Julai 2019
CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol
Bahagian 13: Bohol 1
CEBU CITY - TAGBILARAN
HARI KEEMPAT (1)
Part 28: Perjalanan Ke Port of Cebu
Magandang Umaga! Good Morning, Cebu! Hari ini juga kami kena bangun awal kerana kami nak melawat ke Pulau Bohol.
|
Magandang Umaga, Cebu! |
|
Good Morning, Cebu! |
Pasti ramai yang tak pernah mendengar tentang Pulau Bohol di Philippines, bukan? Pulau ini terletak di sebelah timur Pulau Cebu. Kalau Pulau Cebu berbentuk memanjang, pulau ini pula berbentuk bulat. Ia terkenal dengan tarikan seperti Chocolate Hills, Scuba Diving, Spanish Architecture dan pusat konservasi spesis monyet terkecil di dunia yang dinamakan Tarsier.
Perjalanan kami juga dimulakan awal pada hari ini ~ pukul 6.00 pagi. Seperti perjalanan ke Oslob semalam, hari ini juga kami buat request untuk packed breakfast dari Harolds Hotel.
|
Menunggu wakil Travel Agent datang menjemput |
|
Suasana awal pagi di lobi Hotel Harolds |
Tepat pukul 6 pagi, petugas dari Travel Agent yang bernama Ben datang menjemput. Kami dibawa menaiki van ke Terminal Feri di Port of Cebu.
|
Suasana di awal pagi |
|
Jeepney |
|
Kawasan bersejarah Fort San Pedro |
Dalam perjalanan ke Port of Cebu, kami melintas sebuah lagi landmark bersejarah di Cebu City yang bernama Fort San Pedro. Fort San Pedro adalah kota yang didirikan oleh Spanish pada tahun 1595 untuk mempertahankan Cebu daripada penduduk-penduduk Muslim Philippines yang menentang penjajahan mereka. Ia juga adalah kota Spanish yang terkecil dan tertua di seluruh Philippines.
|
Fort San Pedro |
|
Pemandangan Fort San Pedro dari depan. Macam rupa kota A Famosa di Melaka je rupa pintu masuknya. |
Sebelum menurunkan kami di Terminal Feri, Ben menunjukkan Balai Polis Pelabuhan kepada kami. Di sinilah van akan menunggu selepas kami balik dari Bohol nanti.
|
Balai Polis di Pelabuhan Cebu |
|
Pejabat Tiket Feri |
Part 29: Passenger Terminal, Port of Cebu
Pintu masuk ke Bangunan Passenger Terminal di Port of Cebu ini sedang diperbaiki. Penuh perancah pembinaan di depannya.
|
Pintu masuk ke Passenger Terminal di Port of Cebu |
|
Pengawal sekuriti di pintu masuk ke Terminal |
Ada mesin X-Ray di pintu masuk ke Terminal. Ada notis kat situ yang tertulis air tak dibenarkan masuk ke dalam mesin. Panik sekejap kami dibuatnya sebab kami membawa botol air mineral yang dibekalkan bersama Packed Breakfast kami. Ingatkan tak boleh bawa masuk air macam peraturan kat airport tu. Rupanya air boleh dibawa masuk, cuma kena dipegang tangan dan tak boleh dimasukkan ke dalam mesin X-Ray.
|
Plak Perasmian Passenger Terminal di Port of Cebu |
Perkara pertama yang perlu kita buat sebaik tiba di Passenger Terminal ini ialah menukarkan voucher yang diberi oleh Travel Agent dengan tiket di kaunter feri Oceanjet. Mudah je nak berurusan. Kaunter feri ini pun terletak betul-betul lepas mesin X-Ray tadi.
|
Kaunter Tiket Feri Oceanjet |
|
Urusan menukar voucher dengan tiket feri |
Selain dari itu, setiap penumpang yang nak menaiki feri perlu membayar Terminal Fee berjumlah PHP25 (RM2) di sebuah kaunter berasingan. Kita tak boleh masuk ke ruang menunggu feri sebelum membayar Terminal Fee ini.
|
Terminal Fee PHP25 perlu dibayar sebelum masuk ke ruang menunggu feri |
|
Pintu masuk ke ruang menunggu feri |
|
Jadual perlepasan feri. Feri kami Oceanjet yang menuju ke Tagbilaran dijadualkan berlepas pada pukul 7.00 pagi dari Pintu 8. |
Sebaik masuk ke Terminal Feri, kita tengok dulu pemandangan kesibukan Pelabuhan Cebu di luar tingkap. Seperti juga Indonesia, Philippines adalah sebuah negara kepulauan. Maka feri menjadi mode pengangkutan perhubungan yang penting.
Terminal Penumpang ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Sesuatu yang bagus ialah ada banyak peluang pekerjaan yang diberi kepada orang buta di sini dengan blessings dari Cebu Port Authority. Mereka menawarkan khidmat mengurut dan juga hiburan kepada penumpang yang menunggu feri.
|
Pemandangan di Pintu-Pintu Perlepasan Feri |
|
Tandas Lelaki (disebut Lalaki dalam Bahasa Tagalog) |
|
Kedai Islands Souvenir ini ada di mana-mana saja di Cebu |
|
Khidmat Mengurut dari Orang Buta |
|
Help Desk dalam Bahasa Tagalog dipanggil Malasakit |
|
Sebuah lagi kedai cenderamata di Passenger Terminal |
|
Inilah Pintu Perlepasan kami |
|
Terminal ini cantik dan selesa |
|
Hiburan nyanyian dari kumpulan Orang Buta |
|
Sedap suara mereka menyanyi. Macam penyanyi profesional. |
Sambil menunggu waktu perlepasan feri, sempat jugalah kami makan packed breakfast yang dibekalkan oleh Harolds Hotel tu. Macam semalam, kami juga meminta Tuna Sandwich. Masa order breakfast dari Kaunter Reception Hotel malam tadi, petugas di situ cukup concern sebab kami tetap mintak Tuna Sandwich untuk bekalan hari ini macam sewaktu kami pergi ke Oslob. Tak mahu cuba breakfast lain ke, tanyanya? Tuna Sandwich tu sedap, kami kata. Padahal pilihan breakfast yang lain tu tak boleh dimakan sebab Tak Halal. Tapi Tuna Sandwich tu memang sedap pun rasanya!
|
Makan breakfast sambil tunggu feri |
|
Tuna Sandwich dan Telur Rebus |
|
Buah-buahan Tembikai dan Nanas. Nanas Philippines memang sedap. |
|
Husband berposing sopan makan breakfast |
|
Kanesh ceria memakai baju bunga-bunga hari ini. |
Tepat pukul 7 pagi, penumpang Oceanjet yang nak berlepas ke Tagbilaran di Pulau Bohol dipanggil masuk ke dalam feri. Semua penumpang beratur menunjukkan tiket masing-masing kepada petugas Terminal.
|
Tiket feri kami dari Cebu City ke Taglibaran |
|
Penumpang dipanggil masuk ke dalam feri |
|
Beratur masuk ke dalam feri dengan tertib |
|
Maklumat Feri kami |
|
Wajah-wajah happy nak pergi ke Bohol |
Part 30: Naik Feri Ke Bohol Island
Feri kami ke Pulau Bohol adalah feri Oceanjet yang besar dan selesa. Feri ini ada Business Class, tau. Penumpang-penumpang Business Class duduk di tingkat atas manakala penumpang Ekonomi macam kami duduk di tingkat bawah saja.
|
Beratur nak naik feri |
|
Masuk ke dalam feri |
|
Sebahagian penumpang masuk mengikut pintu belakang |
|
Pemandangan penumpang masuk ke feri |
|
Pemandangan di dalam feri |
|
Satu lagi pemandangan di dalam feri |
|
Kami mendapat tempat duduk di tepi tingkap |
|
Feri ini besar dan selesa |
|
Pemandangan ke arah pintu belakang |
Macam naik kapalterbang, ada Safety Briefing diberi sebelum feri berlepas. Ada juga Doa Perjalanan yang dibaca sebelum feri berlepas, tapi doa versi Kristianlah.
|
Merokok dilarang di dalam kabin |
|
Doa Kristian yang dibaca sebelum feri berlepas |
|
Safety Briefing |
|
Keselamatan sangat diambil berat oleh Oceanjet. Life Vest turut diletakkan di bawah kerusi setiap penumpang. |
Kemudian feri mula bergerak meninggalkan Pelabuhan Cebu. Perjalanan ke Tagbilaran dijangka memakan masa 2 jam.
Alhamdulillah, cuaca sangat baik sepanjang perjalanan kami dari Cebu ke Bohol. Laut juga tenang dan tidak bergelora.
|
Berselisih dengan kapal dagang |
|
Jualan Makanan atas feri. Rasa macam naik Air Asia pulak. |
|
Pulau kecil yang dilintasi dalam perjalanan ke Bohol |
|
Tinggi betul pokok sebatang yang kat tengah pulau ini. |
|
Laut lepas |
|
Berselisih dengan sebuah feri Oceanjet yang lain. Feri yang kami naiki pun sebiji macam feri yang ini. |
|
Sebuah pulau lain yang dilintasi |
|
Gunung yang berbalam-balam |
|
Nelayan di tengah laut |
|
Filem Aquaman yang ditayangkan dalam feri |
|
Pemandangan laut yang cantik di Philippine |
Selepas kira-kira 2 jam berlayar dengan feri, Pulau Bohol mula memunculkan diri. Pelabuhan persinggahan kami di pulau ini adalah Tagbilaran.
|
Buoy di tengah laut |
|
Pulau Bohol dah muncul dalam pandangan |
|
Pemandangan pertama Tagbilaran |
|
Bot nelayan |
Walaupun Tagbilaran adalah bandar yang terbesar di Pulau Bohol, ia kelihatan tenang dan tidak sibuk macam Cebu City.
|
Bohol Tropics Resort |
|
Satu lagi pemandangan Bohol Tropics Resort |
|
Tangki-tangki minyak |
|
Tagbilaran, Bohol Island |
|
Pelabuhan Tagbilaran |
|
Bersiap-sedia untuk keluar dari feri |
|
Selamat tiba di Bohol |
|
Menuju ke Terminal Feri |
|
Behold... Bohol. |
Bersambung ke Bahagian 14...
CATATAN PERJALANAN CEBU (2019):