Saturday, 10 October 2020

2020 KUALA TERENGGANU BHG. 10 (Muzium Negeri 2)

September 2020

TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala Terengganu

Bahagian 10: Cultural Terengganu 5
MUZIUM NEGERI TERENGGANU (2)

HARI KEDUA (5)

Part 19: Muzium Negeri Terengganu (2)

Penat dan berpeluh-peluh juga berjalan di Kampung Budaya Terengganu tadi, lalu kami membuat keputusan untuk masuk melawat ke bangunan utama Muzium Negeri Terengganu pulak. Sambil melihat pameran-pameran yang ada di dalam muzium ini, bolehlah juga kita menumpang air-cond untuk menyejukkan badan.

Pintu utama untuk masuk ke Muzium Negeri Terengganu
Pemandangan dari tangga masuk ke muzium
Satu lagi pemandangan dari tangga masuk ke muzium
Ada tiket masuk RM2 dikenakan kepada semua pengunjung ke muzium. Di samping itu macam biasa, ada pendaftaran MySejahtera dan saringan suhu badan.

Tiket masuk ke muzium. Dapat tiket diskaun pada harga kanak-kanak hari ini.
Selamat Datang ke Muzium Negeri Terengganu
Buku Pelawat
Information Counter
Okay, kita mulakan lawatan sekarang. Di bahagian depan muzium ini ada pameran koleksi hadiah yang diterima oleh pihak muzium.

Tasik Kenyir yang terletak di Negeri Terengganu adalah juga sebuah destinasi pelancongan popular di Malaysia. Salah sebuah tarikan pelancongan yang popular di Tasik Kenyir ini adalah Gua Bewah. Untuk kemudahan pelancong, Kerajaan Terengganu mempunyai perancangan untuk membina sebuah escalator bertenaga solar masuk ke Gua Bewah. Model projek ini dapat dilihat di Muzium Negeri Terengganu.

Elemen-elemen senibina tradisional Melayu juga dapat dilihat di bahagian dalam muzium seperti pada tangganya. Pada silingnya juga tergantung Wau.

Muzium ini juga menempatkan Batu Bersurat Terengganu yang original. Ia telah ditemui di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1902. Batu ini menjadi bukti pengisytiharan agama Islam sebagai agama rasmi dan pemakaian Undang-undang Islam di Terengganu.

Ada perintah ketetapan (decree) yang tertulis pada setiap permukaan Batu Bersurat ini yang ditulis dalam tulisan Jawi. Sebahagiannya masih boleh dibaca dan sebahagian lagi telah terpadam ditelan zaman.

Hanya Tingkat Pertama muzium dibuka kepada pelawat
Walaupun bangunan muzium ini sangat besar, cuma tingkat pertama sahaja yang dibuka kepada pelawat. Kat tingkat-tingkat lain, macam ada renovation tengah dibuat dan ditutup kepada pelawat. Bila dah namanya muzium, memang banyaklah barang-barang antik macam bekas tembaga, Al Quran lama dan lain-lain lagi yang dipamerkan.

Sejarah Malaysia sepintas lalu dari penjajahan Portugis di Melaka pada tahun 1511 sehingga kemerdekaan dari British pada tahun 1957
Artifak-artifak Purba
Bekas-bekas logam antik
Pameran Al Quran
Hikayat Hang Tuah Tulisan Tangan. Mula-mula tadi ingatkan Al Quran lama. Begitulah... asal saja buku bertulisan Jawi mesti kita ingatkan Al Quran... Haihh!!

GALERI TEKSTIL

Terengganu juga terkenal dengan industri tekstil seperti kain batik dan tenunan songket. Ada sebuah galeri khusus disediakan untuk tekstil tradisional dari Terengganu.

Galeri Tekstil
Pameran mengenai pewarna asli yang digunakan dalam tekstil
Bahan mentah dalam penghasilan kain sutera
Kain Serat Nanas
Bahan-bahan semulajadi yang digunakan dalam penghasilan warna tekstil
Rahat yang digunakan untuk melerai benang
Benang yang telah diwarnakan
Kain Sutera warna daripada kulit Buah Jering Muda
Kain Sutera warna daripada Cekur Manis
Pelbagai tekstil yang dipamerkan
Kain Sarung Pelangi motif flora. Kata Petugas Muzium, corak kain ini dibuat dengan membuat simpulan-simpulan kecil pada kain yang diikat sebelum dicelup ke dalam pewarna. Melihat kepada coraknya, bukan main banyak simpulan yang kena dibuat!
Peralatan untuk membuat corak Batik
Pemandangan acuan corak Batik dengan lebih dekat
Pameran Batik Blok
Kain Sarung Batik motif Kepala Pucuk Rebung (belakang) dan  Kain Sarung Batik berterap selapis (depan)
Tiang yang dibalut dengan Kain Batik Blok
Kain Lepas Pelangi Gold Line berkisahkan watak-watak dalam Wayang Kulit
Pelbagai Kain Batik
Kain Punca Potong
Kain Samarinda Corak Pelikat
Kain Mastuli Corak Pelikat
Kain Mastuli Corak Pelikat

GALERI LATERASI KEWANGAN

Ada beberapa galeri pameran di Muzium Negeri Terengganu tetapi kami tidaklah melawat kesemuanya. Salah sebuah galeri yang kami ingin lawati adalah Galeri Sumber Alam tapi untuk sampai ke situ terpaksa melalui sebuah pameran yang dinamakan Laterasi Kewangan.

Galeri Laterasi Kewangan
Pameran ini adalah sebenarnya mengenai Literasi Kewangan (Financial Literacy) tapi disebabkan tema pameran menggunakan karekter-karekter kartun Lat ia ditulis sebagai Laterasi Kewangan.


GALERI ILMU KEJADIAN

Galeri Ilmu Kejadian terletak di bawah Galeri Laterasi Kewangan. Ia adalah pameran mengenai Nature History.

Arah ke Galeri Ilmu Kejadian
Tangga turun ke Galeri Ilmu Kejadian
Pemandangan dalam Galeri Ilmu Kejadian
Tulang rangka pelbagai spesies kehidupan
Gading Gajah
Burung
Harimau Kumbang dan Harimau Belang
Monyet
Kambing Gurun
Ular sedang menelan mangsa
Penyu
Pelbagai spesies Penyu
Spesies Ikan Buntal
Tupai dan Ikan Laut
Ikan Kerapu Gergasi
Satu lagi pemandangan Galeri Ilmu Kejadian


 Bersambung ke Bahagian 11...


CATATAN PERJALANAN KUALA TERENGGANU (2020):