Monday, 9 September 2019

2019 LANGKAWI BHG. 01 (KL - Langkawi)

September 2019

LANGKAWI, MALAYSIA

Bahagian 1: Perjalanan Ke Langkawi
KUALA LUMPUR KE LANGKAWI

Part 1: Percutian Bak Orang Putih Ke Langkawi

Percutian Bak Orang Putih kami di Malaysia diteruskan lagi selepas kembali dari Cebu, Philippines. Destinasi kami pada kali ini adalah Pulau Lagenda di negeri Kedah Darul Aman ~ Langkawi.

Pulau Langkawi
Disebabkan kita dah lama tinggalkan subjek Geografi Malaysia di sekolah dulu, eloklah kita refresh semula kedudukan Pulau Langkawi dengan melihat peta di bawah ini...

Peta kedudukan Langkawi di Semenanjung Malaysia
Langkawi adalah salah sebuah destinasi pelancongan utama di Malaysia. Ia sebenarnya terdiri dari gugusan 99 buah pulau di barat laut Semenanjung Malaysia. Pulau Langkawi sendiri adalah pulau yang terbesar di dalam gugusan kepulauan ini. Keindahan landskap semulajadi di pulau ini membolehkan Langkawi menerima pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark yang pertama di Asia Tenggara pada tahun 2007.

Lazimnya rakyat Malaysia hanya berkunjung ke Langkawi untuk bershopping kerana ingin memanfaatkan status Langkawi sebagai sebuah Pulau Bebas Cukai. Tak ramai rakyat Malaysia yang datang untuk menikmati keindahan status UNESCO Global Geopark ini. Oleh itu, mari kita melawat keistimewaan Pulau Langkawi dari kaca mata (kononnya) Orang Putih yang datang melancong ke sini...

HARI PERTAMA (1)

Part 2: Perjalanan Ke Langkawi

Perjalanan kami ke Pulau Langkawi adalah menggunakan pesawat tambang murah Air Asia yang berlepas pada pukul 2.00 petang. Demi kemudahan urusan, perjalanan dimulakan dari rumah pada pukul 10.00 pagi dengan menaiki teksi ke KLIA2.

KLIA 2
Kami berlepas ke Langkawi pada cuti Awal Muharram yang jatuh pada 1 September 2019. Sehari sebelum itu, rakyat Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan Ke-62 pada 31 Ogos 2019. Perhiasan Hari Kemerdekaan menghiasi KLIA2 kerana bulan Kemerdekaan sememangnya disambut dari 15 Ogos sehingga ke Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun. 

Perhiasan Hari Kemerdekaan di KLIA2
Dah 62 tahun kita merdeka dari penjajahan British
Walaupun ketika ini Long Weekend sempena cuti bersambung Hari Kemerdekaan dan Awal Muharram, suasana di KLIA2 tidaklah begitu sibuk. Mungkin suasana semalam lebih sibuk sebab permulaan Long Weekend. Maklumlah bila ada Long Weekend begini, memang ramai yang akan mengambil kesempatan untuk travel bercuti, termasuklah kami berdua.

Arah ke Kaunter Daftar Masuk di KLIA2
Suasana di KLIA2 tidak sesibuk seperti yang dijangka
Semak dulu Kaunter Check-in di sini
Kaunter Check-in flight kita ke Pulau Langkawi masih belum dibuka
Semua penumpang Air Asia di KLIA2 kini wajib membuat check-in secara Self-Service menggunakan mesin di Kiosk yang disediakan. Disebabkan kita dah punya pengalaman, taklah kita terkial-kial menggunakannya macam sewaktu nak ke Cebu dulu. Masukkan saja maklumat ke dalam mesin. Nanti keluarlah Baggage Tag yang perlu dilekatkan sendiri kepada bagasi.

Self-Service Check-In
Lekatkan Tag kepada beg
Lepas itu barulah kita bawa beg ke Kaunter Check-In. Disebabkan suasana ketika itu kurang sibuk, ada seorang petugas Air Asia yang membantu kami membuat Check-In.

Kaunter Check-In penerbangan kami ke Langkawi
Staff Air Asia yang membantu membuat Check-In
Walaupun ketika itu masih agak awal, kami membuat keputusan untuk Lunch di Restoran Mamak yang terletak di tingkat atas Pintu Perlepasan. Maklumlah pesawat kami dijadualkan berlepas ke Langkawi pada pukul 2 petang. Penumpang pasti akan dipanggil masuk pada pukul 1 tengahari nanti. Kalau tak Lunch sekarang, alamat berlaparlah sehingga tiba ke Langkawi.

Restoran Mamak di KLIA2
Disebabkan ketika itu masih agak awal untuk Makan Tengahari, kita makan ringan-ringan saja untuk mengalas perut sampai tiba di Langkawi
Boarding Pass kami ke Langkawi
Suasana di bawah sana dari Restoran Mamak
Suasana di Restoran Mamak
Kerusi-kerusi Urut di depan Restoran Mamak
Selepas mengalas perut, barulah kita masuk ke Pintu Perlepasan. Oleh kerana kita cuma nak ke Langkawi, kita masuklah menerusi Pintu Perlepasan Dalam Negeri. Suasana di dalam Pintu Perlepasan Dalam Negeri ini agak kurang meriah kalau dibanding dengan Pintu Perlepasan Antarabangsa. Biasalah, walau di airport di mana juga, mesti ada diskriminasi kepada penumpang-penumpang domestik yang dianggap tak semewah penumpang antarabangsa.

Pintu Perlepasan Dalam Negeri
Arah ke pintu-pintu perlepasan
Pintu Perlepasan kami pada hari ini adalah J10
Travelator ke Pintu Perlepasan
Jenuh nak mencari pintu kami pada signboard ini
Kedai-kedai di Pintu Perlepasan Domestik
Airside Shoppe
Mencari Pintu Perlepasan J10
Wehh, ada flight ke Honolulu nak berlepas selepas pesawat kita ke Langkawi. Bilalah agaknya kita kan boleh sampai ke sana?
Tiba di kawasan Pintu Perlepasan, kita tunggulah panggilan masuk bersama-sama penumpang lain. Ramai sungguh penumpang Arab yang nak pergi ke Langkawi bersama kami. Biasalah dia orang ni ~ yang perempuan bertudung litup tapi yang lelakinya berpakaian macam American habis!

Suasana di luar Pintu Perlepasan J10
Penumpang-penumpang Arab yang nak ke Langkawi bersama kami
Alhamdulillah, pesawat kami AK 6310 ke Langkawi berlepas mengikut jadual. Pada pukul 1 tengahari, Pintu Perlepasan dibuka dan penumpang-penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat pada pukul 1.30 tengahari.

Maklumat penerbangan kami
Menunggu di Pintu Perlepasan
Pesawat kami tiba di Pintu Perlepasan dari destinasi yang sebelumnya
Bagasi sedang dipunggah masuk ke dalam pesawat
Eyy, itu beg kitalah tengah diangkut masuk ke dalam flight!
Beratur nak masuk ke dalam flight
Pemandangan dari Airbridge
Masuk ke dalam pesawat
Suasana di dalam pesawat
Pemandangan sewaktu pesawat bergerak ke runway
Menunggu giliran untuk terbang
Sebuah pesawat Air Asia nak mendarat
Pesawat Air Asia lain yang beratur menunggu giliran untuk terbang di belakang kami
Pemandangan sewaktu dah berlepas ke udara
Pesawat kami Air Asia AK 6310 selamat berlepas ke Langkawi pada pukul 2 petang mengikut jadual. Penerbangan ini mengambil masa kira-kira 1 jam.

Meninggalkan KLIA
Selat Melaka
Terbang menuju ke utara
Kawasan Teluk Intan di Perak agaknya ni.
Sajian Penerbangan
Disebabkan penerbangan ini singkat, kami tak order pun pre-book meal dalam pesawat. Tapi disebabkan pesawat ini berlepas waktu tengahari memang ramai penumpang yang order pre-book meal. Bau makanan yang dihidangkan memang menguji perut kami yang kelaparan.

Terbang menuju ke Pulau Langkawi
Alhamdulillah, cuaca baik sepanjang penerbangan
Cuba gunakan imaginasi sikit... Nampak macam rupa apa awan di sana?
Ada macam rupa muka baby tak awan di sana tu?
Kami tiba di Pulau Langkawi pada pukul 3 petang. Suasana di Airport Langkawi ketika itu macam baru saja selepas hujan lebat.

Tiba di Langkawi
Terbang menuju ke Airport Langkawi
Telaga Harbour Marina
Masih menuju ke Airport Langkawi
Tapak Pameran Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition (LIMA)
Lagi pemandangan tapak Pameran LIMA
Tiba di Airport Langkawi

Part 3: Langkawi International Airport

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terletak di sebuah tempat yang bernama Padang Matsirat. Walaupun airport ini tak berapa besar, ia adalah antara airport yang tersibuk di Malaysia. Selain dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka, airport ini juga ada penerbangan langsung berjadual dengan destinasi luar negara seperti Singapore, Phuket dan Guangzhou. 

Pada musim-musim tertentu sebuah syarikat penerbangan British yang bernama TUI Airways juga menyediakan penerbangan sewa khas langsung dari Britain. Oleh kerana Langkawi juga adalah destinasi percutian popular di kalangan Orang Arab, Qatar Airways akan memulakan penerbangan langsung berjadual dari Doha ke Langkawi pada bulan Oktober 2019 nanti.


Langkawi International Airport
Selamat Datang Ke Langkawi
Suasana di lapangan terbang ini macam baru lepas hujan lebat
Pesawat Air Asia lain yang sedang parking di Airport Langkawi
Private Jet
Airport di Langkawi ini tak ada airbridge. Tangga akan dibawa dekat dengan pesawat untuk membolehkan penumpang turun.

Tangga sedang ditolak dekat ke pesawat
Pesawat Air Asia yang membawa kami ke Langkawi dari Kuala Lumpur
Thank you, Air Asia!
Pintu Ketibaan Domestik di Airport Langkawi
Tempat mengambil bagasi
Kami memang kelaparan bila tiba di Langkawi, lebih-lebih lagi selepas digoda hebat dengan bau enak makanan pre-book dalam kapal terbang tadi. Walaupun telah agak lewat, kami tetap singgah di Food Court untuk mengisi perut.

Suasana di Airport Langkawi
Satu lagi suasana di Airport Langkawi
Food Garden
Suasana di Food Garden
Kata pantun Melayu: Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati. Lepas dah kenyang perut suka hati barulah kita mencari teksi untuk pergi ke hotel penginapan.

Naik teksi untuk ke hotel penginapan
Ini sebenarnya bukanlah kali pertama kami bercuti ke Langkawi. Tapi percutian terakhir dulu tu mungkin dah lebih 10 tahun. Jadi macam jakun jugalah kita melihat pemandangan di sekeliling, bak itulah kali pertama kita sampai ke Langkawi.

I Love Langkawi
Suasana di Langkawi
Menuju Ke Pekan Kuah
Langkawi ~ 1st Geopark In South East Asia

Part 4: Bayview Hotel Langkawi

Sewaktu di Langkawi, kami menginap di Hotel Bayview yang terletak di pekan Kuah. Masa buat booking hotel dulu teragak-agak juga sama ada nak stay di Kuah ataupun Pantai Chenang. Fikir punya fikir, akhirnya kami memilih untuk tinggal di Kuah. Maklumlah kita bukannya masih muda. Kalau muda-muda dulu, Pantai Chenang yang happening mungkin jadi pilihan. Dah usia-usia begini, lebih selesa dan tenang rasanya duduk di Pekan Kuah.


Bayview Hotel Langkawi
Lobi Bayview Hotel Langkawi
Reception Hotel
Disebabkan Myself yang buat booking, kitalah yang terpaksa berurusan untuk check-in.
Ini bukan kali pertama kami menginap di Bayview Hotel. Masa datang ke Langkawi lebih 10 tahun dulu pun kami menginap di sini. Tapi puji sangatlah upkeep hotel ini. Walaupun ia sebuah hotel lama, maintenance dan upkeepnya sangat baik. Suasana dan kemudahan di hotel ini setanding dengan hotel-hotel baru.

Bilik penginapan
Pemandangan dari bilik hotel
Waduh, indahnya pemandangan!
Pemandangan di luar jendela
Kolam renang hotel
Swimming Pool
Tak sangka dapat bilik yang menghadap ke laut sebenarnya.
Menara Langkawi yang masih dalam pembinaan
Selain dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah, ada juga feri yang memberi perkhidmatan ke Satun dan Koh Lipe di Thailand dari Langkawi.
Burung Lang Besar yang terkenal di Langkawi pun dapat dilihat dari bilik kami
Close-up sikit pemandangan Burung Lang Besar
Ada minuman petang percuma disediakan untuk semua penginap Hotel Bayview setiap hari. Hidangan minum petang ini disediakan di Executive Lounge yang terletak di Tingkat 14. Kami memang memanfaatkan minuman petang ini sewaktu tinggal di sini. Tak pernah miss minum petang free ini walaupun sehari.

Executive Lounge
Minuman Petang percuma yang disediakan untuk penginap hotel
Kerusi santai yang disediakan di Lounge ini memang selesa
Hidangan Minum Petang
Kita tonton TV sambil minum petang
Pemandangan dari Executive Lounge
Satu lagi pemandangan dari Executive Lounge


 Bersambung Ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN LANGKAWI (2019):