Julai 2019
CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol
Bahagian 4: Cebu City Tour 3
TAOIST TEMPLE & HERITAGE OF CEBU MONUMENT
HARI KEDUA (3)
Part 10: Lunch Di Golden Peak Hotel
Selepas melawat Alegre Guitars, kami dibawa kembali ke Cebu City untuk makan tengahari.
|
Tricycle adalah pengangkutan yang banyak digunakan di kawasan pinggir bandar di Philippines. |
|
Pemandangan Tricycle dari sisi |
Perjalanan pulang ke Cebu City adalah menggunakan Marcelo Fernan Bridge sekali lagi.
|
Marcelo Fernan Bridge |
|
Pemandangan di atas Marcelo Fernan Bridge |
|
Penjual jalanan di atas Marcelo Fernan Bridge |
|
Pemandangan dari Marcelo Fernan Bridge |
|
Pelabuhan Cebu |
|
Pemandangan Mandaue-Mactan Bridge dari Marcelo Fernan Bridge. Jambatan Mandaue-Mactan ini adalah jambatan yang pertama dibina merentasi Mactan Channel. |
|
Berselisih dengan Jeepney |
|
Jeepney |
|
Traffic Jam |
|
Teksi Bandar |
|
Adik-adik Sekolah |
Makan tengahari disediakan di Cafe Lucita di Golden Peak Hotel. Hotel ini sebenarnya terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami, Harolds Hotel.
|
Kaunter Reception di Golden Peak Hotel |
|
Cafe Lucita |
Makanan disediakan secara buffet di Cafe Lucita. Tapi adalah juga pilihan makanan vegetarian dan seafood untuk kami. Bersungguh-sungguh Melody membantu bertanya kepada Chef di restoran ini untuk memastikan makanan yang boleh kami makan.
|
Buffet di Cafe Lucita |
|
Ada beberapa pilihan makanan vegetarian dan seafood di sini |
|
Nasi, Sayuran dan Ikan untuk makan tengahari |
|
Berehat di lobi selepas Lunch |
|
Naik van semula untuk meneruskan Tour |
Part 11: Taoist Temple
Selepas melawat Pulau Mactan, kita melawat pula tempat-tempat menarik di Cebu City sendiri. Lawatan pertama adalah ke Taoist Temple.
|
Melody |
Taoist Temple ini terletak di atas bukit, di tengah-tengah kawasan perumahan eksklusif yang dinamakan Beverly Hills. Ia dibina sebagai rumah ibadat oleh komuniti Cina yang membentuk 15% komposisi penduduk di Cebu City.
|
Pintu masuk ke Taoist Temple |
|
Group Photo |
|
Walaupun tak begitu besar, kawasan sekelilingnya dipenuhi dengan landskap yang menarik. |
|
Laluan masuk ke Temple ini dibina menyerupai Tembok Besar China |
|
Pose yang menarik dari Nik dan Kanesh |
|
Pemandangan ke arah bahagian dalaman temple |
|
Welcome To Philippine Taoist Temple |
|
Pemandangan ke arah bangunan Temple |
|
Naga |
|
Bergambar dengan Naga |
|
Tidak Dibenarkan Memanjat |
|
Pandangan Naga dari sisi |
|
Cakkk!!! |
|
Bumbung bangunan utama Temple yang dibina berbentuk Pagoda |
|
Heavenly Temple of Charity |
|
Pemandangan dari depan Heavenly Temple of Charity |
Kuil ini bukan kuil Buddha. Ia sebaliknya adalah rumah ibadat agama Tao yang diperkenalkan oleh seorang ahli falsafah di negara China yang bernama Lao Tze. Kerana itulah tak ada patung Buddha di sini.
|
Berjalan ke arah Bangunan Utama Taoist Temple |
|
Lukisan di depan bangunan utama |
Bangunan utama Temple boleh dimasuki pelawat tetapi fotografi tidak dibenarkan di dalamnya. Pengunjung yang memakai seluar pendek juga akan diberi sehelai kain untuk menutup aurat sebelum masuk ke ruang sembahyang.
|
Taoist Temple |
|
Pemandangan menghala ke kawasan perumahan mewah Beverly Hills |
|
Satu lagi pemandangan Beverly Hills |
|
Pemandangan menghala ke Cebu City |
|
Cebu City |
|
Sebuah lagi replika pagoda di Taoist Temple |
|
Wheel of Life |
|
Dewan berhampiran Dewan Sembahyang Utama |
|
Tiang-tiang di tepi Dewan |
|
Loceng |
Kita tak dibenarkan mengambil gambar di dalam Dewan Sembahyang Utama. Untuk mengabadikan kenangan, terpaksalah kita curi-curi saja snap gambar dari jauh.
|
Pemandangan menghala ke Dewan Sembahyang Utama. Konon-kononnya tangkap gambar Nik untuk mengaburi mata sekuriti yang melarang tangkap gambar Dewan Sembahyang. |
|
Kami perhatikan bukan penganut Tao sahaja yang bersembahyang di sini. Rakyat Philippine lain dan pelancong-pelancong asing juga ramai yang menyertai upacara sembahyang Tao di sini. |
|
Gambar yang diambil oleh Melody |
Selepas menghabiskan masa kira-kira 20 minit, kami meninggalkan Taoist Temple untuk menuju ke destinasi yang seterusnya. Bukan ada apa benda pun yang boleh dibuat di sini, sekadar melihat suasana dan pemandangan di sekitar saja.
|
Bergerak keluar dari Taoist Temple |
|
Mengintai dari jendela |
Part 12: Heritage of Cebu Monument
Destinasi kami yang seterusnya adalah Yap Sandiego Ancestral House. Dalam perjalanan ke sana kami ditunjukkan Heritage of Cebu Monument.
|
Jeepney |
|
Taman awam di tengah kota Cebu |
|
Penjual jalanan |
Heritage of Cebu Monument adalah sebuah tugu yang menceritakan sejarah Cebu secara sepintas lalu. Pada tugu ini, terdapat ukiran beberapa bangunan bersejarah di Cebu seperti Basilica del Santo Nino, Cebu Metropolitan Cathedral, St John The Baptist Church, Magellan's Cross dan sebuah kapal Spanish Galleon.
Beberapa peristiwa penting yang berlaku di Cebu juga diabadikan pada tugu ini. Ia termasuklah Baptism of Rajah Humabon, perarakan Santo Nino, Roman Catholic Mass dan peperangan Battle of Mactan di antara Lapu-Lapu dengan Ferdinand Magellan. Patung tokoh tempatan seperti Senator Marcelo Fernan yang namanya diabadikan pada jambatan yang menghubungkan Cebu City dengan Mactan Island pun ada.
|
Heritage of Cebu Monument |
|
Banyak bangunan, peristiwa bersejarah dan tokoh tempatan di Cebu diabadikan pada Monumen ini. |
Disebabkan gambar yang kita ambil dari dalam van tak berapa clear, kita gunakan gambar-gambar yang kita jumpa kat internet untuk menunjukkan tugu ini dengan lebih jelas.
|
Heritage of Cebu Monument |
|
Battle of Mactan |
|
Kapal Magellan |
Bersambung Ke Bahagian 5...
CATATAN PERJALANAN CEBU (2019):