September 2020
TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala Terengganu
Bahagian 17: Terengganu Instagram Tour 2
JAMBATAN PULAU SEKATI, KEROPOK WARISAN LOSONG & CHINATOWN
HARI KETIGA (2)
Part 30: Jambatan Pulau Sekati
Selepas melawat ke Masjid Kristal, Shafik membawa kami melawat ke Jambatan Kayu Pulau Sekati. Inilah jambatan kayu yang kami lihat dari Kampung Budaya Terengganu semalam.
|
Pemandangan Jambatan Pulau Sekati dari Kampung Budaya Terengganu
|
|
Jalan masuk ke Jambatan Kayu Pulau Sekati
|
Jambatan Kayu Pulau Sekati ini menghubungkan Kampung Pulau Sekati dengan kawasan bandar Kuala Terengganu. Sebelum pembinaan jambatan ini, penduduk di Pulau Sekati yang dihuni kira-kira 40 buah keluarga terpaksa menggunakan sampan untuk berulang-alik ke tanah besar.
Pulau Sekati adalah sebuah pulau kecil di tengah Sungai Terengganu. Menurut cerita, Pulau Sekati mendapat namanya kerana jumlah hadiah yang ditawarkan oleh Sultan Terengganu kepada Raja Chulan iaitu sekati emas untuk menyabung ayam pada masa dahulu. Perlawanan sabung ayam itu diadakan di Pulau Sekati.
|
Pulau Sekati
|
|
Jambatan konkrit baru yang dibina menghubungkan Pulau Sekati dengan tanah besar.
|
|
Menikmati pemandangan dari Jambatan Pulau Sekati
|
Walaupun sekarang dah dibina sebuah jambatan konkrit yang boleh dilalui oleh kereta, Jambatan Kayu Pulau Sekati ini masih dikekalkan. Jambatan sempit ini walau bagaimanapun hanya boleh dilalui kenderaan seperti motor dan pejalan kaki. Ia juga telah menjadi tarikan pelancong yang ingin menikmati suasana tradisional di Kuala Terengganu. Jika berdiri di atasnya, kita akan bergegar-gegar bersama jambatan kayu ini bila motor melaluinya.
|
Penduduk tempatan yang bermotosikal masih berulang-alik menggunakan jambatan ini.
|
|
Kita akan bergegar bersama jambatan bila motor lalu di atasnya
|
|
Berbasikal sekeluarga di atas jambatan
|
|
Pemandangan dekat lantai jambatan
|
|
Kalau tak berhati-hati, boleh terpelecok juga kaki bila berjalan di atas jambatan ini sebab papannya dipasang jarang-jarang. |
Part 31: Keropok Warisan Losong
Shafik membawa kami ke Kampung Losong untuk membeli keropok. Dia dah memang target nak bawa kami ke sebuah kedai yang katanya keropok di situ paling sedap. Malangnya kedai yang nak disinggah itu tak berniaga pulak pada hari ini.
|
Kampung Losong yang terkenal dengan perusahaan keropok tradisional di Kuala Terengganu
|
Disebabkan kedai yang nak disinggah tadi tutup, Shafik membawa kami ke kedai Keropok Warisan Losong. Macam-macam keropok dijual di sini.
Walaupun kami masih kenyang dengan breakfast Nasi Kerabu tadi, Husband teringin pulak nak makan Keropok Lekor kat sini. Kemaruk betul dia dengan Keropok Lekor sejak sampai di Terengganu ini. Jadi kami belilah Keropok Lekor untuk duduk dimakan di sini. Tak banyak kata Husband, RM5 saja.
|
Keropok Lekor fresh
|
|
Membungkus Keropok Lekor
|
|
Boleh duduk-duduk makan keropok di kedai ini juga
|
|
Keropok Warisan Losong
|
|
Keropok-Keropok untuk jualan
|
Bila Keropok Lekor RM5 tu sampai ke meja, tu dia!! Kami lupa yang standard RM5 di Kuala Terengganu tak sama dengan standard RM5 di KL. Banyak betul Keropok Lekor yang dihidang. Siap 2 jenis ~ Rebus dan Goreng. Tak terhabis kami makan, lalu minta dibungkus untuk dibawa balik ke hotel.
|
Keropok Lekor Rebus
|
|
Keropok Lekor Goreng
|
|
Cicah dengan sos
|
|
Hasil belian untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur |
Part 32: Kampung Cina (Chinatown)
Lepas dah makan keropok, kita pergi pula ke Kampung Cina (Chinatown). Menurut sejarahnya, Kampung Cina adalah penempatan kaum Cina yang telah wujud sejak 300 tahun dahulu di Kuala Terengganu.
|
Pulau Warisan
|
Kampung Cina ini terkenal dengan lukisan-lukisan mural yang menarik di lorong-lorong kecilnya. Shafik membawa kami ke sini untuk melawat ke lorong-lorong tersebut.
TURTLE ALLEY
Lorong pertama yang kami lawati adalah Turtle Alley. Penyu kan sinonim dengan Terengganu. Masa kita kecil-kecil dulu selalu dengar orang datang ke Terengganu sebab nak tengok penyu. Pusat pendaratan penyu di Terengganu adalah di Rantau Abang dekat Dungun sana. Kalau datang ke Kuala Terengganu nak tengok penyu pulak, Turtle Alley di Kampung Cina inilah tempatnya. Tengoklah lukisan dan penyu batu kat sini. Hahaha!!
|
Turtle Alley
|
|
Penyu batu dekat Turtle Alley
|
Turtle Alley penuh dengan lukisan penyu kanak-kanak. Sambil melihat lukisan-lukisan pada mural ini, kita belajar tentang konservasi penyu.
Kita juga boleh belajar tentang spesies-spesies penyu yang menghuni pantai di Terengganu. Hairan juga kenapa berbeza sangat nama-nama penyu ini dalam Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Macam tak ada kaitan langsung.
|
Penyu Lipas (Olive Ridley Turtle)
|
|
Penyu Belimbing (Leatherback Turtle)
|
|
Penyu Agar (Green Turtle)
|
|
Say 'No' To Turtle Eggs
|
Masa berjalan-jalan di Turtle Alley ini kami ditegur oleh beberapa orang penduduk Cina tempatan. Yang menariknya semua mereka menegur kami dalam dialek Melayu Terengganu tempatan.
Kampung Cina dan kawasan sekitarnya pernah menjadi kawasan perdagangan terpenting di kalangan ahli perniagaan pelbagai bangsa dan negara termasuk Britain, China dan Thailand. Malah, menurut sejarahnya pertumbuhan awal perniagaan di Kuala Terengganu bermula di Kampung Cina.
Jalanraya di Kampung Cina ini memang sibuk. Sentiasa ada kenderaan yang bertali-arus di sini.
|
Pintu Gerbang di Kampung Cina
|
|
Naga
|
|
Sebuah lagi Pintu Gerbang di Kampung Cina
|
|
Tokong Cina |
|
Pemandangan Tokong Cina dari depan
|
|
Pemandangan di Kampung Cina
|
|
Bangunan-bangunan lama yang menarik
|
|
Kedai Suratkhabar
|
|
Kuih-muih tradisional
|
|
Restoran Cina
|
|
Pemandangan klasik di Kampung Cina
|
|
Penyu mengintai di Kampung Cina
|
|
Jambatan di Kampung Cina
|
|
Nasi Dagang Atas Tol adalah sebuah lagi kedai makanan tradisional yang popular di Kuala Terengganu. Malangnya kami tak sempat nak berkunjung ke sana.
|
|
Kedai Payang Cafe
|
TAUKE WEE SIN HEE CULTURAL LANEPersinggahan seterusnya adalah Tauke Wee Sin Hee Cultural Lane. Wee Sin Hee adalah seorang ahli perniagaan yang terkenal di Kampung Cina dahulu. Di lorong ni ada koleksi vintage items seperti pondok telefon dari zaman kolonial dan peti surat klasik yang masih digunakan.
|
Tauke Wee Sing Hee Cultural Lane
|
|
Signboard kedai zaman dulu-dulu
|
|
Pondok telefon zaman British
|
|
Kanak-kanak nakal di Wee Sin Hee Cultural Lane |
Di sini juga ada sebuah perigi yang dikatakan pernah berjasa kepada penduduk setempat serta membekalkan air kepada pedagang asing yang berniaga di situ.
LORONG WARISAN DUNIA KG. CINA
Lepas itu kita melawat pula ke Lorong Warisan Dunia Kg. Cina. Lorong ini dinamakan begitu kerana ada lukisan-lukisan World Heritage Sites dari seluruh dunia di sini.
|
Lorong Warisan Dunia Kg. Cina
|
|
Pelancong seperti kami
|
|
Love Locks
|
|
Colosseum
|
|
Taj Mahal
|
|
Tembok Besar China
|
|
Petra |
|
Mayan Pyramid
|
|
Christ The Redeemer
|
|
Pemandangan di hujung lorong
|
|
Love In Kuala Terengganu
|
|
Kalau dalam cakap Perak, Pepatung ini dipanggil Chatchibor.
|
LORONG EKO
Sekali pandang, Lorong Eko ini kelihatan macam lorong yang terbiar. Ia sebenarnya sengaja dibuat begitu untuk melahirkan rasa cintakan alam semula jadi.
|
Lorong Eko
|
|
Gadis mengintai di Lorong Eko
|
|
Lukisan Batik yang sangat elaborate
|
|
Tumbuhan di Lorong Eko
|
LORONG HAJI AWANG BESAR
Kemudian kita ke Lorong Haji Awang Besar pulak. Lorong ini adalah satu reminder yang satu ketika dulu terdapat masyarakat Melayu yang kecil di Kampung Cina ni.
|
Lorong Haji Awang Besar
|
|
Mural di Lorong Haji Awang Besar
|
Lorong Haji Awang Besar ini dihiasi dengan Malay-style wooden architecture. Ia dinamakan sempena seorang ahli perniagaan Melayu kaya yang lokasi kampungnya dulu berada berdekatan dengan lorong ini.
|
Pondok kayu di Lorong Haji Awang Besar
|
|
Posing di Lorong Haji Awang Besar
|
|
Best Point
|
|
Letak kamera kat Best Point
|
|
Gambar dari Best Point
|
LORONG KENANGAN PAYANGLast but not least, kita berjalan menuju ke Lorong Kenangan Payang yang terletak di penghujung Kampung Cina, dekat dengan Pasar Besar Payang yang tengah direnovate itu.
|
Penghujung Kampung Cina
|
|
Lorong Kenangan Payang di Kampung Cina
|
Inilah lorong yang dihias dengan payung yang kami dah lawat pada hari pertama tiba di Kuala Terengganu hari itu. Tapi tak apa, tak salah kita melawat sekali lagi...
|
Payung-payung di Lorong Kenangan Payang
|
|
Berposing dengan payung-payung
|
|
Ukiran pemimpin-pemimpin Kampung Cina yang diabadikan di Lorong Kenangan Payang
|
Bersambung ke Bahagian 18...
CATATAN PERJALANAN KUALA TERENGGANU (2020):