Julai 2019
CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol
Bahagian 15: Bohol 3
CHOCOLATE HILLS
HARI KEEMPAT (3)
Part 33: Perjalanan Ke Chocolate Hills
Salah sebuah tarikan utama pengunjung ke Pulau Bohol adalah berkunjung ke Chocolate Hills. Bukit-bukit ini telah diisytiharkan sebagai sebuah National Geological Monument oleh Kerajaan Philippines pada tahun 1988.
Dalam perjalanan ke Chocolate Hills, kami menyusuri sebahagian Sungai Loboc yang airnya cantik menghijau. Keindahan pemandangan sungai ini mengingatkan kami kepada keindahan Kawasan Falls yang kami kunjungi semalam. Memang tak sangka yang Philippines sebenarnya mempunyai banyak sungai yang indah. Selama ini kita sangka Philippines hanya mempunyai pemandangan lautan dan pantai yang indah. Sungai yang pernah kita tengok di Philippines sebelum ini pun cuma Sungai Pasig di Manila yang penuh dengan sampah.
|
Sungai Loboc |
|
Air sungai ini memang sangat cantik |
Kemudian kami melintasi pekan Bilar yang terkenal sebagai sebuah bandar pertanian di Bohol.
|
Bilar Public Market |
|
Kedai-kedai di Bilar |
|
Banyak gereja yang mengalami kerosakan dalam gempa bumi besar Bohol pada tahun 2013 masih sedang diperbaiki. |
Bohol juga terkenal dengan sawah padinya. Padi-padi di sini masih ditanam dan dituai dengan menggunakan kaedah tradisional.
Di celah-celah sawah padi, kami dapat melihat bukit-bukit bulat yang hanya ditumbuhi rumput. Menurut Tour Guide kami Mr. Padre, bukit-bukit ini adalah sebahagian dari Chocolate Hills yang terkenal itu.
Part 34: Chocolate Hills
Memang tak sah berkunjung ke Bohol kalau tak melawat ke Chocolate Hills. Keunikan bukit ini menyebabkan ia diabadikan dalam bendera Bohol.
|
Bendera Bohol |
|
Simpang masuk ke Chocolate Hills |
|
Perkampungan berhampiran Chocolate Hills |
|
Laluan yang cantik menuju ke Chocolate Hills |
Menurut fakta sains, satu ketika dulu, seluruh Bohol tenggelam di dasar laut. Chocolate Hills yang berbentuk kon bulat ini adalah sebenarnya bukit-bukit karst yang dinamakan mogote. Ia terbentuk hasil kombinasi batu kapur yang larut di dalam air hujan, air permukaan dan tanah yang timbul akibat pergerakan tektonik bumi.
|
Pemandangan awal Chocolate Hills |
|
Bentuk bukit ini memang mengkagumkan |
|
Bukit demi bukit muncul dalam pandangan |
|
Satu lagi pemandangan Chocolate Hills |
Sebuah tempat pemerhatian telah dibina di atas bukit yang paling tinggi untuk membolehkan pengunjung mendapat pemandangan keseluruhan Chocolate Hills. Ada sebuah Visitors Center yang mengandungi restoran dan kedai cenderamata di sini.
|
Visitors Center |
|
Pemandangan di sekitar Visitors Center |
|
Pemandangan menghala ke bukit dari Visitors Center |
Untuk mendapatkan pemandangan Chocolate Hills yang lebih cantik, kita kenalah memanjat ke puncak bukit. Ada 213 buah anak tangga yang perlu dinaiki. Cuma Myself, Husband dan Kanesh saja yang naik ke atas. Nik hanya menunggu kami di Visitors Center.
|
Puncak bukit yang perlu didaki untuk mendapatkan pemandangan yang cantik. |
|
Tempat untuk memulakan pendakian |
|
Sayup tingginya! |
Siksa juga rasanya nak memanjat tangga ini naik ke atas sebab bukit ini sangat curam. Dua tiga kali jugalah kita kena buat Pit Stop sambil mendaki. Kalau tak mahu naik tangga ada juga laluan macam ramp disediakan, tapi laluannya lebih panjanglah nak naik ke atas.
Tempat
yang pelik dan menarik begini dah pasti ada legendanya yang tersendiri.
Ada tiga kisah legenda terkenal yang dikaitkan dengan pembentukan bukit
ini.
Legenda pertama menceritakan tentang dua orang gergasi yang bergaduh membaling tanah kepada satu sama lain. Pergaduhan berlangsung sehingga 4 hari sampai kedua-duanya keletihan. Mereka akhirnya berdamai dan berjalan pergi meninggalkan ketulan tanah yang kini menjadi Chocolate Hills.
|
Legenda pertama mengatakan bukit ini adalah kesan peninggalan tanah yang dibaling oleh dua orang gergasi yang bergaduh |
|
Gagah mendaki |
Legenda kedua pula adalah kisah romantik. Seorang gergasi yang bernama Arogo jatuh cinta kepada seorang manusia yang bernama Aloya. Sebagai gergasi, Arogo sentiasa kuat dan muda dan tak mati-mati. Aloya pula sebagai seorang manusia biasa menjadi tua dan akhirnya mati. Arogo sedih dan menangisi kematian Aloya dengan juraian air mata. Punyalah hebat Arogo menangis, sehingga air matanya yang jatuh ke bumi membentuk lekuk-lekuk di muka bumi yang menjadi Chocolate Hills.
|
Legenda yang lain mengatakan bukit ini adalah kesan air mata gergasi Arogo yang menangisi kematian kekasihnya Aloya |
|
Bukti cinta sejati |
Legenda ketiga yang lebih popular pula adalah tentang seekor kerbau (yang dipanggil carabao dalam Bahasa Tagalog) gergasi yang memakan hasil tanaman penduduk tempatan. Setelah tak dapat bersabar lagi, penduduk mengumpulkan sisa makanan basi untuk dimakan oleh kerbau. Bila dimakan oleh kerbau, ia sakit perut dan terberak-berak sepanjang perjalanan. Tahi kerbau yang kering inilah yang membentuk Chocolate Hills.
|
Tahi Kerbau kering la ni, ya? |
Keindahan dan keunikan Chocolate Hills sebenarnya lebih terserlah di musim panas bila rumputnya kering dan kelihatan berwarna coklat. Pemandangan inilah yang sebenarnya memberikan nama Chocolate Hills. Ketika kami di sini, hujan dah mula turun. Jadi tak nampak sangatlah warna coklatnya kerana rumput dah mula bertukar hijau.
|
Kalau semuanya berwarna coklat, mesti kelihatan macam coklat Hershey's Kisses |
|
It's More Fun In The Philippines! |
Dari puncak bukit ini kita dapat melihat bukit-bukit lain di sekitar. Secara keseluruhan, ada 1,268 buah bukit bulat ini di Bohol. Ketinggian bukit-bukit ini adalah di antara 30-50 meter.
Ada beberapa buah lokasi pemerhatian Chocolate Hills di Bohol ini sebenarnya. Lokasi pemerhatian yang kami kunjungi terletak di Carmen.
|
Tak jemu kita memandang Chocolate Hills ini |
|
Carmen, Bohol |
|
Pengunjung-pengunjung ke Chocolate Hills |
|
Pemandangan Visitors' Center dari puncak bukit |
|
Platform pemerhatian ini dibina berlapis-lapis |
|
I Love Chocolate Hills |
|
Kita di atas sana |
|
Loceng |
|
Papan Keterangan |
|
Kisah pembentukan Chocolate Hills |
|
Pengiktirafan Chocolate Hills sebagai National Geological Monument |
Selepas menghabiskan masa seberapa ketika di puncak bukit, kami turun kembali ke bawah. Tak bolehlah berlama-lama sangat di sini kerana ada lagi tempat lain yang ingin kami kunjungi di Bohol ini.
|
Turun kembali ke bawah |
|
Curam juga tangga turun ni |
|
Kenangan di tengah tangga |
Sampai di bawah, kita nikmati lagi pemandangan Chocolate Hills dari sini sebelum pergi. Pada sudut ini, memang pemandangannya lebih majestic dengan saiz setiap satunya yang besar itu.
|
Jalan masuk yang kami lalui tadi |
|
Bukit Chocolate ini sebenarnya lebih kelihatan majestic dari sini. |
|
Pemandangan yang bagaikan lukisan |
Bagi yang Adrenaline Junkie, bolehlah melencong sekejap ke Chocolate Hills Adventure Park behampiran untuk mencuba Zipline Bike yang famous di sana.
|
Zipline Bike (Credit: Marxtermind.com) |
Kalau rasa Zipline Bike ini tak cukup, cuba pulak naik Hanging Bridge. Berani tak agaknya?
|
Credit: Marxtermind.com |
|
Credit: Marxtermind.com |
|
Credit: Marxtermind.com |
Kami berempat tidaklah berkunjung ke Adventure Park ini. Cuma nak bagitahu saja yang ada aktiviti-aktiviti ini di sini.
|
Pemandangan awesome bukit-bukit Chocolate Hills |
|
Paalam (Goodbye), Chocolate Hills |
Bersambung ke Bahagian 16...
CATATAN PERJALANAN CEBU (2019):