September 2020
TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala Terengganu
Bahagian 4: Kuala Terengganu 2
BAS KiTe
HARI PERTAMA (4)
Part 8: Naik Bas Kayu Di Kuala Terengganu
Kalau berkunjung ke Kuala Terengganu, pernah tak nampak bas awam yang berbentuk macam rumah kayu tradisional bergerak di atas jalan? Itulah bas yang dinamakan sebagai Bas KiTe.
|
Bas KiTe
|
Bas KiTe ini adalah di antara tarikan kami untuk berkunjung ke Kuala Terengganu. Ia dioperasi oleh Syarikat Cas Ligas yang juga mengoperasi Payang Water Taxi di Kuala Terengganu. Oleh kerana rupa bas ini macam rumah kayu, kita panggil sajalah bas ini sebagai Bas Kayu.
|
Rupa Bas Kayu dari depan
|
|
Rupa Bas Kayu dari sisi |
Bukan rupa bas ini dari luar saja yang nampak macam rumah kayu tradisional, kat dalamnya pun sama. Kerusi di dalam bas ini pun dibuat dari kayu. Tingkapnya diukir macam tingkap rumah kayu dan silingnya pun dihias dengan kain batik macam rumah kat kampung Melayu di zaman dulu-dulu.
|
Pemandangan di dalam Bas Kayu
|
|
Tangga bas yang macam tangga kat rumah kampung
|
|
Kain Batik penghias siling bas
|
|
Kerusi kayu dalam Bas Kayu |
|
Posing dalam Bas Kayu. Macam duduk bersembang dengan jiran sekampung je kalau duduk begini bersembang dengan penumpang bas lain.
|
Bas kayu ini adalah All-In-One. Ia adalah sebenarnya public bus yang laluannya melalui rumah-rumah kampung. Ramai je penduduk kampung yang menahan untuk naik bas ini dari tepi jalan di sepanjang laluan. Di samping berfungsi sebagai public bus, ia juga macam bas Hop-On Hop-Off kat KL dan Penang tu kerana laluannya juga meliputi banyak tourist attractions di sekitar bandar. Kalau setakat nak naik bas buat satu pusingan ronda-ronda bandar Kuala Terengganu pun boleh.
Bas Kayu ini ada 4 laluan di Kuala Terengganu dan 1 laluan di Kemaman. Kami menaiki bas ini mengikut route C2 yang melalui tarikan seperti Muzium Terengganu, Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal. Oleh kerana kami memang dah ada program nak melawat ke kesemua tempat ini nanti, kami sekadar menaiki bas membuat satu pusingan untuk mencari bearing dan melihat suasana di sekitar bandar. Tiket yang dikenakan untuk membuat satu pusingan lengkap seperti ini adalah RM3 seorang sahaja. Murah, kan?
|
Tiket Bas Kayu
|
Bas Kayu juga bergerak meninggalkan Terminal mengikut jadual. Kita tengok pemandangan yang dapat dilihat sepanjang perjalanan...
|
Pemandangan sewaktu bas mula bergerak.
|
|
Dataran Shahbandar
|
|
Pemandangan berhampiran Dataran Shahbandar
|
|
Pemandangan di bahagian depan bas
|
|
Pasarnita Tanjung
|
|
Hotel Tanjong Vista
|
|
Banyak Kedai Ayam Gepuk yang kami lihat di Kuala Terengganu tapi tak berkesempatan nak mencuba
|
|
Macam senibina Bangunan Stesen Keretapi Lama di Kuala Lumpur. Terengganu adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang tak ada perkhidmatan keretapi buat masa ini. Bila ECRL siap nanti, adalah keretapi kat negeri Terengganu. |
|
Lagi pemandangan di Kuala Terengganu
|
|
Bangunan apa tu di sana?
|
|
Bulatan Batu Bersurat
|
|
Penjual Pelam Asam Boi
|
|
Kuala Terengganu ~ kota yang punya banyak pintu gerbang
|
|
Replika sampan di tengah kota
|
|
Pemandangan dari dalam bas
|
|
Parking kereta automatik macam kat Jepun
|
|
Tokong Cina |
|
Kambing |
Bas kemudiannya meninggalkan bandar Kuala Terengganu menuju ke arah Taman Tamadun Islam.
|
Menghala ke Taman Tamadun Islam
|
|
Iklan Kambing Perap Muzdalifah
|
|
Penunjuk Arah
|
|
Bukit Besar
|
|
Masjid Tok Ku Tuan Besar
|
|
Lagi pemandangan Masjid Tok Ku Tuan Besar
|
|
Penduduk-penduduk local yang naik bas bersama kami
|
|
Arah ke Muzium Negeri dan Taman Tamadun Islam
|
Bas juga melalui kawasan Kampung Losong yang terkenal dengan perusahaan keropok tradisionalnya di Kuala Terengganu. Memang ada banyak kedai menjual keropok yang diperhatikan di kawasan ini.
|
Kg Losong Hj Long
|
|
Kedai-kedai Keropok
|
|
Beratur membeli keropok
|
Satu pemandangan yang pasti kita tak boleh miss bila menaiki Bas Kayu di laluan ini ialah Kompleks Muzium Negeri Terengganu. Bangunan utama muzium ini dibina seperti Istana Raja dulu-dulu yang dibina dari kayu. Ia juga adalah kompleks muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Muzium ini ditutup sewaktu kami tiba di sana. Tak pasti ditutup kerana hari ini Cuti Umum ataupun kerana waktu melawat dah tamat.
|
Muzium Negeri Terengganu
|
|
Kalendar aktiviti Muzium Negeri Terengganu
|
|
Pintu masuk ke Muzium Negeri Terengganu
|
Bas Kayu kemudian menyusur di tepi Sungai Terengganu menghala ke Taman Tamadun Islam. Dapatlah juga melihat sedikit-sedikit replika monumen Islam dari luar pagar ketika melalui taman ini.
|
Menyusur Sungai Terengganu menghala ke Taman Tamadun Islam
|
|
Penjual Ikan
|
|
Pemandangan Gerbang Masuk ke Taman Tamadun Islam dari atas bas
|
|
Sungai Terengganu
|
|
Replika sampan nelayan
|
|
Selamat Datang ke Taman Tamadun Islam
|
|
Replika Dome of The Rock di Baitulmaqdis
|
|
Arah ke Masjid Kristal
|
|
Replika Masjid Mohammad Ali yang pernah kami lawat di Cairo
|
|
Tarikan dan kemudahan di Taman Tamadun Islam
|
|
Kolam di Taman Tamadun Islam. Ramai penduduk local yang dilihat beriadah di sini.
|
|
Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam
|
|
Satu lagi pemandangan Pusat Konvensyen yang macam Istana Aladdin
|
|
Pintu masuk ke Pusat Konvensyen
|
Bas Kayu membuat perhentian agak panjang selama 15 minit di depan Masjid Kristal. Driver Bas mencadangkan supaya kami pergi bergambar dekat Masjid. Walau bagaimanapun disebabkan kami dah ada program untuk melawat ke sana nanti, kami cuma melihat dari jauh buat masa ini. Kami sebaliknya melawat ke sebuah gerai ais kerim berhampiran. Sedap ais kerim yang dijual.
|
Bas Kayu berhenti di depan Masjid Kristal |
|
Masjid Kristal
|
|
Close-up sikit
|
|
Gerai Ais Kerim dekat Masjid Kristal
|
|
Bergambar dengan Driver Bas
|
|
Posing dalam Bas Kayu
|
Kemudian bas meneruskan perjalanan kembali ke bandar Kuala Terengganu. Kali ini kita melewati kawasan Pulau Warisan dan Chinatown pulak sebelum kembali ke Hentian Bas.
|
Kembali ke Pusat Bandar
|
|
Melintas kembali Kampung Losong |
|
Kuala Sungai Terengganu
|
|
Pulau Warisan
|
|
Pemandangan di Pulau Warisan
|
|
Jambatan masuk ke Pulau Warisan
|
|
Satu lagi pemandangan di Pulau Warisan
|
|
I Love KT
|
|
Jambatan Pejalan Kaki di Pulau Warisan yang macam Evan Walker Bridge di Melbourne dulu. |
|
Bazar Warisan yang sedang dinaiktaraf
|
|
Chinatown di Kuala Terengganu
|
|
Hampir tiba di Hentian Bas
|
|
PB Station
|
Bersambung ke Bahagian 5...
CATATAN PERJALANAN KUALA TERENGGANU (2020):