Wednesday, 19 November 2025

2025 JAWA (2nd VISIT) BHG. 06 (TMII - Sumatera I)

Oktober 2025

JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)

Bahagian 6: Jakarta
JAKARTA 
Taman Mini Indonesia Indah : Sumatera I ]

HARI KEDUA (2)

Part 18: Anjungan Bengkulu @ TMII

Taman Mini Indonesia Indah (TMII) sangat besar dan mempunyai 26 Anjungan. Dalam masa setengah hari yang diperuntukkan untuk kami di sini, memang kita tak sempat nak melawat kesemua Anjungan ini. Oleh itu, Tour Guide Rezha membawa kami melawat ke beberapa Anjungan yang difikirkan dapat memberi gambaran tentang keseluruhan negara Indonesia kepada kami. Kita mulakan dengan melawat ke beberapa Anjungan provinsi yang terdapat di Pulau Sumatera...

Berjalan menuju ke kawasan Pulau Sumatera di Taman Mini Indonesia Indah
Shuttle percuma di Taman Mini Indonesia Indah
Anjungan pertama yang kami lawati di Pulau Sumatera adalah Anjungan Provinsi Bengkulu. Tahu tak Bengkulu terletak di sebelah mana di Pulau Sumatera? Tengok peta ini...

Peta Bengkulu
Anjungan Provinsi Bengkulu
Pemandangan keseluruhan Anjungan Provinsi Bengkulu
Replika Bunga Rafflesia Arnoldi yang terkenal di Bengkulu
Pintu masuk ke Anjungan Provinsi Bengkulu
Di anjungan ini ada didirikan beberapa buah rumah tradisional yang menggambarkan senibina wilayah Bengkulu. Sebahagian besar penduduk di Bengkulu berketurunan Melayu seperti di Malaysia. Oleh itu ada sangat banyak elemen tradisional Bengkulu yang mirip dengan kebudayaan Melayu di Malaysia. Berjalan di Anjungan Bengkulu serasa bagaikan kita berjalan di Anjungan Malaysia. Kita tinjau dulu Rumah Bangsawan di Bengkulu ini...
 
Rumah Bangsawan yang dinamakan Gedang atau Depati.
Pandangan dari hadapan Rumah Bangsawan
Disebabkan Rumah Bangsawan ini ditutup untuk lawatan hari ini, kita intai sajalah dari atas tangga...

Rumah Bangsawan ini ditutup pulak untuk lawatan pada hari ini.
Mengintai suasana di dalam Rumah Bangsawan
Serambi sebelah kanan Rumah Bangsawan
Pemandangan di sebelah kiri pulak...
Selepas itu kita admire saja senibina bangunan Rumah Bangsawan ini dari luar...

Besar sungguh Rumah Bangsawan ini...
Ada beranda yang dibina di sekeliling rumah...
Kita jenguk pulak ke bawah rumah ini...

Pemandangan di bawah Rumah Bangsawan
Patung Harimau di bawah Rumah Bangsawan
Orang Bangsawan Bengkulu memang suka membela Harimau kot pada masa dulu...
Rumah Rakyat yang terletak di sebelah Rumah Bangsawan lebih sederhana. Ia dibuka untuk lawatan di mana kita boleh melihat ruang kehidupan seharian Orang Bengkulu. 

Rumah Rakyat Bengkulu
Jom kita masuk melawat Rumah Rakyat
Rumah Rakyat Bengkulu ini betul-betul macam rumah tradisional Melayu di Malaysia. Macam nostalgia bila kita masuk ke rumah ini kerana teringat rumah kayu milik Opah di kampung dulu. Bau rumahnya pun sama sebab mungkin kayu yang digunakan untuk membinanya pun dari jenis yang sama.

Suasana di dalam Rumah Rakyat Bengkulu
Ruang-ruang di dalam Rumah Rakyat Bengkulu
Meninggalkan Anjungan Bengkulu
Part 19: Anjungan Sumatera Selatan  @ TMII

Pernah dengar tentang kerajaan purba di nusantara yang bernama Sriwijaya? Kerajaan purba Sriwijaya dulu berpusat di Sumatera Selatan. Ibukotanya bernama Palembang dan Parameswara yang membuka Melaka di Malaysia juga berasal dari sini. Oleh itu, marilah kita melawat ke Anjungan Sumatera Selatan...

Posing dulu dengan shuttle sebelum bergerak ke Anjungan Sumatera Selatan
Tasik di tengah-tengah Taman Mini Indonesia Indah
Peta Sumatera Selatan
Anjungan Sumatera Selatan
Suasana keseluruhan Anjungan Sumatera Selatan
Sumatera Selatan
Pameran keseluruhan adat dan budaya Sumatera Selatan ini disimpan di sebuah rumah tradisional yang dinamakan Rumah Limas.

Rumah Limas Sumatera Selatan
Landskap di depan Rumah Limas
Kalau datang pada hujung minggu, ada banyak aktiviti kebudayaan yang boleh dilihat.
Mungkin disebabkan warisan dari Kerajaan Sriwijaya dulu yang sangat kaya dan berkuasa, hampir semua kebudayaan Sumatera Selatan menggambarkan ciri emas. Warna-warna emas digunakan pada perhiasan rumah dan juga pakaian tradisional.

Perhiasan berciri emas pada beranda Rumah Limas
Rumah Limas dibuka untuk lawatan. Jadi mari kita masuk melawat...
 
Selamat Datang Ke Rumah Limas Sumatera Selatan
Struktur lantai di Rumah Limas dibina meninggi dari depan ke arah tengah yang mana binaan seperti ini dinamakan sebagai Kekijing. Lantai yang tinggi digunakan untuk pertemuan dengan VIP manakala kawasan lantai yang rendah pula digunakan untuk pertemuan dengan rakyat biasa.

Suasana lantai bertingkat yang dibina di dalam Rumah Limas
Bergambar di depan pelamin
Sumatera Selatan mempunyai banyak pakaian adat yang dipamerkan di sekeliling Rumah Limas
Pakaian Adat dari Sumatera Selatan
Pakaian Adat Pengantin Kabupaten Lahat
Pakaian Adat lain dari Sumatera Selatan
Kain Songket dikatakan berasal dari Sumatera Selatan. Istilah Songket berasal dari gabungan dua kata dalam bahasa Palembang: songsong (tenun) dan teket (sulam).
 Selain songket, kerajinan tekstil lain yang juga berasal dari Sumatera Selatan adalah Kain Jumputan, Kain Blongsong, Kain Tajung dan Batik Palembang.
Pakaian Pengantin yang di belakang sana berasal dari Kabupaten Ulu Selatan.
Sekali imbas, perabot-perabot tradisional yang dipamerkan menunjukkan pengaruh Cina. Mungkin ini disebabkan negara China adalah rakan dagang utama Kerajaan Sriwijaya di zaman kegemilangannya dulu.
 
Perabot tradisional yang mempunyai pengaruh tradisi China
Meja makan rendah
Kusyen yang bersulam tekat
Berposing di meja makan Sriwijaya
Suasana di Ruang Makan
Kabinet perhiasan
Sebelum meninggalkan Rumah Limas, kita jenguk dulu ke dalam bilik-bilik tidur untuk melihat perhiasan yang ada di sana...

Bilik tidur utama
Cermin untuk berhias
Mengintai ke Kamar Bujang
Suasana di Kamar Bujang
Mengintai ke Kamar Gadis pula
Suasana di dalam Kamar Gadis
Cermin untuk berhias
Kamar Pengantin
Suasana di dalam Kamar Pengantin
Satu lagi pemandangan suasana di dalam Kamar Pengantin

Part 20: Anjungan Riau @ TMII

Riau adalah provinsi di Pulau Sumatera yang didominasi oleh suku Melayu yang berbahasa Melayu. Bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat di Riau juga lebih mirip kepada loghat di Johor berbanding Bahasa Indonesia. Ini bukanlah menghairankan kerana sebelum sempadan Indonesia dan Malaysia dipisahkan menerusi Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, kedua-dua Riau dan Johor berada di bawah Empayar Kesultanan Johor Riau. Mungkin juga kita masih berada di dalam negara yang sama kalau perjanjian ini tidak ditandatangani dulu. Antara destinasi popular di Riau adalah Pekanbaru, Batam dan Bintan.

Pintu masuk ke Anjungan Riau
Mengintai ke dalam Anjungan Riau
Peta Riau
Riau adalah sebuah provinsi yang kaya dengan sumber minyak. Oleh itu ada sebuah peralatan mengepam minyak yang diletakkan di bahagian depan Anjungan Riau. Peralatan ini dinamakan Pompa Angguk (Nodding Donkey).

Peralatan mengepam minyak yang diletakkan di hadapan Anjungan Riau
Peralatan ini dinamakan sebagai Pompa Angguk (Nodding Donkey)
Senibina rumah tradisional Riau mempunyai rabung yang menjulang tinggi. Rumah-rumah di Anjungan Riau tidak dibuka untuk lawatan pada hari ini. Kita cuma dapat melihat dari luar sahaja.

Rumah-rumah tradisional di Anjungan Riau
Binaan utama di Anjungan Riau yang dinamakan Balai Selasar Jatuh Tunggal
Rumah Rumpun Melayu
Pandangan Rumah Rumpun Melayu dari sisi
Restoran di bawah Rumah Rumpun Melayu
Satu ciri istimewa yang turut dipamerkan di Anjungan Riau ini ialah Gurindam Dua Belas yang merupakan salah sebuah karya agung sastera Melayu. Puisi Melayu klasik ini merupakan hasil karya dari Raja Ali Haji seorang sasterawan, pahlawan nasional dan bangsawan dari Kesultanan Lingga yang kini menjadi wilayah dari Provinsi Kepulauan Riau.

Replika Gurindam Dua Belas yang merupakan karya agung sastera Melayu yang ditulis oleh Raja Ali Haji
Gurindam Dua Belas terdiri dari 12 perkara yang berisikan nasihat atau petunjuk hidup yang antara lain meliputi ibadah, kewajiban raja, kewajiban anak terhadap orang tua, tugas orang tua kepada anak, budi pekerti dan hidup bermasyarakat.
Sebuah lagi binaan di Anjungan Riau
Meninggalkan Anjungan Riau


 Bersambung ke Bahagian 7...


CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)