September 2020
TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala Lumpur
Bahagian 7: Cultural Terengganu 2
KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU (1)
HARI KEDUA (2)
Part 16: Kampung Budaya Terengganu (1)
Disebabkan bangunan utama Muzium Negeri Terengganu belum dibuka lagi, kami turun kembali ke bawah. Ternampak ada sebuah khemah yang menjadi tumpuan ramai, jadi kami pun pergilah ke situ. Rupa-rupanya khemah itu adalah kaunter promosi Kampung Budaya Terengganu yang baru dibuka bermula 3 September 2020 yang lalu.
|
Khemah Promosi Kampung Budaya Terengganu
|
|
Petugas di Kaunter Promosi
|
|
Kampung Budaya Terengganu
|
Petugas di kaunter promosi ini memang sangat knowledgeable. Banyak maklumat yang diberi kepada pengunjung seperti kami. Kata petugas di sini, walaupun Kampung Budaya Terengganu ini baru dibuka 2 minggu yang lalu, dah 13,000 pengunjung datang melawat. Kami perhatikan petugas di sini juga mahir memberi penerangan tentang budaya Terengganu dalam Bahasa Inggeris. Sayang pelancong luar masih belum dapat masuk ke Malaysia disebabkan Covid-19. Kalau tidak, Kampung Budaya Terengganu ini pasti boleh menjadi tarikan di Terengganu yang top kepada mereka, macam Kampung Budaya di Sarawak dan Sabah sana.
|
Mendengar penerangan tentang Kebudayaan Terengganu dari petugas
|
|
Buku penerangan yang sangat menarik tentang kebudayaan Terengganu. Sayang mereka dah kehabisan stok, kata petugas di sini buku ini diberi percuma kepada pengunjung yang berminat sewaktu pembukaan Kampung Budaya Terengganu.
|
Kampung Budaya Terengganu ini terletak di bawah bukit di tepi Sungai Terengganu di satu sudut Kompleks Muzium Negeri Terengganu ini. Walaupun Bangunan Utama Muzium masih belum dibuka, Kampung Budaya ini dah dibuka ketika itu. Kemasukan juga adalah percuma, mungkin disebabkan masih dalam tempoh promosi. Tiada sebarang tiket dikenakan. So, mari kita ke sana...
|
Tangga turun ke Kampung Budaya Terengganu
|
|
Pemandangan umum Kampung Budaya Terengganu dari tangga masuk.
|
|
Suasana yang bagai berjalan di sebuah perkampungan nelayan
|
Negeri Terengganu diberkati dengan pantai yang panjang. Tak hairanlah sebahagian besar penduduk tradisinya bekerja sebagai Nelayan. Malah ikan adalah makanan utama di negeri ini. Umpamanya Nasi Lemak yang berlauk ikan sangat common di Terengganu berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Contohnya kalau kat kampung Myself di Negeri Perak sana, Nasi Lemak berlauk ikan ini memang macam tak pernah wujud. Kat KL pun macam tak pernah jumpa. Makanan tradisi Terengganu seperti Nasi Dagang dan Keropok pun dibuat berasaskan ikan.
PERAHU BESAR
Persinggahan pertama kami di Kampung Budaya Terengganu adalah ke Perahu Besar. Perahu Besar ini digunakan oleh masyarakat Terengganu sekitar abad ke-18 sehingga ke pertengahan abad ke-20 untuk berdagang sehingga ke Hanoi di Vietnam dan Ujung Padang (kini dipanggil Makassar) di Sulawesi, Indonesia. Perahu-perahu besar ini menggunakan tiga jenis layar iaitu Jib, Topaan dan Agung.
Terdapat empat jenis perahu besar iaitu Anak Bedar, Dogol, Pinis Dogol dan Pinis Gobel. Anak Bedar merupakan perahu yang terkecil ukurannya berbanding jenis yang lain. Kemampuan berlayarnya hanya sehingga ke Patani di Thailand dan selatan Semenanjung Malaysia.
|
Perahu Besar |
|
Keterangan tentang Perahu Besar |
|
Boleh scan QR Code ini untuk mendapatkan lebih maklumat tentang Perahu Besar
|
Perahu Besar ini boleh dilawati. Jom kita naik melawat ke atas kapal ini...
|
Tangga naik ke atas kapal |
|
Bahagian depan kapal
|
|
Goyang-goyang juga tangga ini masa kita naik. Maklumlah ini adalah tangga kapal yang sebenar. |
|
Pemandangan di atas kapal
|
|
Pemandangan menghala ke depan
|
|
Tali untuk menarik layar
|
|
Kapal ini sengaja diletakkan pada posisi begini untuk membolehkan pengunjung mendapat gambaran seolah-olah kita sedang berlayar di Sungai Terengganu.
|
Kita juga dapat melihat tempat tidur anak-anak kapal di atas Perahu Besar ini. Sesuatu yang menarik perhatian Myself ialah binaan seperti Reban Ayam di depan kabin tempat tidur ini. Tak ada pulak sebarang keterangan yang tertulis di situ, tapi Myself pernah terbaca tentang pelayar-pelayar Orang Putih zaman dulu membawa binatang hidup seperti kambing dalam kapal mereka sebagai sumber protein makanan sewaktu berlayar. Mungkin pelayar-pelayar Melayu juga membela ayam hidup di atas kapal untuk disembelih dan dimakan sewaktu dalam pelayaran. Maklumlah pada zaman dulu, mana ada makanan segera atau makanan dalam tin yang boleh dibawa sebagai stok makanan.
|
Kabin tempat tidur anak kapal |
|
Binaan seperti reban ayam di atas kapal
|
|
Menjenguk ke tempat tidur di atas kapal.
|
|
Pangkin-pangkin kayu yang dijadikan tempat tidur dan berehat anak-anak kapal
|
|
Jom turun balik ke bawah...
|
|
Pemandangan Perahu Besar dari sudut lain
|
PERAHU BESAR SABAR
Di seberang Perahu Besar, ada sebuah lagi perahu yang dinamakan Perahu Besar Sabar. Perahu ini asalnya adalah Perahu Besar dari jenis Dogol yang digunakan berlayar sehingga ke Siam (Thailand). Ia dipercayai mula dibina pada tahun 1925 dan memakan masa 2 tahun untuk disiapkan. Perahu ini telah dijual oleh pemiliknya kepada Muzium Negeri Terengganu. Pihak Muzium kemudiannya telah mengubahsuai perahu ini menjadi Perahu Pinis Gobel.
|
Perahu Sabar dengan nombor pendaftaran T 82
|
|
Tangga naik ke Perahu Sabar
|
|
Props untuk bergambar di depan Perahu Sabar
|
|
Sejarah Perahu Sabar
|
Perahu Sabar ini juga boleh dinaiki untuk dilawati. |
Tangga naik ke atas kapal |
|
Pemandangan bahagian depan kapal
|
|
Pemandangan bahagian belakang kapal
|
|
Pemandangan dari atas kapal
|
|
Husband masih berbual dengan Petugas Muzium di bawah sana
|
|
Tempat tidur anak kapal |
|
Disebabkan kapal ini dibina pada zaman yang lebih moden, mungkin binaan ini digunakan sebagai stor untuk menyimpan peralatan.
|
|
Tempat rehat anak kapal
|
|
Pangkin tempat tidur anak kapal
|
|
Pemandangan keseluruhan dalam tempat rehat anak kapal |
Sebelum bergerak pergi, kita bergaya-gaya dan berposing dulu dengan props yang ada di depan kapal ini...
GALERI PELAYARAN DAN PERDAGANGAN
Kemudian kita masuk pulak ke sebuah rumah kayu yang dijadikan Galeri Pelayaran dan Perdagangan untuk mempelajari dengan lebih dekat sejarah dan kegiatan pelaut-pelaut tradisional dulu.
|
Galeri Perlayaran dan Perdagangan
|
|
Tangga naik ke atas
|
|
Scan MySejahtera dulu sebelum naik ke atas
|
|
Pemandangan dekat tangga naik ke atas
|
|
Menjunjung adat Melayu tradisional, kasut perlu dibuka sebelum masuk ke dalam rumah.
|
|
Peringatan untuk menanggalkan kasut
|
Galeri ini terdiri dari beberapa buah ruang yang dinamakan sempena model-model Perahu Besar tadi: Gobel, Dogol dan Bedar. Kita masuk melawat dulu ke Ruang Gobel.
|
Pintu masuk ke Galeri Pelayaran dan Perdagangan ini adalah menerusi Ruang Gobel
|
|
Pemandangan di dalam Ruang Gobel
|
|
Beautiful Terengganu Malaysia
|
|
Laksamana Cheng Ho
|
|
Pameran tentang teknik pembinaan dan peralatan kapal
|
|
Bergambar dengan perahu yang separa siap. Perahu ini cuma separuh saja sebenarnya yang dilekatkan kepada cermin untuk memberikan gambaran penuh bentuk perahu.
|
|
Kisah tentang Panglima Awang (Henry The Black), Orang Melayu yang dikatakan sebagai orang pertama yang sebenarnya berjaya mengelilingi dunia setelah berkhidmat di bawah pelayar Spanish Ferdinand Magellan.
|
|
Kayu yang digunakan untuk membuat perahu
|
|
Peralatan Pertukangan Perahu
|
Satu pameran menarik yang Myself perhatikan di Ruang Gobel ini ialah tentang destinasi pelayaran pelaut-pelaut Terengganu dahulu. Kat sinilah baru kita tahu yang pulau peranginan terkenal di Thailand yang bernama Koh Samui itu dipanggil Pulau Semut pada masa dulu.
|
Destinasi pelayaran pelaut-pelaut Terengganu dulu |
|
Nama destinasi-destinasi pelayaran pada masa dulu
|
Disebabkan Musim Covid, laluan sehala disediakan untuk melawat Galeri ini. Dari Ruang Gobel, kita diarahkan pula ke Ruang Dogol menerusi serambi di belakang rumah yang menghadap ke Sungai Terengganu.
Bukan main kita tunjuk biawak itu kepada seorang adik kecil yang juga sedang berada di situ bersama ibunya. Tapi Adik tu bukan takut pun tengok biawak, sebaliknya siap angkat tangan bagi sign "Peace" kat Sang Biawak. Sah-sah memang bakal seorang pencinta alam sekitar bila dah besar nanti.
|
Mengambil gambar Sungai Terengganu
|
|
Biawak |
|
Jambatan Pulau Sekati
|
|
Gerai Kopi Tradisional
|
Dalam perjalanan keluar sewaktu melalui semula Ruang Gobel, kita sempat juga melihat Pameran Barang-Barang Dagangan.
|
Pameran Barang-barang Dagangan |
Bersambung ke Bahagian 8...
CATATAN PERJALANAN KUALA TERENGGANU (2020):