Julai 2019
CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol
Bahagian 6: Cebu City Tour 5
BASILICA MINORE DEL SANTO NIÑO
HARI KEDUA (5)
Part 14: Basilica Minore del Santo Niño
Kami seterusnya dibawa melawat ke sebuah gereja Roman Katholik yang bernama Basilica Minore del Santo Niño. Gereja ini terkenal kerana menyimpan imej Roman Katholik yang tertua di Philippines.
|
Pintu gerbang masuk ke Basilica Minore del Santo Niño |
|
Ada pemeriksaan sekuriti yang perlu dilalui untuk masuk ke Basilica ini. |
Santo Niño (disebut: Santo Ni-nyo dan bermaksud Holy Child) adalah sebuah imej kanak-kanak Jesus Christ yang dihadiahkan oleh Ferdinand Magellan kepada isteri Rajah Humabon, Queen Juana sewaktu dia memeluk agama Kristian bersama suaminya pada tahun 1521. Bukan Humabon dan isterinya sahaja yang memeluk agama Kristian ketika itu, bahkan seluruh rakyatnya ikut bersama.
Walaupun rakyat Philippines menerima agama Kristian, mereka tetap menentang penjajahan Spanish di negara mereka. Pada tahun 1565, panglima tentera Spanish yang bernama Miguel Lopez de Legazpi telah membakar hampir keseluruhan kota Cebu untuk mematahkan pemberontakan rakyat tempatan. Walaupun seluruh penempatan hangus terbakar, patung Santo Niño ini ditemui terselamat di dalam sebuah kotak.
|
Santo Niño |
Santo Niño telah diangkat menjadi patron saint bagi Cebu mengikut kepercayaan Roman Katholik. Perayaan untuk meraikan Santo Niño yang dinamakan Sinulog Festival diadakan di Cebu City pada minggu ketiga bulan Januari setiap tahun.
|
Pintu masuk sebenar ke perkarangan gereja |
Disebabkan populariti Santo Niño, ramai rakyat Philippines yang beragama Kristian Roman Katholik datang ke sini untuk beribadat. Untuk menampung bilangan pengunjung yang ramai ini, sebuah ruang ibadat terbuka dengan mengambil model Sanctuary of Our Lady of Fátima di Portugal telah dibina. Menurut ceritanya, ruang ini akan penuh dengan pengunjung ketika ibadat Mass yang diadakan pada setiap hari Jumaat dan juga sewaktu perayaan-perayaan Kristian yang lain.
|
Ruang ibadat terbuka di Basilica Minore del Santo Niño |
|
Ruang ibadat terbuka ini mengambil ilham dari Sanctuary of Our Lady of Fátima di Portugal. |
|
Altar di ruang ibadat terbuka |
Orang Roman Katholik juga akan menyalakan lilin sewaktu berdoa. Oleh yang demikian, sebuah altar lilin (Votive Altar) yang terbuka turut disediakan di kawasan gereja.
|
Votive Altar yang disediakan di perkarangan Basilica Minore del Santo Niño |
|
Penganut Katholik sedang berdoa |
|
Khusyuk berdoa |
Gereja Basilica Minore del Santo Niño ini dianggap sebagai gereja Roman Katholik yang tertua di Philippines. Ia dibina di atas tapak di mana imej Santo Niño ditemui oleh tentera Miguel Lopez de Legazpi. Gereja ini diiktiraf oleh Holy See di Vatican City sebagai Mother and Head of All Churches in the Philippines. Ia juga diiktiraf sebagai sebuah National Historical Landmark oleh Kerajaan Philippines pada tahun 1941.
|
Nama penyumbang-penyumbang kepada gereja yang diabadikan pada dinding Basilica Minore del Santo Niño |
Disebabkan pengaruh Spanish yang sangat kuat di sini, memang terasa yang suasana di sini seolah-olah kita sedang berada di Mexico. Bayangkan saja yang kami dah pernah jejak ke Mexico.
|
Pemandangan di hadapan pintu masuk ke bangunan gereja Basilica Minore del Santo Niño |
|
Wanita-wanita yang berbaju kuning dan berskirt merah ini menjual lilin untuk berdoa kepada pengunjung-pengunjung ke gereja. |
|
Pintu masuk utama ke bangunan Basilica Minore del Santo Niño |
|
Plak yang menceritakan sejarah Basilica Minore del Santo Niño |
Gereja yang berdiri di sini hari ini dibina pada tahun 1735. Ia adalah bangunan gereja yang ketiga didirikan oleh Spanish di sini. Dua bangunan gereja yang terdahulu hanya dibina dari kayu dan nipah dan kedua-duanya hangus dalam kejadian kebakaran. Sebelum diberikan nama rasmi Basilica Minore del Santo Niño pada tahun 1965, gereja ini dikenali sebagai Church of San Agustin.
|
Suasana di dalam bangunan gereja |
|
Pintu masuk ke Ruang Sembahyangnya dibina berlapis-lapis |
|
Pintu masuk tepi ke ruang sembahyang |
Ada banyak imej dan patung-patung Kristian yang diletakkan di tepi pintu masuk ke ruang sembahyang. Ramai penganut Katholik yang kami perhatikan berdoa dan menyentuh patung untuk mendapat berkat.
Ruang sembahyang di Basilica Minore del Santo Niño boleh dimasuki oleh pelawat tetapi fotografi tak dibenarkan di sana. Disebabkan fotografi tak dibenarkan, kami tak masuklah ke sana. Cuma zoom dari jauh saja ke arah altar di ruang sembahyang ini.
Gereja ini juga mempunyai sebuah taman bercirikan Spanish. Sebelum bergerak meninggalkan gereja, kita berkunjung dulu ke taman ini untuk ambil-ambil feeling macam kita tengah berada di Spain.
Tiba waktu yang ditetapkan, kita berkumpul semula di depan gereja untuk melawat ke sebuah lagi landmark bersejarah di Cebu City yang bernama Cross of Magellan. Cross of Magellan ini terletak betul-betul di sebelah Basilica Minore del Santo Niño. Jadi kita berjalan kaki saja ke sana.
|
Little Mexico |
|
Dengan suasana begini, boleh tipu orang kata kita sedang bercuti di Mexico. |
|
Penjual-penjual di depan gereja |
|
Kakak yang menjual lilin |
Bersambung ke Bahagian 7...
CATATAN PERJALANAN CEBU (2019):