Friday, 2 October 2020

2020 KUALA TERENGGANU BHG. 02 (KL - KT 2)

September 2020

TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala Terengganu
 
Bahagian 2: Departure 2
KUALA LUMPUR KE KUALA TERENGGANU (2)

HARI PERTAMA (2)
 
Part 3: Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu

Lepas makan, kami terus menuju ke Pintu Perlepasan Dalam Negeri. Kalau di bahagian luar KLIA2 dah sunyi, kat dalam ini lebihlah lagi. Memang terasa betapa teruknya impak Covid-19 kepada negara bila melalui KLIA2 ini.

Pintu Perlepasan Dalam Negeri
Berjalan menuju ke Boarding Gate
Kedai-kedai di Pintu Perlepasan Dalam Negeri
Pintu Perlepasan Dalam Negeri di KLIA2 ini berada di dua wing: J dan K. Kami mendapat Pintu Perlepasan K10. Wing di Pintu Perlepasan K lebih panjang dari wing di Pintu Perlepasan J. Bukan main jauh kita kena berjalan nak mendapatkan pintu perlepasan ini.

Arah ke Pintu Perlepasan K
Memang jauh kena berjalan nak mendapatkan Pintu K10 ini.
Pemandangan pesawat di luar sana
Suspen juga bila tak nampak orang lain kat perjalanan
Lega bila akhirnya nampak juga ada ramai orang menunggu kat luar pintu-pintu perlepasan...

Lega bila nampak ramai orang kat sana...
Kedai berdekatan Gate kami
SOP nak naik pesawat di Musim Covid ini memang ketat. Ada satu lagi saringan suhu badan dikenakan kepada semua penumpang di Pintu Perlepasan. Semua suhu badan penumpang akan dicatit match dengan nombor tempat duduk. Senang nak membuat pengesanan Close Contact nanti kalau ditakdirkan ada penumpang dalam flight yang terkena Covid.

Pintu K10
Maklumat penerbangan kami
Saringan suhu di Pintu Perlepasan oleh petugas Air Asia
Saringan suhu
Pemandangan dari Pintu K10. Pesawat kami masih belum sampai ketika ini.
Menunggu pesawat
Panduan untuk pengguna-pengguna KLIA
Lagi suasana di Pintu Perlepasan
Pesawat kami memang penuhRamai rupanya orang yang nak ke Kuala Terengganu bersama kami hari ini.
Pesawat kami tiba di Gate dari destinasi yang sebelumnya
Boarding Pass ke Kuala Terengganu
Disebabkan pesawat kami terlewat sikit tiba dari destinasi yang sebelumnya, lewat jugalah kita dipanggil masuk ke dalam pesawat. Air Asia juga mengenakan protokol yang cukup tegas sewaktu penumpang masuk ke dalam pesawat. Penumpang dibahagikan kepada 3 zon dan mereka yang duduk di bahagian tengah yang dipanggil masuk ke pesawat dulu. Kalau dulu penumpang Hot Seat dapat masuk awal ke pesawat, di musim Covid ini, merekalah yang paling last dipanggil masuk.

Beratur masuk ke dalam pesawat
Pesawat Air Asia yang membawa kami ke Kuala Terengganu
Pemandangan dari dalam pesawat
Kemasukan penumpang ke dalam pesawat dikawal untuk mengelakkan kesesakan dan bersentuh-sentuhan antara satu sama lain.
Semua krew Air Asia memakai sarung tangan, face mask dan pelindung mata sewaktu bertugas.
Demonstrasi keselamatan
Macam biasa ada demonstrasi keselamatan diberi sebelum berlepas. Ada beberapa perkara tambahan berkaitan Covid yang diberitahu kepada penumpang. Umpamanya kita diminta memakai face mask sepanjang penerbangan. Selepas makan sajian penerbangan pula, kita diminta untuk segera memakai face mask kembali. Jika tekanan di dalam kabin menjadi rendah dan corong oksigen jatuh dari atas, kita perlu membuka face mask sebelum memakai corong oksigen.

Pesawat Air Asia juga disanitasi selepas setiap penerbangan. Udara dalam pesawat ditapis setiap 3 minit menggunakan HEPA Filter. Saja kita tulis semuanya kat sini untuk memori.

Berlepas menuju ke Kuala Terengganu
Putrajaya
Disebabkan tak banyak pesawat yang menggunakan KLIA, pesawat kami tidaklah tersangkut lama menunggu giliran untuk terbang macam selalu.  Alhamdulillah, cuaca juga cukup baik sepanjang penerbangan walaupun dua hari sebelum itu Masjid Jamek di Kuala Lumpur tenggelam dalam kejadian banjir kilat disebabkan hujan tersangat lebat yang turun tak berhenti-henti. Hujan yang turun hari itu memang luar biasa lebat dan Myself merasainya kerana secara kebetulan memang kita tengah meeting di KL ketika itu.  Langit di sekitar Kuala Lumpur juga berawan hari ini, tapi tidaklah tebal sehingga mengganggu penerbangan.

Satu pemandangan menarik yang dapat diperhatikan dalam penerbangan menuju ke Kuala Terengganu adalah ketika melintas Tasik Kenyir. Disebabkan cuaca yang sangat baik dan pesawat terbang tak tinggi sangat ketika itu, kita dapat melihat houseboat yang sedang berlayar di dalam tasik.


Selepas meninggalkan Tasik Kenyir, kita dapat pula melihat sebahagian Lebuhraya Pantai Timur.

Selepas terbang kira-kira sejam, pesawat kami mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu pada pukul 1 petang. Tetap tiba mengikut jadual walaupun terlewat berlepas 10 minit dari KLIA2.

Masa turun dari pesawat pun ada protokol Covid yang diterapkan. Krew akan mengawal penumpang turun dari pesawat secara berdikit-dikit setiap 3 barisan tempat duduk. Kita juga tak boleh berdiri sampai giliran barisan tempat duduk kita dibenarkan turun.

Krew mengawal penumpang turun dalam setiap 3 barisan
Penumpang cuma boleh berdiri bila barisan tempat duduk mereka dibenarkan turun dari pesawat
Turun dari pesawat
Kagum kita tengok senibina airport ini yang benar-benar bercirikan Melayu Tradisional.

Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
Ikon pelancongan baru di Kuala Terengganu ~ Jambatan Angkat
Happy tengok dah ada Grab di Kuala Terengganu. Mudahlah kita nak bergerak ke sana sini nanti.
Beg dah selamat tiba
Disebabkan kagum dengan keindahannya, kita nikmati dulu senibina tradisional di airport ini sebelum melangkah keluar.

Pemandangan di Lobi Ketibaan
Hiasan air terjun di Lobi Ketibaan
Macam suasana di Istana Raja Melayu zaman dulu-dulu
Kolam di kaki air terjun
Kaunter Teksi di Airport Sultan Mahmud
Dari airport, kami menaiki teksi menuju ke pusat bandar Kuala Terengganu. Perjalanan dari airport ke pusat bandar cuma mengambil masa kira-kira 20 minit.

Selain teksi ke pusat bandar, ada juga perkhidmatan pengangkutan yang membawa pengunjung direct ke jeti seperti di Merang  (Pulau Redang) dan Kuala Besut (Pulau Perhentian) kerana Kuala Terengganu adalah airport terdekat untuk mereka yang hendak berkunjung ke pulau-pulau peranginan ini.

Deretan teksi yang menunggu di airport
Dalam teksi ke pusat bandar
Antara perkara yang menjadi kebimbangan kami sewaktu mengatur percutian ke Kuala Terengganu adalah musim hujan. Kami memang bimbang kalau Musim Tengkujuh bermula awal di Kuala Terengganu. Maklumlah, faktor cuaca bukanlah sesuatu yang dapat dikawal oleh manusia. Lega hati kami bila pakcik drebar teksi memberitahu yang cuaca di Kuala Terengganu sekarang memang hujan setiap hari, tapi taklah macam di Musim Tengkujuh sampai tak boleh nak keluar berjalan-jalan. 

Perjalanan menuju ke pusat bandar
Pohon Ru yang membarisi pantai
Perjalanan menuju ke pusat bandar memang menyusuri Pantai Laut China Selatan tapi tak ada orang bermandi-manda di sana. Maklumlah, walaupun pantainya panjang di Terengganu, tak semuanya sesuai untuk bermandi-manda disebabkan ombak kuat dan pantainya yang curam dan dalam.

Kami juga melalui Jambatan Angkat yang menjadi ikon pelancongan terbaru di Kuala Terengganu. Perasaan ketika melalui jambatan ini sama seperti perasaaan ketika melalui Tower Bridge di London sana.



  Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN KUALA TERENGGANU (2020):