Monday, 12 October 2020

2020 KUALA TERENGGANU BHG. 12 (Taman Tamadun Islam 1)

September 2020

TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala Terengganu

Bahagian 12: Cultural Terengganu 7
TAMAN TAMADUN ISLAM (1)

HARI KEDUA (7)

Part 21: Restoran B'Beteng @ Taman Tamadun Islam

Selepas melawat Pameran Persemadian, kami menunggu Grab untuk membawa kami ke Taman Tamadun Islam pulak.

Meninggalkan Muzium Negeri Terengganu
Dok abih roungg! Besar sangat, dok dang!
Grab Pick-up Point di Muzium Negeri Terengganu
Grab dah datang.
Dalam Grab menuju ke Taman Tamdun Islam
Taman Tamadun Islam terletak searah dengan Muzium Terengganu. Tapi kalau nak berjalan kaki sampai ke sana jenuhlah juga nak menapak. Disebabkan kami dah pusing sampai ke sini petang semalam dengan Bas Kayu, ia sangat membantu kami membuat perancangan perjalanan.
 
Pintu Gerbang Taman Tamadun Islam
Lalu di belakang replika Dome Of The Rock
Disebabkan ketika itu dah waktu lunch, kami meminta pemandu Grab menurunkan kami di depan restoran di Taman Tamadun Islam ini yang bernama B'Beteng.

Restoran B'Beteng
Laluan masuk ke restoran
Restoran B'Beteng ini adalah sebuah restoran yang open-air. Semua tempat duduknya terletak di ruang terbuka. Ikut menunya ada buffet makanan tengahari di sini, tetapi disebabkan SOP Covid, hanya makanan Ala Carte saja disediakan pada masa sekarang.

Sambil menunggu makanan disediakan, sempat juga Husband mengambil-ambil gambar di sekitar. Kita duduk saja diam-diam menjaga meja takut diambil orang lain.

Kami order Mee Goreng dan Nasi Goreng Seafood untuk lunch. Makanan yang disediakan tidak mengecewakan.

Mee Goreng dan Nasi Goreng Seafood

Part 22: Taman Monumen @ Taman Tamadun Islam (1)

Lepas dah kenyang makan tengahari barulah kami mula meneroka Taman Monumen di Taman Tamadun Islam ini.

Kaunter Tiket
Tiket masuk dewasa yang dikenakan untuk melawat ke Taman Tamadun Islam adalah RM20 seorang. Kalau ambil River Cruise bersekali, tiketnya RM35. Walau bagaimanapun Cruise untuk petang itu dah fully booked. Staff di kaunter tiket kata boleh je kalau beli tiket untuk buat Cruise esok. Tapi kami tak boleh berbuat begitu kerana dah ada perancangan lain sepanjang hari esok

Passport untuk masuk ke Taman Tamadun Islam
Semua pengunjung diberi passport untuk masuk ke Taman Monumen di Taman Tamadun Islam. Maklumlah, kenalah ada passport sebab kita kan nak melancong melihat monumen-monumen Islam kat seluruh dunia!

Pintu masuk ke Taman Monumen
Kena cop passport dulu...
Mari kita explore...
Ada 22 buah monumen Islam yang terkenal dari seluruh dunia kat dalam sana...
Walaupun cuaca suram dan muram petang itu, bahang kepanasan tetap terasa. Mula-mula kami bercadang nak sewa buggy untuk pusing sekeliling taman sebab malas nak berjalan. Tapi kami diberitahu buggy dah habis disewa oleh pengunjung pada petang itu. Memang ramai pun orang yang datang berkunjung pada petang itu. 

Kaunter untuk membeli tiket tren dan sewaan kenderaan seperti buggy, basikal dan scooter.
Jadi kami membuat keputusan untuk naik keretapi dulu pusing seluruh taman untuk melihat suasana overall dulu. Lepas itu baru kita jalan kaki melawat ke setiap monumen. Tiket yang dikenakan untuk menaiki tren ini ialah RM6 seorang.

Keretapi untuk round taman
Jom kita naik...
Walaupun dalam gambar ini nampak kosong, penuh tau keretapi ini nanti sebenarnya...
Buggy
Scooter
Mari kita round dengan keretapi buat satu pusingan...

Masjid di Indonesia
Masjid di Brunei
Masjid di Singapore
Taj Mahal di India
Viaduct di Syria
Kincir Air Noria di Syria
Amaran supaya tidak memegang Buah Rengas sebab ia boleh menyebabkan kegatalan kepada kulit 
Tren membuat perhentian di replika Dome of the Rock. Sesiapa yang berhajat nak melawat dengan lebih dekat monumen ini dan monumen-monumen lain yang berhampiran boleh berbuat begitu di sini. Selepas melawat, mereka boleh menaiki mana-mana tren lain yang lalu untuk menyambung lawatan. Konsep Hop-On Hop-Off begitu!

Dome of the Rock
Boleh turun tren di sini untuk melawat monumen-monumen yang berdekatan
Pengunjung-pengunjung ke Taman Monumen
Kami tak turun di Dome of the Rock. Tren meneruskan perjalanan lagi dan kita lihat pemandangan monumen-monumen lain yang seterusnya...

Meneruskan perjalanan nak round taman...
Masjid di Iraq
Masjid di Iran
Tren membuat satu lagi persinggahan berhampiran replika Masjidil Haram. Kami terus menunggu di dalam tren sewaktu penumpang-penumpang turun dan naik tren.

Replika Masjidil Haram
Pemandangan Taj Mahal dari jauh
Masjid Mohammad Ali di Mesir
Mengelilingi tasik
Seronok nampaknya sekeluarga dapat naik scooter begini
Pemandangan masjid di Russia dari jauh
Masjid Suleyman di Istanbul
Replika Alhambra yang ditutup untuk penyelenggaraan
Tiba di pangkal jalan
 

 Bersambung ke Bahagian 13...


CATATAN PERJALANAN KUALA TERENGGANU (2020):