Saturday, 24 October 2020

2020 KUALA TERENGGANU BHG. 18 (Instagram Tour 3)

September 2020

TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala Terengganu

Bahagian 18: Terengganu Instagram Tour 3
BUKIT PUTERI, PASAR KEDAI PAYANG & JAMBATAN ANGKAT TERENGGANU

HARI KETIGA (3)

Part 33: Bukit Puteri

Selepas melawat Kampung Cina, Shafik menghantar kami pulang ke hotel untuk berehat. Maklumlah hari ini adalah Hari Jumaat dan seperti juga negeri-negeri lain di Malaysia yang mengambil hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu, banyak kedai dan tarikan yang ditutup sewaktu Solat Jumaat di Terengganu. Jadi tour kami akan break sebentar sehingga selesai waktu Solat Jumaat.

Tapi disebabkan ketika itu baru pukul 11 pagi, kami merasa sempat lagi kalau nak berkunjung ke Bukit Puteri. Jadi kami ambil Grab dari hotel menuju ke sana. Bila kami beritahu yang kami nak melawat Bukit Puteri, pemandu Grab kata setahu dia Bukit Puteri sedang ditutup untuk renovation. Alamak! Masa check kat Google tadi tak pulak ditulis yang Bukit Puteri ini sedang ditutup. Tapi ada juga perasan kat Google tadi yang nampak macam Bukit Puteri ini dekat dengan Pasar Kedai Payang. Kalau betul ditutup, kita ronda-ronda dalam Pasar Kedai Payang sajalah nanti.

Naik Grab ke Bukit Puteri
Memang betul seperti yang dikata oleh Pemandu Grab tadi yang Bukit Puteri ini memang tengah ditutup. Yang dibuka cuma kedai-kedai menjual souvenir di kaki bukit.

Bukit Puteri yang tengah ditutup untuk renovation tangga naik ke atas
Cuma kedai-kedai souvenir di kaki bukit saja yang dibuka
Dah sampai ke sini, kita manfaatkanlah kedatangan kita dengan membaca sejarah Bukit Puteri yang tertulis pada batu keterangan di sini. Menurut keterangan yang tertulis, bukit ini mempunyai ketinggian 200 meter dari aras laut. Ada kota pertahanan di atas bukit ini yang masih berdiri teguh walaupun dah berusia lebih seabad. Terdapat beberapa artifak lagi di puncak bukit ini seperti genta (loceng besar), kubur, rumah api dan tiang bendera. Sayang kita tak dapat nak naik ke atas sana. 

Ada juga cerita yang Myself baca kat internet kata bukit ini dipanggil Bukit Puteri kerana ada seorang Puteri Bunian pernah tinggal di sini. Puteri ini dikatakan telah meninggalkan bukit ini kerana merajuk bila pinggan mangkuk miliknya yang dipinjam oleh orang kampung dalam majlis kenduri tidak dipulangkan kepadanya.

Keterangan tentang Bukit Puteri

Part 34: Pasar Kedai Payang

Dah tak dapat nak melawat ke Bukit Puteri, kita berkunjung sajalah ke Pasar Kedai Payang yang berhampiran. Kami pernah datang ke sini pada hari pertama sampai di KT hari itu tapi kedai-kedainya dah banyak ditutup kerana hari dah pun lewat petang ketika itu. Tak seperti hari itu, Pasar Kedai Payang ini nampak lively pada pagi ini, so mari kita masuk ke sana.

Pasar Kedai Payang
Sebelum masuk ke dalam pasar ini, ada pemeriksaan suhu dan pendaftaran MySejahtera. Tapi suspen juga sebab nampak ramai orang kat dalam sana. Di Musim Covid begini kita patut elakkan tempat yang sesak, tapi naklah juga tengok suasana di dalam pasar ini sebab kita bukan selalu sampai ke sini. Jadi masuk sajalah ke dalam sambil berusaha menjaga jarak fizikal dengan pengunjung lain.

Mari kita tengok ada yang ada di dalam Pasar Kedai Payang ini...

Husband cukup excited nampak karipap dijual di kedai yang menjual kuih-kuih tradisional di sini. Dah lama tak makan karipap katanya. Dia pun buatlah style macam beli kuih kat KL ~ mintak kat Pakcik Penjual itu nak beli karipap RM2. Kalau kat KL, karipap RM2 ni bolehlah dapat dalam 4 ketul saja, tapi kat sini 10 ketul dibagi kepada Husband. Bila makan pulak, rupa-rupanya isinya ikan, manalah pernah kami jumpa Karipap Ikan kat KL! Hahaha! Tak lalu kami nak menghabiskannya sebab rasanya pelik mengikut lidah Western People macam kami ni.

Sambil berjalan kat dalam Pasar Kedai Payang ini, kami mendengar ramai pengunjung yang bertutur dalam dialek Kedah. Ramai pengunjung dari Kedah yang sedang bercuti di Terengganu rupanya. Risau juga sebab Kedah kan tengah teruk dilanda Covid sekarang. Tapi bila difikir-fikir balik sama saja experience di sini dengan experience sewaktu melawat ke Alor Setar hari itu. Yang penting kena pandai menjaga diri dan terus amalkan SOP bila berada di tempat yang ramai orang begini.

Memang banyak pakaian dan barang masakan tradisional yang dijual di pasar ini. 

Di Pasar Kedai Payang ini juga ada banyak kedai makan. Kebanyakan makanan yang dijual juga adalah makanan tradisional di Terengganu. Teringat cerita Shafik kepada kami tadi yang di Terengganu memang tak ada kedai Mamak seperti yang banyak terdapat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Dulu pernah ada sebuah Kedai Mamak dibuka di KT tapi tak dapat nak bertahan lama kerana tak mendapat sambutan.

Selepas menghabiskan masa kira-kira sejam di Pasar Kedai Payang kami mengambil Grab balik ke hotel. Disebabkan masih kenyang makan Keropok Lekor yang dibeli di Kampung Losong tadi, kami decide nak makan yang ringan-ringan saja untuk lunch. Maka kami pun orderlah Club Sandwich dari Room Service di Hotel Paya Bunga. Dari pengalaman kami sepanjang di sana, makanan di Hotel Paya Bunga memang tidak mengecewakan.

Naik Grab kembali ke hotel
Club Sandwich Lunch di Hotel Paya Bunga

Part 35: Jambatan Angkat Terengganu

Terengganu Instagram Tour kami diteruskan lagi di sebelah petang. Destinasi kami yang pertama pada petang itu adalah Jambatan Angkat Terengganu. Excited nak melawat ke sini kerana jambatan ini bukan saja menjadi ikon pelancongan di Terengganu, tapi juga sebuah ikon pelancongan yang baru di Malaysia.

Jambatan Angkat Terengganu
Pemandangan di luar pintu masuk ke menara Jambatan Angkat Terengganu
Jambatan Angkat Terengganu menghubungkan pusat bandar Kuala Terengganu ke Seberang Takir. Jambatan sepanjang 638 meter bernilai RM248 juta ini merupakan jambatan angkat (drawbridge) pertama di Asia Tenggara dan mula dibina pada Ogos 2014. Ia dibuka kepada orang awam pada 1 Ogos 2019.

Jambatan ini memang merupakan tarikan pelancongan yang terkenal di Kuala Terengganu. Memang ramai yang melawatnya tapi disebabkan sekarang Musim Covid-19, hanya 40 orang saja pengunjung yang dibenarkan melawat pada satu-satu masa.

Notis mengenai had pelawat maksima di Terengganu Drawbridge
Sebelum masuk ke dalam, kita lihat-lihat dulu pemandangan dari luar jambatan.

Waktu kami tiba di jambatan ada ramai keluarga yang berbondong-bondong nak masuk melawat. Nampak macam mereka travel ramai-ramai sekeluarga dari tempat yang jauh seperti Kedah datang melawat ke Terengganu. Tapi disebabkan ada had bilangan pelawat yang dibenarkan masuk ke Galeri Jambatan dan mereka nak masuk bersama serta tak mahu berpisah, terpaksalah mereka menunggu beramai-ramai kat luar dulu sehingga keluarga-keluarga besar yang sedang berada di dalam sana keluar. Mujurlah kami hanya berdua, jadi bolehlah menyelit-nyelit mencukupkan kuota 40 orang yang boleh masuk melawat pada satu-satu masa itu.

Sebenarnya ada tiket RM15 dikenakan untuk masuk dan naik ke atas jambatan tapi disebabkan ketika itu ada promosi, cuma bayaran RM5 dikenakan. Setiap pengunjung juga diberi nombor yang perlu dipakai sebagai kawalan bilangan pengunjung yang dibenarkan masuk. Macam biasa, saringan suhu dan pendaftaran MySejahtera juga ada.

Kaunter Tiket
Husband sedang membeli tiket
Selain tiket, ada nombor kawalan diberi kepada setiap pengunjung. Nombor ini perlu dipulangkan ke kaunter bila kita keluar nanti.
Promosi Tiket melawat ke Jambatan Angkat Terengganu
Lobi Lif untuk naik ke atas
Pemandangan jalan raya dari Lobi Lif
Di tingkat atas jambatan ini cuma ada ruang kosong yang berdinding kaca untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan di luar sana. Ketika itu juga ruang kosong ini sedang digunakan untuk pameran Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia. Dulu kita tak tahu pun apa fungsi Maritim Malaysia ini, rupa-rupanya kalau kat US sana ia dipanggil Coast Guard. Barulah kita faham!

Pemandangan di Galeri Jambatan
Galeri ini sedang digunakan untuk pameran Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia
Pelbagai maklumat tentang Maritim Malaysia ada di sini
Uniform Maritim Malaysia
Satu lagi uniform Maritim Malaysia
Pemandangan dari atas Jambatan Terengganu ini sangat awesome. Maklumlah kita tengah berada 15 meter di atas laut. Ada 2 set menara yang dibina di atas jambatan ini yang keduanya sebenarnya berfungsi untuk menarik dan memegang laluan jambatan bila ia diangkat untuk membolehkan kapal lalu di bawahnya. Senibina menara ini juga mengambil ilham dari Tower Bridge di London.

Seronok berada di atas jambatan ini, macam berada di atas Tower Bridge di London sana. Tapi kan, nak tahu satu rahsia? Walaupun Myself dah 2 kali sampai ke London, sekali pun Myself tak pernah naik ke atas Tower Bridge. Hahaha! Jadi kita tak tahu pun sebenarnya feeling sewaktu berada di atas Tower Bridge itu.

Jambatan Angkat ini akan dibuka bila kapal yang tinggi lalu di bawahnya. Kami diberitahu memang jarang sangat ia berlaku buat masa ini. Selalunya kapal tinggi yang lalu adalah milik syarikat-syarikat Oil & Gas dan ia akan diiring oleh kapal Maritim Malaysia bila lalu di bawah jambatan. Notis 24 jam juga perlu diberi kalau kapal begini nak lalu di bawah jambatan.

Kat kedua-dua belah hujung Galeri ini ada lantai kaca. Kalau berani bolehlah berdiri posing di atas lantai kaca ini. Suasana lantai kaca kat sini mirip macam yang kat Auckland Skytower di New Zealand dulu. Tapi Myself rasa lantai kaca di sini lagi gayat dari yang kat Auckland dulu sebab lantai kaca ini dibina betul-betul di atas laut. Kalau kat Auckland dulu, kat bawah lantai kaca tu darat. Serious, memang lembik lutut Myself bila menengok pemandangan laut kat bawah lantai kaca ini.

Paling ramai cuma 10 orang saja boleh berdiri di atas lantai kaca ini pada satu-satu masa
Lantai kaca di Jambatan Angkat Terengganu
Pemandangan ke bawah jambatan ~ serious gayat!!
Pemandangan menghala ke sebelah sana
Walaupun gayat tetap nak ambik gambar yang kita dah pijak lantai kaca ini ~ walaupun cuma sebelah kaki. Hahahaaah!!
Lantai kaca ini ada di kedua-dua hujung galeri. Kita melawat lantai kaca yang kat sebelah sana pulak. Tapi sama la juga... Gayat !!!


Shafik tak mengikut kami naik ke atas Jambatan Angkat sebab dekat-dekat jambatan ini tak ada tempat parking. Jadi dia hanya drop saja kami di sini. Lepas dah selesai melawat, kami call dia untuk mengambil kami kembali kat tengah jambatan ini. Itulah satu perkara yang perlu diberi perhatian kalau anda nak melawat ke Jambatan Angkat Terengganu ini. Tempat parking cuma ada di hujung jambatan dan terpaksa berjalan agak jauh juga nak ke menara di tengah jambatan ini. Tapi tempat drop-off  setakat untuk menurunkan penumpang memang ada disediakan dekat menara jambatan ini.

Shafik seterusnya membawa kami ke sebuah kawasan lapang di hujung jambatan untuk melihat pemandangan dari situ. Kawasan ini cuma kawasan yang terbiar, kalau ada perancangan untuk develop kawasan ini menjadi taman awam, pasti ia akan menjadi tempat popular untuk bergambar dengan berlatar belakangkan jambatan.

Bergambar dengan jambatan
Husband bergambar bersama Shafik


 Bersambung ke Bahagian 19...


CATATAN PERJALANAN KUALA TERENGGANU (2020):