Saturday, 3 October 2020

2020 KUALA TERENGGANU BHG. 03 (K. Terengganu)

September 2020

TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala Terengganu

Bahagian 3: Kuala Terengganu 1
TIBA DI KUALA TERENGGANU

HARI PERTAMA (3)

Part 4: Hotel Paya Bunga

Hotel penginapan kami di Kuala Terengganu adalah Hotel Paya Bunga yang kami tempah menggunakan Agoda. Ia terletak di belakang Hentian Bas Kuala Terengganu.

Pekan Kuala Terengganu
Hentian Bas Kuala Terengganu
Hotel Paya Bunga ini tak kelihatan macam hotel dari luar. Ia berkongsi bangunan dengan UTC Terengganu dan shopping mall Paya Bunga Square. Namun begitu, jangan sangka hotel ini tak hebat dan menarik.

Hotel Paya Bunga yang tak nampak macam bangunan hotel dari luar
Bangunan hotel ini high-rise tapi tak ada pun tulisan Hotel Paya Bunga besar-besar di bahagian luarnya.
Signboard kecil di depan lobi hotel
Pintu masuk ke lobi hotel
Kaunter Pendaftaran. SOP Covid sangat diberi penekanan di hotel ini.
Ukiran kayu yang menarik pada dinding di belakang kaunter pendaftaran
Mat Dang (Mat Dan) yang mengalu-alukan kedatangan kita ke Terengganu Comey.
Myself pernah diberitahu oleh seorang staff di ofis yang hotel ini sebenarnya dimiliki oleh Majlis Agama Islam Terengganu. Maka tak hairanlah yang hotel ini memang menekankan ciri-ciri Islamik pada setiap aspek.

Makluman aktiviti keagamaan yang dilaksanakan di Hotel Paya Bunga. 
Bilik kami yang luas dan selesa terletak di Tingkat 10. Disebabkan hotel ini terletak di tengah bandar, tak nampaklah pemandangan laut dari sini. Di samping basic amenities yang biasa terdapat di hotel-hotel 4 bintang yang lain, hotel ini juga menyediakan terjemahan Al Quran dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dan juga peralatan solat seperti sejadah, telekung dan kain pelikat di dalam bilik penginapan. Biliknya terang benderang dan Wifi percuma yang laju juga disediakan.

Bilik penginapan kami
Pemandangan dari jendela
Kemudahan yang disediakan di dalam bilik
Peralatan untuk kegunaan solat
Sejadah, Telekung dan Kain Pelikat

Part 5: Hentian Bas Kuala Terengganu

Itinerari kami pada petang di Hari Pertama di Kuala Terengganu ini ialah nak meronda-ronda sekitar bandar dengan menaiki Bas KiTe. Perhentian Bas KiTe yang terdekat dengan hotel kami adalah di Hentian Bas Kuala Terengganu yang terletak hanya bersebelahan. Untuk kemudahan, kami membuat keputusan untuk mencari lunch di Hentian Bas ini juga. Maka selepas menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar, kami melangkah menuju ke Hentian Bas.

Hentian Bas Kuala Terengganu
Pemandangan Hotel Paya Bunga dari Hentian Bas Kuala Terengganu
Untuk memudahkan kita mengatur perancangan, kita tengok dulu jadual perjalanan Bas KiTe di Hentian Bas ini. Bas KiTe ini ada 4 route semuanya. Kami target nak naik bas yang route Masjid Kristal. Next bus akan berlepas pada pukul 5 petang. Bagus, ada banyak masa untuk kita makan dan relax-relax selepas makan.
  
Inilah Bas KiTe yang berbentuk macam rumah tradisional Terengganu.
Jadual perjalanan Bas KiTe
Food Court di Hentian Bas ini terletak di sebelah sana
Pemandangan di Food Court Hentian Bas
Kami mencari gerai Nasi Campur untuk makan tengahari. Tapi tak ada kedai yang menjual Nasi Campur, yang ada cuma Nasi Berlauk. Rupa-rupanya Nasi Campur dipanggil Nasi Berlauk kat sini. Culture Shock kami dibuatnya. Maklumlah kita kan Western People dari West Coast Semenanjung Malaysia yang datang melawat ke Terengganu. Well, Husband pulak lagilah Singaporean ~ lahir kat Singapore sebelum Singapore berpisah dari Malaysia. Hahaha!! 

Lunch Nasi Berlauk
Selepas makan, disebabkan masih ada masa yang terluang, kami meninjau kedai-kedai yang ada di Tingkat Atas Hentian Bas. Kedai di sini banyak menjual pakaian. Walaupun kita cuma berniat nak window shopping, tershopping juga tudung secara tak sengaja kat sini.

Tangga naik ke Tingkat Atas di Hentian Bas
Pemandangan Food Court dari Tingkat Atas
Kedai Tudung dan Pakaian. Comey-comey tudung kat sini.
Pemandangan Hentian Teksi di tepi Hentian Bas
Turun kembali ke bawah
 
Part 6: Masjid Abidin

Disebabkan masih ada masa yang terluang, kami berkunjung ke Masjid Abidin yang berhampiran. Masjid yang berwarna serba putih ini adalah juga Masjid Negeri Terengganu.

Masjid Abidin
Masjid ini menarik kerana mempunyai senibina Melayu Tradisional
Menara masjid ini dipasang dengan tingkap-tingkap seperti yang banyak terdapat pada rumah-rumah Melayu Tradisional
Mengikut sejarahnya, Masjid Abidin dibina di antara tahun 1793-1808 semasa pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin II. Asalnya ia dibina sebagai istana baginda Sultan. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Putih, mungkin kerana keseluruhan bangunan ini berwarna putih dan lebih menyerlah berbanding bangunan lain yang terdapat di Kuala Terengganu. Ada juga cerita yang mengatakan ia dipanggil Masjid Putih kerana dibuat dari putih telur yang dicampur dengan tanah liat di awal pembinaannya kerana ketika itu masih belum ada simen seperti sekarang.

Masjid Abidin yang juga dipanggil Masjid Putih
Pintu masuk ke Masjid Abidin
Tak seperti kebanyakan masjid lain di Selangor dan Kuala Lumpur di Musim Covid, Masjid Abidin dibuka untuk pelawat walaupun di luar waktu solat 5 waktu. Mungkin kerana Terengganu dah lama diisytihar sebagai Zon Hijau dari Wabak Covid. Namun begitu, masih ada pendaftaran MySejahtera untuk masuk ke masjid ini dan SOP Covid tetap diterapkan pada waktu sesak seperti ketika solat 5 waktu dan Solat Jumaat.

Pendaftaran untuk masuk ke masjid
SOP Masjid di Musim Covid
Pintu masuk ke Ruang Solat Wanita
Masjid ini juga pada mulanya dibina dari kayu namun pada masa pemerintahan Almarhum Sultan Umar (dikenali sebagai Marhum Baginda), ia telah digantikan dengan bangunan yang diperbuat dari batu pada tahun 1852.

Menara Masjid
Puncak Menara
Pintu Masuk ke Dewan Solat Wanita
Bahagian tepi masjid
Peraturan melawat masjid
Pemandangan masjid dari depan Dewan Solat Wanita
Ayat-Ayat Zikir
Myself tak ikut sewaktu Husband masuk ke dalam masjid. Kita cuma menunggu di depan Dewan Solat Wanita. Tengok sajalah gambar-gambar masjid yang diambil oleh Husband...

Oleh kerana masjid ini adalah Masjid Negeri Terengganu, ada Makam Diraja di sini.


Part 7: Pulang Ke Hotel

Selepas melawat Masjid Abidin, kami berjalan pulang ke hotel untuk berehat sebentar. Saja kita buat pusingan yang besar sewaktu berjalan balik ke hotel untuk melihat-lihat pemandangan di sekitar.

Berjalan pulang ke hotel
Hentian Bas
Love Terengganu
Pemandangan Hotel Paya Bunga dari tengah bandar
Sewaktu melintas kawasan yang dinamakan sebagai PB Station, kita singgah sebentar untuk melihat mural-mural yang cantik di sana.

Paya Bunga Square yang terletak bertentangan dengan PB Station adalah sebuah shopping mall yang bersambung dengan Hotel Paya Bunga. Tapi suasana di dalamnya tidaklah begitu happening.

Paya Bunga Hotel
PB Square Shopping Mall
Kompleks Perniagaan PB Square
Ukiran perhiasan di depan PB Square
Ukiran yang diilhamkan dari pucuk Paku Pakis
Masih berjalan menuju ke hotel
Korridor di depan hotel
Lampu Turki yang menjadi perhiasan di luar Lobi Hotel
Bergambar dulu dengan Mat Dan sebelum naik ke bilik
Nama sebenar Mat Dan


 Bersambung ke Bahagian 4...


CATATAN PERJALANAN KUALA TERENGGANU (2020):