September 2020
TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala Terengganu
Bahagian 6: Cultural Terengganu 1
KUALA TERENGGANU WATERFRONT & MUZIUM NEGERI TERENGGANU (1)
HARI KEDUA (1)
Part 12: Breakfast Di Hotel Paya Bunga
Cuaca suram dan muram sepanjang Hari Kedua kami berada di Kuala Terengganu. Walaupun Musim Tengkujuh yang sebenar masih belum bermula, bunga-bunganya macam dah muncul.
|
Pemandangan suasana pagi di Kuala Terengganu yang suram dari bilik kami.
|
Selepas bersiap kami naik ke restoran di Tingkat 11 untuk bersarapan.
|
Restoran The Roselle @ Eleven di Hotel Paya Bunga |
|
Pemandangan di pintu restoran
|
Memang dah ramai orang berada di restoran sewaktu kami tiba. Sewaktu kami check-in petang semalam, petugas di kaunter ada memberitahu yang penginapan di hotel ini full house. Memang nampak betapa ramai sebenarnya penginap di hotel ini pagi ini.
|
Suasana di dalam restoran
|
Tak seperti kebanyakan hotel lain di Musim Covid ini yang menyediakan breakfast secara set, hidangan breakfast di hotel ini masih disediakan secara buffet. Walau bagaimanapun, pilihan makanannya agak terhad dan kita tak dibenarkan mencedok makanan sendiri. Tunjuk saja mana yang kita nak, makanan yang kita pilih akan dicedok oleh petugas di restoran yang lengkap memakai face mask dan sarung tangan. Pelanggan juga diingatkan untuk menjaga penjarakan fizikal sewaktu beratur nak mengambil makanan.
|
Kaunter makanan
|
|
Pastry
|
|
Pilihan buffet breakfast yang terhad
|
|
Makanan akan diciduk oleh petugas ke dalam pinggan kita
|
Part 13: Kuala Terengganu Waterfront
Pada hari ini, tema lawatan kami di Kuala Terengganu adalah Cultural Terengganu. Kami merancang nak melawat ke Muzium Negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam. Tapi disebabkan hari ketika itu masih awal dan kedua-dua tarikan masih belum dibuka, kami naik Grab dulu menuju ke Kuala Terengganu Waterfront yang kami lihat dari Bas Kayu semalam.
|
Khidmat Grab di Kuala Terengganu
|
|
Naik Grab ke KT Waterfront
|
|
Pemandangan bandaraya Kuala Terengganu di awal pagi
|
|
Kuala Terengganu Waterfront
|
Sebelum adanya waterfront di Pulau Warisan yang lebih dekat dengan pusat bandar Kuala Terengganu, inilah waterfront yang paling hebat di KT. Disebabkan peredaran waktu, Waterfront ini dah kelihatan sedikit usang dan sedang mengalami hakisan yang agak teruk. Ketika kami melawat ke sana, kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan. Jadi sukar sikit nak berjalan-jalan dan menikmati suasana di sekitar kerana ada banyak bahan-bahan binaan terkumpul di sana-sini.
Berdekatan dengan KT Waterfront ini juga, ada jeti milik Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia. Banyak bot-bot Maritim sedang berlabuh di sana. Pemandangan ini sedikit sebanyak macam pemandangan di jeti Philippine Coast Guard yang pernah kami lihat di Manila dulu.
Okay, kita jalan-jalan sikit kat KT Waterfront ini...
|
Bendera Malaysia |
|
Siapa pulaklah yang membuang sampah di sini? Tak ada kesedaran sivik langsung! |
|
Restoran di KT Waterfront. Kalau malam-malam meriah kot kat sini.
|
|
Peringatan untuk semua
|
|
Gym terbuka
|
|
Berjalan ke tepi laut
|
Kita teruskan lagi berjalan menikmati suasana di sini...
|
Bird Aviary
|
|
Berjalan meninjau Bird Aviary
|
|
Pemandangan dekat Bird Aviary
|
|
Banyak juga burung-burung kecil yang dibela di sini
|
|
Penghuni Bird Aviary
|
|
Burung
|
|
Ayam
|
|
Taman permainan kanak-kanak |
Kami dapat melihat beberapa buah feri besar yang berlayar melintas kami di Waterfront ini. Kami diberitahu feri-feri ini membawa penumpang dari Jeti Shahbandar di Kuala Terengganu menuju ke Pulau Redang. Perjalanan feri dari Kuala Terengganu ke Pulau Redang memakan masa 2 jam dan tambang yang dikenakan adalah RM55 seorang sehala. Sakit juga tu kalau nak membayar tambang pergi-balik untuk sekeluarga 4-5 orang bagi kebanyakan orang. Itu belum lagi mengambilkira kos penginapan kat Pulau Redang sendiri. Kerana itulah kami diberitahu Orang Terengganu sendiri pun ramai yang belum sampai ke Pulau Redang.
Dekat-dekat pukul 9 pagi, kami bergerak menuju ke Hotel Felda Residence yang terletak berhampiran untuk mengambil Grab dari sana menuju ke Muzium Negeri Terengganu.
|
Hotel Felda Residence
|
|
D'Muara Cafe di belakang Felda Residence
|
|
Menunggu Grab di Hotel Felda Residence
|
Part 15: Muzium Negeri Terengganu (1)
Kami menaiki Grab menuju ke Muzium Negeri Terengganu. Dalam perjalanan ke sana, pemandu Grab memberitahu ada sebuah tarikan baru di muzium ini yang dinamakan Kampung Budaya Terengganu yang telah dibuka kira-kira 2 minggu lepas. Ini sudah bagus! Bolehlah kami melawat ke sana nanti.
|
Naik Grab ke Muzium Negeri
|
|
Kompleks Muzium Negeri ini terletak searah dengan Taman Tamadun Islam |
|
Pemandangan bangunan utama Muzium Negeri Terengganu dari kejauhan
|
|
Pintu masuk ke muzium
|
Muzium Negeri Terengganu adalah kompleks muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Namun kami diberitahu, gelaran ini akan dirampas oleh Muzium Sarawak tak lama lagi. Ia terdiri dari 4 buah bangunan batu yang dibina menyerupai istana lama Raja Melayu yang dibuat dari kayu.
|
Muzium Negeri Terengganu
|
|
Jom kita melawat ke Muzium Negeri Terengganu...
|
|
Bukan main besar kompleks muzium ni! |
|
Anda sedang berada di sini.
|
Bangunan utama Muzium Negeri Terengganu ini sebenarnya dibina untuk mencerminkan senibina Melayu tempatan dengan rekabentuk Rumah Tele ataupun Rumah Bujang Berserambi.
Di depan rumah ini ada taman dan kolam ikan. Disebabkan Terengganu terkenal dengan penyu, patung-patung penyu turut dibina di tepi kolam.
Rekabentuk senibina di bahagian depan ini dikenali sebagai pemeleh dan dinding panel berukir. Kompleks muzium ni dibina seolah-olah berdiri di atas tiang-tiang dengan menaiki tangga untuk masuk ke dalam seperti di rumah-rumah kampung. Ukiran-ukiran diselit juga untuk kelihatan lebih 'asli'.
Dah puas melihat-lihat di bahagian luar jom kita naik ke atas untuk masuk melawat kat dalam pulak...
.... tapi alamak, belum dibuka lagi rupanya! Kat internet kata muzium ini dibuka pukul 9 pagi. Sebenarnya pukul 10 pagi. Jadi kita turun baliklah berjalan-jalan lagi kat bawah.
Bersambung ke Bahagian 7...
CATATAN PERJALANAN KUALA TERENGGANU (2020):