Julai 2019
CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol
Bahagian 18: Bohol 6
TAGBILARAN - CEBU CITY
HARI KEEMPAT (6)
Part 38: Kembali ke Tagbilaran
Kami kembali ke tambatan Loboc River Cruise dalam hujan lebat. Hujan yang turun memberikan cabaran kepada semua penumpang untuk keluar dari bot tanpa kebasahan.
|
Tiba kembali ke tambatan dalam hujan lebat. |
|
Memang mencabar nak keluar dari bot dalam hujan lebat ini tanpa kebasahan. |
Untuk mengelak dari berebut dengan geng-geng dari Mainland tu, kami relax-relax dulu di tambatan bot sambil menikmati pemandangan dan suasana sekitar.
|
Pemandangan di tambatan Loboc River Cruise dalam hujan lebat |
|
Bot-bot cruise |
Satu pemandangan yang menarik perhatian dari tambatan ini adalah sebuah gereja yang terletak di seberang sungai. Gereja yang bernama San Pedro ini adalah salah sebuah gereja yang tertua di Philippines. Malangnya ia rosak teruk dalam kejadian gempa bumi yang melanda Pulau Bohol pada tahun 2013 dulu. Usaha-usaha pembaikan masih dilaksanakan pada bangunan gereja sehingga sekarang.
|
Gereja San Pedro di Loboc |
|
Kerja-kerja
pembaikan sedang dilaksanakan kepada bangunan gereja yang rosak teruk
dalam gempa bumi yang melanda Pulau Bohol pada tahun 2013. |
Disebabkan hujan yang sangat lebat, petugas-petugas di Loboc River Cruise terpaksa mengurus aliran trafik kenderaan-kenderaan pelancong yang keluar masuk ke tambatan. Lama jugalah kami terpaksa menunggu giliran sehingga van kami dapat membuat pick-up.
|
Menunggu giliran van pick-up |
|
Khidmat payung yang diberi percuma oleh staff Loboc River Cruise sampai ke van. Mujur payungnya besar, boleh kongsi bertiga. Husband dah lari dulu lebih awal mendapatkan van. |
|
Staff yang menguruskan trafik |
Perjalanan pulang kami dari Loboc ke Tagbilaran agak hambar disebabkan hujan yang sangat lebat. Syukurlah hujan lebat ini mula turun sewaktu kami dah nak balik ke Malaysia. Kalau hujan lebat begini turun masa kami baru sampai ke Cebu, pasti terganggu habis segala perancangan. Terfikir juga di dalam hati ketika itu, mungkin taufan yang sedang melanda China dah nak sampai ke Philippines sekarang.
|
Perjalanan pulang ke Tagbilaran dalam hujan lebat |
|
Tiba kembali ke Tagbilaran |
|
Suasana di Tagbilaran juga sedikit hambar disebabkan hujan lebat. |
|
Pemandangan di Tagbilaran |
|
Hujan lebat masih turun. |
|
Kata Mr. Padre, inilah satu-satunya Mcdonald's yang terdapat di Tagbilaran. |
Part 39: Blood Compact Monument
Disebabkan kami tersangkut lama dalam traffic jam sewaktu nak keluar dari kawasan Loboc River Cruise, Mr. Padre terpaksa membawa kami terus ke Port of Tagbilaran kerana tiket feri pulang kami ke Cebu City adalah pada pukul 4.20 petang. Memang kritikal untuk kami mengejar feri ini kerana ia adalah feri yang terakhir berlepas dari Tagbilaran ke Cebu City. Kalau terlepas feri ini, alamatnya terpaksalah bermalam kat Bohol pulak dan terlepaslah juga nanti flight balik ke Kuala Lumpur.
Disebabkan ini jugalah kami tak dapat rezeki nak melawat ke tugu terkenal di Tagbilaran yang bernama Blood Compact Monument. Tugu ini menggambarkan Perjanjian Darah (Blood Compact) yang dibuat di antara penjajah Spanish Miguel López de Legazpi dengan pemimpin tempatan yang bernama Datu Sikatuna.
|
Blood Compact Monument di Tagbilaran |
Perjanjian Darah seperti ini yang dinamakan Sandugo dalam bahasa tempatan adalah sebenarnya adat tradisional di Philippines bagi menggambarkan ikatan setia. Dalam Perjanjian Darah yang dibuat dalam tahun 1565 ini, kedua-dua Miguel López de Legazpi dengan Datu Sikatuna mengguris tangan kanan masing-masing dengan pisau dan menitiskan darah masing-masing ke dalam segelas arak yang kemudiannya dikongsi minum bersama. Dengan itu termeterailah ikatan setia yang pertama di antara penduduk tempatan Philippines dengan penjajah Spanish.
Selain dari Chocolate Hills, peristiwa Blood Compact ini juga turut diabadikan dalam bendera Wilayah Bohol.
|
Bendera Wilayah Bohol yang tertera di atasnya Chocolate Hills dan peristiwa Blood Compact. |
Part 40: Tagbilaran Ke Cebu City
Sebaik tiba di Port of Tagbilaran, Mr. Padre membantu kami menukarkan voucher perjalanan kepada tiket feri yang sebenar. Seperti juga di Port of Cebu tadi, semua penumpang yang berlepas dari Port of Tagbilaran juga dikehendaki membayar Terminal Fee. Jumlahnya walau bagaimanapun hanya PHP20 (RM1.60) berbanding PHP25 (RM 2) di Cebu City.
|
Passenger Terminal Building di Port of Tagbilaran |
|
Pejabat Tiket Feri Oceanjet (kiri) dan Kaunter Pembayaran Terminal Fee (kanan) di Port of Tagbilaran |
|
Tiket Feri dan resit pembayaran Terminal Fee |
Kemudian tibalah masa bagi kami berpisah dengan Tourist Guide kami Mr. Padre dan pemandu van Joyjoy. Terima kasih atas segala khidmat yang diberi dalam lawatan singkat ke Bohol Island ini.
Selepas melalui pemeriksaan sekuriti yang macam nak naik kapalterbang tu, kami masuk ke ruang menunggu. Ramai sungguh penumpang berada di sana ketika itu kerana ada dua feri yang akan berlepas ke Cebu City dalam sela masa yang agak rapat: 4.00 petang dan 4.20 petang.
|
Pemandangan di ruang menunggu feri |
|
Satu lagi pemandangan di ruang menunggu feri |
Seperti kata Mr. Padre sewaktu kami mula sampai di Bohol pagi tadi, ada ramai penduduk Muslim di Bohol. Sewaktu menunggu feri di sini, kami dapat melihat beberapa keluarga Muslim tempatan yang juga menunggu feri bersama kami.
Sambil menunggu feri juga, penumpang dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari sekumpulan pemuzik buta di sini. Sedap-sedap lagu yang dinyanyikan, lebih-lebih lagi jika ia dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan tersebut. Kagum kita mendengar suara nyanyiannya.
Sesuatu yang sering kami perhatikan sepanjang percutian kami di Cebu ialah bagaimana Kerajaan Philippines sangat-sangat membantu rakyatnya yang senior citizen dan cacat penglihatan seperti ini dengan memberikan mereka peluang membuat persembahan di tempat-tempat awam. Penyanyi-penyanyi ini pulak bukan calang-calang dalam membuat persembahan, seolah-olah mereka memang telah dilatih bermain alat muzik dan vokal nyanyian secara profesional.
|
Persembahan kumpulan penyanyi yang cacat penglihatan di Port of Tagbilaran |
|
Seperti juga sewaktu kita melihat persembahan kebudayaan dalam Loboc River Cruise tadi, kita terpanggil untuk berderma kepada mereka bila mendengar nyanyian hebat mereka. |
Pada kira-kira pukul 4.10 petang, semua penumpang Oceanjet ke Cebu City yang akan berlepas dengan feri pukul 4.20 petang dipanggil masuk.
|
Panggilan masuk ke dalam feri |
|
Pegawai dengan anjing sekuriti di Port of Tagbilaran |
|
Berjalan menuju ke feri |
|
Beratur masuk ke dalam feri |
Oh, tidak!!! Sungguh tak sangka kami naik seferi dengan group bising dari Mainland yang kami temui dalam Loboc River Cruise tadi. Nasib kami juga tak baik kerana mereka duduk betul-betul di belakang kami!
|
Pemandangan di dalam feri |
|
Suasana sewaktu feri berlepas menuju ke Cebu City |
|
Jualan makanan dalam feri |
|
Pemandangan matahari terbenam dari dalam feri. |
Sepanjang perjalanan dua jam dari Tagbilaran ke Cebu City, group Mainland ini bercakap dengan kuat dan terjerit-jerit pada satu sama lain. Bak kata Kanesh, selepas hujan lebat berhenti di Bohol, "hujan lebat" pulak turun dalam feri! Tak tenang sungguh perjalanan dibuatnya.
|
Sebahagian dari ahli-ahli Group Mainland |
Sewaktu feri masih berada di lautan, malah belum pun nampak lagi daratan Pulau Cebu, geng-geng Mainland dah berdiri kat depan pintu tak sabar nak keluar.
|
Geng-geng Mainland dah tak sabar nak keluar |
|
Lepas Group Mainland dah keluar, barulah orang lain boleh keluar dari feri |
Syukur Alhamdulillah. Kami selamat sampai di Port of Cebu pada pukul 6.30 petang. Perjalanan feri pulang ke Cebu juga sangat smooth walaupun kami berdepan dengan hujan lebat sewaktu di Bohol tadi. Oleh kerana feri kami adalah perkhidmatan feri yang terakhir malam itu, pintu pelabuhan terus ditutup oleh pegawai sekuriti sebaik penumpang terakhir keluar.
|
Berjalan ke pintu keluar dari Terminal Feri |
|
Suasana sibuk di Port of Cebu |
Dari Port of Cebu kami berjalan keluar menuju ke Balai Polis di mana van kami menunggu.
|
Polis disebut Pulis dalam Bahasa Tagalog |
|
Van kami menunggu di sini |
Dari Port of Cebu, kami dibawa ke restoran untuk dinner. Dinner disediakan di restoran Shawarma Gourmet macam semalam.
|
Menuju ke restoran untuk makan malam |
|
Pemandangan malam di Cebu City |
|
Escuario Central Mall |
|
Restoran untuk dinner |
|
Shawarma Gourmet |
|
Suasana di Shawarma Gourmet |
Mungkin disebabkan tak banyak pilihan makanan di restoran ini, menu yang disediakan sama macam semalam. Jadi untuk kelainan, kami meminta hidangan nasi ditukarkan dengan french fries. Tak apalah, asalkan makanan yang dihidang Halal untuk dimakan.
|
Hidangan makan malam |
|
Garlic Sauce yang dibeli oleh Husband dari restoran Shawarma Gourmet untuk dibawa pulang ke Malaysia selepas terpikat dengan rasanya. | |
Selepas makan, kami singgah sebentar di kedai cokelat kat depan restoran untuk melihat dan membeli pelbagai cokelat yang dijual di sana. Tapi lupa pulak nak ambil gambar suasana kedai itu. Kembang habis Kanesh bila staff di kedai ini menyangka yang dia datang dari Brazil. Kami bertiga pulak tetap dianggap sebagai Pinoy di sini.
Selepas itu kami pulang ke Harolds Hotel naik Grab. Memandangkan ini malam terakhir di sini, kita nikmati dulu pemandangan indah Cebu City dari tingkap hotel sebelum masuk beradu.
|
Good Night, Cebu! |
Bersambung ke Bahagian 19...
CATATAN PERJALANAN CEBU (2019):