Julai 2019
CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol
Bahagian 3: Cebu City Tour 2
MACTAN SHRINE & ALEGRE GUITARS
HARI KEDUA (2)
Part 8: Mactan Shrine
Persinggahan pertama kami di Mactan Island adalah Mactan Shrine yang dibina untuk memperingati jasa seorang pemimpin tempatan yang bernama Lapu-Lapu menentang penjajah Sepanyol yang diketuai oleh Ferdinand Magellan.
|
Pintu masuk ke Mactan Shrine |
Mercu tanda utama di Mactan Shrine adalah dua buah monumen yang dinamakan Lapu-Lapu Monument yang dibina oleh Kerajaan Philippines dan Magellan Monument yang dibina oleh penjajah Spanish. Kita mulakan dengan melawat Lapu-Lapu Monument.
|
Pemandangan keseluruhan Mactan Shrine |
Datu Lapu-Lapu adalah pemerintah Pulau Mactan sewaktu Ferdinand Magellan datang ke sini. Selepas bertapak di Philippines, Magellan bukan sahaja memaksa penduduk tempatan memeluk agama Kristian, malah turut memaksa mereka membayar cukai kepada Raja Sepanyol. Lapu-Lapu dan pengikutnya menentang Magellan dengan berani walaupun dengan hanya menggunakan senjata pedang yang primitif. Keberanian Lapu-Lapu menentang Sepanyol mendapat penghormatan dari rakyat Filipina sebagai Wira Negara yang pertama.
|
Lapu-Lapu Monument |
|
Walaupun dia beragama Islam, Lapu-Lapu telah diberi penghormatan sebagai First National Hero of Philippines atas keberaniannya menentang penjajah Spanish. |
Di belakang Lapu-Lapu Monument pula, kita dapat melihat Magellan Monument yang dibina oleh penjajah Spanish pada tahun 1866 untuk memperingati kematian Magellan. Monumen ini didirikan di tapak di mana Magellan mati dibunuh oleh Lapu-Lapu di dalam Battle of Mactan.
|
Magellan Monument |
Ferdinand Magellan yang juga dikenali sebagai Fernando de Magallanes adalah sebenarnya seorang pelayar Portugis yang berkhidmat di bawah King of Spain. Pada 27 April 1521, Magellan bersama tenteranya yang berjumlah 60 orang menyerang Pulau Mactan atas hasutan seorang pemimpin di Pulau Cebu yang bernama Rajah Humabon yang bermusuh dengan Lapu-Lapu.
|
Glory To Spain |
Kapal Magellan yang bernama Victoria tidak dapat mendarat di Pulau Mactan kerana pantainya dipenuhi dengan karang dan batuan tajam. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat menyerang Mactan menggunakan meriam di atas kapal. Magellan dan tenteranya terpaksa turun berperang menggunakan pedang, kapak, perisai logam dan senapang.
Kedatangan
Magellan sebaliknya ditunggu dengan berani oleh Lapu-Lapu dan 1,500
orang pengikutnya yang hanya bersenjatakan pedang Kampilan, perisai kayu
dan anak panah beracun.
Walaupun menggunakan senjata yang lebih moden, Magellan dan tenteranya ditewaskan oleh teknologi senjata perang mereka ketika itu. Senapang yang digunakan menggunakan peluru bulat yang sasarannya kurang tepat berbanding peluru moden yang berbentuk runcing dan dapat mengena sasaran dengan lebih tepat. Bukan sekadar itu, peluru ini juga mengambil masa untuk diisi ke dalam larasnya. Kesempatan ini telah digunakan oleh Lapu-Lapu untuk menyerang tentera Magellan sehingga menyebabkan Magellan sendiri mati terbunuh.
|
Monumen ini telah dibina oleh penjajah Spanish untuk memperingati Ferdinand Magellan. |
Walaupun Magellan dianggap sebagai musuh di Filipina, dia masih dihormati sebagai orang yang bertanggungjawab membawa ajaran Kristian ke negara ini.
Menurut ceritanya, anak kapal Magellan yang terselamat dari serangan Lapu-Lapu telah kembali ke Cebu. Malangnya, Rajah Humabon yang marah kerana musuhnya Datu Lapu-Lapu gagal ditewaskan telah membunuh kesemua anak-anak kapal Magellan yang cedera ini dengan meracun makanan mereka di dalam satu jamuan.
|
Model kampung kediaman Lapu-Lapu |
|
Hanya rumah yang ini saja yang boleh dimasuki untuk lawatan. |
Setelah dia mengetahui tindakan Rajah Humabon yang menggunakan racun untuk membunuh rakan-rakannya, ketua armada Magellan yang baru bernama Juan Sebastian del Cano mengarahkan anak-anak kapal yang tinggal kembali ke Sepanyol. Mereka selamat tiba di Sepanyol pada tahun 1522. Walaupun beliau telah terbunuh di tangan Lapu-Lapu di Mactan, Ferdinand Magellan tetap diberi penghormatan sebagai orang yang pertama berjaya mengelilingi dunia, walaupun hanya menerusi anak-anak kapal yang pernah berkhidmat di bawah pimpinannya.
|
Landskap di Mactan Shrine |
|
Berjalan menuju ke pintu keluar |
|
Kenangan bersama Lapu-Lapu dan bendera Philippines |
Part 9: Alegre Guitars
Cebu terkenal dengan gitar buatan tangan dan kami turut dibawa melawat ke sebuah industri pembuatan gitar ini di Mactan Island yang bernama Alegre Guitars.
|
Perjalanan ke Alegre Guitars |
Perjalanan ke Alegre Guitars melalui sebahagian Lapu-Lapu City. Disebabkan musim hujan dah bermula ketika itu, sebahagian bandar yang tidak mempunyai sistem saliran yang baik dilanda banjir kilat.
|
Jinju Square di Lapu-Lapu City. Ada banyak kedai dan commercial establishments di Pulau Mactan yang menggunakan nama Korea kerana mereka dibina dengan pelaburan Korea. |
|
Meredah banjir kilat di Lapu-Lapu City |
|
Tricycle |
|
Myself perhatikan penunggang motosikal di Cebu sangat berdisiplin berbanding penunggang motosikal di Malaysia |
|
Penumpang Tricycle di Lapu-Lapu City |
Alegre Guitar Factory kini dimiliki dan diusahakan oleh generasi ketiga keluarga Alegre. Gitar yang dihasilkan di sini sangat terkenal di kalangan pemuzik di seluruh dunia.
|
Alegre Guitars |
|
Local Guide di Alegre Guitars. |
Di Alegre Guitars, kami diberi penerangan tentang gitar yang dihasilkan oleh seorang Local Guide. Pada mulanya dia memberi penerangan kepada kami dalam Bahasa Tagalog kerana menyangka yang kami orang Pinoy. Bukan di sini saja kami melalui pengalaman ini. Sepanjang perjalanan kami di Cebu, setiap kali itulah pengalamannya.
Bahasa Tagalog pulak ada banyak perkataan yang sama dengan Bahasa Melayu. Jadi bila mereka mula bercakap Tagalog dengan kita, memang kembang telinga kita cuba mendengar apa yang diperkatakan. Selalunya selepas beberapa ketika barulah kita sedar yang mereka sebenarnya bercakap Tagalog.
|
Memberi penerangan tentang proses penghasilan gitar |
Gitar-gitar Alegre dibuat dengan tangan. Bahagian dasar gitar dibuat dari 2 lapisan kayu dari jenis yang berlainan untuk menghasilkan bunyi yang diingini. Tak ada sebarang paku atau skru digunakan dalam penghasilan gitar Alegre. Bahagian-bahagian kayu yang berlainan ini hanya dilekatkan dengan bahan perekat dan diikat dengan tali sementara menunggu bahan perekat kering.
|
Jenis-jenis kayu yang digunakan dalam pembuatan gitar |
|
Tali digunakan untuk memegang komponen gitar sementara menunggu bahan perekat kering. |
Gitar-gitar Alegre dieksport ke pelbagai negara di seluruh dunia seperti Canada, Australia, Jepun dan USA. Alegre juga sering menerima kunjungan dari pemain-pemain gitar yang ingin membeli gitar terus dari sini.
|
Kayu yang sering menjadi pilihan dalam pembuatan gitar di Alegre adalah Rosewood (Cendana) dari India. |
|
Pelbagai jenis gitar yang dihasilkan di Alegre Guitars |
Selain dari gitar yang biasa kita lihat, ada juga beberapa versi gitar yang jarang dilihat dibuat di sini seperti banjo dan mandolin. Di sini juga kami diperkenalkan dengan gitar tradisional Philippines yang dinamakan Cocolele.
|
Pemandangan gitar Cocolele dari depan (kiri) dan belakang (kanan) |
Cocolele adalah sejenis gitar seperti Ukulele yang terkenal di Hawaii. Cuma bezanya, ia menggunakan tempurung kelapa pada badannya. Bila dipandang begitu saja, macam tak percaya yang Cocolele ini adalah alat muzik yang serius sehinggalah Local Guide kami memainkannya.
|
Sedang tekun bekerja |
|
Gitar yang separa siap |
|
Memotong kayu untuk dijadikan badan gitar |
|
Pengikat tali gitar |
Selepas dah puas melihat pembuatan gitar menggunakan tangan, kita dibawa pula melawat ke Showroom Jualan Gitar. Kata Local Guide, sebuah gitar di Alegre selalunya mengambil masa di antara 1-3 minggu untuk disiapkan.
|
Guitars Showroom |
|
Dasar bahagian dalam badan gitar juga sebenarnya dibuat dengan ukiran-ukiran tertentu untuk menghasilkan bunyi yang lebih baik bila dimainkan. |
|
Kayu Sitka Spruce dari Alaska dan Palisander dari Afrika turut digunakan dalam pembuatan gitar. |
Banyak sungguh gitar yang dipamerkan untuk jualan di sini. Disebabkan kita bukan ahli muzik, kita cuma memandang sepi gitar-gitar yang dijual. Gitar paling mahal di Alegre dijual pada harga PHP 174,000 (RM 14,000).
Masa
di Alegre Guitars, ada seorang staff terdengar kami komplen gitar di
sini mahal. "Mahal" juga adalah perkataan Tagalog yang membawa maksud
yang sama. Terus dia bercakap Tagalog nak
menerangkan kenapa harga gitar tu mahal. Bila kita meminta dia
bercakap Inggeris, tergelak dia berkata, "I thought you are Filipino". Hahaha!!
|
Melihat gitar untuk jualan |
|
Bergambar di celah-celah gitar |
Sambil kita melihat gitar yang dipamerkan untuk jualan, kita turut dihiburkan dengan muzik petikan gitar yang merdu dari petugas-petugas di sini. Lagu yang dimainkan adalah sebuah lagu klasik bertajuk Canon In D ciptaan Johann Pachelbel. Sedap lagu ni, cuba dengar kat Youtube.
|
Demostrasi petikan gitar Canon In D yang sangat merdu sekali |
|
Yang ini pulak berlagak saja macam dia pandai main gitar. |
|
Nik dan gitar-gitar |
|
Beraksi bermain Cello |
|
Gitar-gitar cenderamata |
|
Modern Art berasaskan Gitar |
Sebelum meninggalkan Alegre Guitars, kita singgah dulu di kedai cenderamata di sini. Banyak juga cenderamata menarik yang dijual.
|
Kedai Cenderamata di Alegre Guitars |
|
Pelbagai cenderamata ada di sini |
Bersambung ke Bahagian 4...
CATATAN PERJALANAN CEBU (2019):