Monday, 5 October 2020

2020 KUALA TERENGGANU BHG. 05 (Pesisir Payang)

September 2020

TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala Terengganu

Bahagian 5: Kuala Terengganu 3
PESISIR PAYANG

HARI PERTAMA (5)

Part 9: Pasar Kedai Payang

Lepas naik Bas Kayu, kami bercadang nak bersiar-siar kat tepi laut. Lalu kami pergilah ke Hentian Teksi yang terletak di sebelah Hentian Bas, kononnya nak sewa teksi pergi ke tepi laut. Tapi kata seorang Pakcik Teksi, laut cuma 10 minit berjalan kaki dari situ. Maka berjalanlah kami menyusuri walkway ke arah yang ditunjukkan oleh Pakcik Teksi tadi.

Berjalan menuju ke tepi laut
Memang selesa berjalan di walkway ini menuju ke tepi laut
Sambil berjalan kaki, adalah kata-kata perangsang yang dipasang di sepanjang walkway
Ada banyak hotel-hotel bajet di KT
Healthy Walkable City
I Love KT
Masjid Abidin yang kami lawati tadi
Pemandangan menghala ke Hotel Paya Bunga
Kami kemudian tiba di bangunan Pasar Payang. Sebahagian bangunan ini walau bagaimanapun kelihatan macam tengah ditutup untuk renovation.
 
Bangunan Pasar Payang yang kelihatan macam ditutup untuk renovation
Kami terus berjalan lagi sehingga sampai ke sebuah pasar di belakang Pasar Payang. Rupa-rupanya bangunan ini adalah Pasar Kedai Payang. Tak pernah tahu pun tentang kewujudannya sebelum ini.

Gerai-gerai di luar Pasar Kedai Payang
Buah-buahan segar
Disebabkan kami nak buat short cut menuju ke laut, kita masuklah ke dalam bangunan Pasar Kedai Payang ini untuk buat litar pintas. Sambil-sambil itu kita tinjau suasana di dalam pasar. Memandangkan hari dah lewat petang, banyak kedai dah mula ditutup ketika itu.

Pasar Kedai Payang
Masuk ke Pasar Kedai Payang
Ada beberapa kedai saja yang masih dibuka ketika itu
Pintu masuk ke Kedai Pasar Payang yang menghadap ke sebelah laut

Part 10: Pesisir Payang

Kawasan peranginan tepi laut berhampiran Pasar Kedai Payang ini dinamakan Pesisir Payang. Ramai orang berkunjung ke situ pada petang ini walaupun cuaca kelihatan suram macam nak hujan.

Pesisir Payang
Suasana suram macam nak hujan petang ini
Masjid Kampung Seberang Takir
Jambatan Angkat Terengganu
Dari jeti di Pesisir Payang ini juga, ada perkhidmatan bot tambang yang berulang-alik membawa penumpang ke Kampung Seberang Takir yang terletak di sebelah sana kuala Sungai Terengganu. Cuaca tak begitu cantik petang itu, kalau tidak mungkin kita dah naik bot tambang ini menyeberang ke sebelah sana.

Kami merancang nak spend masa lama sikit di sini petang itu tetapi cuaca memang tak bersahabat. Hujan rintik mula turun ketika itu. Bila titisan hujan menjadi semakin besar, kami mula mengatur langkah pulang. 

Di seberang sana Pesisir Payang nampak pulak sebuah jambatan pejalan kaki yang senibinanya seakan Evan Walker Bridge yang pernah kami lihat di Melbourne, Australia dulu.

Jambatan pejalan kaki yang macam Evan Walker Bridge di Melbourne, Australia
Jeti bot persiaran di Pulau Warisan
Pesisir Payang
Pemandangan Pulau Warisan dari Pesisir Payang
Pemandangan menghala ke Seberang Takir
Jambatan ini menghubungkan Pesisir Payang dengan kawasan rekreasi Pulau Warisan
Laluan masuk ke jambatan
Kami memilih laluan pulang ke hotel yang melalui Chinatown kali ini. Ada sebuah lorong yang dihiasi dengan payung yang berwarna-warni di sini.


Part 11: Dinner Di Malam Pertama

Hujan turun dengan lebat petang itu sebaik kami tiba di hotel. Syukurlah kami tak terperangkap kebasahan di tengah jalan. 

Hujan berterusan dengan lebat sehingga masuk ke waktu Maghrib. Kami juga bersyukur memilih menginap di Hotel Paya Bunga sebab di sekeliling hotel ini ada banyak tempat makan. Malam itu kami memilih untuk makan di sebuah kedai di belakang hotel. Untuk pergi ke sana, kita buat litar pintas masuk ke shopping mall Paya Bunga Square pulak yang sebenarnya bersambung dengan hotel.

Paya Bunga Square
Pemandangan di dalam Paya Bunga Square
Satu lagi pemandangan di dalam Paya Bunga Square yang sebenarnya agak kurang happening.
Hujan yang masih turun malam itu
Kedai makan tempat kami dinner malam itu
Suasana di dalam kedai makan
Menunggu dinner disediakan
Hidangan makan malam yang sedap
Selepas makan kami membuat pusingan besar berjalan kaki balik ke hotel. Hujan pun dah berhenti turun ketika itu.

Tiba di luar lobi Hotel Paya Bunga
Lampu Turki yang cantik di luar lobi hotel


 Bersambung ke Bahagian 6...


CATATAN PERJALANAN KUALA TERENGGANU (2020):