Januari 2025
MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[QATAR: Doha, Inland Sea, Lusail & Pearl Island]
Bahagian 9: Qatar
DOHA (Doha Bus Tour - 1)
HARI KEEMPAT (2)
Part 29: Doha Bus Tour - 1
Program kami pada Hari Keempat di Doha adalah mengelilingi Doha dengan bas Hop-On Hop-Off yang bernama Doha Bus. Kami memilih untuk memulakan Tour dari Souq Waqif.
![]() |
Doha Bus |
Perkhidmatan Doha Bus diadakan setiap hari bermula 10 pagi - 6 petang. Tiket bagi perjalanan 24 jam yang dikenakan adalah QAR 220 (RM 270) seorang yang turut meliputi Doha Night Tour yang berlepas pada pukul 7 malam. Harga tiket ini agak sebanding sewaktu kami naik bas HOHO di Dubai dulu. Seperti juga bas HOHO yang lain di mana-mana, penumpang dibenarkan turun dan naik semula ke atas bas di mana-mana perhentian dengan tiket yang sama. Perjalanan tanpa henti mengelilingi Doha memakan masa 2 jam 40 minit.
![]() |
Pejabat tiket Doha Bus di Souq Waqif |
![]() |
Tiket Doha Bus |
![]() |
Pemandu Doha Bus yang peramah |
![]() |
Suasana di dalam Doha Bus |
![]() |
Pemandangan dari Doha Bus |
![]() |
Bandar lama Doha |
![]() |
Melihat pemandangan sambil mendengar penerangan audio di dalam bas |
NATIONAL MUSEUM OF QATAR
Persinggahan pertama Doha Bus dari Souq Waqif adalah National Museum of Qatar yang terletak tidak jauh dari hotel kami. Kami cuma melihat dari luar sahaja bangunan muzium yang diilhamkan dari bunga Desert Rose.
![]() |
National Museum of Qatar |
![]() |
Bulatan dekat National Museum of Qatar yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami |
![]() |
Istana lama milik Emir Qatar yang menjadi sebahagian dari National Museum of Qatar |
![]() |
Menuju ke arah laut |
OLD DOHA PORT
Kami seterusnya dibawa ke Old Doha Port. Satu pemandangan menarik di sini adalah bangunan-bangunannya yang dibina dari kontena. Sebahagian besar bangunan kontena ini kini berfungsi sebagai restoran.
![]() |
Old Doha Port. Bangunan Stadium 974 yang dibina dari kontena yang turut digunakan dalam FIFA World Cup 2022 dapat dilihat di seberang sana. |
![]() |
Kawasan yang terdiri dari bangunan-bangunan kontena di Old Doha Port ini kini dikenali sebagai Box Park |
![]() |
Sebahagian besar bangunan kontena di Box Park ini digunakan sebagai restoran |
![]() |
Bangunan-bangunan kontena di Box Park |
![]() |
Mina Park di Old Doha Port |
GRAND CRUISE TERMINAL
Grand Cruise Terminal adalah pelabuhan bagi kapal-kapal cruise dari serluruh dunia yang membuat persinggahan di Qatar. Tidak seperti kebanyakan pelabuhan kapal cruise lain di dunia yang terletak jauh di ceruk-ceruk, Grand Cruise Terminal ini terletak tidak jauh dari pusat bandar Doha. Senibina bangunannya yang diinspirasikan dari senibina tradisional Arab turut menjadi tarikan kepada pengunjung di Doha.
![]() |
Pemandangan sewaktu menuju ke Grand Cruise Terminal |
![]() |
Mina Park |
![]() |
Kapal cruise yang sedang berlabuh di Doha |
![]() |
Bangunan Grand Cruise Terminal |
![]() |
Pandangan lebih dekat Grand Cruise Terminal |
![]() |
Senibina bangunan Grand Cruise Terminal yang diinspirasikan dari senibina tradisional Arab |
Grand Cruise Terminal yang dibina pada tahun 2022 sempena kejohanan FIFA World Cup 2022 mampu menampung pendaratan 2 buah kapal cruise pada satu-satu masa. Malah kami diberitahu, sewaktu pertandingan FIFA World Cup 2022 berlangsung dulu, kapal-kapal cruise turut digunakan sebagai tempat penginapan untuk pengunjung-pengunjung yang datang melawat ke Doha.
![]() |
Pandangan kapal cruise yang sedang berlabuh dari dalam bas |
![]() |
Pandangan cruise dari depan |
![]() |
Kapal ini bernama MSC Euribia |
Grand Cruise Terminal juga adalah perhentian utama bagi Doha Bus. Bila sampai di Terminal ini, kami diminta bertukar ke Doha Bus yang lebih besar. Suasana di dalam Doha Bus juga menjadi semakin meriah kerana kami turut disertai oleh beberapa penumpang dari kapal cruise.
![]() |
Kami diminta membuat pertukaran ke Doha Bus lain di sini |
![]() |
Kaunter tiket Doha Bus di Grand Cruise Terminal |
![]() |
Bas kali ini lebih besar dan 2 tingkat. Kita terus duduk di ruang open-air di tingkat atas. |
![]() |
Bandingkan betapa besarnya kapal cruise MSC Euribia ini dengan bangunan Grand Cruise Terminal |
![]() |
Perhentian Doha Bus di Grand Cruise Terminal |
![]() |
Barisan teksi yang sedia menanti di Grand Cruise Terminal |
![]() |
Pemandangan bandaraya Doha dari Grand Cruise Terminal |
![]() |
Jalan menuju kembali ke Doha |
MINA DISTRICT
Doha Bus membawa kami kembali ke kota Doha dengan melalui sebuah lagi kawasan di Old Doha Port yang dinamakan sebagai Mina District.
![]() |
Bergerak kembali ke kota Doha |
![]() |
Kapal-kapal layar tradisional Arab yang dinamakan Dhow |
Jika semalam kita dah melihat bangunan ala French di Lusail dan Italy di Pearl Island, kita melihat pula bangunan-bangunan di Mina District yang dibina mengikut gaya Greek dan dicat dengan warna-warna pastel yang lembut.
![]() |
Mina District |
![]() |
Bangunan-bangunan di Mina District |
![]() |
Bangunan-bangunan di Mina District dibina mengikut gaya Greek dan dicat dengan warna-warna pastel yang lembut |
![]() |
Bayangkan saja yang seolah-olah kita sedang berada di Greece sekarang |
![]() |
Pemandangan kota Doha dari Mina District |
![]() |
Lagi pemandangan kotaraya Doha yang moden |
![]() |
Pasar Ikan di Mina District |
![]() |
Pasar Ikan ini bernama Chabrat Al Mina |
![]() |
Bangunan-bangunan cantik di Mina District |
![]() |
Kembali ke kawasan bangunan kontena di Old Port Doha |
![]() |
Box Park di Old Port Doha |
Doha Bus membawa kami menyusuri kawasan taman di pinggir laut Doha menuju ke Museum of Islamic Art.
![]() |
Taman di pinggir laut kota Doha |
![]() |
Taman-taman di Doha sangat menarik untuk dilawati terutama pada cuaca musim dingin begini |
![]() |
Bunga juga banyak berkembang di seluruh Doha pada musim dingin begini |
![]() |
Indah dan menarik |
Museum of Islamic Art adalah juga sebuah muzium yang mempunyai senibina yang menarik. Malangnya kami tidak berkesempatan untuk melawat masuk ke muzium ini. Bukan saja tidak berkesempatan nak melawat sebenarnya, tetapi juga kami berfikir panjang sekiranya nak masuk melawat ke muzium-muzium di Qatar kerana harga tiketnya sangat mahal ~ QAR 50 (RM 61) seorang.
![]() |
Museum of Islamic Art |
![]() |
Pintu masuk ke Museum of Islamic Art |
![]() |
Perkarangan Museum of Islamic Art |
![]() |
Pelabuhan nelayan berhampiran Museum of Islamic Art |
Doha Bus seterusnya membawa kami menyusuri Doha Corniche menuju ke West Bay. Dalam perjalanan kami ditunjukkan dengan beberapa buah bangunan menarik yang menjadi landmark di Doha.
![]() |
Bangunan-bangunan Kerajaan Qatar |
![]() |
Bangunan Majlis as-Shura (Parlimen Qatar) |
![]() |
Bukhoor Monument (Bekas membakar kemenyan) |
![]() |
Al Bidda Park |
![]() |
National Day Deck |
![]() |
National Day Deck adalah tempat di mana perayaan Hari Kebangsaan Qatar diadakan setiap tahun |
![]() |
National Day diraikan pada 18 Disember setiap tahun untuk meraikan pembentukan negara Qatar pada tahun 1878 oleh Sheikh Jassim bin Mohammed bin Thani. |
![]() |
Hiasan pokok bunga di tengah jalan |
WEST BAY
West Bay adalah sebuah kawasan di Doha yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Banyak syarikat konglomerat yang beroperasi di Qatar mempunyai ibu pejabat di sini.
![]() |
West Bay |
![]() |
Bangunan-bangunan pencakar langit moden banyak dilihat dilihat di West Bay |
![]() |
West Bay juga banyak menempatkan ibu pejabat syarikat-syarikat konglomerat yang beroperasi di Qatar |
West Bay bukanlah kawasan yang asing bagi kami kerana Adik tinggal dan bekerja di sini. Tetapi seperti yang pernah Myself ceritakan sebelum ini, pelancong jarang nak menginap di kawasan ini kerana ia adalah kawasan pejabat semata-mata. Ada banyak hotel yang hebat di West Bay dan kebanyakannya didiami oleh expatriates yang bekerja di Qatar.
![]() |
Bangunan bulat di sebelah kanan adalah Doha Tower |
![]() |
Lagi bangunan pencakar langit di West Bay |
![]() |
Al Funduq Street di West Bay |
![]() |
Bangunan tinggi yang agak terlindung di sebelah kanan dinamakan Tornado Tower |
![]() |
Pandangan lebih dekat Tornado Tower |
![]() |
Trafik di West Bay |
![]() |
Dusit Hotel Doha |
![]() |
Al Wahda Arches di kejauhan sana |
![]() |
Qatar Financial Centre |
![]() |
Masih pemandangan Qatar Financial Centre |
![]() |
Pemandangan West Bay, Doha dari atas bas |
![]() |
Penerangan audio di dalam Doha Bus disediakan dalam berbagai bahasa |
![]() |
Bunga-bunga cantik di West Bay |
![]() |
Bangunan Ooredoo yang merupakan sebuah syarikat telekomunikasi di Qatar |
![]() |
Hotel Andaz Doha By Hyatt (kiri) dan Qabila Westbay Hotel (kanan) |
![]() |
Aircond bangunan-bangunan di West Bay adalah menggunakan konsep District Cooling |
![]() |
Qatar Cool yang menyediakan penghawaan dingin berpusat kepada bangunan-bangunan di West Bay |
Bersambung ke Bahagian 10...
CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):
- Bhg. 01 (Hari-1) : Qatar (Kuala Lumpur - Doha)
- Bhg. 02 (Hari-1) : Doha (Souq Waqif)
- Bhg. 03 (Hari-2) : Doha (Katara Cultural Village)
- Bhg. 04 (Hari-2) : Inland Sea (Desert Safari)
- Bhg. 05 (Hari-2) : Doha (Doha Corniche)
- Bhg. 06 (Hari-3) : Lusail (Lusail Marina & Place Vendôme)
- Bhg. 07 (Hari-3) : Pearl Island (Qanat Quartier & Porto Arabia)
- Bhg. 08 (Hari-4) : Doha (Civic Plaza & Doha Metro)
- Bhg. 09 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 1)
- Bhg. 10 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 2)
- Bhg. 11 (Hari-4) : Doha (Old Doha Port)
- Bhg. 12 (Hari-5) : Oman (Doha - Muscat)
- Bhg. 13 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Souq)
- Bhg. 14 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Fort)
- Bhg. 15 (Hari-6) : Nizwa (Al Aqur & Misfat Al A'briyeen)
- Bhg. 16 (Hari-7) : Dibab (Bimmah Sinkhole & White Sands Beach)
- Bhg. 17 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Shab)
- Bhg. 18 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Tiwi)
- Bhg. 19 (Hari-7) : Muscat (Oman Avenues Mall)
- Bhg. 20 (Hari-8) : Muscat (Muscat City Tour)
- Bhg. 21 (Hari-8) : Muscat (Sultan Qaboos Mosque)
- Bhg. 22 (Hari-8) : Muscat (Bait Al Zubair Museum)
- Bhg. 23 (Hari-8) : Muscat (Mutrah Tour)
- Bhg. 24 (Hari-8) : Pulang (Muscat - Doha - Kuala Lumpur)