September 2020
TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala TerengganuBahagian 1: Departure 1
KUALA LUMPUR KE KUALA TERENGGANU (1)Part 1: Cuti-Cuti Kuala TerengganuSelepas berkunjung ke beberapa tempat yang menarik di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, kami bercadang nak beralih angin dengan bercuti ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia pula. Terengganu menjadi destinasi percutian pilihan kami kali ini. Ia terkenal dengan keindahan pantai dan makanan seperti Nasi Dagang dan Keropok Lekor. Orang Perak macam Myself memang suka mendengar Orang Terengganu bercakap dalam loghat mereka kerana di sinilah kami dapat mendengar huruf 'g' yang selalu hilang dalam perkataan yang berakhir dengan 'ng' mengikut loghat Perak kami. Misalnya Taiping dan Gopeng akan disebut Teppen dan Gopen dalam loghat Perak. Kucing pun akan disebut sebagai kucen. Kalau di Terengganu pulak, mereka akan menambah huruf 'g' kepada perkataan yang berakhir dengan 'n'. Umpamanya Ikan akan menjadi Ikang dan Makan menjadi Makang. Malah negeri Terengganu Darul Iman pun disebut Terengganu Darul Imang. Negeri Terengganu Darul Imang ini terletak di sebelah negeri Kelantang.
Teringat kisah masa mula-mula bekerja dulu. Di ofis kami ada seorang staff yang cukup pekat bercakap dalam loghat Terengganu. Ketika itu lagu paling popular di radio adalah lagu "Enggan" yang dinyanyikan oleh Fauziah Latiff (Jee). Bila mendengar saja lagu ini dimainkan, mesti dia menjerit: "Enggang (Enggan)!". Kita pun tanyalah kat dia: "Bila masa pulak Jee nyanyi lagu pasal Burung Enggang?" Kihkihkihh!!! Satu lagi perkataan Terengganu yang sering terngiang di telinga Myself adalah "Dok Dang (Tak dan / Tak sempat)" yang selalu disebut oleh seorang kawan kat universiti dulu. Memanjang je dia dok dang bila terlewat.
Selalunya orang akan berkunjung ke Terengganu untuk bercuti ke Pulau Redang ataupun ke Pulau Perhentian. Disebabkan kami tak pandai berenang dan malas nak berbasah-basahan begitu, kita pilih melawat ke ibu negerinya Kuala Terengganu sajalah... |
Beautiful Terengganu |
Part 2: Pengalaman Family Masa PKP (Pulang Dari Universiti)
Sambil kita nak bercerita pasal pengalaman kami bercuti ke Kuala Terengganu, kita selit-selit sikit cerita kenangan Family kami sewaktu PKP. Memandangkan kita nak naik flight ke Kuala Terengganu, kita coret sikit kisah pengalaman Adik Tiri naik bas balik ke kampung dari universiti masa PKP...
Seperti yang kita tahu, pengumuman PKP dari Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 (dua hari sebelum PKP dikuatkuasa pada 18 Mac 2020) sangat sudden. Kelam-kabut semua orang dibuatnya. Akibatnya juga 10,000 penuntut terperangkap di universiti masing-masing, tak sempat nak membuat persediaan dan mengatur perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.Adik Tiri Myself adalah salah seorang dari penuntut yang terperangkap ini. Tapi dia yang belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) bernasib baik dapat keluar dari kampus dan menumpang tinggal di rumah Abang di Kajang. Dengan laptop yang dibawa, bolehlah dia mengikut kuliah secara online dari rumah Abang.Kami kesian memikirkan Mak Tiri yang tinggal bersendirian di kampung masa PKP. Kalau Adik Tiri ada bersama, mudahlah sikit dia berurusan seperti membeli grocery dan sebagainya. Maklumlah, Mak Tiri tak tahu bawa kereta dan banyak bergerak dengan mengharap bantuan dari rakan-rakannya. Tapi masa PKP, sukarlah dia nak mengharap pertolongan dari mereka. Setiap orang sebenarnya ada pertolongan yang diberi Tuhan. Dalam tempoh PKP rupa-rupanya Mak Tiri yang aktif dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, sentiasa mendapat bantuan makanan dari petugas-petugas kemasyarakatan di kampung.Abang sebenarnya ada membuat permohonan perjalanan merentas negeri nak menghantar Adik Tiri balik ke kampung, tetapi tidak diluluskan oleh Polis. Kata Polis, perjalanan begitu hanya dibenarkan sekiranya terdapat kematian. Jadi terpaksalah Adik Tiri terus tinggal di rumah Abang selama sebulan setengah. |
Mohon Permit Polis untuk perjalanan merentas negeri (Gambar dari Internet) |
Kerajaan Malaysia akhirnya memberi kebenaran untuk penuntut seperti Adik Tiri pulang ke kampung halaman pada pertengahan April 2020. Penghantaran pulang pelajar diurus oleh universiti. Pada hari yang ditetapkan, Abang menghantar Adik Tiri ke kampus universiti. Mujurlah pada ketika itu, syarat PKP dah sedikit dilonggarkan ~ dah boleh naik kereta lebih seorang. Jadi mudahlah urusan Abang nak menghantar Adik Tiri ke kampusnya untuk pulang ke kampung.Seperti juga di mana-mana tempat di Malaysia, SOP sangat diterapkan sepanjang prosedur dan perjalanan. Di pintu pagar universiti lagi, semua pelajar diperiksa suhu. Hanya mereka yang bersuhu badan normal sahaja dibenarkan masuk ke kampus untuk urusan selanjutnya. Kata Adik Tiri, walaupun mereka diminta berkumpul di sebelah petang, bas yang membawa mereka ke Ipoh hanya bergerak pada pukul 3 pagi. Tapi kebajikan para pelajar sangat dijaga. Memandangkan ketika itu bulan Ramadan, bekalan makanan untuk berbuka dan bersahur disediakan. Kata Adik Tiri, makanan yang disediakan pun banyak dan mewah. |
Pelajar universiti pulang ke rumah masa PKP (Gambar dari Internet) |
Ada 5-6 buah bas disediakan untuk membawa pelajar ini pulang ke Ipoh. Pelajar pula bukan hanya dari UPM sahaja, malah juga dari pusat-pusat pengajian tinggi lain yang berdekatan. Disebabkan social distancing, bas yang mempunyai kapasiti 40 penumpang hanya boleh membawa 13 penumpang sahaja. Pemakaian mask diwajibkan sepanjang perjalanan dan tempat duduk diatur berselang-seli bagi mengekalkan jarak minima 1 meter. Para pelajar tidak dibenarkan menukar tempat duduk sepanjang perjalanan. Malah semburan disinfectant dibuat kepada kasut dan barang-barang yang dibawa sebelum naik bas. |
Semburan disinfectant sebelum naik ke bas (Gambar dari Internet) |
|
Penjarakan sosial di dalam bas (Gambar dari Internet) |
Destinasi bas yang menghantar Adik Tiri pulang ini adalah sepatutnya ke Ibu Pejabat Polis Negeri Perak di Ipoh. Tapi disebabkan bangunan Ibu Pejabat Polis Perak agak sempit, destinasi bas ke Ipoh ditukarkan ke Stadium Perak. Setiap bas juga ada seorang penyelia yang bertugas mengikut pelajar sejak naik ke atas bas sehingga sampai ke destinasi bagi memastikan SOP dipatuhi. Setiap pelajar juga perlu menghantar laporan melalui Whatsapp kepada Penyelia tersebut selepas sampai ke rumah. Laporan akan dibuat dan polis akan mencari pelajar yang tidak membuat laporan untuk memastikan yang mereka betul-betul dah sampai ke rumah.Setibanya di destinasi seperti Ipoh, hanya seorang parent sahaja dibenarkan untuk mengambil anak mereka untuk dibawa pulang ke rumah. Bagi yang parent tak dapat datang menjemput seperti Adik Tiri, mereka akan dihantar oleh Polis sehingga ke rumah. Tapi kata Adik Tiri, dia dihantar pulang dengan kereta polis yang biasa, bukanlah kereta polis yang ada siren tu. Mahu gempar satu kampung kalau ada jiran ternampak Adik Tiri dihantar balik dengan kereta polis yang ada siren tu, kan?
HARI PERTAMA (1)Part 3: Terbang ke Kuala Terengganu
Memang rindu nak terbang lagi. Kali terakhir kita naik flight adalah pada bulan Januari 2020 sewaktu pergi ke Sumatera Barat. Pada mulanya kami bercadang nak mencuba pengalaman terbang ke Kuala Terengganu dari Subang Airport. Maklumlah, asyik terbang dari KLIA, nak carilah juga pengalaman terbang dari Subang pulak. Tapi riki punya riki, punyalah mahal tiket kapalterbang ke Kuala Terengganu dari Subang! Tak padan dengan pesawat-pesawat berkipas ATR yang terbang dari sana tu! Bila kita masuk ke website Air Asia, harga tiketnya separuh dari tiket flight yang terbang ke KT dari Subang tu. Terus kita beli. Terpaksalah terbang juga dengan Air Asia lagi. Maka bermulalah sekali lagi kisah Love-Hate Relationship kami dengan Air Asia untuk musim baru. Macam cerita Siri TV pulak!
Flight kami dijadualkan berlepas dari KLIA2 ke Kuala Terengganu pada pukul 12 tengahari. Maka kami pun naiklah Grab ke KLIA2 dari rumah seawal pukul 8.45 pagi.
|
Naik Grab ke KLIA2 |
|
Menuju ke KLIA2
|
|
Simpang ke KLIA2
|
|
Control Tower
|
Hari kami berlepas ke Kuala Terengganu adalah public holiday Hari Malaysia (16 September 2020). Selalunya kalau cuti-cuti begini, KLIA2 adalah antara tempat yang paling happening kat Malaysia. Tapi disebabkan Covid-19 sekarang, senyap-sunyi sungguh suasana di KLIA2 ketika itu. Macam dilanggar Garuda. Tak ada pun pemandangan berderet-deret kereta dan teksi yang menghantar passenger kat Drop Off Area macam biasa tu.
|
Tak banyak kereta yang ada pada masa itu
|
|
Pesawat Air Asia di KLIA2
|
|
Pesawat Malaysia Airlines dan Malindo di KLIA1
|
|
Jom masuk ke dalam
|
Seperti juga di Transportation Hub yang lain di Malaysia, ada pendaftaran MySejahtera dan saringan suhu dibuat sebelum penumpang dibenarkan masuk ke dalam.
|
Saringan suhu badan di pintu masuk
|
|
Seronok juga tengok ada banyak kedai yang dibuka walaupun ada beberapa buah yang telah ditutup kesan dari Covid-19
|
|
Pintu masuk ke Passenger Area
|
|
Kawalan kemasukan ke Passenger Area
|
|
Beratur masuk sambil menjaga penjarakan fizikal
|
|
Peringatan untuk mengamalkan Kawalan Kendiri bagi mencegah Covid-19.
|
|
Penjarakan fizikal untuk masuk ke ruang Check-in
|
|
Mesin Pengimbas Suhu Badan.
|
|
Pemandangan di kawasan Check-in
|
|
Sanitiser disediakan di merata-rata tempat di KLIA2
|
|
Flight Information
|
|
Flight kami Air Asia AK 6228 masih berlepas mengikut jadual
|
Disebabkan Covid-19 juga, Air Asia dah menukar semua mesin mereka menjadi contactless. Kita kena print dulu Boarding Pass kat rumah. Arahan yang tertulis, kita kena scan QR Code pada Boarding Pass untuk mendapatkan Bag Tag. Tapi scan punya scan, tak keluar-keluar pun Bag Tag. Rupa-rupanya ada 2 jenis mesin kat situ: satu untuk scan QR Code dan satu lagi pulak untuk scan Bar Code. Kami pulak pergi scan QR Code kat mesin Bar Code. Mana nak menjadi! Banyak juga mesin yang tak berfungsi masa itu. Maka terjadilah satu episod Love-Hate dengan Air Asia di situ! Saja nak menyusahkan penumpang Generasi Dinosaur begini! Nasib baiklah ada seorang Cik Adik Air Asia yang baik hati membantu. Tapi lupa pulak nak ambil gambar Cik Adik Air Asia tu.
|
Mesin-Mesin Air Asia
|
|
Mesin yang membuatkan kami marah sampai nak bertukar jadi Dinosaur.
|
|
Pemandangan biasa kalau naik Air Asia ~ kena pasang Bag Tag sendiri pada beg.
|
|
Beratur nak buat Beg Drop
|
|
Disebabkan dah lama sangat tak fly dengan Air Asia, terkial-kial juga masa nak buat Bag Drop sebab dah lupa steps yang kena dibuat.
|
|
Scan Bag Tag sendiri untuk hantar beg masuk ke dalam
|
Lepas dah selesai uruskan beg, kami naik ke tingkat atas untuk mencari kudapan. Macam juga penerbangan kami ke Langkawi dulu, flight kami berlepas waktu tengahari. Nak makan atas flight takut tercekik sebab flight duration agak singkat. Tapi nak tunggu lunch bila sampai kat KT nanti, takut lapar tak menahan pulak. Jadi penyelesaiannya ialah makanlah dulu kudapan untuk melapik perut bagi bertahan sampai ke Kuala Terengganu.
|
KLIA2 yang sepi bagai dilanda Garuda
|
|
Restoran favourite kami di KLIA2
|
|
Pilihan makanannya pun limited sebab passenger yang tak ramai di KLIA2 |
|
Makan Roti Bakar saja pagi ini.
|
Bersambung ke Bahagian 2...
CATATAN PERJALANAN KUALA TERENGGANU (2020):