Friday, 26 July 2019

2019 CEBU BHG. 14 (Xzootic Animal Park)

Julai 2019

CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol

Bahagian 14: Bohol 2
XZOOTIC ANIMAL PARK & BUTTERFLY GARDEN

HARI KEEMPAT (2)

Part 31: Bohol Island

Welcome To Bohol Island. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Tagbilaran, Bohol pada pukul 9 pagi selepas menaiki feri Oceanjet selama 2 jam dari Cebu City.

Bukti dah selamat tiba di Bohol
Tourist Guide kami yang bernama Mr. Padre dah sedia menanti bersama pemandu van, Joyjoy.

Mr. Padre dah sedia menanti
Bertemu dengan Mr. Padre
Tagbilaran Passenger Terminal
Van kami.
Tak seperti lawatan ke Cebu City dan Oslob, tour kami di Bohol Island tak berkongsi dengan orang lain. Dari Passenger Terminal di Tagbilaran, Mr. Padre membawa kami ke destinasi pertama kami, Xzootic Animal Park and Butterfly Garden.

Memulakan lawatan di Bohol Island
Dalam perjalanan, Mr. Padre bercerita kepada kami tentang latar belakang Bohol Island. Pulau ini dihuni oleh 1.3 juta penduduk dan yang menarik, 10% di antara mereka beragama Islam. Tagbilaran adalah satu-satunya bandaraya (City) di pulau ini dan terdapat 47 buah bandar lain di sini. Kata Mr. Padre, ada 3 buah masjid di Tagbilaran tapi tak nampak walau sebuah pun dalam laluan kami.

Tagbilaran
Bandar Tagbilaran
Seperti di Malaysia, pemakaian helmet diwajibkan kepada semua penunggang motorsikal di Philippines
Menyiapkan tugu di tengah bandar
Mr. Padre bercerita tentang Pulau Bohol
St Joseph The Worker Cathedral di bandar Tagbilaran
Pintu masuk ke St Joseph The Worker Cathedral
Sepanjang perjalanan di Bohol, kami dapat melihat banyak gereja lama yang didirikan pada zaman Spanish. Seperti pulau-pulau lain di Philippines, Bohol juga tidak terlepas dari penjajahan Spanish. Kata Mr. Padre, selama 300 tahun Spanish memerintah, banyak perkara yang dipaksa oleh mereka ke atas penduduk Philippines. 

Satu-satunya perkara yang tidak dipaksa oleh Spanish ke atas penduduk Philippines ialah mereka tidak diwajibkan bertutur dalam Bahasa Spanish. Namun demikian disebabkan pengaruh Spanish yang tebal, banyak perkataan Spanish turut menyusup masuk ke dalam Bahasa Tagalog. Dialek Bahasa Tagalog yang dipertuturkan oleh penduduk kepulauan Visayas (yang termasuk Cebu dan Bohol) dikenali sebagai Bisaya.

Sebuah gereja yang dibina oleh Spanish di Bohol
Sebuah lagi gereja Spanish di Bohol
Baclayon Public Market
Nama Baclayon Public Market dalam Bahasa Tagalog
Paya Bakau
Paya bakau di tepi laut
Pemandangan laut di Pulau Bohol
Sungai Loboc
Amaran jalan licin pada waktu hujan
Jeepney
Pokok Nipah yang dipanggil Nipa dalam Bahasa Tagalog

Part 32: Xzootic Animal Park & Butterfly Garden

Seperti namanya, Xzootic Animal Park & Butterfly Garden terdiri dari dua bahagian: Taman Rama-Rama dan Taman Haiwan Eksotik.

Xzootic Animal Park & Butterfly Garden
Di sini, kami dilayan oleh seorang petugas taman yang bernama Oliver. Dia informatif dan kelakar orangnya.

Oliver
Untuk memulakan lawatan, Oliver membawa kami ke Butterfly Garden. Sebelum masuk ke dalam taman, kami diberi penerangan tentang kitar hidup Rama-Rama.

Butterfly Garden
Rama-Rama memulakan hidup mereka sebagai ulat beluncas.
Close-up Ulat Beluncas
Ulat Beluncas kemudiannya bertukar menjadi Kepompong sebelum menjadi Rama-Rama
Pupa / Kepompong
Beberapa spesis rama-rama dan kupu-kupu yang dipamerkan
Kata Oliver, Kupu-Kupu tak boleh hidup lebih dari seminggu kerana mereka tak minum air seperti waktu masih menjadi beluncas.
Kemudian barulah kami masuk ke Taman Rama-Rama yang sebenarnya. Kata Oliver, tak banyak Rama-Rama yang ada pada masa ini kerana musim hujan dah bermula. Rama-Rama tak suka hujan, kata Oliver.

Pemandangan di dalam Butterfly Garden
Rama-Rama menghisap madu
Menangkap gambar Rama-Rama
Close-up Rama-Rama
Mencari Rama-Rama di celah tumbuhan
Bergambar dengan Rama-Rama
Walaupun Kanesh memakai baju bunga-bunga, tak ada Rama-Rama hinggap kat dia.
Kemudian kita melawat pula ke Exotic Animal Park di sebelah Butterfly Garden. Berbagai haiwan eksotik Bohol dipamerkan di mini zoo ini. Haiwan yang paling banyak dipamerkan adalah Ular Sawa.

Exotic Animal Park
Di pintu masuk ke Exotic Animal Park ini ada dipamerkan bangkai seekor ular sawa yang telah diawet. Kata Oliver, ular ini yang dinamakan Samantha adalah Ular Sawa paling besar yang pernah dipelihara di sini. Samantha mati pada usia 12 tahun kerana sakit tua.

Samantha Si Ular Sawa
Kemudian kami dibawa melihat seekor ular sawa berwarna kuning dari spesis Burmese Python. Ular ini melingkar tak bergerak. Kata Oliver, ular ini sedang kekenyangan kerana diberi makan 3 ekor ayam semalam. Ular-ular di sini diberi makan seminggu sekali. Makanan yang diberi cukup untuk mengenyangkan ular selama seminggu.

Burmese Python yang diberi nama Recca
Ular Sawa ini sedang melingkar kekenyangan selepas makan 3 ekor ayam semalam.
Kata Oliver, dia lebih dahsyat kalau dibandingkan dengan Ular Sawa. Selepas Ular Sawa makan 3 ekor ayam, mereka boleh kenyang seminggu. Tapi kalau Oliver yang makan 3 ekor ayam, dia cuma boleh kenyang sehari. Hahaha!

Sibuk dia orang berdua ni nak posing pegang-pegang Ular Sawa. Myself dan Nik tak teringin pun nak pegang sebab geli.
Kat sebelah Recca, ada seekor Ular Sawa Batik macam yang selalu kita lihat di Malaysia. Pengunjung walau bagaimanapun dilarang dari memegang ular ini kerana ia sedang bersalin kulit. Proses salin kulit ini berlaku secara semulajadi untuk membolehkan ular membesar dan membuang parasit yang mungkin dah terlekat pada kulit yang lama.

Ular ini tak boleh disentuh kerana sedang bersalin kulit
Jika di Yogyakarta dulu kita belajar menghayati peribahasa Bagai Padang Jarak Padang Terkukur sewaktu melihat kesan kemusnahan gunung berapi dan di Bali pula kita belajar penghayatan peribahasa Bagai Ombak Menghempas Pantai, kat Bohol pula kita belajar maksud peribahasa Bagai Ular Sawa Melingkar. Memang ular-ular ini semua nampak macam tak sedar diri langsung waktu tidur kekenyangan.

Ular Sawa Batik
Apa benda yang dimakannya semalam sampai melingkar tak sedar diri begini?
Di kawasan terbuka Exotic Animal Park ini juga ada seekor Ular Sawa Albino yang tidak diletakkan dalam sangkar.

Nampak tak ular yang melingkar kat depan sana?
Berusaha nak menangkap gambar kepala ular
Risau je kalau tiba-tiba ular ini menjadi agresif
Pose menarik dengan Sawa
Selain dari Ular Sawa, ada juga haiwan-haiwan lain yang dipelihara di sini.

Burung Turki
Helang
Merak
Musang Luwak yang juga dipanggil Musang di Philippines
Kata Oliver, Musang Luwak di sini diberi makan pisang dan bukan biji kopi sebab biji kopi mahal.
Kera
Burung Nuri
Xzootic Animal Park & Butterfly Garden ini tak besar. Dalam setengah jam, dah boleh habis cover semua. Sepanjang perjalanan kami di Bohol, kami dapat melihat beberapa buah lagi taman rama-rama dan exotic animal park begini. Semuanya menjadikan Ular Sawa sebagai star attraction. Memang banyak Ular Sawa agaknya di Pulau Bohol ini. Teringat pulak kat daging Ular Sawa yang dijual di Pasar Beriman Tomohon di Manado dulu. Kalau penjual kat sana dapat datang ke Bohol, pasti mereka suka.

Kedai cenderamata di pintu keluar
Pelbagai cenderamata yang dijual


 Bersambung ke Bahagian 15...


CATATAN PERJALANAN CEBU (2019):