April 2016
GUANGXI, CHINA
Guilin & Yangshuo
Bahagian 12 : Guilin (6)
YAO MOUNTAIN, MULONGHU PARK & PULANG
HARI KELIMA
Part 37: Hari Terakhir di Guilin
Hari ini adalah hari terakhir kami di Guilin. Teringat sewaktu kami memilih untuk datang ke Guilin dulu. Kami memilih datang ke sini semata-mata kerana kosnya yang rendah berbanding melancong ke tempat lain. Tak banyak yang kami tahu tentang Guilin ketika itu. Kami gambarkan suasana di sini sama seperti Shanghai, Suzhou dan Hangzhou yang pernah kami kunjungi dulu. Namun dari pengalaman kami mengembara ke banyak tempat, setiap tempat ada keistimewaannya yang tersendiri dan Guilin juga tidak terkecuali.
|
Sarapan terakhir di Baigong Hotel. |
|
Macam semalam juga, ini sajalah yang boleh dimakan. |
|
Cuaca hari ini kurang berkabus berbanding semalam. |
|
Seperti juga di bandar-bandar lain di China yang pernah kami lihat, ada sedikit kegiatan pertanian dibuat di bumbung pangsapuri kediaman. |
|
Close-up reban ayam dan sedikit tanaman sayuran di bumbung pangsapuri. |
Pada pukul 8.30 pagi, kami check-out dari hotel untuk memulakan perjalanan ke Yao Mountain. Semalam, Francis mencadangkan kami bertolak awal ke Yao Mountain untuk mengelak dari terpaksa beratur lama untuk naik ke sana memandangkan gunung ini adalah destinasi pelancongan popular di Guilin.
|
Lobi di Baigong Hotel |
|
Satu lagi pemandangan di lobi hotel. |
|
Kaunter reception di lobi hotel. |
|
Membawa bagasi masing-masing ke bas. |
|
Macam semalam, bas parking di belakang hotel. |
|
So tooting ?!! |
Part 38: Yao Mountain
Yao Mountain terletak di timur Guilin. Untuk ke sana, kami dibawa melalui bahagian kota Guilin yang belum pernah kami lalui sebelum ini.
|
Pemandangan tasik yang diselaputi kabus. |
|
Pemandangan di timur kota Guilin. |
|
Ada banyak kenderaan-kenderaan unik seperti ini yang kami temui di Guilin. |
|
Guangxi Normal University |
|
Guangxi University of Electronic Technology. |
Yao Mountain adalah satu-satunya gunung di Guilin yang terbentuk dari tanah. Gunung-gunung lain di Guilin terbentuk dari batuan karst.
Ketika menghampiri Yao Mountain, kami dapat melihat tanah perkuburan yang luas. Di kaki gunung inilah raja-raja China yang dinamakan Jingjiang Princes disemadikan. Orang-orang China sangat menghormati raja dan kerana itulah mereka berpandangan menjadi satu penghormatan jika mayat dikebumikan di sini, bersama-sama dengan mayat raja.
|
Tanah perkuburan di Yao Mountain. |
Dah pasti tak murah nak mengebumikan mayat di sini. Hanya mereka yang berada saja mampu berbuat demikian. Bagi orang-orang yang tidak berkemampuan, mayat akan dibakar dan disimpan di rumah persemadian yang disediakan oleh Kerajaan. Abu-abu mayat akan disimpan dalam pasu dan diletakkan di rak-rak di rumah persemadian ini.
Menurut Francis, menjadi satu kebiasaan yang broker-broker tanah perkuburan di Yao Mountain akan memujuk keluarga Si Mati untuk mengebumikan mayat di sini. Antara pujukan yang sering digunakan ialah takkan nak biarkan Si Mati tinggal di apartment (rak-rak di rumah persemadian kerajaan)? Tak tenang nanti Si Mati, terutama kalau dia "berjiran" dengan salesman. (Maksudnya, kalau nasib tak baik pasu abu mayat Si Mati akan ditempatkan di sebelah pasu abu mayat salesman. Di alam lain juga, salesman akan cuba memujuk Si Mati membeli barangan jualannya!)
|
Pemandangan dekat kawasan perkuburan. |
Francis juga bercerita tentang perayaan Ching Ming di China. Perayaan ini disambut dengan sangat serius di China berbanding amalan masyarakat Cina di Malaysia. Ahli-ahli keluarga yang hidup akan membekalkan pelbagai barangan untuk kegunaan Si Mati di dunia lain pada perayaan ini. Macam di Malaysia juga, barangan ini dibuat dari kertas dan dibakar untuk "menghantar" barangan tersebut ke dunia Si Mati. Misalnya jika Si Mati dulu sangat sayangkan iPhonenye semasa hidup, keluarga akan membekalkan iPhone ini kepadanya untuk digunakan di dunia sana. Bukan sekadar iPhone saja yang dihantar, charger juga akan turut dihantar bersekali.
|
Kata Francis lagi, semakin tinggi kedudukan kubur di Yao Mountain, semakin mahal kosnya. |
Oleh kerana hari masih awal pagi, belum ramai pengunjung yang tiba ke sini. Tapi kami bukanlah kumpulan pertama yang tiba. Dah ada lebih kurang 10 bas pelancong di tempat parking ketika itu.
|
Tiba di Yao Mountain. |
|
Dah banyak juga bas yang parking di sini. |
Tarikan utama pengunjung ke sini adalah cable car yang sebenarnya adalah chairlift untuk naik ke puncak gunung. Perjalanan ke sini adalah sebenarnya Optional Tour yang dipersetujui oleh semua ahli kumpulan. Disebabkan ia Optional Tour, kita kenalah membayar sendiri tiket cable car yang berharga 99 Yuan (RM60) seorang.
|
Tangga naik ke stesen cable car. |
|
Adik bermain buih sabun. |
|
Gunung lain berhampiran Yao Mountain. |
|
Pintu masuk ke stesen cable car. |
|
Beratur nak naik cable car. |
|
Bersedia nak naik chairlift. |
|
Sedia untuk berlepas. |
|
Up, up and away! |
Mula-mula memanglah okay naik chairlift ni sebab ia taklah tinggi sangat. Tapi semakin jauh perjalanan, ia mula merentas jurang dan lurah dalam perjalanannya naik ke atas. Masa tu Myself memang gayat. Tak berani nak tengok-tengok sangat pemandangan sekeliling sebab takut. Mujurlah cuaca pada hari ini sangat baik dan tak berangin. Kalau angin bertiup kuat dan hujan macam semalam, pasti chairlift ni bergoyang-goyang. Lagilah gayat kita!!
|
Sewaktu kami naik, dah ada orang nak turun ke bawah. |
|
Lembah dan lurah dilalui... |
|
Menjadi tradisi pulak pagi ini, pengunjung yang naik dan turun bertegur sapa antara satu sama lain. Masing-masing akan bertanya dari mana kita datang. Kami berjumpa dengan kumpulan yang datang dari China, Thailand, Jepun dan Malaysia sendiri. |
|
Melalui tebing gunung. |
|
Kuat kita berpaut pada besi pemegang ni. Gayat wehhh!! |
Myself tak berapa berani nak ambil-ambil gambar masa naik chairlift ni. Mujurlah Husband berani sikit dari kita. Dialah yang banyak ambil gambar yang Myself tunjukkan dalam blog ni.
Untuk turun dari Yao Mountain, ada juga pilihan untuk menggunakan slide dari pertengahan jalan. Sesiapa yang berkeinginan boleh turun di stesen tengah dan menggunakan slide untuk turun ke bawah.
|
Landasan slide untuk turun ke bawah. |
|
Secara kebetulan, ada pulak orang yang sedang menggunakan slide ini turun ke bawah sewaktu kami lalu di sini. |
|
Macam best je naik slide ni! |
Kat stesen slide ini juga ada photographer yang mengambil gambar kita tengah naik cable car. Gambar ini kemudiannya dijual kepada kita dengan harga 20 Yuan (RM 12) di puncak sana.
|
Photographer tengah ambil gambar kita di stesen slide di tengah jalan. |
|
Photographer ambil gambar kita, kita ambil gambar dia pulak! |
|
Stesen Slide di pertengahan jalan. Kalau nak naik slide ni, kena beli tiket asing tapi tak pasti berapa kosnya. |
|
Inilah rupa slidenya. |
|
Meneruskan perjalanan ke atas. |
|
Masa ni ada sedikit angin kuat yang bertiup... |
|
Selamat sampai ke stesen atas. |
|
Turun dari chairlift. |
Tak banyak aktiviti dapat dibuat di puncak Yao Mountain selain dari menikmati pemandangan pergunungan sekitar yang indah. Tapi pemandangan dari atas sini memang superb!
|
Berkumpul di luar stesen kabel. |
|
Macam-macam pesanan untuk pengunjung. |
|
Taman kecil di belakang stesen kabel. |
|
Platform Pemerhatian di puncak Yao Mountain yang dibuat menggunakan senibina China tradisional. |
|
Suasana di Platform Pemerhatian. |
|
Jam Matahari. |
Sekarang kita tengok pemandangan-pemandangan indah dari sini...
Kemudian kami naik ke sebuah lagi Platform Pemerhatian yang menghadap ke arah lain untuk melihat pemandangan dari sana pulak.
|
Platform Pemerhatian Kedua |
|
Pemandangan taman kecil berhampiran Stesen Kabel dari Platform Pemerhatian. |
|
Pemandangan Stesen Kabel dari Platform Pemerhatian |
|
Totem Pole di Platform Pemerhatian |
|
Patung-patung Dewi Kuan Yin. |
|
Pemandangan lebih dekat Totem Pole. |
Di sini ada patung seorang raja yang bernama Zhu Shuoqian. Dia adalah cicit kepada Zhu Yuanzhang yang merupakan Maharaja Dinasti Ming yang pertama. Zhu Shuoqian telah dilantik oleh Zhu Yuanzhang sebagai wakil baginda di kawasan Guilin. Keturunan Zhu Shuoqian inilah yang menjadi Jingjiang Princes yang sangat dihormati oleh penduduk Guilin sehingga kini.
|
Zhu Shuoqian. |
|
Pemandangan patung Zhu Shuoqian dari belakang. |
Ada ketikanya, kabus akan meliputi gunung-gunung di sekitar Yao Mountain sehingga hanya puncak-puncak gunung sahaja yang kelihatan. Pemandangan puncak gunung yang timbul ini dinamakan oleh penduduk tempatan sebagai Sleeping Buddha. Malangnya, cuaca tak berkabus pagi ini. Jadi tak dapatlah kami melihat pemandangan Sleeping Buddha ini.
|
Ada ketikanya kabus akan meliputi gunung di seberang sana dan hanya puncak-puncak gunung saja yang kelihatan. Pemandangan ini dinamakan oleh penduduk tempatan sebagai Sleeping Buddha. |
|
Inilah pemandangan Sleeping Buddha yang dimaksudkan. |
Di puncak Gunung Yao ini juga ada sebuah temple yang didirikan untuk menghormati Jingjiang Princes.
|
Temple untuk Jingjiang Princes. |
|
Pemandangan di dalam temple. |
|
Kedai cenderamata. |
Kami tak menghabiskan masa yang lama di puncak Yao Mountain ini. Selepas kira-kira setengah jam, kami turun kembali ke bawah.
|
Kembali semula ke Stesen Kabel. |
|
Laluan menuju ke Stesen Kabel. |
|
Kedai cenderamata di dalam Stesen Kabel. Wajib lalu di sini untuk mendapatkan chairlift turun ke bawah. |
Naik chairlift masa turun ke bawah ni taklah segayat masa naik tadi. Mungkin sebab kita dah tahu apa yang akan kita jumpa dalam perjalanan turun ni...
|
Memulakan perjalanan turun ke bawah. |
|
Tempted juga nak try naik slide ni turun ke bawah tadi. Tapi bila fikir-fikir balik, tak payahlah... |
|
Tak pulak terserempak dengan orang naik slide masa turun ke bawah ni... |
|
Chairlift sebenarnya diikat fixed kepada tali kabel. Tali kabel inilah yang sebenarnya ditarik untuk menggerakkan chairlift. Sebab itu jarak antara chairlift ni semua steady je... |
|
Masa turun ni kita jauhlah sikit dari tebing gunung, tak macam masa naik tadi. |
|
Bergurau-senda atas chairlift. Tak gayat ke?! |
|
Dah hampir tiba ke stesen bawah. |
|
Cable Car yang bertutup ni hanya untuk kegunaan maintenance. |
|
Sampai kat bawah pun dia orang paksa kita lalu kat kedai souvenir. Tapi kedai kat bawah ni banyak menjual barang-barang makanan tradisional Cina. |
|
Ubat-ubatan Cina yang dijual di kedai souvenir. |
|
Berkesan ke ubat ular ni? |
|
Keluar dari stesen kabel. |
|
Melalui semula kawasan perkuburan untuk menuju ke jalan besar. |
|
Meninggalkan Yao Mountain. |
Part 38: Mulonghu Park
Lawatan terakhir kami di Guilin adalah ke Mulonghu Park yang terletak di tepi Tasik Mulong.
|
Kembali ke Guilin. |
|
Hotel Shangri La |
|
Tasik Mulong. |
|
Hujan turun lagi sewaktu kami tiba di Guilin. Syukurlah ia tak turun masih kami tengah naik chairlift di Gunung Yao tadi. |
|
Pemandangan di bandar Guilin. |
|
Stesen Bomba |
|
Tiba di Mulonghu Park |
|
Pintu masuk ke Mulonghu Park |
Disebabkan hari hujan, Taman Mulonghu kelihatan agak lengang kerana ramai pengunjungnya berteduh di bawah bangunan-bangunan di dalam taman. Namun bagi orang yang datang dari Malaysia macam kami, hujan yang sikit-sikit macam ni kira tak ada apalah pada kita...
|
Mulonghu Park kelihatan lengang kerana hujan sedang turun. |
|
Ramai pengunjung sedang berteduh dari hujan. |
|
Patung kura-kura emas berkepala naga di Mulonghu Park. |
|
Pemandangan Totem Pole dan Gunung. |
|
Totem Pole. |
|
Tempat-tempat pemandangan yang cantik untuk bergambar di taman ini ditandakan dengan jelas. |
|
Bukit di sebelah sana tu boleh didaki. Tengok betul-betul... ada tangga naik ke atas sana. |
Di taman ini juga ada banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata.
|
Kedai-kedai cenderamata. |
|
Bergambar di dalam hujan. |
|
Pemandangan indah di Mulonghu Park |
Di Mulonghu Park ini juga ada sebuah pentas terbuka di mana persembahan-persembahan kebudayaan dari negara-negara ASEAN diadakan. Tapi Francis menasihatkan kami supaya tak payah melihat persembahan ini sebab ia tak begitu menarik.
Dari apa yang kami lihat, memang persembahannya kurang menarik kerana ia tak authentic. Semua persembahan dibuat oleh penari-penari tempatan, dan bukan dari Asia Tenggara.
|
Pentas terbuka di mana persembahan kebudayaan dari negara-negara ASEAN diadakan. |
|
Tarian Melayu ke ni? |
|
Penari-penarinya semua orang China tempatan. |
Francis sebaliknya membawa kami melawat ke tasik yang terletak di belakang pentas kebudayaan tadi.
|
Tasik Mulonghu di belakang pentas kebudayaan. Itu adalah Mulong Pagoda yang kami lihat sewaktu mengikut Four Lakes Two Rivers Cruise semalam. |
|
Boleh juga bergambar dengan Burung Cormorant di sini. |
|
Tangga naik ke Dragon Bridge |
|
Dragon Bridge |
|
Totem Pole di seberang tasik. |
|
Tasik Mulong |
|
Rakit Cormorant Fishing. |
|
Restoran di pinggir tasik |
|
Naga dan Kincir Air. |
|
Pemandangan dekat patung Naga dan Ikan yang menghias bumbung bangunan restoran. |
|
Bergambar dengan Pagoda. |
|
Pemandangan Dragon Bridge dari tepi tasik |
|
Pemandangan pentas persembahan dari tepi tasik. |
Kami juga tak menghabiskan masa yang lama di Mulonghu Park kerana kami perlu makan tengahari sebelum pergi ke Airport untuk mengambil penerbangan ke Hong Kong.
|
Meninggalkan Mulonghu Park |
|
Menuju ke pintu keluar |
|
Patung kura-kura emas dari belakang |
Part 40: Makan Tengahari Di Zhengyang Shopping Street
Mengikut perancangan asal, kami sepatutnya makan tengahari di Endian Halal Restaurant. Namun disebabkan ada tempahan dari kumpulan-kumpulan besar untuk makan tengahari di sana hari ini dan kami perlu bergerak ke lapangan terbang selewat-lewatnya pukul 1.30 tengahari, makan tengahari kami diubah ke Restoran Brand Of Beef Noodles di Zhengyang Shopping Street.
|
Menuju ke Zhengyang Shopping Street |
|
Oleh kerana ada ramai penunggang motorsikal di sini, Kerajaan Tempatan Guilin turut membina tempat berteduh untuk motorsikal seperti ini di simpang-simpang lampu isyarat. |
|
Satu-satunya bangunan Gereja Kristian yang kami temui di Guilin. |
|
Bas parking di depan Teater Mirage Guilin |
Tiba di Zhengyang Shopping Street, kami terus menuju ke restoran The Brands of Beef Noodles. Masing-masing dah pandai berjalan mendapatkan restoran ini setelah beberapa kali datang ke sini.
|
Menuju ke restoran. |
|
Makanan-makanan segar untuk jualan di tepi sebuah restoran di Zhengyang Shopping Street. |
|
Makanan laut yang dijual memang segar. Beberapa kali kami melihat ikan melompat keluar dari bekasnya di sini. |
|
Selain makanan laut, ayam, burung puyuh dan ular hidup juga dijual untuk dimasak. |
|
Ikan-ikan segar |
|
Restoran Brands of Beef Noodles terletak di Food Court di belakang menara jam sana. |
|
Food Court |
|
Ini kali ketiga kami makan di Restoran Brands Of Beef Noodles. Makanannya memang sedap dan tidak mengecewakan. |
|
Terima kasih kepada pemilik Restoran Brands Of Beef Noodles yang memberikan layanan yang begitu baik setiap kali kami datang ke sini. Kami doakan semoga perniagaan restoran ini sentiasa maju jaya. |
|
Kereta polis yang cute di Zhengyang Shopping Street. |
|
Kembali ke tempat bas. |
|
Melalui semula restoran makanan segar di Zhengyang Shopping Street tadi. |
Part 41: Guilin Ke Hong Kong
Pada pukul 1.30 tengahari, kami bergerak ke Lapangan Terbang Guilin mengikut perancangan. Lapangan Terbang ini terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari bandar.
|
Tasik di Guilin yang akan ditinggalkan. |
|
Loceng-loceng perhiasan di tepi tasik. |
|
Pemandangan gunung dalam perjalanan ke Lapangan Terbang. |
|
Menuju ke Lebuhraya. |
|
Kawasan perumahan di tepi lebuhraya dalam perjalanan menuju ke Airport. |
|
Plaza Tol |
|
Guilin Liangjiang International Airport |
|
Tempat letak kereta di Guilin Liangjiang International Airport |
|
Rasa macam semalam baru tiba di sini, hari ini dah nak pulang. |
|
Pintu khas di lapangan terbang untuk perlepasan antarabangsa dan juga ke Hong Kong, Macau dan Taiwan. |
|
Membawa bagasi masuk ke Lapangan Terbang |
|
Ruang menunggu perlepasan di Lapangan Terbang Guilin |
Francis membantu kami menguruskan check-in bagasi. Memang bagus dia ni. Semua ahli rombongan memberikan feedback yang bagus atas khidmat beliau sepanjang lawatan kami ke sini. Walaupun masih muda, dia sangat berpengalaman dan profesional dalam tugasnya sebagai Tour Guide.
Ada sikit drama berlaku sewaktu kami membuat check-in bagasi. Husband telah diminta oleh pegawai sekuriti di kaunter check-in untuk membuka beg besarnya selepas melalui x-ray bagasi. Suspen juga bila dia diminta untuk berbuat begitu... Rupa-rupanya pegawai sekuriti dapat mengesan ada bateri handphone spare yang disimpan oleh Husband dalam beg tersebut. Peraturan keselamatan penerbangan terkini tidak membenarkan bateri lithium seperti bateri spare handphone dan juga bateri komputer disimpan dalam kargo pesawat. Bateri lithium ni perlu dibawa hand-carry bersama penumpang di dalam pesawat.
|
Laluan ke pintu perlepasan. |
|
Smoking Room. |
|
Pemandangan di pintu perlepasan |
Seperti perjalanan datang dulu, perjalanan pulang kami ke Kuala Lumpur juga adalah melalui Hong Kong. Pesawat Dragonair KA 703 yang membawa kami dari Guilin ke Hong Kong dijadualkan berlepas pada pukul 4.30 petang. Seawal jam 4.00 petang, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat.
|
Panggilan masuk untuk pesawat kami ke Hong Kong. |
|
Seperti perjalanan datang dulu juga, Pilot dan Co-Pilot pesawat ini adalah Orang Putih walaupun Dragonair ni milik Hong Kong. |
|
Masuk ke dalam pesawat. |
|
Pemandangan di dalam pesawat Dragonair menuju ke Hong Kong. |
|
Anak-anak kapal Dragonair sedang bersedia untuk membuat demonstrasi keselamatan. |
Tepat pukul 4.30 petang, pesawat kami terbang meninggalkan Guilin menuju ke Hong Kong. Penerbangan ini memakan masa kira-kira 1 jam 10 minit.
|
Pesawat bergerak meninggalkan Guilin. |
|
Meluncur ke udara... |
|
Selamat Tinggal, Guilin! |
|
Membelah awan menuju ke Hong Kong. |
|
Sajian penerbangan dalam perjalanan pulang ke Hong Kong adalah Biskut Coffee With Egg Albumin. Kuat sangat rasa kopinya! |
|
Dah tiba di Northern Teritorries di Hong Kong. |
|
Pemandangan wilayah Hong Kong dari udara. |
|
Sebahagian pelabuhan Hong Kong. |
|
Pemandangan sewaktu Dragonair membuat pendaratan di Lapangan Terbang Hong Kong. |
Part 42: Hong Kong Ke Kuala Lumpur
Cuaca sepanjang penerbangan baik sekali. Pesawat Dragonair kami tiba di Hong Kong pada pukul 5.40 petang mengikut jadual.
|
Sang Naga yang membawa kami terbang ke Hong Kong. |
|
Berjalan keluar dari perut Sang Naga. |
Seperti sewaktu perjalanan ke Guilin tempohari, pesawat kami juga mendarat di Terminal Domestik di Hong Kong International Airport. Dari sini, kami perlu menaiki bas menuju ke Bangunan Main Terminal.
|
Dalam bas ke Terminal Utama. |
|
Tiba di Terminal Utama |
Tidak seperti waktu datang dulu, kami mempunyai persinggahan transit 2 jam 30 minit di sini kali ini. Jadi tak perlulah nak berkejar-kejar ke Pintu Perlepasan yang seterusnya.
|
Pesawat sambungan kami, Cathay Pacific CX 791 dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur pada pukul 8.20 malam. |
|
Lepas naik bas kena naik tren pulak ke Gate seterusnya. |
|
Tren ke Pintu Perlepasan |
|
Pemandangan dalam tren. |
|
Naik escalator pulak. |
|
Pemandangan di Bangunan Terminal Utama, Hong Kong International Airport. |
Perkara pertama yang kami lakukan sebaik tiba di Main Terminal ialah pergi ke Prayer Room untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar. Prayer Room ini terletak dekat Pintu Perlepasan No. 42. Disebabkan kami pernah menggunakan kemudahan ini sewaktu berkunjung ke Hong Kong dulu, tak susah bagi kami nak mencari Prayer Room ini.
|
Prayer Room di Hong Kong International Airport. |
|
Pemandangan di dalam Prayer Room. |
|
Tempat Berwuduk pun ada dalam Prayer Room ini. |
Kami juga sempat menunaikan Solat Jamak Maghrib dan Isyak di sini sebelum menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur. Tapi tak sempatlah pulak nak dinner sebelum naik pesawat. Tunggu sajalah makanan dalam kapalterbang nanti. Sambil-sambil tu, makan sajalah biskut kacang yang kami beli di Zhengyang Shopping Street di Guilin semalam.
|
Pemandangan matahari terbenam di Hong Kong International Airport. |
|
Boarding Pass pulang ke Kuala Lumpur. |
|
Sempat jamah Biskut Kacang yang dibeli di Guilin sewaktu menunggu pesawat. |
Pintu Perlepasan kami adalah Pintu 45 yang terletak tidak jauh dari Prayer Room tadi. Sewaktu menunggu pesawat, sempat berbual-mesra dengan seorang Uncle Cina rakyat Malaysia yang berasal dari Seremban. Dia dan keluarganya serta rombongan mereka transit di Hong Kong seperti kami selepas melawat Jiuzhaigou dekat Chengdu di China.
Jiuzhaigou adalah sebuah World Heritage Site yang diiktiraf oleh UNESCO. Kata Uncle Seremban ni, Jiuzhaigou terletak atas gunung. Nak ke sana-sini di sekitar pun perlu memanjat dan menurun gunung. Kerana itulah 2 bulan sebelum mereka datang ke China, dia dan ahli-ahli kumpulannya training setiap hari berjalan 2 km keliling Taman Tasik Seremban untuk membuat persediaan.
Kata Uncle ni juga, dia dan kumpulannya tak berapa lalu nak makan makanan tempatan di Chengdu sebab terlalu pedas bagi mereka. Penduduk di Chengdu juga tak makan ikan kerana mengikut kepercayaan anutan mereka, abu mayat dibakar dan dibuang ke sungai untuk dimakan oleh ikan. Jadi tiap-tiap hari terpaksalah mereka makan hidangan daging.
|
Pintu Perlepasan pesawat kami ke Kuala Lumpur. |
|
Petugas Cathay Pacific di Pintu Perlepasan. |
|
Uncle dari Seremban (berbaju ungu) dan keluarganya. |
|
Brother yang berbual dengan Husband ni adalah seorang Muslim rakyat China yang menetap di Kuala Lumpur. Dia fasih berbahasa Melayu dan sedang dalam perjalanan pulang ke KL selepas membawa krew TV Al Hijrah membuat penggambaran dokumentari di kampung halamannya yang terletak dekat sempadan Tibet. |
|
Kumpulan kami di Pintu Perlepasan. |
Bila tiba masanya, penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat. Gembira rasanya bila melihat ahli kumpulan kami yang diserang mild stroke sewaktu dalam pesawat ketika nak berlepas ke Guilin dulu turut menyertai kami dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur ini. Alhamdulillah, dia juga kelihatan sihat selepas mendapat rawatan di hospital di Hong Kong.
|
Penumpang masuk ke dalam pesawat. |
|
Pemandangan Hong Kong Airport sewaktu pesawat membuat push-back menuju ke runway. |
|
Pemandangan malam sebahagian Hong Kong sewaktu kami berlepas ke udara. |
Pesawat Cathay Pacific CX 791 berlepas dari Hong Kong ke Kuala Lumpur tepat pukul 8.20 malam. Penerbangan pulang dijangka memakan masa 3 jam 20 minit. Pilot dan Co-Pilot dalam penerbangan ini juga Orang Putih. Boring sungguh bila Moving Map dalam skrin pesawat ni tak berfungsi. Susahlah kita nak tengok kita dah sampai kat mana dalam perjalanan!
Tidak seperti perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong dulu, kami mendapat Muslim Meal dalam penerbangan ini. Jadi tak adalah pilihan makanan dalam penerbangan pulang ni. Makan sajalah apa yang diberi. Nasib baik makanannya sedap!
Semua makanan yang dibekalkan dalam semua pesawat dari Kuala Lumpur (dan juga Brunei dan Jakarta di Asia Tenggara) memang dijamin halal. Jadi kalau kita naik airline dari negara bukan Islam yang datang dari KL tak perlulah risau status Halal makanan yang dihidangkan. Ini diberitahu kepada kami oleh petugas airline di KLIA satu masa dulu. Tapi kalau kita naik airline negara Non-Muslim dari tempat lain, memang kena request Muslim Meal.
|
Disebabkan kita request Muslim Meal, kita mendapat makanan lebih awal berbanding penumpang lain. |
|
Muslim Meal kita ~ Nasi Putih dan Rendang Daging. |
Dari pengalaman Myself yang pernah beberapa kali naik airline dari Non-Muslim Countries, Muslim Meal Cathay Pacific ni lah yang paling sedap sebab Cathay Pacific ni faham apa maksud Makanan Halal. Dulu, masa naik Japan Airlines, Muslim Meal yang diberi cuma Muffin dan buah-buahan. Masa naik All Nippon Airways pulak, dapat Mee Goreng, tapi kosong je tak ada rencah apa-apa kat dalamnya.
|
Disebabkan cuaca baik sepanjang penerbangan dari Hong Kong ke Kuala Lumpur malam itu, sekali-sekala kita dapat melihat lampu-lampu dari kapal yang berlayar di Laut China Selatan di bawah sana. |
|
Peramugari Cathay Pacific sedang menghidangkan sajian penerbangan. |
Penerbangan pulang kami sangat tenang dan lancar. Tepat pukul 12.00 tengah malam, pesawat kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Alhamdulillah, berakhir kini satu lagi pengembaraan kami. Mudah-mudahan Allah SWT akan memurahkan rezeki dan mengizinkan kami membuat pengembaraan lain di masa depan.
|
Pemandangan sewaktu pesawat tiba di bumi Malaysia. Bandar Kuantan kot kat bawah sana agaknya. |
|
Pemandangan Port Dickson di waktu malam. |
|
Pemandangan sewaktu pesawat mendarat di KLIA. |
|
Alhamdulillah, selamat kembali ke tanah air. |
CATATAN PERJALANAN GUILIN & YANGSHUO (2016):
CATATAN PERJALANAN LAIN (CHINA) :