Julai 2019
CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol
Bahagian 16: Bohol 4
TARSIER CONSERVATION AREA & BILAR MAN-MADE FOREST
HARI KEEMPAT (4)
Part 35: Tarsier Conservation Area
Pulau Bohol bukan sahaja menjadi habitat Ular Sawa yang merupakan spesies ular yang terbesar di dunia, ia juga menjadi habitat spesis monyet terkecil di dunia yang dinamakan Tarsier. Maka selepas melawat Chocolate Hills, Mr. Padre membawa kami melawat ke Tarsier Conservation Area.
|
Perjalanan menuju ke Tarsier Conservation Area |
|
Restoran menarik yang dinamakan Shiphaus |
|
Saint Anthony Church |
Hujan lebat turun dalam perjalanan kami menuju ke Tarsier Conservation Area. Kata Tourist Guide kami Mr. Padre, hujan ini hujan rahmat kerana hujan dah lama tak turun di Bohol.
|
Hujan lebat |
|
Syukurlah yang kami berada di dalam van sewaktu hujan turun |
Tarsier amat sinonim dengan Bohol sepertimana Kangaru dan Koala amat sinonim dengan Australia. Malangnya haiwan ini kini tersenarai di dalam World's 25 Most Endangered Primates. Untuk memelihara haiwan ini dari pupus, beberapa pusat pemuliharaan Tarsier telah didirikan di Bohol. Kami dibawa melawat ke salah sebuah pusat ini yang dinamakan Bohol Tarsier Conservation Area yang terletak di Loboc.
|
Bohol Tarsier Conservation Area |
Tarsier ini juga ada di Pulau Sulawesi di Indonesia sewaktu kami melawat ke Manado dulu. Ia dipanggil Tarsus di sana. Malangnya kami tak berkesempatan nak melawat ke pusat pemeliharaan Tarsier di Sulawesi. Jadi bila diberitahu yang kami akan melawat Tarsier di sini, memanglah Myself dan Husband menjadi excited.
|
Ruang menunggu berhampiran Pejabat Tiket |
|
Patung Maskot Tarsier |
Tarsier (nama saintifiknya Tarsius Syrichta Fraterculus) adalah maskot pelancongan Bohol. Haiwan ini mempunyai banyak nama di Philippines yang di antaranya adalah Mamag, Mago, Magau, Malmag dan Magatilok-iok. Sedap-sedap namanya, kan?
|
Maklumat tentang Tarsier |
|
Baca kat sini untuk berkenalan lebih dekat dengan Tarsier |
|
Bergambar dulu kat sini |
|
Love In Bohol |
Kami dimaklumkan ada kira-kira 100 ekor Tarsier di pusat ini. Namun hanya beberapa ekor sahaja yang diletakkan dekat untuk tatapan pengunjung. Disebabkan ketika itu hujan masih turun, semua pengunjung diberi payung untuk dipinjam. Payung yang diberikan kecil saja, muat-muat untuk seorang dan sesuai digunakan dalam laluannya yang sempit.
|
Bergaya dengan payung pinjam |
Pengunjung hanya dibenarkan bergerak mengikut laluan sehala yang disediakan di dalam pusat konservasi ini. Laluannya juga banyak memanjat bukit menyebabkan Nik tak terdaya nak mengikut kami. Tapi Mr. Padre yang baik hati tetap berusaha nak bagi Nik tengok Tarsier. Dia mengatur dengan staff taman supaya Nik dapat pergi ke satu spot pemerhatian Tarsier yang terdekat. Dengan bantuan Mr. Padre dan staff tersebut, dapat juga Nik melihat Tarsier ini. Bertuah sungguh Nik mendapat VIP Treatment, siap dengan Personal Guide lagi.
|
Laluan sehala dalam pusat konservasi yang banyak mendaki bukit |
|
Sambil jalan, kita ambil-ambil gambar |
Tarsier dewasa hanya bersaiz sebesar tapak tangan orang dewasa. Jadi memang susah nak spot mereka. Oleh yang demikian ada staff taman yang menunggu di setiap spot pemerhatian untuk menunjukkan Tarsier ini kepada kita. Kalau mereka tak tunjuk kat kita, memang berjalan sajalah kita di sepanjang taman tanpa menyedari kehadiran haiwan kecil ini.
|
Larangan yang perlu dipatuhi kalau nak melihat Tarsier |
|
Staff di Spot Pemerhatian menunjukkan Tarsier kepada kita |
|
Nampak tak Tarsier tu? Yang macam rupa daun kering melekat kat pokok tu! |
Ketinggian Philippine Tarsier adalah di antara 9-16 cm, menjadikan ia spesis monyet yang terkecil di dunia. Sebab itulah susah nak spot Tarsier di dalam hutan.
Tarsier hidup bersendirian dan tak gemar berkawan. Mereka akan menyerang Tarsier lain yang masuk menceroboh ke ruang mereka sehingga saling berbunuhan.
|
Beginilah rupa Tarsier dari dekat |
|
Haiwan ini gemar tidur di waktu siang |
|
Mesti ada seekor lagi Tarsier di sana kerana ada staff taman yang menunggu di situ. |
Tarsier membuat sarang di atas pokok. Jika sarang dibina dekat-dekat antara satu sama lain, ia menandakan yang kawasan itu ada banyak serangga yang menjadi makanan Tarsier.
|
Mana Tarsiernya? |
|
Laa... tengah tidur bergulung kat situ. Mata tetap terbuka luas walau tengah tidur sebab Tarsier tak ada kelopak mata. |
|
Mengambil gambar Tarsier |
Seperti monyet lain, Tarsier juga gemar bergayut pada pokok dan bergerak dengan melompat laju dari dahan ke dahan pokok yang lain. Tarsier
juga aktif di waktu malam. Tarsier hanya boleh dilihat sekumpul pada waktu
malam sewaktu mereka mencari serangga untuk dijadikan makanan.
Disebabkan saiznya yang kecil, Tarsier selalu diburu dan dimakan oleh haiwan pemangsa seperti kucing, ular dan burung pemangsa macam Helang.
|
Cuba spot seekor lagi Tarsier dari sini |
|
Mana Tarsier tu? |
|
|
Itu dia! |
|
Menyorok tidur. |
Tarsier juga adalah sejenis haiwan yang tak boleh stress. Kalau Tarsier stress, mereka akan membunuh diri dengan menghantuk-hantuk kepala kepada benda yang keras. Bunyi bising boleh membuatkan Tarsier stress sampai nak mati. Kerana itulah kita diminta senyap bila berada dekat mereka. Flash dari kamera juga boleh menyebabkan Tarsier silau dan ketakutan sampai silap-silap nak bunuh diri.
|
Staff menunggu di tempat pemerhatian yang terakhir. |
|
Haa!! Tu dia kat bawah daun tu! |
Seronok pulak bila tengok Tarsier yang last kat sini matanya terbuka luas, tak tidur macam kawan-kawannya yang lain. Anak mata Tarsier pula macam anak mata kucing, boleh jadi bulat
penuh di waktu malam dan mengecil sampai nampak macam titik halus saja di
waktu siang. Satu fakta yang menarik juga adalah saiz mata Tarsier sebenarnya lebih besar dari saiz otak mereka.
|
Seronok tengok Tarsier yang ini tengah berjaga tak tidur. |
|
Tapi kena senyap dan berhati-hati, takut Tarsier rasa stress dan nak bunuh diri pulak. Tak rela kita yang menjadi penyebab Sang Tarsier membunuh diri. |
Mata
Tarsier yang besar membolehkan Tarsier melihat dengan baik di tengah
malam. Tarsier
tak boleh menggerakkan mata kerana mata mereka terlekat terus kepada
tengkorak kepala. Walau bagaimanapun, Tarsier boleh memusing tengkuk
mereka untuk melihat keliling sehingga 180°.
|
Comel, kan? Itu yang buat kucing, ular dan burung pemangsa geram je nak makan dia. |
Tahukah anda yang watak Yoda yang famous dalam filem Star Wars adalah diilhamkan dari Tarsier? Kalau tak percaya, cuba bandingkan wajah Tarsier dengan wajah Yoda.
|
Ini Yoda dari filem Star Wars... |
|
Ini pulak Tarsier... Kalau tambah kelopak mata pada Tarsier, seiras tak rupa dia orang? |
|
Kenangan di Tarsier Conservation Area selepas dah habis melihat Tarsier. |
Kami cuma menghabiskan masa dalam setengah jam di Tarsier Conservation Area. Walaupun sekejap, memang puas hati dapat berkenalan dengan makhluk Tuhan yang unik ini.
Untuk keluar dari pusat ini, kita akan melalui kedai cenderamata. Banyak cenderamata yang dijual di sini.
|
Kedai cenderamata di Tarsier Conservation Area |
|
Banyak cenderamata yang dijual |
Part 36: Bilar Man-Made Forest
Dah tiba masa untuk kita pergi makan tengahari. Dalam perjalanan ke sana, kita melalui Bilar Man-Made Forest.
|
Bilar Man-Made Forest |
|
Pengunjung-pengunjung ke Bilar Man-Made Forest |
Hutan Mahogany tanaman semula sepanjang 2 km ini sangat cantik dengan pokok-pokoknya yang tersusun. Pokok-pokoknya juga tinggi menjulang, menambahkan keindahan suasana di sini.
|
Mr. Padre pun sibuk nak tangkap gambar juga. |
|
Puas suruh Kanesh berposing berguling atas jalan macam dalam filem Hindustan, tetap dia tak mahu. Hahaha! |
|
Aksi favourite di Bilar Man-Made Forest ~ bergambar kat tengah jalan. |
Disebabkan pokok-pokok yang tinggi ini melindungi sinaran matahari, suasana di dalam hutan menjadi dingin dan segar. Memang terasa seolah-olah kita sedang berada di sebuah tempat yang istimewa bila melalui hutan ini.
|
Empat Sekawan |
Hutan ini adalah sebuah tarikan pelancongan utama di Bohol, tapi tak ada tempat parking khas kenderaan disediakan. Banyak kereta khususnya yang membawa pelancong akan berhenti di tepi-tepi jalan. Satu aktiviti yang popular di kalangan pengunjung ke sini adalah bergambar kat tengah jalan. Tapi kena berhati-hati sikit bila nak bergambar, takut kena langgar pulak sebab jalan yang melalui hutan ini banyak dilalui kenderaan yang ada kalanya bergerak laju.
|
Empat Sekawan dengan Mr. Padre |
|
Husband bergambar dengan pemandu van kami yang bernama Joyjoy. |
Bersambung ke Bahagian 17...
CATATAN PERJALANAN CEBU (2019):