Januari 2025
MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[QATAR: Doha, Inland Sea, Lusail & Pearl Island]
Bahagian 8: Qatar
DOHA (Civic Plaza & Doha Metro)
HARI KEEMPAT (1)
Part 26: Jalan-Jalan Ke Civic Plaza
Hari Keempat kami di Doha adalah Hari Ahad. Adik tidak dapat membawa kami berjalan-jalan pagi ini kerana dia perlu bekerja. Oleh itu, kami merancang untuk berjalan-jalan sendiri saja di Doha dengan menaiki bas Hop-On Hop-Off dari Souq Waqif.
![]() |
Selamat Pagi, Doha! |
![]() |
Korridor di depan bilik penginapan kami di Aras 11, Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town |
![]() |
Sarapan pagi di Hotel Doubletree |
![]() |
Breakfast pagi ini |
![]() |
Suasana breakfast di Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town |
Khidmat bas Hop-On Hop-Off bermula pada pukul 10 pagi. Oleh itu kami dah merancang nak keluar ke Souq Waqif dengan menaiki Doha Metro pada pukul 9 pagi. Disebabkan masih ada banyak masa lagi, Myself dan Husband bercadang untuk bersiar-siar di sebuah taman awam berhampiran dulu.
![]() |
Bergambar di depan hotel |
![]() |
Satu lagi pose di depan hotel |
Dalam perjalanan menuju ke taman, bermacam-macam benda kami perhatikan, lebih-lebih lagi kerana hari ini adalah hari bekerja di Doha.
![]() |
Kenderaan mencuci jalan |
![]() |
Bus stop |
![]() |
Jalan menuju ke taman |
![]() |
Pili bomba yang dilindung dengan penanda |
![]() |
Bangunan Bulan Sabit Merah Qatar |
![]() |
Persimpangan jalan |
![]() |
Stesen minyak. Semua minyak yang dijual di Qatar adalah RON98. |
![]() |
Penunjuk arah |
![]() |
Taman Civic Plaza yang terletak di seberang jalan |
Taman yang ingin kami kunjungi bernama Civic Plaza. Ia terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki dari Hotel Doubletree.
![]() |
Bergambar di Civic Plaza |
![]() |
Pemandangan dari Civic Plaza |
![]() |
Taman di Civic Plaza terbentang luas sehingga ke depan sana |
Tarikan menarik di Civic Plaza adalah sekumpulan tiang-tiang bendera yang terletak di tengahnya. Marilah kita pergi ke sana untuk mencari bendera Malaysia...
![]() |
Bendera-bendera di Civic Plaza |
![]() |
Berjalan menuju ke bendera |
![]() |
Stop dulu untuk bergambar... |
![]() |
Bendera |
![]() |
Bergambar di tengah bendera |
![]() |
Bendera Malaysia |
![]() |
Sauh |
![]() |
Board LED yang mempunyai display sangat hebat |
![]() |
Bergambar dengan LED Board |
![]() |
Bunga-bunga di Civic Plaza |
![]() |
Pemandangan di seberang Civic Plaza |
![]() |
Bendera Qatar |
![]() |
Satu lagi pemandangan di seberang Civic Plaza |
Part 27: Doha Metro
Pada pukul 9 pagi, kami keluar dari hotel dan berjalan menuju stesen Doha Metro untuk menuju ke Souq Waqif. Stesen Doha Metro yang terhampir dengan hotel kami terletak di National Museum of Qatar.
![]() |
Berjalan menuju ke stesen Doha Metro |
Sewaktu berjalan menuju ke Stesen Doha Metro inilah kami bertemu dengan banyak restoran biasa yang sebenarnya within walking distance dari Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town. Aduhh, mengapalah pada hari terakhir kami di Doha baru bertemu dengan kedai-kedai ini?
![]() |
Ada banyak rupanya restoran yang biasa-biasa saja di ceruk sini |
![]() |
Dah sampai di National Museum of Qatar sekarang, tetapi di mana stesen metronya? |
![]() |
Menurut seorang penduduk tempatan yang kami temui, stesen metro National Museum terletak di hujung tempat parking. |
![]() |
Bangunan National Museum of Qatar |
![]() |
Arah ke Metro Station |
Kalau mencari stesen yang sebenar, memang tak nampak sebab ia terletak di bawah tanah. Yang ada di permukaan bumi cuma lift shaft yang menuju ke stesen di bawah tanah ini.
![]() |
Lif menuju ke Stesen National Museum |
![]() |
Pemandangan Stesen National Museum selepas keluar dari lif di bawah tanah |
![]() |
Berkilat-kilat stesennya! |
Terpinga-pinga kami bagaimana nak menggunakan Doha Metro ini namun mujurlah ada seorang staff yang datang membantu. Dia mencadangkan supaya kami membeli tiket Standard Day Pass bernilai QAR 6 (RM 7) yang boleh digunakan untuk ke mana-mana sepanjang hari.
![]() |
Petugas di Doha Metro yang membantu kami membuat pembelian tiket |
![]() |
Tiket Standard Day Pass yang berharga QAR 6 (RM 7) |
Dah dapat tiket, jomlah kita masuk ke dalam Metro... Platform Metro ini terletak lebih jauh ke dalam tanah.
![]() |
Jom masuk ke Metro |
![]() |
Macam di Malaysia juga, tiket kena sentuh di sini... |
![]() |
Jom turun ke bawah lagi... |
Senang juga sebenarnya nak menggunakan Doha Metro sebab ia tak banyak line. Stesen Souq Waqif dan National Museum terletak pada line Metro yang sama (Gold Line). Malah Souq Waqif hanyalah next station selepas National Museum.
![]() |
Peta Doha Metro |
Disebabkan ketika itu bukan rush hour, memanglah Doha Metro kelihatan sangat lengang. Tetapi tetap kena berhati-hati supaya kita tak masuk ke kelas gerabak yang salah. Ada 3 kelas gerabak dalam Metro Line: Standard, Family dan Gold. Standard boleh dimasuki oleh sesiapa saja. Gerabak Family dikususkan untuk keluarga, wanita dan orang kurang upaya. Gold Club pula adalah seperti first class. Adik ada berpesan supaya kita jangan sesekali masuk ke koc Gold Class tanpa tiket yang sepadan untuk mengelak dari didenda.
![]() |
Doha Metro dah tiba |
![]() |
Masuk ke dalam Metro |
![]() |
Walaupun kami cuma masuk ke kelas standard, kerusi dan perhiasan dalamannya memang cukup mewah. |
![]() |
Perhiasan lantai kayu laminated dalam Doha Metro |
![]() |
Tiba di Stesen Souq Waqif |
![]() |
Pemandangan di Stesen Souq Waqif |
![]() |
Gerabak untuk Gold Club |
![]() |
Jangan sesekali cuba masuk ke Gold Club tanpa tiket yang sepadan untuk mengelakkan denda |
![]() |
Pintu untuk gerabak Family |
![]() |
Naik ke tingkat atas |
![]() |
Arah ke Souq Waqif |
![]() |
Stesen Souq Waqif |
![]() |
Abang dan Kakak Ipar |
![]() |
Mencari arah keluar dari Stesen Souq Waqif |
![]() |
Pintu keluar ke Souq Waqif |
![]() |
Posing dulu... |
![]() |
Kita pun nak posing juga... |
Part 28: Souq Waqif Lagi...
Buat kali kedua, kami datang lagi ke Souq Waqif. Maklum sajalah sebab Souq Waqif adalah antara tarikan pelancongan utama di Doha. Kita juga kan pelancong, jadi banyak kalilah kita akan datang ke Souq Waqif...
![]() |
Pintu keluar dari Stesen Doha Metro di Souq Waqif |
Pemandangan di Souq Waqif kali ini memang sangat berbeza dengan lawatan di sebelah malam sewaktu Adik membawa kami melawat ke Souq Waqif buat kali pertama dulu.
![]() |
Pemandangan siang di Souq Waqif |
![]() |
Yousuf Ahmed El-Gammal Square di Souq Waqif |
![]() |
Banyak kedai baru nak dibuka ketika ini |
![]() |
Stesen Bomba di Souq Waqif |
![]() |
Kereta Bomba |
![]() |
Ada ramai pelancong Mat Salleh yang datang ke Qatar. Kebanyakan mereka adalah penumpang kapal cruise yang membuat persinggahan di Doha. |
![]() |
Kedai Roti Pratha |
![]() |
Lorong menuju ke Dataran Utama Souq Waqif |
![]() |
Perhentian Bas Hop-On Hop-Off terletak di depan Menara Al Fanar di sana |
Bersambung ke Bahagian 9...
CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):
- Bhg. 01 (Hari-1) : Qatar (Kuala Lumpur - Doha)
- Bhg. 02 (Hari-1) : Doha (Souq Waqif)
- Bhg. 03 (Hari-2) : Doha (Katara Cultural Village)
- Bhg. 04 (Hari-2) : Inland Sea (Desert Safari)
- Bhg. 05 (Hari-2) : Doha (Doha Corniche)
- Bhg. 06 (Hari-3) : Lusail (Lusail Marina & Place Vendôme)
- Bhg. 07 (Hari-3) : Pearl Island (Qanat Quartier & Porto Arabia)
- Bhg. 08 (Hari-4) : Doha (Civic Plaza & Doha Metro)
- Bhg. 09 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 1)
- Bhg. 10 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 2)
- Bhg. 11 (Hari-4) : Doha (Old Doha Port)
- Bhg. 12 (Hari-5) : Oman (Doha - Muscat)
- Bhg. 13 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Souq)
- Bhg. 14 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Fort)
- Bhg. 15 (Hari-6) : Nizwa (Al Aqur & Misfat Al A'briyeen)
- Bhg. 16 (Hari-7) : Dibab (Bimmah Sinkhole & White Sands Beach)
- Bhg. 17 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Shab)
- Bhg. 18 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Tiwi)
- Bhg. 19 (Hari-7) : Muscat (Oman Avenues Mall)
- Bhg. 20 (Hari-8) : Muscat (Muscat City Tour)
- Bhg. 21 (Hari-8) : Muscat (Sultan Qaboos Mosque)
- Bhg. 22 (Hari-8) : Muscat (Bait Al Zubair Museum)
- Bhg. 23 (Hari-8) : Muscat (Mutrah Tour)
- Bhg. 24 (Hari-8) : Pulang (Muscat - Doha - Kuala Lumpur)