboc, pemandangannya semakin indah. Sungai yang dinobatkan sebagai sungai yang paling bersih di Philippines ini memang damai dan menakjubkan. Punca sungai ini terletak di Carmen, berhampiran Chocolate Hills yang kita lawat pagi tadi.

Bot cruise juga akan membuat persinggahan singkat di sebuah platform di tepi sungai untuk membolehkan pengunjung cruise menikmati sebuah persembahan tarian tradisional Philippines. Tarian ini dipersembahkan oleh persatuan penduduk kampung berhampiran. Walaupun persembahannya tidak sehebat persembahan yang kami saksikan di Villa Escudero sewaktu melawat Manila dulu, ia tetap menghiburkan.

Persembahan yang kami lihat adalah oleh Gotozon-Balsa Performer's Association yang ahlinya terdiri dari pelbagai peringkat usia, dari yang tua sehinggalah kepada remaja. Sebenarnya di sepanjang sungai ini, ada beberapa platform begini yang penghiburnya terdiri dari beberapa buah persatuan serupa. Bot-bot cruise pun banyak juga. Jadi bot-bot ini akan berbahagi sama rata membuat perhentian di platform-platform ini untuk membantu penduduk kampung menambahkan pendapatan.

Seronok melihat mereka begitu enjoy menari membuat persembahan kepada kita. Tak ada bayaran dikenakan untuk melihat mereka menari, cuma sumbangan seikhlas hati yang dimasukkan ke dalam Donation Box. Tapi dengan melihat persembahan mereka, memang kita rasa terpanggil juga nak memberi sumbangan.

Persembahannya juga tak lama. Bila kita sampai, mereka akan menyanyikan nyanyian lagu rakyat untuk mengalu-alukan kita dan diikuti dengan persembahan sebuah tarian yang dinamakan Kuradang.

Persembahan seterusnya pula adalah tarian tradisional yang paling terkenal dari Philippines yang bernama Tinikling. Tinikling adalah tarian galah. Tarian ini memang menakjubkan bagi Myself, even dari kali pertama melihatnya dulu dalam persembahan di Villa Escudero. Cekap sungguh mereka menari di celah-celah buluh yang dikepit-kepit tu.

Tinikling
Penghujung Loboc River Cruise sebelum berpatah balik adalah di sebuah jeram yang dinamakan Busay Falls. Tapi frust sikit sebab bot cruise kami tak lalu betul-betul dekat Busay Falls ini sebelum berpatah balik.

Busay Falls
Loboc River Cruise berpatah balik berhampiran Busay Falls ini.
Ada satu pemandangan menarik sewaktu cruise berada di Busay Falls. Di sini kita boleh melihat orang-orang membuat zipline merentas Sungai Loboc dari Loboc Eco-Tourism Adventure Park berhampiran. Macam best je dia ni buat zipline tu. Kalau Myself yang buat zipline, tak nampak enjoy begitu kot sebab asyik pejam je mata sampai ke hujung ketakutan.

Pemandangan yang indah dan damai di Loboc River
Bot Loboc River Cruise yang lain
Loboc Eco-Tourism Adventure Park
Macam best je buat zipline ni.
Nak buat zipline berduet pun boleh.
Nak naik cable car menyeberang Sungai Loboc pun boleh.
Pemandangan lebih dekat rupa paras cable car.
Loboc River Cruise ini berhenti agak lama juga dekat Busay Falls untuk membolehkan kita melihat orang-orang membuat aktiviti adventure di sini. Ramai sebenarnya orang yang membuat zipline ini. Sekejap-sekejap ada je yang lalu buat zipline.

Pengail ikan di tepi sungai
Picnic di tepi sungai
Dalam perjalanan pulang ini, kita bercerita pulak tentang bot Loboc River Cruise ini. Ia sebenarnya adalah sebuah pelantar beratap yang dibina di atas 2 buah bot yang diletakkan selari antara satu sama lain.

Pemandangan lebih dekat bot Loboc River Cruise
Pelantar ini bergerak dengan ditolak oleh sebuah bot berenjin yang diletakkan di belakangnya macam ini...

Bot berenjin yang menolak Loboc River Cruise dari belakang
Pemandangan Loboc River Cruise dari belakang
Selain naik cruise macam kami, ada juga pilihan bot lain yang boleh digunakan untuk bersiar-siar di sepanjang sungai.

Private Boat yang boleh disewa untuk bersiar-siar di Sungai Loboc
Bot tanpa enjin yang juga boleh disewa
Hujan turun lagi sewaktu Loboc River Cruise kami sedang berpatah balik ke tambatan. Lebat juga hujan yang turun. Bulan Julai seperti ini bukanlah waktu yang bagus untuk melawat Cebu sebenarnya kerana musim hujan di Cebu adalah di antara bulan Julai - November. Tapi disebabkan kami datang di awal bulan Julai, kira masih okey lagilah sebab hujan baru mula nak turun. Tapi elakkanlah datang ke Cebu dari bulan Ogos - November kerana ini musim taufan.

Hujan mula turun di Sungai Loboc
Pemandangan di sungai sewaktu hujan turun
Kenangan dalam hujan di Loboc River Cruise
Dalam hujan ini pun, kita masih dapat melihat budak-budak kampung membuat aktiviti terjun tiruk ke dalam sungai.

Seronok berenang di dalam hujan
Perlayaran pulang diteruskan dalam hujan kembali ke tambatan. Memang satu pengalaman indah membuat Loboc River Cruise ini walaupun di dalam hujan begini.

Pemandangan bot yang berhenti untuk menyaksikan persembahan kebudayaan
Meneruskan perjalanan pulang...


 Bersambung ke Bahagian 18...


CATATAN PERJALANAN CEBU (2019):